31 May, 2009

Airmata insan bertaqwa

Anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? ermm.. tentu bersebab,kan?ape la kak long ni bertanya plak!hehe


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

  • Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  • Menangis kerana rasa takut.
  • Menangis kerana cinta.
  • Menangis kerana gembira.
  • Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  • Menangis kerana terlalu sedih.
  • Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  • Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  • Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  • Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

· Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

· Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

· Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

· Apabila dahinya berpeluh.

· Air matanya berlinang.

· Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya. Ameen.

Memori Irsyad yang berkekalan

Alhamdulillah penulis gembira dengan program Alumni yang diadakan..
ni antara gambar yg sempat dirakamkan

gambar kenangan bersama

k.suria,k.syu(bedu),k.mihah,k.syuhadaa











sehari-hari dalam hidup..

Assalamualaikum semua pembaca setia

da lama penulis tinggalkan blog ini, lantaran bz dgn urusan yang patut diutamakan tlebih dahulu
apa kabo semua?. Dengan izin Allah, tgl 2hari lg pnulis akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah. Peluang yang takkan ku persiakan=)

23hb- Program ALUMNI Irsyad untuk guru2 Irsyad t'cyg. Tahniah pd penganjur, bertungkus lumus memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Dgn syura yang d' pstujui Alumni akan adakan Annual Grand Meeting(AGM) 4 alumni Irsyad. Harap semua dapat ruangkan masa untuk hadir.

24hb lalu penulis ke PJ, hantar adik tercyg Kautsar Izzati meneruskan pencarian ilmu di UIA dlm bdg Ilmu Wahyu. Dapatlah merasa pengorbanan ibubapa lain menguruskan anak daftar di universiti(hehe). Mak ayah memang serah bulat2 tgjwb padaku uruskan pendftrn adik..bgus tndkn ayahku,ku tahu ayah mahu diriku tahu mengurus dan melatih diri agar pantas bertindak dan bersabar dengan karenah manusia..pukul 2.15 dapat nombor glrn,pukul 4 baru msuk dwan..menunggu bagai nak pecah kepala. Ayah mak bertubi2 call.da siap ke?haha.... Kelakar rasanya. Atas sifat "caring" ayah datang bawak ~roti John~,mcm tau2 je anak die lapo lama menunggu. Syukran Ayah. Sempat juga bertemu dgn ex~student Irsyad,nazimah..borak2 dgn mak die,nampak Dato' Sariah(Pengurus Yayasan Pahang). Apa yang kesian kat bdk2 sastera mereka kne pndh UIA cwgn Nilai slps mgu haluan siswa. Slps da slsai urusan, bwk masuk brg,tglkan adik kosa yang tak prnh lgsg tgl di asrama sblm ni.. mudah-mudhn adik kosa dapat biasakan diri bersama sahabat2 lain.
Kak long doakan yang terbaik je wat kosa=)


26hb-29hb ku dapat tugas baru,haha "kak long,nnti ayah nak mtk tolong taip kertas kerja,untuk pgrm Iddat Du'at (Program Persediaan Da'ie tullab SMI se-Malaysia) kat kemaman",daku dgn sengih m'jawab: "baik Ayah",hehe jawapan anak solehah. Penulis pun sempat mengikuti program ini pada tahun 2003 tak silap kat SMI al-Hidayah,Jb. Banyak manfaat dari ilmu yang diraih. Maka berpulun-pulun la daku menaip, menterjemah buku الناس والحق
Dalam buat2 kerja tersebut, maka mak datang dengan idea, "wat la pwerpoint", time 2.30-4.30 org mngantuk..haha, maka untuk memenuhi keperluan , penulis create la slideshow.

30hb- penulis turut menjayakan progrm jg slide time ayah ceramah kat SMI al-Amin Kemaman, kagum lihat bangunan yang terbina.Idea anugerah Allah dimanfaatkan. penulis tak smpat nak rakam ape2 gmbr.Maaf. Ayah hulur "hadiah" tanda terima kasih padaku...hehe. leh gne beli ole2 time umrah nnti=)
Sekian dariku, pantau amalan harian, jg akhlak diri..

21 May, 2009

Eratkan Tautan Ukhuwwah

Perhatian kepada semua warga ALUMNI Sek Islam al-Irsyad,Kuantan

satu perjumpaan dan sambutan hari guru akan diadakan pada:

Tarikh: 23Mei 2009
Hari : SABTU
Masa : 9pg-1tgh hari
Byrn : RM5 shj

Sebarang pertanyaan@confirmkn kehadiran boleh berhubung dgn cik Nur Anisah Nordin(0179291884)
Semua warga ALUMNI diminta menyebarkan maklumat ini dan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis.jzkk

Menghitung waktu yang tersisa

Assalamualaikum semua..
Bertemu sua diruang maya,mendepani hari2 yang berlalu tanpa apa2 kerja memang membosankan,cuti hmpir 2bln ni mmg m'boringkan.tp ayah bijak plan untuk anak pmpuan sulung die ni..syukran ayah. Korang nak tau cter..
mak}'sht?tgh watpe 2?",soal mak pembuka bicara.
"Baru lepas makan tgh hri mak",kome menjawab.
"ni ayah tanya: bulan jun nanti k.lg free tak(cuti)?
kome soal mak blik:nape mak?dalam hati da dupdap dupdap..ape plak yang mak plan dgn ayah ni. hehe.dlm umur yang menuju dewasa ni memang tgh galak pikir kawin je.hati da risau.hehe.

"tak,camni..ayah nak ajak p umrah 3-16hb..perrrgh akhirnya t'jawab jua.
"hah ape mak?betul ke?eh...nak2,k.lg free time 2 da cti pun,direct je cakap. Memang da hafal tarikh cuti2 ni..hehe.ingat kawan 1 cost bdk klate,br seminggu dftr sem 2 pahtu cuti seminggu kelik lagi.. punya rindu suasana kat umah dok abih lagi.hehe

sekarang bz study dgn buku "Bimbingan Umrah dan Ziarah"(Pustaka Ilmi). Bagus kandungan buku ni. Lengkap dengan doa dan pegertiannya, mudah difahami dan ayatnya menusuk ke kalbu. lagipun senang nak bawa ke mana2 coz lengkap dengan tali pada buku note ni. Bagi sahabat2 yang ingin baca,dapatkan la dr kdai buku b'hmpiran anda=).
sahabat2, ape xtvt antum(korg) pada waktu yang tersisa ini?manfaatkanlah masa yang telah dipinjamkan ini.selamat beramal soleh,cegah kemungkaran.
jumpa lagi..wadaan.

16 May, 2009

buatmu golongan yang cintakan ilmu..

Kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

ِإنَّ مَثَلَ الْعُلَمَاءِ فِي الأَرْضِ كَمَثَلِ النُّجُومِ يُهْتَدَي بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ فَإِذَا انْطَمَسَتِ النُّجُومُ أَوْشَكَ أَنْ تَضِلَّ الْهُدَاةُ .

Maksudnya : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".(Anas bin Malik r.a.)

Pesan Saiyidina Ali Karramah Allahu Wajhah :

لَيْسَ الْجَمَالُ أَنْ تُزَيِّنَ بِأَثْوَابٍِ # إِنَّ الْجَمَالَ جَمَالُ الْعِلْمِ وَاْلأَدَبِ

لَيْسَ الْيَتِيْمُ من قَدْ مَاتَ وَالِدُهُ # إِنَّ الْيَتِيْمَ يَتِيْمُ الْعِلْمِ وَاْلأَدَبِ

Maksudnya : Bukan kecantikan itu menghiasi diri dan pakaian = sesungguhnya kecantikan itu menghiasi diri dengan ilmu dan adab. Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya = sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.

Manakala seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah :

"إِنَّمَا الأُمَمُ الأَخْلاَقُ مَا بَقِيَتْ فَإِنَّ هُمُ ذَهَبَتْ أَخْلاَقُهُمْ ذَهَبُوْا"

Maksudnya : " Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang "

Inilah yang dapat dikongsikan buat renungan bersama.


namaku tertulis dalam bait syair..

من: عمرو بن كلثوم


أَنَهْدِيّاً إذا ما جِئْتَ نَهْداً

وَتُدْعَى بالجَزِيرَةِ مِنْ نِزَارِ


أَلاَ تُغْني كِنَانَةُ عَنْ أَخِيها
زُهَيْرٍ في المُلِمّاتِ الكِبارِ

Utusan warkah terima kasih buatmu GURU..

Selamat Hari guru penulis lakarkan kepada:
  1. Mak (Khadijah binti Abdullah)
  2. Ayah (Mohd Shukry bin Jusoh)
  3. Mlmh Saudah Ismail (ajar B.arab SRAI) sifat tegasmu memberi sinar buatku.
  4. Mlmh Norhashimah Yusof (ajar BM SRAI) nasihatmu pembekal semangat jiwaku.
  5. Teacher Norizan Baba (ajar English SRAI) i can do the best in my life,i'm promise teacher.
  6. Mlmh Siti Heronita(Nieta) (ajar Komputer SRAI) sehingga hari ini ku manfaatkan ilmu IT.
  7. Semua Muallim Muallimah SRAI.
  8. Mlm Dasuki Lebar (ajar Nahu SMAI) sifir Feel muallim smpai skrg ana ingat.
  9. Mlmh Khadijah Mohammad (ajar geog) rotanmu buatku dapat A dlm PMR.syukran.
  10. Mlmh Faridah Hanim (ajar BM SMAI/Naqibah Usrah) sifat keibuanmu meruntun hatiku.
  11. Semua muallim-muallimah SMAI menabur ilmu padaku.
  12. Ustaz Fauzi Azmi (mushrif tesis Dip KIPSAS) alfu syukran jazilan.baarakallah alaika.
  13. Us Zawavi, Ust Fadly, Ustzh Safiah,Ustzh Aishah & semua lec yang pernah m'didikku
  14. Ustzh Norahida,Ustzh Azlina,Ust Hanif, Ust Shupian (lec B.Arab&Tamadun Islam KIPSAS)
  15. En. Hisyamuddin (pengelola MPPKIPSAS 06/07)
  16. Ust Taj Rijal,Ust Najib Soudi(Yaman),Ustzh Essmat as-Sweedan(Palestine) fi UPSI
  17. Ust Saipol Barin (my advisory in UPSI)
  18. Makcik2 ku yang bergelar guru,m.teh yah,mok de,c nita,mc ct,c mek,m ndak& cik pah=)
  19. Insan yang pernah kaunselingku dulu hingga sekarang
  20. Semua ibu-ibu,guru terbaik buat anak2 serta warga pendidik di Malaysia.

كلام النجاح

إسمي نهديا احساني بنت محمد شكري، أسكن في كوانتن، بهانج. قبل هذا، في مستوى الإبتدائية، أدرس في مدرسة الإبتدائية الإرشاد الإسلامية، كوانتن، ثم في مدرسة الثانوية الإرشاد الإسلامية حتى فصل الثالثة. بعد ذلك، إلى مدرسة الثانوية السانية الثانوية. وفي فصل خامس، أدرس في مدرسة المعهد المهمدي للبنات، كلنتن. بعد إمتحان الشهادة الثانوية الماليزيا، وأواصل الدبلوم لمدة شهرين والنصف من سنة 2005- 2007 في كلية بهانج السلطان أحمد شاه. والآن في الجامعة السلطان إدريس التربوية.

أنا أخت الأول من خمسة عشرة أفراد العائلة. يعمل أمي وأبي في مجال التربوية. هوايتي قراءة، وفي وقت الفراغ، أحب قراءة الأخبار "برنَامَ" في اللغة العربية والمجلات. في دراسة، أنا بطيئة للفهم ولكن، سمراجعة عن المادة الصعبة بتكرار. أفكر إجابية وشعور يقين على كل ما فعلت.وبذلك، أسأل المحاضر و زملائي المتفوقين داخل و خارج الفصل ولا تخجل.

نصحتي إلى زملائي، لا تضيع الدروس الأخيرة في الأيام الأخيرة للفصل الدراسي من أجل قضاء فترة أطول في المراجعة فهذه الدروس هي أكثر فائدة لك لأن بها يقوم المدرس بعملية الربط الضرورية بين أجزاء المادة الواحدة من جهة وبين ما قد يتعلق بها من باقي. وأخيرا، النجاح في امتحان الآخرة هو النجاح الحقيقي، و الفوز برضا الله هو الفوز المنشود.
تمنياتى للجميع بالنجاح.


Guru mudah sakit jiwa?

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan,kutip duit itu ini & sebagainya.adat la tu..

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70% daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Emmm.. mengikut pgalaman memang ada kebenarannya cket2.tp bila hati ikhlas,lupe smua 2 tapi cuba lakukan yang terbaik untuk anak murid tersayang.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. “Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain. “Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru. Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Selamat Hari Guru..



Takala dirimu setahun jagung
akalmu masih merebung
intelekmu belum bangun
di kepagian usiamu
perlahan guru membisik ke telinga
rumus-rumus ilmu
terjaga intelekmu dari kelam lena
terpesona!

Mulai dari itu
bersama guru
dengan gembira engkau menyanyi lagu
abjad dan angka
membaca dan mengira.

Mengiringi perkembangan
dengan lembut dan kasih sayang
guru membimbingmu ke pendakian
tangga demi tangga
ke puncak kemampuan
memahami menikmati
panorama alam
rahsia kejadian
hikmat Tuhan
inti keilmuan.

Pada puncak kematangan
dengan sayap kemampuan
engkau dilepaskan ke alam luas
menerawang ke langit ilmu
atau hinggap di perbatasan
membina penghidupan.

Di mana jua engkau terdampar
senang atau sukar
ingatilah bakti guru
mendidik memberi ilmu
menggaris pedoman.
selitkan dalam hening doamu:
'Sejahteralah guru sekalian'

Shafie Abu Bakar
UKM
5 November 1988

15 May, 2009

Obses Hijau

"Ko ni asyik pakai baju hijau je,warna lain takde ke?";temanku Ayu membuka bicara
'eh ada la';jawabku. 'Hijau warna kesukaan Nabi Muhammad SAW tau'; ku menjawab penuh pasti. Warna hijau ni da sebati dari umurku 5thun lagi, Bermula di Pasti Al-Fatah. Pastu, di SRAI, Kuantan diwajibkan KO Syabab&Fatayat(pengalaman yang mengajarku erti survival), di SMAI pun sama dari komander muda sehingga penulis mendapat pangkat 'Komander' setelah melepasi hlgn berkayak dalam hujan, tdo kat tpi sungai, masuk ladang kelapa sawit cr bearing sendiri(mmg takleh dilupakan) tapi kini dikenali sebagai KRS, tapi masih still hijau bajunya.bagus2. dinding dalam umah pun cat hijau. Manalah penulis tak obses hijau.hehe

Selain itu, Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk
dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian. Baginda bersabda yg b'maksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim). Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi. itu la sampai terbawa2 dalam blog.bg shbt2 yg elergik warna hijau,maaf penulis ucapkan..Kite kne trma sesuatu yang asing dan jaga btsnnya..

Allah s.w.t. menciptakan alam ini berwarna. Warna mengajak kita memperhati gelagat alam dan memikirkan keajaibannya. Hati menyebut `Maha Suci Allah', apabila sesuatu keajaiban itu disingkap untuk kita saksikan. Alam ini mengkagumkan kita. Tidak hairan jika ada yang sanggup menghabiskan umurnya untuk mengkaji serangga sekecil semut. Penggunaan warna hijau menggambarkan satu perlambangan yang bersih, baru dan segar. Bumi ini dipenuhi kehijauan. Daun, sayuran dan pelbagai tumbuhan kebanyakannya mempunyai pigmen hijau. Di dalam al-Quran juga menyatakan syurga dan kehijauan di dalamnya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Kelihatan syurga itu hijau tua warnanya. (Ar-Rahman 55:64). Perumpamaan di dunia, warna hijau dianggap positif. Manusia Muslim mengambilnya sebagai simbol kepada keindahan, supaya ingat dan tidak lupa kepada keindahan besar di akhirat. Tetapi ini tidak bermaksud Islam hanya menganjurkan warna hijau. Sekali lagi warna adalah neutral. Mengapa seorang Muslim jarang menggunakan lambang warna api, merah mungkin boleh kita fahami.

Manusia Muslim berfikiran positif yang sentiasa ingin menjadi manusia yang baik dan memperoleh kebaikan sebenar, iaitu syurga. Dalam memilih lambang ia akan memilih yang positif. Islam sama sekali tidak mengharamkan penggunaan warna lain. Putih misalnya menjadi lambang kepada kesucian. Sebagai contoh, Malaikat Jibril berjumpa dengan Nabi s.a.w. berpakaian putih rapi dan ia dilihat oleh sahabat. Tidak timbul di sini persoalan warna yang boleh dan tidak boleh kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menggunakan pakaian yang ada warna, walaupun dalam banyak keadaan baginda s.a.w. gemar memakai warna putih. Warna amat perlu untuk mencapai tahap keindahan. Seni Islam mengutamakan aspek keindahan. Perkara ini jelas terlihat dalam hasil seni umat Islam yang berwarna warni tetapi harmoni.

Warna memainkan peranan yang amat kuat dalam memberi karakter dan identiti sesuatu perkara. Begitu juga pada diriku..kain baju raya warna hijau masih ttp cantik pemberian Muaz. Syukran adikku.

kalimah basmallah ku mulakan..


بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah tiada daya kuasa menjangkakan semua ini terjadi
dengan masa yang Allah pinjamkan hanya untuk seketika ini
ku gagahkan diri membuka laman perkongsian
agar menjadi bahan ilmu serta bicara bisikan qalbi
Redhai daku serta ilmu yang terpalit pada diriku ini
moga dapat memanfaatkan seisi dunia.ameen.