30 November, 2009

Kelas Hafalan Qur'an & Fardhu Ain

Kelas Hafalan Qur'an & Fardhu Ain


Tempat:Sek Irsyad,Kuantan,Batu 31/2 Jalan Gambang,25150 Kuantan.
Masa : 8.00 pagi-2.00petang. (Penginapan tidak disediakan).
Tarikh: Bermula 1 Dis sehingga 15 Dis.
Hari : Isnin-Jumaat sahaja (sabtu ahad pergi kenduri kawen=))
Yuran : RM140.
Sasaran: Sesiapa sahaja yang berminat untuk mentadabbur alQur'an
(7 tahun hingga insan yang masih bernyawa).


Salam aidil adha&tahniah buat nisah&taufikh

Hamdallah

Kisah 1
ku masih diberi ruang untuk mencoret seuntai kata untuk dirasa bersama kalian. Sebenarnya masih terasa kepenatan baru pulang dari Terengganu bersama adik2 tercinta,menghantar tok kesayangan sambil menghadiri walimah sanak saudara di sana.Raya alhamdulillah ok.cuaca pun baik..cuma jalan ke terengganu banyak berlubang. Teruk jgk..Raya tahun ni disambut ala kadar.

Raya pertama mmg bz ckit kene uruskan senarai nama yang sertai korban..ada yang datang,ada yang tak datang amik..ada mintak agihkan.Beruntung pada hati2 yang celik pada pengorbanan nabi Allah pada saudaranya sendiri. Andai kisah ini dihayati oleh insan pelusuk alam,maka tiada lah fakir miskin melarat2.Kehadiran fakir miskin pun tidak boleh kita mencemuh,bukan kehendak dirinya jua jadi begitu..Wujud barakah juga,agar si kaya raya dapat menyumbangkan sebahagian harta dan keuntungan untuk golongan bawahan..iNdah2 aturan Allah.

Moga pengorbanan dalam segenap hal yang kita lalui dan laburkan diredhai oleh Allah SWT.Selesai 1 kisah.

Kisah 2

On the way pulang semalam sahabat bertalu2 call,tanyakan ada dimana.Semalam berlangsungnya walimah Nur Hanisah Mohamad Ros& Mohd Taufikh Nazri.Di sebabkan 'jam' yang teramat sangat,orang tganu berpusu2 balik KL&tempat kerja masing2.kat jambatan terengganu da kereta bergerak perlahan..ingat dapat target 4jam leh sampai itupun da lencong ke jalan alternatif Kuantan-Chukai melalui kampung Ibok.

Sampai teratak nisah kenduri da selesai.Tak sempat nak bergambar..pengantin da tukar baju pun=).Anyway tahniah pada sesiapa yang bertunang&bergelar raja sehari.

23 November, 2009

Walimah Anis&Shah

Hamdallah
Kesempatan cuti yang diberikan telah mampu ku manfaatkan sebaiknya bertemu sahabat2 seperjuangan dalam pelbagai lapangan, dari memenuhi undangan walimah sehinggalah bertemu rakan yang paling pendiam di sekolah sekarang menjadi begitu peramah. Ada peningkatan bagus2=)

kumpul seberapa ramai di walimah anis sudah memadai dari pergi sorang.memang hepi bila bertemu..Indahnya ukhuwwah Irsyad.Bertemu pula jodoh Irsyad..ia lebih bermakna..kejelesanku makin bertambah.huhu. Hakikat yang tak dapat dipendam. Tahniah buat Anis.Terpancar sinar bahagia yang berseri2..


Kami pun sempat posing2..nak kahwin lambat lagi..hehe


Ni antara batch kami yang hadir meriahkan walimah Anis

S.t.r.e.s.s

Anda stress?pernah mengalaminya?perit menghadapinya?pelbagai terjahan soalan yang bermain di benak fikiran memikirkan stress.Semua orang akan laluinya. Tak kiralah time belajar,kerja,hal keluarga,hal jodoh&kahwin =)...hakikatnya kita semua akan menghadapinya..cuma persoalannya bagaimana untuk kita mengatasinya??.

Ibarat kepompong rama2 yang dipotong untuk membenarkan rama2 cantik indah terbang tanpa mengalami proses stress untuk keluar sendiri,ia tidak akan dapat bertahan lama untuk terus hidup.Biarkan ia merasai dan menikmati stress dengan sepenuhnya dan akhirnya ia mampu membuktikan ia mampu mengatasinya sendiri.Sungguh ajaib ciptaan Allah yang tak terjangkau akal manusia.

Apa yang penting di sini,mengadu merayu la pada Allah..stress yang kita hadapi sebenarnya cubaan Allah lantaran alpa dan lalai kita pd Allah walau seketika,ditimpa stress yang kita pinta, diuji mahu lihat sejauh mana taqarrub kita pada-Nya. Sedarlah teman...

Janganlah hanya menyalahkan orang sana orang sini,problem itu dan ini dan beribu2 alasan tanpa menunding pada diri sendiri..Ingatlah kalian stress membuatkan kita kuat,kita matang dan terus menikmati hidup dengan lebih bermakna bagi mereka yang memikirkan kebaikan setelah stress dapat diatasi, biarlah ditemani airmata,ia hanya sementara..kesudahannya akan jadi INDAH..=)

Stress adalah proses biasa dalam kehidupan, menjadikan kehidupan lebih sempurna pada masa akan datang.Jadi, selamat menikmati stress anda...

Karya Ayahanda

KULIHAT DI TAMAN INI


Taman ini taman penuh erti
Kicauan anak-anak membelah sepi
Seusia kecil ia sudah mengerti
Pada Allah ia sujud mengabdi

Meluntur buluh sedari rebungnya
Ayat-ayat Allah meniti bibir seawal pagi
Hadis sunnah nabi dipelajari..dimengerti
Tasbih cinta menjamah hati sanubari

Tahmid puji pasrah mohon dinaungi
Lembayung Ilahi nan kudus datang merahmati
Maha BesarMu Ya Allah kami agungi
Berkatilah kami abdiMu pohon diampuni

Ada sungai syurga yang mengalir laju
Ia generasi qudwah acuan tarbiyyah
Obor Islam takkan padam
Ayuh kita laungkannya ke pelusuk alam

Taman semerbak mewangi ini
Kan kubelai sirami bajai ia
Nyahkan toksin kufur dan syirik
Hanya padaMu Rabbi
Kami menagih redha haqiqi

111109(MSJ)
Taman Budi&Ilmu
al-Irsyad,Kuantan.

19 November, 2009

"Aid milad Fatrah Tamami"

Dedikasi buatmu Fatrah Tamami (my housemates) sempena ulangtahun kelahiranmu

Semoga Allah meredhaimu
Semoga Allah merahmatimu
Semoga Allah menyayangimu
Berbahagialah selalu
Selamat hari Lahir Fatrah
sesuci namamu, seayu wajahmu=)
Hadiah sekalung doa
buatmu insan yang ku kenal
murah rezeki sejahtera hendaknya=)
Semoga ceria suasana meriah
disamping rakan taulan


rajin serius time study..itulah fatrah=)

Nahdia&Fatrah

Selamat Bercuti kawan2..

Hamdallah
Syukurku ke hadrat Illahi membenarkanku terus segar sihat dan bisa menapak di atas muka bumi-Mu ini..Seusai sudah melengkapkan exam sem ke-3 (paper EDU) dalam masa 25minit td..Alhamdulillah soalan mudah.Ku kuak muka pintu dewan exam,langkahku lemah diiringi titisan hujan membasahi bumi,fikiranku melayang2 memikirkan mesej ayah sampaikan pagi tadi menanyakan sudi menjadi 'Fasi' untuk program anjuran sekolah. Ku tahu harapannya menggunung walaupun ku punyai plan tersendiri menghabiskan sisa cuti.

plan time cuti;
1. 21/11-Walimah Anis (Anisah Nordin) dgn Shah (jodoh Irsyad).
2. 22/11-Walimah 'urus sepupu Dila.Dila kawan sek SANIAH anak 1.(jeles=)).
3. 29/11-Walimah 'urus Nisah (Nor Hanisah Md Ros) dgn Taufiq(jodoh Irsyad).
4. 3-6/12 -Debat Diraja (Arab) @ UM.
5. 7/12-Kenduri abang Hajar@Seremban.

yang ni adalah yang tertulis dalam diari,namun ku harus padamkan semua pada bulan Disember untuk beri peluang pada permintaan ayah tersayang=)selama 15 hari.

Salahku tak beritahu ayah dulu.Dengan penuh keyakinan ku menerima lamaran ayah untuk membantunya.Ku kira peluang juga untuk terus cungkil bakat dan yang paling suka kongsi ilmu dengan bakal peserta..Ilmu mematangkanku,ilmu membuka matahatiku,ilmu menjana diriku menjadi rasional,ilmu makin membuka pekung kejahilanku.
Perjalananku masih jauh, masih banyak ku perlu terokai,rasai dan segala2nya pasti akan ku lalui satu persatu.Harini hamdallah rezeki melimpah ruah..asyik makan,makan,makan. k.Aishah da tembam,diriku belum lg,jeles tgk ketembaman k.Ai.hehe jangan marah.
makan petang=)
makan malam=) tq muthiah belanja kami k.ai da tembam..jeles2=)

Buat semua teman seperjuangan AT49:
SELAMAT BERCUTI
SEMOGA MANFAATKAN MASA KALIAN DENGAN PERKARA KEBAIKAN
JANGAN LUPA TIME TO READ QUR'AN=)

InsyaAllah dikesempatan sisa perjalanan mengharapkan Redha Allah kita akan bertemu lagi semester akan datang..

17 November, 2009

Salahkah aku?

Teman,
dari bahagia penuh ceria
bergolak derita dilanda sengsara
angkara ku jua
menguji hati nan lara
minta dilepas tidak berdaya

Apa kekuatanku melawan takdir
apa dayaku jua mengelak nasib
dari bergunung dosa melebur
baik pergi tinggalkan mazmumah keji

Aku insan biasa adakala terleka
adakala ingin berkongsi rasa
adakala jauh tersasar dari jalan-Nya
adakala janji aku mungkirinya
dan segala-gala aku tersalah percaturan.

Aku insan hina serba-serbi sederhana
tak minta dikasihi tak pinta disayangi
melebihi cinta-Mu pada Allah
jauhi nafsu yang rakus bermaharajalela



Teman,
Salahkah aku?
meraikan kegembiraanmu
berkongsi kebahagiaanmu
setelah kau mengecapi sinar gemerlapan itu?
yang menghiasi ruang wajahmu
yang melingkari qalb mu
Aku di sini,masih ternanti2..
masih tercari2..bahagia sepertimu.

Maafkanku teman,
Andai ada janji ku mungkiri
niatku disalah tafsir
Ku akui salahku
ku terima silapku
Maafkan ku.
Tapi,
salahkah aku?
untuk berkongsi kebahagiaanmu.

Akan ku kunci lisan ini
untuk terus bicara denganmu
bukan kerana amarahku
tapi meredakan pasak hati yang bersalah padamu,
yang masih berbaki sekelumit kasih padamu,
apa dayaku,terus mencipta marahmu
membangkitkan ketidakpuasanmu
Maafkanku sekali lagi,
Andai janji itu aku mungkiri.
Ya Allah maafkan ku dan dirinya.


p/s:Moga jiwaku lebih kental harungi semua ini.
11.14am

15 November, 2009

Rehlah Jasadiyyah

Salam alaik..
Alhamdulillah pagi yang begitu nyaman tenteram damai setenang air hujan yg jatuh mengalir dr atap beranda tepi tingkap umah ni..hehe mengajakku berzikir memuji kebesaran Illahi.Seawal 4.45 pagi daku kuar keseorangan membelah kesepian malam menuju ke stesen keteapi Tg.Malim. Kejut su tak bangun2,suara je kuar...ermmm2. ish bertuah betul.ku menjemput teman yang pulang ke kampung.Alhamdulillah selamat sampai dgn selamat kul 5pagi.Pas sampai umah mata dah tak mahu lena.puas pusing2 lena la kejap menanti subuh.Tengok cuaca penuh kebahagiaan mengulit masa memerah keringat berputar mengikut iradat Tuhan, terpikir nak jogging.Awal2 sem dulu tak terpikir pun..badan da rasa berat semacam ni amik peluang la disamping mantapkan jasadiyyah.lagipun Dr.Fauziah nak join leh amik mutiara rohaniyyah dr die nanti..





7.30 bertolak ke sana..Arini bgerak awal ckit ke Tasik Proton,da berjanji dengan anak buah usrah tapi ada halangan yang mendesak hati menjadi keliru,so berilah mereka yg membuat pilihan.Walaupun tanpa mereka geng2 umah ada nak join.Alhamdulillah..fatrah da terasa badannye berat..haha.ayam2..buat kami jadi tembam.dlm on da way, jmpe shbt2 classmate berjalan kaki je ke sane. MasyaAllah memang hebat la mereka2 ni (wanie,yati,tikah,k,zati,huda). Tabik spring berspring2..jauh 2.wanie da merah2 muka.hehe.Kamulah bakal manik2 perjuangan yang tak mudah gentar.Cantik berani,kuat..bagus2.Walau air tasik berkeladak kuning kesan hujan yang mencurah2 tanpa kita pinta..tapi Sunnatullah.terimalah sebagai kehendak Illahi..bukan merungut itu ini..Bila panas ditanyakan mana hujan,bila hujan dibimbangkan baju dijemuran..semua serba tak kena.Itulah manusia..penuh dengan keluhan ciptaan sendiri.

2round pun jadilah pusing..su boleh tak berpeluh langsung..tak aci betul..ish2.dengki betul. Alhamdulillah dalam hepi2 kami terisi dgn kata2 nasihat dan pandangan dr.fauziah mengenai isu semasa.tak sia2 kedatangan dr. InsyaAllah kami akan usahakan sarann dr. utk tubuhkan kelas b.arab untuk masyarakat setempat.Dalam area pukul 10 kami pun pulang..plan untuk ke Zoo Negara plak tapi disebabkan kekangan tak dapat ditunaikan.Zoo Negara coming soon InsyaAllah..sape nak ikut joooom=)

13 November, 2009

Jom makan

d.i.l.e.m.a.

waktu berganti lambat
merantai langkah perjalananku
berjuta cerita terukir dalam hidupku di usia 22
menjadi sebuah dilemma serba serbi dilemma

mengertikah engkau
perasaanku bercampur baur
malam tension memikirkannya
titis embun membasahi mata hatiku
mencuba bertahan di atas dahan-dahan
cinta yang sedang mekar
Ya Allah begitu kuat hebat aku diuji bantui aku ya Allah..
ku terima & akur segala ketentuan-Mu
Pada-Mu hanya mampu ku mengadu



12 November, 2009

Badan sihat akal cerdas

Da nak bis sem baru terpikir nak jogging..mungkin da rasa angin satu bdn x hilang2 pekena dgn ubi depan umah..kpala pening2 so rasa nak try p jogging. cuaca pun cantek..so,offer la pada sape2 nak ikut..jooom. Bila exam mcm2 rasa ish2,dugaan betul.

tapi slack btul la,matahari da naik..kata hajar;'kl dtg awl2 pg msti best, sejuk..'.xpe da tekad nak p p jugak..ke mane? Proton city sunyi sepi 2 la..umah bsor2 tp x b'penghuni sangat..syg rumah cantik2.


jogging2 dalam 2round keliling tasik proton da melepek..hehe.ramai yang datang, budak2 pun ada datang jogging..kecik2 ibubapa da ajar,baguslah bagi mereka.
Memupuk minat pada anak supaya pentingkan kesihatan bdn. Teringat dulu zaman budak2.Setiap hujung minggu ayah pasti bwk pg jalan2. penuh la 1 van,pajero... tak kira la mandi sungai ke mandi pantai ke @ ke mane saje.Sekarang bukan sahaja terfikir tapi tau t'selit p'binaan ukhuwwah keluarga, pupuk rasa tanggungjawab, dalam masa yang sama menyihatkan badan. Ayah tak ajar kami anak2 mkn McD,KFc,Pizza. Ayah ajar makan ikan..ayah kata protein..hehe. Pandai ayah psiko kami2.Memang betul pun. Zaman budak2 da berlalu. Dalam meniti hamparan yang makin lusuh,banyak perlu dpertingkatkan..amal ibadah, ilmu & sebagainya.

Haaa seronok jogging ni,next time turun lagi.

...suke milah dgn hajar...

rehat

dah..jom balik

11 November, 2009

exam oh exam..

salam alaik..

Gatal tangan nak menaip.alang2 da bukak ni..tulis la jap.Haa arini buatku sungguh teruji huhu...sabar je la.arini ada satu paper,Fonetik&Fonologi Arab..memang terketik2 menjawabnye tadi.. Punye la baca penuh2 alam yang kuar ya Allah..ape niiii...perrgh soalan mmg mantap la. Alhamdulillah dapat jawab dgn baik,jwpn tpulang pd Lec la.Memang sabar btul la td..adat la kan belajar, semua akal,hati,anggota badan ni pun patutnye sabar la..sabar ye NEMS..sabar..pas abis semua mengeluh itu ini,dugaan la tu.baru kat dunia nnti kat akhirat da sedia nak jawab???Erm.



Esok lagi mantap 2paper pagi ptg (nahu&mu'jam).. Ya Allah permudahkan urusanku..mak ayah..terima kasih atas doa kalian. Adik2 tq gak bg kata2 semangat. thanks semua.sayang korang, 20hb kite jumpe ye..hehe tunggu k.long balik.

Abis 2paper esok ni lega la ckit bagiku..tinggal EDU je 18hb itupun jawab 20 soalan objektif je,leh la rileks minda p jalan2 dulu,hehe. Nak p mane ek?..erm.

07 November, 2009

Bisikan qalbi..

Setelah membaca perkongsian nurani sahabat teman dulu mesra kini ****** dengan tinta2 dakwah dan nasihat menyentuh rasa, kini rasa terbuku di hati tetap terkejar untuk diluahkan. Masih teringat saat sebelumnya melangkah pergi berhijrah ke bumi Anbia untuk meneruskan carian ilmu yang sentiasa pinta disua dalam diri. Siapa sangka insan yang luhur budi pekerti akhirnya boleh menuturkan kata yang bisa merobek isi hatiku di saat ku ternanti2..ya bisikan syaitan menyucuk bius mazmumah sungguh cepat mengalir pada nadi insan yang sentiasa leka..padaku jua..Astagfirullah.

Masih terbayang kad ucapan biru berisi kata2 persahabatan serta buku ilmiah pemberiannya "biografi Rasulullah". Syukran.Ku sudah khatamkannya sebelum kata2 bisa itu terluah dari hatimu. Aku tak menyalahkanmu atas segala yang terjadi..Takdir Allah.Takdir Allah.Takdir Allah.

Sungguh terkedu dan masih tersisa rasa yang membungkam di hati ini, hangat pabila terkenangkannya. Namun ku kuatkan jiwa raga raih kembali kasih sayang Allah yang membuatkanku alpa seketika.. ya penuh hikmah ditimpakan ujian begini..syukurku jua bergunung2 kerana aku masih mampu sedar dan memikirkan hikmahnya lebih besar. Mungkin diriku tak sehebatnya..Ya, aku akui.siapalah aku..Mungkin jua ujian ini menjadikan aku hamba yang patut lebih berserah pada qada' dan qadar-Nya atas segalanya.Ia sememangnya begitu. Hidup tak diselaputi pelangi indah belaka, kadang tiba awan hitam likat datang membawa guruh sengsara. Apa yang mampu bagiku hanya berSABAR..SABAR.


Atas rasa ukhuwwahku, ku tetap tanyakan khabarnya dari adikku. Itu sudah memadai bagiku mengetahui keadaannya.Moga dirinya sentiasa dalam rahmat Tuhan.Terus diberi kekuatan menulis dan berdakwah.Apa yang berlaku penuh hikmah,rahmah,mawaddah, dan sakinah dari-Nya.Ku redha, tawakkal atas segalanya..untuk melupakannya satu kepayahan.

Kini,sudah bertahun-tahun berlalu hanya doa yang setia panjatkan moga dirinya dengan harapan dapat menyudahkan pengajian serta ditemukan jodoh dengan insan yang lebih memahami isihatinya dan serba-serbi sempurna..Sempurnakan Hidupmu... Maafkanku atas coretan yang tak disengajakan ni..

.

06 November, 2009

Rakyat didahulukan..

Dasar Tempoh Hayat Kenderaan ditarik balik

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MITI pada 28 Oktober lalu, mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. - Bernama


fuuuh..tarik nafas lege la kome dgr berita ni. kete pmberian ayah 2 pun da lebih hayat tapi enjin strong mcm tuannye..haha perasan btul. lbih kurg 18tahn da.

02 November, 2009

Ragam exam..

salam alaik..kaif hal?

Alhamdulillah sempurna 1 maddah. walaupun cuaca suam2 suku arini tak menjejaskan mood untuk menjawab paper EC2 ni. Cuma apa yang terkilan dengan kelewatan para2 penjaga exam nih!.. exam start 2.30 tapi 2.35 kami masih tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan exam..ape nih? yg taman U sebelah da lame msuk da sunyi sepi depan tuh..P Guard kate lec tak datang lg,kertas exam xde lagi..so xleh masuk..aik!lec pun masih tak dapat tepati masa. area dalam pukul 2.45 barulah tiba 1 rombongan lec yg naik bas...2.45??? exam 2.30.pening2...cuaca hangat tp gelap2 ada da ckit.

namun kami xleh masuk lagi nih..haiiyyya..then,hujan turun renyai2..smua student da bising..hujaan wei,hujan la,da hujan ni..and mcm2 versi bahasa lg.pukul 3 barulah pcik guard bg masuk..itupun tunggu la kat tepi koridor berhimpit la laki pmpuan pun hujan pnye pasal..ermmm. nasib bawak payung..dapat teduhkan diri dr bercampur g2. nasib U umah kedai..then, masuk la kelas..jawab la sampai bis mase.Alhamdulillah dapat jwb.

So, hope pasni tak jadi lagi la ye..jadikan pengajaran. same2 tak susah.malu lah kl terus berlaku lg.time blaja KIPSAS dl takde pun gini..kami kne masuk awal 1/2 jam lagi..suka sistem camni tak myusahkan..by the way,takpe la.. terimalah dugaan ni..lain tempat lain ragam kan. Mungkin ada meeting ke pape function ke gossip hangat ke kan..awal bulan semua bz..k daa

wadaan..