26 February, 2010

celoteh lagi

salam

Sungguh hatiku kian tenang, kian diteduh rimbunan mawaddah secara perlahan2..nak berubah tidak perlu drastik.perlahan2..bila kerja bertimbun2 memang setan dan sekutunya makin kuat mengacau bilaukan jiwa manusia yang sudah lemah.. yang penting check-list amal. Sungguh ku kalah dengan permainan setan. ya Allah ampuni daku.Kuatkan akal,perasaan serta jasadku yang seadanya ini. Sungguh ku kian merangkak menjadi lebih baik..moga rangkakku tidak menjadi tempang dengan dugaan yang kian hadir bak jarum peniti halus mencucuk kaki tanpa sedar. yang ada diabetes makin dibiar makin membarah la dibuatnya..

Aku diuji tanda sayang-Nya pencipta padaku..Alhamdulillah.ada hikmah.Rasa sulitku setenang air dilautan setelah dibuai ayat2 indah nasihat dari blog sahabat.Hatiku kental.ya, kembali kepada sang Pencipta..raih redha-Nya. Lupakan isi dunia yang penuh helah.siapalah aku mampu menolak takdir-Nya andai diuji.. jangan disangka insan yang hebat dalam penulisan takde masalah.

hujan sedang merenyai sekarang..kejap lagi lebat la tu,begitu juga ujian pada manusia,kadang2 small matter je.tapi tambah melarat2 dek perasaan yang x t'kontrol.tapi hujan ni rahmat.bawa berkat seluruh alam.....~ hayati mood dalam hujan~....

oklah sampai cni dl nak celoteh,nak siapkan slide plak ni..esok bentang pasal rehlah ilmiah+posing gler2 aritu...

kamera...ermm sampai misr da,ape kabo la agaknye kamera tu. mengidam nak beli yang lain.. nikon,nak sambar DSLR x mampu lg.letak syarat hantaran la..lalala..hehe,suka hati je nak mintak2 x malu!. hantaran ku ke akhirat ntah selamat ke tidak,ntah dicatat ntah tidak.banyakkan beramal,muhasabah nahdia,kuat2!..udaah.

17 February, 2010

Nur Kasih Hanan


salam alaik=) 
khabare kwn2ku sekalian,alhamdulillah ziarah ke klate sudah sempurna perlaksanaannya,kini bz settlekan asiggment yang bertimbun..dalam duk cari2 rujukan terbukak la folder lame.last2 t'jumpa gak 1 file time blaja kat kipsas dulu.subjek ni sem kedua last..kebudayaan Islam..ustaz bagi pilihan nak karang ape..time tu tgh giler2 bace novel..so, terpikir la nak karang cerpen sendiri... maka terhasillah cerita kat bawah ni..tapi ni ade la ciplak2 ckit dari novel2 yg dibaca time tu..tapi idea sepenuhnya sendiri la..tak sangka juga.sebenarnya suka karang sajak,tapi ntah ke mane buku sajak hilang..sedih betul.sajak2 ni b'jangkit dgn ayah..ayah pandai karang sajak.dalam buku2 agama ayah pnye yang lame2 mesti t'selit sajak2..kira puitis gak la ayah rupenye..hehe..so bacelah..yang ade dalam ni takde kaitan antara hdup dan mati..

NUR KASIH HANAN

M
asa beranjak tanpa  Hanan sedar, sudah 2 tahun menjadi isteri kepada Mujahid. Tiba-tiba terlontar bicara menusuk kalbu “Terima kasih suamiku sayang”, lafaz Hanan dalam hati sambil mengusap-usap kandungan anak sulungnya dengan lembut. “Baby,baby jangan nakal-nakal tau!nak jadi anak soleh, kan?”, bisik Hanan pada kandungannya sambil tersenyum penuh makna. Untaian doa yang sering dilafazkan tiap kali selepas solat dan waktu  terluang tidak terlepas mengharapkan zuriat yang lahir menjadi penyejuk mata hati mereka sekeluarga. Penyambung generasi murabbi.
“Hanan”, laung Mujahid dari pintu. Hanan tersentak, “ Ya Allah suamiku sudah pulang”. Terkocoh-kocoh Hanan bangun membukakan pintu, lalu dicium tangan suami tercinta dengan penuh kasih sayang. Mujahid mengucup mesra dahi Hanan. “Maafkan Hanan bang, Hanan tak dengar pula abang bagi salam tadi. “ Hanan berangan apa tadi? Usik Mujahid sambil tersenyum. “ Abang ni, ada-ada je. Hanan kat dapur tadi. “Jom makan abang”, pelawa Hanan. “Ya Humaira’,abang nak solat dulu ye,abang tak sempat nak solat Isyak tadi kena siapkan artikel yang kawan abang MC hari ni”.
Hanan menuju ke dapur menyiapkan makanan untuk santapan suaminya. “Abi ummi, marilah makan sekali”. Hanan mempelawa ibu dan bapa mentuanya. Selepas 10 minit Mujahid turun untuk menjamu selera. “Hanan masak apa hari ini?tanya Mujahid. Hanan masak ikan singgang kesukaan abang, lagipun tadi Hanan dengan perbualan abi dengan ummi mereka pun dah lama tak makan lauk ikan singgang”, tutur Hanan. “Bagusnya isteriku, moga Allah melindungimu selalu Hanan”, terdetik sayu di sanubari Mujahid. Sungguh terharu dengan keprihatinan isterinya. Walaupun tidak dapat meluangkan masa bersama ,tetapi Mujahid merasakan Hanan merupakan insan terbaik buatnya walaupun baru 2 tahun setengah menganut agama Islam. Walaupun pada awalnya mendapat tentangan hebat daripada abi dan ummi dengan pilihan hatinya, namun Mujahid dapat mendidik Hanan dengan baik menurut acuan Islam sendiri. Pentingkan konsep aurat, hormat-menghormati, peranan isteri, dan sebagainya diterangkan dengan penuh hikmah, agar mudah difahami dan diterima dengan baik oleh Hanan. 
Selesai makan sambil berborak dengan abi dan ummi di meja makan, Mujahid membantu Hanan mengemaskan meja makan dan membasuh pinggan. “Isteri abang rehatlah ye, tentu Hanan letih, kan?.
“ Eh abang ni, ini kan tugas isteri. Walau penat macam mana pun tanggungjawab terhadap suami adalah penting. Hanan nak jadi isteri mithali”, luah Hanan sambil mencapai pinggan pada tangan suaminya. Mujahid bangga dengan kata-kata isterinya.
Mana Hanan tahu semua ini? Soal Mujahid pura-pura bertanya.
Hanan baca dalam buku “Tanggungjawab Isteri Solehah” yang abang hadiahkan pada Hanan dulu, abang dah lupa ye?. Fikiran Mujahid ligat megingat kembali buku tersebut. Lantas baru dia teringat hadiah ulangtahun perkahwinan yang dibelikan di kedai buku Hamid Bross Sdn Bhd tanggal 17 April tahun lepas. Mujahid tidak mampu membelikan hadiah yang mahal-mahal. Bertugas sebagai wartawan   dalam arena televisyen ‘Islam Inside’ berapalah sangat dengan lulusan diploma bidang kewartawanan di Kolej Yayasan Melaka 5 tahun lalu.

Mujahid masih terngiang-ngiang tentang apa yang diperkatakan oleh bosnya di pejabat pagi tadi, Mujahid termenung panjang. Hanan menyusun langkah penuh cermat menghampiri suaminya lalu menyergah dari belakang, “ Haah! Terperanjat Mujahid dengan kelakuan isterinya. “Astagfirullah al-azim,isteri abang ni, terkejut abang tau”!. Hanan menutup mulut menahan tawa,takut didengari abi dan ummi. “Nasib baik tak ada ‘high attack’ tau! Kalau tak janda mudalah Hanan”,usik Mujahid pula. Wajah Hanan mula mencuka. Merajuk… alahai perasaan orang mengandung memang mudah tersentuh, umpama daun semalu disentuh hujung jari menguncuplah ia”, Mujahid berfalsafah dalam hati. Hanan duduk di birai katil,tidak ditatap langsung wajah suaminya. Mujahid dengan tenang memujuk Hanan.
 Hanan terbuai dengan kata-kata indah dan nasihat Mujahid, hatinya rasa terpujuk. Bibir Hanan mula mengukir senyum, mendedahkan lesung pipit pada wajah gebunya.. “dirimu sungguh rupawan umpama Aisyah Humaira sayangku”, Mujahid meneruskan kata-katanya lagi. Hanan mengenggam erat tangan suaminya mengucapkan jazakillah khairan kathira. “Ucapan pujian itu selayaknya pada Allah abang,kan? Hanan merendah diri. “Syukran ingatkan abang ya jauzati”, ujar Mujahid. “Apa sebenarnya yang merunsingkan dirimu ya jauzi? Hanan berbicara arab, mengaplikasikan kelas Bahasa Arab yang diikutinya pada hari Ahad bersama Ustaz Amilruddin di Dewan Orang Ramai Kampung Kurnia. Suasana kamar  sepi sebentar..

“ Hanan…” satu suara merisik lembut di sisi Hanan.
Hanan memandang tepat pada wajah suaminya. Anak mata bertaut tanpa kerlip. “ Kenapa bang? Beritahulah Hanan. Abang ada masalah ke? Hanan sedia membantu abang”. Mujahid memandang perut Hanan yang menanti masa untuk beberapa minggu sahaja lagi akan keluarlah permata cahayanya bersama Hanan setelah dua tahun mendirikan rumahtangga. Ah, mengapa berat lidahku untukku khabarkan berita ini?.... Mujahid menarik nafas panjang. Terasa kerongkongnya begitu kesat sekali,malah,terasa dadanya bagaikan ada batu besar menghalang oksigen terus berlegar untuknya bernafas. Basmallah dimulakan lalu memulakan bicara sepahit hempedu itu.
“Begini isteriku, InsyaAllah abang akan dihantar ke Lubnan minggu hadapan dengan pasukan Aman Palestin untuk membuat liputan terkini mengenai perkembangan keadaan umat Islam Palestin di sana. Abang kena gantikan tempat kawan abang,isterinya terlantar di hospital sekarang,sakit kencing manis”, terang panjang lebar Mujahid pada Hanan.
“Ya Allah, betapa beratnya ujian-Mu terhadapku… Hanan mula gelisah,resah. Peluh mula memercik ke dahinya. Diseka lembut dengan tangan kanannya. Lalu,mengalihkan pandangan dari renungan mata suaminya yang menanti reaksi daripada Hanan.

Lama Hanan terdiam sebelum membalas perlahan. “Tak ada orang lain ke bang? Hanan kan tunggu masa aje ni, Hanan mahu abang di sisi Hanan tika Hanan lahirkan anak kita ni…”, mendatar suara Hanan. Jiwanya mula gundah. Hanan memang mengharapkan Mujahid berada di sampingnya menjadi peniup semangat bagi dirinya. Walaupun tahu itu merupakan pengorbanan yang besar buatnya, suamiku bukan pergi dengan sia-sia tetapi membawa misi mengkhabarkan pada rakyat Malaysia keadaan umat Islam Palestin. Itu antara dakwah dan jihad dalam terus menegakkan ad-Din yang tercinta. Mujahid memang tersepit. Antara misi dakwahnya dan keadaan isterinya sekarang menyebabkan beliau berat hati meninggalkan Hanan bersama abi dan ummi di rumah.

“Abi dan Ummi abang dah beritahu ke? Soal Hanan.
“Belum lagi sayang”, tenang Mujahid menjawab.
“Hanan izinkan tak abang pergi ke sana? Mujahid mengharapkan jawapan.
“Dah lewat ni bang, kita tidur dulu ye, tiba-tiba Hanan terasa mengantuk. Hanan mencari alasan memendekkan bicara. Hatinya pedih, pilu bagai dihiris sembilu. Dikucup tangan suaminya memohon maaf, lalu terus merebahkan badan  dan memejamkan mata tanpa menoleh lagi pada suaminya. Hati Mujahid diserbu serba salah. Terasa sayu hati bila dugaan sepahit ini turut dirasai pedih oleh Hanan. “Bersalahkah aku Ya Allah?”, Rayu Mujahid dalam hati.
Mujahid bingkas bangun menuju ke bilik air, berwudhu’ lalu menunaikan solat istikharah. Memohon petunjuk padaNya agar memberi jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya. Setelah menunaikan solat Istikharah dua rakaat, Mujahid menadah tangan penuh harap memohon  doa “Ya Allah,kepada Engkaulah daku berserah diri, kepada Engkaulah daku bertawakkal,dengan Engkaulah daku beriman,kepada Engkau daku kembali dan terhadap Engkau aku menentangi juga kepada Engkau aku kembalikan kehakiman”.( Riwayat al-Bukhari,Muslim). Berderai airmata Mujahid, bergenang di tubir mata lalu tumpah jua melalui laluan pipi mukanya. Mujahid menahan sedu, dia meneruskan doanya.
Dengan nama Allah aku beriman, dengan Allah aku berpegang, dengan Allah aku bertawakkal, kepada Allah yang tidak ada sebarang kekuatan kecuali kekuatan Allah”. ( Ahmad). Hatinya berombak, dirinya menduga pasti jiwa Hanan bergelora dengan kesedihan dalam lena. Mujahid menyambung doanya lagi, yang dibacanya selalu tika dalam resah dan susah. “ Dengan nama Allah aku berlindung  dengan kebesaran Allah serta kekuasaanNya daripada keburukan yang aku dapati dari keresahan ini.”( al-Tarmizi). Mujahid mengaminkan doanya dengan harapan keputusan yang diperolehnya esok adalah yang terbaik.

Hanan tidak tidur,dia mengerling dengan ekor mata dan mendengar bait doa si suaminya bacakan di penjuru kamar mereka. Air jernihnya mengalir jua, menuruni pipi gebu kemerah-merahan.

Keesokan harinya Hanan memulakan tugas seperti biasa, baginya peristiwa malam tadi ibarat petir yang memanah tangkai jantungnya. Hanan redha jika itu yang dimahukan  oleh suaminya. Hanan tahu tugas sebagai wartawan memang banyak perkara yang tidak terjangka akan berlaku. Akhirnya diriku turut merasai apa yang isteri askar-askar Malaysia yang turut kehilangan suami ditinggalkan demi untuk mempertahankan negara.  "Ya Allah kuatkanlah hatiku menempuh keadaan ini",pujuk hati Hanan.

Mujahid turun dari bilik menuju ke dapur untuk bersarapan pagi. Hatinya bertekad akan memberitahu abi dan umminya walaupun itu bukan kehendak dirinya. "Meninggalkan si isteri dalam keadaan genting begini, bukan kehendakku Ya Allah", detik hati kecil Mujahid. Suasana di meja makan sepi, akhirnya ummi memulakan bicara, "Mujahid, kamu ada apa-apa ke nak beritahu? Ummi tengok kamu gelisah je dari tadi….", soal ummi. Mujahid serba salah, lalu dengan hati yang rawan dia luahkan jua "begini ummi,abi saya kena dihantar bertugas ke Lubnan hujung minggu ni..
"Eh, kan Hanan tengah sarat tu,tinggal dua minggu lagi. Kamu tak kesiankan dia ke Mujahid!", protes ummi. "Mujahid tahu ummi, tapi ini atas arahan pentadbiran, kawan Mujahid isterinya sakit, jadi Mujahid kena gantikan", terang Mujahid dengan tenang. Dia tidak mahu sesekali mengangkat suara melebihi daripada abi dan umminya. Hanan angkat kaki menuju ke dapur. Dia tidak ingin mendengar perbualan suaminya bersama mentuanya. Hanan mengemas apa yang patut, membasuh pinggan dan menyusun pinggan di rak. "Hanan, abang pergi kerja dulu ye". Hanan terperanjat dengan kehadiran suaminya, dicium tangan suaminya sebagai tanda hormat. Mujahid mengucup dahi Hanan seperti biasa yang dilakukannya. "Hati-hati ye bang",Hanan bersuara. Mujahid tersenyum lalu keluar menuju ke tempat kerja.

Selesai mengemaskan rumah Hanan terbaring di sofa, dia keletihan. Ummi datang mengusap-usap kepalanya. Hanan terkejut, ummi hanya tersenyum melihat telatah Hanan. "Maafkan ummi buat Hanan terkejut", ummi memulakan bicara. "Eh takpe la ummi.Hanan bertutur tenang. Hanan,Mujahid dah beritahu ummi, apa pandangan Hanan?". Hanan mengeluh panjang. Dia benar-benar rasa tersepit dengan keadaan sekarang. Hanan diam tanpa sebarang jawapan. Dia berfikir panjang.

"Abang, Hanan izinkan abang pergi, Hanan kat sini abi dan ummi ada, abang pergilah ye", Hanan bersuara. Terkejut Mujahid dengan kata-kata isterinya. "Tapi… tanpa sempat menghabiskan kata-kata Hanan terus memintas kata-kata mujahid. "Tak mengapa bang, itukan tugas abang, kita sebagai hamba kena laksanakan amanah yang telah diberikan, betul tak?", sungguh bijak Hanan berkata-kata. Hanan tersenyum manis walaupun hatinya merintih sebak menahan duka, dia mahukan Mujahid disisinya dalam tempoh dua minggu ini. Mujhaid akur dengan kata-kata isterinya, "terima kasih Hanan, moga Allah selalu melindungi kita, Hanan memang isteri solehah, sabar dan tabah hadapi mehnah dan cabaran", pujuk Mujahid. Hanan menahan airmata di kelopak mata dari bergenang. Aku ingin jadi insan tabah!, tidak mudah kalah dengan air mata…",ronta hatinya.

"Khamis ni Mujahid akan bertolak abi,ummi, ummi tolong tengokkan Hanan ye",pesan Mujahid. Mujahid sebenarnya gusar meninggalkan isterinya yang menanti hari sahaja. "InsyaAllah, nak. Mujahid doa-doa lah Hanan dan kandungan selamat ye. Ummi pun tiap-tiap malam doa agar cucu ummi tu sihat walafiat tau,ummi tak sabar dah nak dukung baby, dah lama tak pegang..", ujar ummi sambil tertawa. Hanan hanya gelak dari dapur mendengar telatah ibu mertuanya. Hanan ke depan membawa sedulang air dan sepiring kuih donat yang dibuatnya sendiri. "Emm…sedapnya isteri abang buat", Mujahid mengusik. Merona merah muka ayunya…Hanan bersuara " tengok ummi, Mujahid selalu usik Hanan. Mereka tertawa bersama, Hanan merasa sunguh bahagia. Suasana di luar, senja berarak manja menutupi garangnya sang mentari.

"Hanan jaga diri baik-baik ye sayang, abang pergi tak lama pun, abang balik ni abang temankan Hanan dari hospital sampai anak kita besar ye", tutur Mujahid. Hanan berasa tenang dengan bicara suaminya, dia tersenyum. Wajahnya tak lekang dengan senyuman. Jarang menunjukkan wajah dukanya. Abang janji tau!", Hanan mahukan kepastian. "Ya abang janji sayangku, si Aisyah Humaira",ungkap Mujahid. Lembut menusuk sanubari Hanan.
Hari demi hari Hanan asyik dengan diarinya. Meluah rasa pada hujung penanya. Rindukan si suami yang jauh dari pandangan. Hanan menghabiskan masa dengan membaca kitab al-Qur'an pemberian Mujahid ketika nikah dahulu.  Bagaimana keadaan Mujahid agaknya, "Ya Allah kau selamatkanlah suamiku, kau lindunginya dari malapetaka, kau kukuhkan imannya dalam mentaati-Mu. Sesungguhnya diriku amat menyayanginya sebagaimana Mujahid menyayangi-Mu. Hanan terlena tanpa sedar. Hatinya menyebut-yebut nama suaminya.

Azan zohor berkumandang, ummi mengejutkan Hanan." Eh ummi, dah zohor ke?",Soal Hanan. "Dah sayang, jom kita berjemaah bersama abi. Abi dah tunggu kat bilik solat. Hanan menuju ke bilik air. Tiba-tiba perutnya terasa sakit. Kalau ikutkan 'due' lagi 5 hari. "Ya Allah, kenapa ni? Kau selamatkanlah diriku dan anakku", rintih Hanan. Hanan terasanya kakinya kebas dia terjelepuk di lantai. Hanan menjerit memanggil ummi,suaranya seolah tersekat di halkum, dipegang perutnya mengharapkan zuriatnya selamat. Bibirnya sentiasa basah meniti nama Allah. Akhirnya dia pengsan. Darah memenuhi ruang bilik air. Abi dan ummi terkejut melihat keadaan Hanan. Mereka memanggil jiran supaya membantu mengangkat Hanan ke hospital. Ummi sungguh gelisah. Hatinya tidak tenang. Dia berdoa agar Hanan selamat. "Abi, macam mana ni? Mujahid tak balik lagi, saya risau la bang", luah ummi pada abi. "Sabarlah, Hanan cuma pengsan je, saya tengah bawa kereta ni,jangan cemaskan saya", ucap Abi. Mereka berdua dalam ketakutan.

Tiba di hospital, Hanan terus dikejarkan ke unit kecemasan, di sorongkan dan dipakaikan alat bantuan pernafasan. Doktor menasihatkan agar terus di bawa ke wad bersalin. Hanan mengalami tumpah darah yang kronik. Dia kekurangan darah dalam badan. Hanan tersedar, perutnya terasa begitu perit. Bibirnya sentiasa menyebut nama Mujahid. Ummi sebak melihat keadaan Hanan.




Lapangan terbang Abdul,Lubnan.
Suasana dalam Boeing M-672 sunyi sepi. Mujahid dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Mujahid berharap Hanan dan kandungan dalam keadaan sihat. Mujahid merahsiakan kepulangannya. Dia ingin membuat kejutan kepada keluarganya. Kepulangannya ke tanah air kali ini pasti disambut gembira oleh Hanan dan orang tuanya.Tugasannya di Lubnan dapat diselesaikan  sempurna dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Lubnan. Hatinya berbaur riang. Terbayang-bayang wajah isteri kesayangannya. Mujahid tersenyum sendiri. Tangannya mencongak berapa jam lagi akan sampai ke Malaysia. Abang rindukan dirimu Hanan", terbit luhur dari sanubari Mujahid.

Hospital Sepang, Selangor.
Hanan binti Abdullah Lee", panggil doktor." Ya Allah, sakit doktor. Hanan tidak dapat menahan kesakitan mengerang mengeluarkan zuriatnya. "Ya Allah berilah kekuatan padaku, Ya Allah. Kau selamatkanlah zuriatku, kau ambillah nyawaku. Bukan nyawa anakku",rintih Hanan dalam doanya. Ummi dan Abi gelisah di ruang legar menunggu. Abi, Mujahid tak balik lagi ke?,macam mana kita nak bagitahu dia ni bang?",Ummi benar-benar resah. Abi pun jadi tak tentu arah. Mujahid pun tidak pernah call semenjak berada di sana.

Perumahan Bandar Baru Salak Tinggi.
Hah, hospital? bila?,Mujahid terkejut apabila bertemu jiran sebelah rumahnya,Pak Cik Hassan. Mujahid pelik suasana rumah sunyi sepi. Dia mencapai kunci kereta lalu terus meluncur laju ke Hospital Sepang."Ya Allah, aku bakal bergelar ayah. Syukur ya Allah", hatinya gembira tanpa merasa sangsi walau sedikitpun. "terima kasih Ya Allah,terima kasih isteriku!, Mujahid berasa tidak sabar menatap wajah isteri dan anak sulungnya.

Setelah tiba di hospital Mujahid terus meluru ke wad bersalin tingkat 3. Abi dan ummi terkejut melihat Mujahid. "Kamu balik bila ,nak? Soal abi. "Bagaimana Hanan, ummi?. Dibiarkan soalan abi tak berjawab. " Hanan mengalami komplikasi mujahid, tekanan darah dia kurang. Hanan terjatuh di bilik air", jelas ummi satu persatu dalam sendu. Air matanya mengalir tanpa henti. Mujahid tergamam. Dia meluru ke wad bersalin dan ingin masuk bertemu dangan isterinya. Walaupun mendapat bantahan dari doktor,Mujahid terang dengan jelas keadaannya. Mujahid dibenarkan masuk, terus menuju ke katil Hanan.Mujahid terpaku seketika. Bergenang airmatanya melihat keadaan Hanan. Hanan terperanjat dengan kehadiran Mujahid, dipanggil dengan suara perlahan. "Abang.. abang, sini bang. Mujahid terjaga dari lamunan,disambut tangan isterinya lalu dikucup dengan penuh kasih sayang. "maafkan abang,sayang.Abang biarkan Hanan menderita seorang". "Tidak bang,Hanan bersyukur dengan kedatangan abang". Doktor melarang Hanan bercakap. Mujahid berasa seksa azabnya saat melahirkan anaknya. Dia berasa amat kerdil. Benar-benar terpegun dengan kekuatan wanita-wanita yang melahirkan anak. Sungguh kasihan melihat Hanan. Disapu peluh yang mengalir di dahi isterinya. "Kuatkan semangat isteriku sayang", ucap Mujahid.

"Maafkan Hanan bang, hanan tak larat dah bang", luah Hanan. "Jangan Hanan, Sesungguhnya Allah bersama-sama kita, zikir banyak-banyak, baca doa Syifa' selalu", Mujahid memujuk. Dalam beberapa minit Hanan berjaya melahirkan anak perempuan. "Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah. Mujahid mengucap syukur pada Allah, diambil anak suci itu lalu dilaungkan azan pada telinga kanan serta iqamah pada telinga kiri anaknya. Mujahid tidak mahu syaitan mendahuluinya.

Hanan mengucapkan syukur,dirinya berasa amat lemah, tidak mampu untuk mengangkat tangan sekalipun. Nafasnya turun naik, kerongkongnya terasa amat pedih. Mujahid merasa panik dengan keadaan isterinya, digenggam tangan Hanan seerat-eratnya. "Kenapa Hanan?", Tanya Mujahid. Mujahid segera memanggil doktor. Dia tidak sanggup kehilangan isterinya yang tercinta. "Abang,abang jaga anak kita baik-baik ye,abang asuh dan didik dia jadi anak solehah ye, Hanan minta maaf ye tak dapat temankan abang jaga anak kita", Hanan bisik perlahan. Apa yang Hanan merepek ni… Hanan selamat,anak kita pun dah selamat. Abi dan ummi masuk melihat keadaan Hanan. "Abi,ummi Hanan mohon maaf ye atas kesilapan Hanan".

Mujahid kaget, dia tidak percaya dengan kata-kata doktor bahawa isteri kesayangannya akan pergi meninggalkannya buat selamanya. Rupanya Hanan merahsiakan penyakitnya selama ini. "Kenapa Hanan tak beritahu abang selama ni?", terpancar bias kecewa dengan sikap isterinya." Hanan tak mahu abang risau dengan keadaan Hanan,bang". Hanan sayangkan abang. Abang banyak berkorban untuk Hanan. Hanya secalit Hanan balas. Hanan sanggup gadaikan nyawa demi kasih sayang Hanan pada Abang". Mujahid kehilangan kata-kata. Airmatanya mengalir tanpa henti. Hatinya benar-benar tersentuh dengan pengorbanan Hanan. Akhirnya Hanan menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dipangkuan Mujahid setelah mengucap dua kalimah syahadah.

Tanah Perkuburan Kampung Salak.
"Ya Allah,kau tempatkankah isteriku dikalangan orang-orang beriman, syurga yang Kau janjikan pada yang syahidah diwaktu melahirkan ummatMu. Moga kau makbulkan doa dan permintaanku ini Ya Allah. Mujahid meninggalkan tanah prkuburan dengan langkah lesu. Wajahnya muram. Abi dan ummi banyak sabarkan Mujahid hadapi dugaan ini. " sabar nak, ini merupakan kasih sayang Allah pada kita, di anugerahkan zuriat ini penyambung generasi insan seperti Hanan.Wanita terbaik,qudwah hasanah sepanjang zaman.

Hanan, abang akan pegang kata-kata Hanan, abang akan didik anak kita menjadi seperti dirimu,Hanan binti Abdullah Lee, menjadi seperti Saiditina Khadijah,Aisyah,Hajar, Zainab al-Ghazali. Teguh berjuang, sabar dengan ujian kehidupan, dan wanita contoh dalam rumahtangga. Abang beruntung mendapat isteri sepertimu ya Aisyah Humaira, Mujahidah Hanani nama pilihan abang untuk anak kita. Semoga semua diberkati Allah.
Amin…Nur Kasih Hanan.

Tinta pena islami:
Nahdia Ehsani binti Mohd Shukry
Bahasa Arab dan Tamadun Islam.




 


12 February, 2010

Segunung Harapan(",)

Menung seketika..
Entah apa harusku mulakan bicara.tangan laju menaip dari apa terlintas dari otak..huh..keluhan dilepaskan. Hatiku tersangkut di ranting kesibukan yang ada. Setelah telaah bait demi bait ayat dari blog ust saipol, perasaanku makin membara. Semangat, semoga ia tak hangat seketika cuma, bahkan terus menyala selamanya seperti kawah api di Kertih tu..tempat petroleum tu..haa dah2..kalau mengarut no.1,teeeeeet..stop!.

amik ckit petikan dari ust yang begitu sy respect(",)

Ustaz amat harapkan agar pelajar-pelajar major Arab UPSI yang merupakan FAUJUL AWWAL sekitar 37 orang dapat buat praktikal di sekolah-sekolah di negara Arab. Supaya mereka dapat merasakan bi'ah dan suasana Arab yang sebenarnya. Supaya mereka dapat memperkukuhkan lagi uslub bahasa arab mereka. Supaya mereka rasa yakin dengan diri sendiri sebelum masuk ke alam perguruan yang sebenarnya. Supaya mereka rasa tidak kesal belajar di UPSI berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Selalunya UPSI ini dilabelkan sebagai pilihan terakhir, dah kena lelong akhir sekali dah tak dapat ke mana-mana masuklah UPSI. Supaya tanggapan seperti ini tidak lagi berulang. Supaya selepas ini ramai masyarakat luar akan pandang betapa hebatnya UPSI. Supaya selepas ini kemasukan pelajar baru tidaklah sepi dan sunyi sahaja sehingga pelajar asal bahasa arab terpaksa ditukarkan major pendidikan Islam kerana jumlah yang terlalu sedikit.



Sungguh lidahku kelu,tapi hal ni buat kelapaku ligat.terfikir2 hasrat ust yang menggunung. sebelum ni pun ust da banyak bagi cadangan,tapi kami???.kemain semangat sekejap je, ibarat berlalunya wangian yang harum pada si pemakainya,kita lalu sebelah dapat la bau,setelah beredar da tak bau pape..Mana hammasah kita ya kawan2..mana idea kita yang kemain ligat dahulu??. Now, masing2 ada 1001 alasan dan dala'il mengenai kesibukan diri,hanya mengharapkan orang lain yang usahakan..kita ibarat menanti suap je...memang tak patut la.

Tengok pada tugasan yang dr.Esmatt serahkan la, dengan munazarah,khotobah,mahrajan,dll lagi..ni pun mengeluhnya kemain lagi.macam2 alasan..huh!susah2 minda dibaluti hal sendiri sahaja. tak lain tak bukan..asgmen la jd mangsa. "Eh tak boleh la,asgmen banyak".."tak payah buat la,asgmen pun tak siap lagi". "Nak buat jugak ke?asgmen kan da ada??".huwa2..banyak alasan weh..Kita perlu cuba berfikir luar kotak fikiran,arrange masa dgn lebih cerdik..insyaAllah mudah.Ayuh la sahabat2..jom kita sama2 buat, buktikan..kita boleh, ye kita boleh. cuma jangan banyak cakap..buat&laksanakan tu perlu.lebih afdhal.


Actually, mudah je.tapi kita lebih amik hal lebih mudah, abaikan je..lupakan je..ust2 kita da tolong semampu mereka,kita harus kerahkan otot2 & kerangka yang ada untuk lunaskan tugas kita,pelajar bukan hanya belajar. ada masa kita bertindak pengurus,juruaudit,ade mase jd kaunselor x tlatih,jd ustaz&ustazah,jd driver,ade mase jd RA (perkara yang tak sangka ku dapat laluinya) jangan kata kita amik BA xleh jd RA.sy boleh anda pun boleh..kita ada idea berbeza,idea yang berbeza ni buat kita makin mantap.(ni xleh ulas,ni benda siir)chaiyok2 sahabatku...

Jangan jadikan alasan sebagai penghalang,ust2 ada tugas tersendiri. Ada masa berfikirlah jauh ke depan,jangan berada di takuk mesia sahaja.Jom kita teroka dunia..pemergianku ke buat Umrah dulu pun da buka mata hatiku untuk nilai kehidupan.Dunia pendidikan amat luas buat insan yang sentiasa berfikir..jangan duk bawah "tupperware" je. ada mase duk la bwh periuk belanga,kuali ke kan..haa dah2.melencong lagi!.
 
..::semuanya  di tangan kita sekarang::..


Moga segunung harapan ini tercapai...insyaAllah biiznillah.

10 February, 2010

PEDULIKAN APA YANG BERLAKU..



Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja,
Bertenanglah bila qada menjatuhkan hukuman,
Jangan tersentak dengan peristiwa duka malam hari,
Peristiwa di dunia ini sebenarnya tidak lama.
(Bait imam Syafie)

وَمَا سُمِّيَ الإنْسَانُ إِلا لِنَسْيِهِ * وَ سُمِّيَ القلبُ لأنه يتقلَبُ
Tidak dinamakan insan melainkan kerana sifat lupanya,
dan  dinamakan hati qalbu kerana ia berubah- ubah

Ego ke?

Salam alaik peneman jiwa

Ku teruskan bicara hati yang terusik tika dalam tren on the way pulang dari UKM semalam.. Sungguh hatiku tidak kuat untuk bertentang mata dengan insan "itu".. Perjalanan yang mengambil masa hampir 3jam macam2 boleh berlaku.Alhamdulillah buku yang dicari jumpa juga. Jazakillah kairan kathira sahabat2 di UKM pinjamkan buku untuk kami.Khususan buat ina salam..Padan la dengan lelah payah ke sana tanpa perut diisi..huhu.kecian bell.Sabar

Tika hampir melelapkan mata area jam 8, bertandang insan mengurut dada..mula2 sipi2 je tengok.mata dah layu time ni..taab jiddan, mula2 tak fikir apa2 tau.lame2 si dia menegurku.."akak..akak,akak turun mana?soalnya. Aku berpaling..terkejut..kenapa matanya??terus menerjah rasa khauf dihatiku. Lantas terus aku buat tak tahu je dengan pertanyaan tadi.. si'dia' terus menyambung soal;akak boleh belanja makan?..aduh tambah erat aku memaut diri sendiri.takut sey.. kenapa soalku,ni sebelah ni quyah tak plak..camne ni.. Last2 buat tak layan je.si 'dia' blah ke belakang.meminta2 dengan orang lain pula.
 
Kecian die..tapi sikapku yang buat tak endah dengan persoalannya tadi buatku terfikir semula, egokah aku?. Tren berhenti di Kajang,naik si atuk,dengan pantas gadis muda keturunan India bangun beri laluan pada atuk ni duduk..bagusnya. Masih ada insan prihatin.Alhamdulillah. Sampai sekarang terfikir dengan sikapku sendiri..mana rasa ehsan pada diriku? Ya Allah.
Begitulah kehidupan, belajar melalui alam yang terbentang luas ini.Dalam tren 3jam pun buatkan ku terus menilai sikap sendiri,menilai perjalanan hidup,menilai segala-galanya. Moga ada ruang untukku kembali muhasabah.

Mak ayah selalu pesan beringat dengan orang yang tak dikenali, atas alasan itulah aku membiarkan persoalan berlalu pergi. If perempuan aku pertimbangkan juga, tapi ni male,male you know..tak sanggup!rasa takut masih bersisa hingga saat ini.aku jua insan biasa, ada masa kalah dengan perasaan sendiri.Namun, harapanku moga rasa takutku ini tidak menjebakkan aku dalam kebinasaan hidup..tak rela.k daa~ wslm.

04 February, 2010

ku sahut cabaran

Hamdallah syukur nikmat usia,Islam,Iman.
Dalam kesibukan ku cuba curi masa untuk kongsikan apa2 yang baik la utk pembaca.Arini ada berita yang sungguh buatku tersengih je..hehe antara percaya antara tidak sebenarnya..tapi ku cuba sengih juge,tapi tak la sampai sengih kerang busuk ea=).Mesti korang tau kan..sape yang bace paper arini tau la..=)

ok lah selamat menghayati berita ni dengan senyuman..jangan sedih2 ye sahabat2 teman perjuangan ku.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan guru yang menamatkan latihan perguruan wajib berkhidmat di pedalaman dan luar bandar sebagai mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata tenaga pendidik terutama mereka yang belum berkeluarga sesuai mengisi kekosongan di kawasan itu selain membolehkan golongan terbabit mendapat pengalaman baru.

“Perkara ini sudah lama dibangkitkan iaitu menghantar guru berkhidmat di pedalaman bagi tempoh tertentu. Namun, saya rasakan kini tiba masanya perkara ini diperluaskan semula.“Perkara ini mungkin menyulitkan bagi guru yang sudah berumur dan berkeluarga kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar,” katanya, di sini, semalam. Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Kementerian Pelajaran mewajibkan guru ke pedalaman untuk tempoh tertentu bagi mengatasi kekurangan tenaga pengajar.

Hashim berkata, pihaknya yakin tindakan itu turut menguji kewibawaan guru selain bersedia dari segi mental dan fizikal jika dihantar ke kawasan terbabit.Sementara itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang turut menyokong yakin tindakan mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan di pedalaman.

Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian juga perlu mempertimbangkan khidmat di kawasan berkenaan sebagai syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat guru. “Guru yang diarahkan untuk berkhidmat di luar bandar dan pedalaman harus menerima tanggungjawab itu dengan hati terbuka kerana sumbangan mereka amat penting terutama memastikan murid dan pelajar di kawasan berkenaan menerima pendidikan yang secukupnya,” katanya.



Bila lagi kita nak rebut peluang keemasan ni, bila lagi nak teroka istimewanya tempat orang yang lain dari lain kan.Anggaplah ini hanya tugasan zaman moden. Jika Nabi Muhammad SAW boleh laksanakan tugas dengan penuh amanah terhadap ternakan kambingnya tika usia 15tahun dengan penuh kesabaran dan ketabahan, kenapa kita di usia 20-an tidak mampu untuk mencontohi sifat Nabi SAW kesayangan kita.Kesabarannya boleh kita contohi untuk kita berhadapan dengan ragam anak2 murid kita akan datang. Bukan nak samakan murid2 dengan kambing, tapi cuba implementasikan sifat peribadi Nabi SAW dengan kita di pasca millenium sekarang. Sekarang kemain merungut lagi bila dihantar ke pendalaman, tak selesa lah,tak boleh masuk geng la,macam2 dalil alasan keluar.

yang penting,cukupkan bekal buat diri sebanyak mungkin, jangan merasakan cukup dengan ilmu yang dapat dalam kelas,ada masa kuar la hadiri usrah, tazkirah, ceramah,qiam sebagai perencah sedap dalam nasi goreng.Faham?.Pupuklah hati kita taqarrub ilallah.Pabila hampiri-Nya InsyaAllah ketenangan akan hadir dengan sendirinya, tiada masa untuk kita merungut dan membebel tak tentu pasal serta menyalahkan pihak2 lain. Hargailah sifat Syukur. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. Bukan meminta2 tetapi tidak setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan.Baik yang kita lakukan, baik jugalah hasilnya. Menjadi cikgu akan jadi mudah jika kita menghayati kehidupan & share experience with them... Fikirkanlah teman.

Pengalaman mengajar selama 6bulan di Sek Irsyad dulu sudah dedahkan ku dengan ragam murid, teman sekerja, tanggungjawab & segala2nya. Manis jika kita ikhlaskan hati & tumpukan penuh perhatian pd murid dalam penyampian ilmu. Ingat tugas guru bukan hanya mengajar tapi lebih lagi dari tu..didik,asuh,nasihat, & segalanya. Murid akan lebih dihargai jika kita memahami mereka.Muallimah rindukan korang semua la terutama kanak2 riang darjah 6talhah,6maryam&6uwais,5zainab,3fatimah 2008.Walaupun sekolah taklah selawa sekolah kerajaan tapi ilmu yang diperoleh moga terus kukuh dalam diri.

Moga Allah panjangkan usiaku untuk terus mengecapi manis pahit dalam bidang perguruan & berkongsi idea dengan ayah majukan sekolah tercinta.Janji anakmu.. Rabbi yassir wala tuassir.

02 February, 2010

ADAB BERSAHABAT

sunnguh ku bukan dalam cahaya
sungguh ku lupa tika bahagia
sedang Kau dekat di tubir mata
sedang Kau dekat di pinggir jiwa

biarkan air mata melimpah
biarkan luluh cinta tercurah
segala kasih rindu tertumpah
seluruh hati aku berserah

ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan


Kau datang ketika duka 
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga
ku rebah di dada malam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya pada-Mu 
tempat mengadu segala rindu


pernah dengar?ni bait lagu dato' siti.mendalam liriknya,alangkah bagus dihayati sepenuhnya oleh si penyanyinya & kita semua. Takde la nak buat benda pelik2 bila kecewa @ dikecewakan.kan2??okeh tinggalkan bab lagu.(set induksi)....

sahabat,siapakah sahabat korang ek?brapa lame da kenal die ek?da betul2 kenal ke sakhsiahnya?familinya? & segala2 tentangnya..ermm terpikir tak korang tentang ni. Realitinya, sukar untuk dapatkan sahabat yang benar2 perfect sbgai sahabat,da bertahun2 sahabat pun bleh jadi musuh. Astagfirullah..minta jauh dariku serta sahabat2 yg ku sayangi semua. Entah la empangan rona hatiku sungguh terusik bicara tentang sahabat. Mereka antara insan penting dalam derap langkah duniaku sepanjang hidup mungkin sehingga akhir usiaku yang bila2 masa boleh dijemput oleh sakaratul maut.dah2 jangan nak melencong!!stop.lam akhtor hazihi fikrah fi 'aqli...

ape yang nak dikongsikan sebenarnya adab kita bersahabat&bergaul dengan teman2 kita.zasss..

1-Mengutamakan sahabat. Jikalau dia tidak mampu berbuat demikian, maka sekurang-kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya. Contohnye la,die nak sangat tshirt tu,comel..tapi dia tahu kawannya tak penah ada tshirt sebegitu,lalu ape salahnya kita hadiahkan tshirt tu sbgai tanda sahabat.bukan seperti orang yang meminta2."eiei..lawanya tshirt ni,eh awak belikan la utk sy,belanja lah.ha kan gedik's namenye tu.tak malu betul.

2-Membantu sahabat  sebelum sahabatnya meminta bantuan. Contoh si ehsan tengah angkat barang (beras la,coz beratkan),si nadia tengok je buat donno tak tau je.ape salahnya si nadia tu tolong angkat barang tu sekali...eiii paling tak suka sahabat cam ni tau!hati kering.
hadis Rasulullah saw..."barang siapa yang tidak belas kasihan kepada sesama manusia, maka Allah juga tidak menaruh belas kasihan kepadanya.."(Muttafaq''''alaih)
3-Menyembunyikan rahsia sahabatnya. Ermm, yang ni paling susah manusia nak buat,lidah tak bertulang katakan.ni lah aib paling besar pd manusia. Kita cerita untuk peringatan tapi ada masa buat nasi tambah plak pd cter asal..ni yg akhtor...Jaga2 lah,nti semuanya dinilai oleh Allah.Diriku sendiri ada masa terbabas,ampuni kesalahan hamba-Mu ini.

4-Menutup keaiban sahabatnya.ermm manusia suke bercakap hal x baik orang lain,tapi x sedar dgn perangai diri sendiri yang ada masa sakitkan hati orang lain. Kenapa hal yang buruk2 perlu disebarkan, perlu diceritakan?terfikir tak?.Minta dijauhkan la aku & teman2 dari trus bleluasa sifat ini.

5-Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabatnya.agak2 ada ke orang akan diam?tak kan..mesti cter jgak,kadang2 mengapi2kan lg ada la.kan2?..ermm sabar je lah.

6-Menyampaikan segala pujian daripada orang lain kepada sahabatnya.agak2 ade ke nak cter?tak kan..mesti lg jeles beb!ish xleh jadi ni,aku nak dipuji gak..ni la ragam manusia,semuanye ak pueh hati..nak lebih dr orang lain smpai tindas kawan sendiri!

7-Mendengar dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia bercakap.korang dgr dgn baik tak?tapi kl orang tu korang x suke msti korang wat donno je kan?pandang tak pandang je muke die.sbb da geram dgn perangai die yg mengada2,suke mngadu domba dll la.

8-Meninggalkan perbalahan dengan sahabatnya.bab gaduh2 ni mmg sensitif,kdg2 dalam sekelas pun leh gduh besar punye..padahal hal kecik je,tapi tak bertegurnya lebih 3 hari.so, pikirlah sendiri ek. da nasihat pun tapi buat derk je lantak ko la.dosa tanggung sendiri..geram2=(

9-Memanggil sahabatnya dengan nama yang sangat disukainya.kdg2 ade gak t'salah panggil,tpanggil su(suraya) suya la,air soya la.tapi die suke je=)..tak tau la if hantinya panas membara.yang pasti su cool je orangnya x pnah nak nampak marah=)..

10-Berterima kasih pada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.Yang ni ade mase mulut berat nak tutrkan rasa penghargaan ni.nape ek?susah sangat ke padahal tak payah byr dgn emas permata intan berlian pun nak cakap.benarlah..yang baik susah nak kuar dari mulut,yang jahat2 mengumpat laju je kuar bagai air mengalir tiada henti..fuuuh

11-Melarang orang lain yang ingin mengumpat sahabatnya.agak2 korang cam tu ke?mesti ade jawab ye& mesti juga akan kate tak.mesti telinga korang tadah je nak dengar.ada tu siap tertanya2 lagi,bila nak cter,bila nak cter..janji ea cter..ha amik nak kau,yg buruk je cepat nak tau,cam tu ke sahabat??fikirlah

12-Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan halus apabila dia ingin menasihati sahabatnya.hehe..ni dapat pd si mulut laser, i say sorry la.mesti terus sembur je berapi2..waah berani betul.I respek pd nus la kl bab ni..nus mmg penyabar tgk orangnya..hehe perhati sorang2 budak kelas ni.mane tau sangkut jd calon adik ipor=)

13-Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabat serta mendoakan kebaikan untuknya.kdg2 susah nak didik hati jd pemaaf bila da tlampau gram sgt.betul kan?begitu jua diriku,kesilapan teman nampak besar di mata kita walaupun ksalahan tu kecik sebesar kuman je.tapi kita suka besar2kan & cter pd orang lain plak.biarkan die dgn perangainye..yg penting,daku maafkan semua orang yang pernah membenci diriku(if ader la),umpat ke,tak suka ke,yelah mane tau kan.ade mase msti ade terasa tanpaku sedar.yang penting sebelum tido,diri ni tak pernah putus2 doakan untuk kalian.Moga redha Allah bersama kalian.

14-Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah dia meringankannya .ermmm bab lepas tangan ni memang banyak berlaku.kdg2 kcian tgk asyik org tu je btungkus lumus buat,kwn2 yg lain buat bodo je. ade tu bg alasan la,itu ini.yang tak tahan siap komplen mcm2 lg.kejam2,takpe Allah tau ape yang korang buat!.ermm

15- Jangan mengambil kesempatan di atas kesenangan sahabatnya.Ni yang paling banyak berlaku,nak ulas panjang pun tak bererti,yang penting diriku dah rasa bermacam2 prangai manusia.dari wang ringgit hinggalah hal lain.hanya doa dapatku laburkan agar orang tu insaf/sedar akan perbuatannya. Moga tiada mangsa seterusnya. kesabaran itu pasti.Mungkin ujian Allah.nantikan pembalasan Tuhan.Moga allah ampuni segala kesilapan &kesalahan kita secara sengaja atau tidak.

ni lah ceriteraku..buat semua teman2 dari

tadika:ummi izni,laila,kamal
sek ren:nabilah wafiah,intan syafika,amiratul,diyana,saadah,zahidah,farhana,humaira,azrin nazri,ashraf,tarmizi,walid,fidaiy(yg terlintas skrg)
sek men:huda,mel,seha,nisah,anis,liyana,ain,aeen,syuhadah hasan,haslina,hasan husaini,rubaie,roazlin,walid,akmal,syafiq satar,syafiq fawzan,afiq hamizan (yang terlintas skrg)
sek men klate;dila,k kma, k na, k.mas,mimie,ayu,nurul,aimie,asma, (yg terlintas skrg)dll.
plkn:is,azura,mun,soo lin,dayah,ain,hazirah,malathi,kamal,fariz dll
kipsas:bakis,ina,shira,ain,sal,epy,mirul,noseri,lenny,ida,ct,fiza,saidah,dll
upsi:semua kanak2 ribena AT49..hehe
Dan yg x disebut pun istimewa dihatiku..sayang korang semua.k that's all

ilalliqo'





01 February, 2010

Telaah jiwa

Salam alaik teman2 alam maya..
Khabare korang ek?=)
da lame tinggalkan alam blog ni.masa banyak tertumpu pada pelajaran yang makin lama makin b'ganda kerjanya..adat la student..yang penting niat,keikhlasan jiwa2 kita bhadapan dgn ilmu & aplikasi dalam kehidupan seharian, yang penting fikir,renung dan telitikan sejauh mane kita manfaatkan ilmu yang diperoleh dan ada.ermm don't be selfish k.

hari2  yang berlalu mencorakkan realiti perjalananku langkah demi langkah bertapak moga ia kukuh & utuh berpasak untuk bekalan masa hadapan. Macam2 hal berlaku dan aktiviti yang berlangsung sepanjang kesenyapan diriku tak jengah ke blog ni.Memang sntiasa bz penuhi amanah sbgai student,kakak,aahli usrah,ketua rumah ni,dll.Semoga segalanya diredhai oleh Allah.

Alhamdulillah bermula awal tahun 2010 ni melalui Fb ramai kenalan2 lama dapat dijejaki semula,menyambung kembali tali silaturrahim dr alam tadika,sek ren,sek men,plkn,kolej,U sampai da tua ni,tua sangat ke?gamoknyelah..hehe.Bersahabat mula dari qalb yang ikhlas terasa dekat sekali terasa erat yang amat sgt, walaupun b'jauhan,ada masa dikenang2,terlintas difikiran dll.

Alhamdulillah jua belajar b'sama Prof Bukhari banyak al-nasaih yang dapat.memang prof akan selitkan nasihat2 tbaik buat kami.Jaga2 teman bila kita dalam bidang agama ni budaya Ph.D lagi kuat membadai..jangan disangka air yang tenang di pantai tidak menhanyutkan kita.. jangan lalai dalam urusan agama,jangan dicari pasal kalau kita takde ilmu tentang perkara tu dgn mendalam.selidik dulu,tanyekan pada yang 'arif.sama2 kita fikir ye teman2.bertutur mudah tapi melaksanakan belum tentu...errm jgn mengeluh syg.

Alhamdulillah jua dapatku buat pelan al-awfar  bank Islam.amik pakej rm1000 sekali dengan takaful kemalangan diri RM75,000 setahun serta penulisan wasiat. Yelah sepanjang jd pemandu jarak jauh ni,keselamatan belum tentu terjamin.Ni jelah bekalan untuk support pd famili b4 pape t'jadi. wasiat pula ku letakkan nama mak.Untuk ayah k.long tak pikir lg,mungkin k.long akan bantu ayah kumpul dana buat bangunan sek baru..kita usahakan sama2 ayah ek. mak ayah sudah banyak berkorban untukku,kini ku harus mencorakkan masa depan & merancang yang terbaik buat mak ayah pula.Sebagai pelajar ada masa jangan lupa tugas kita sebagai anak.bila dah keje sekalipun jgn dilupa tgjwb pada org tua kita..ni da berjaya semua mak ayah tinggal.ape kes??Fikirlah teman2.sedih la plak..ermm untuk adik2 k.long dapat tinggalkan nasihat2 je,amalkan ilmu yg dpelajari.jadi insan berguna.itu je..harta k.long takde nak bagi.

oklah..nanti kita jumpe lg ek..nanti cter tentang adab bersahabat plak.. banyak nak share tentang ni.

ilalliqo'