22 September, 2010

~Meniti hujung usia~

kala hujan itu turun tanpa dipinta
ada si usia berlari pergi
meninggalkan tapak dewasa
menjejaki hujung usia
Apa? Siapa...
Sampai bila?
hujung usia..ya hujung usia


Usia yang dilalui seakan tiada di mata
tidak kelihatan
dalam samar atau terang
hanya jasad meningkat usia
fikiran?hati?
mampukah ia matang hingga hujung usia?

19 September, 2010

Dugaan Dunia

Bismillah...
Alhamdulillah selamat tiba di bumi ilmu setelah berhempas pulas melawan dugaan..
Ye..dugaan yang datang tanpa kita sedari..
Mujur Allah sediakan insan2 yang berhati mulia membantu den ni.

Alkisah tajuk den arini sebenarnya menyingkap kisah semalam...kisah ape?kisah den pulang ke TM semula la..punya la tanak balik ahad..nanti nak bersaing dengan 1.2 juta kenderaan lagi...arrrgh x sanggup den. Tambah dengan kondisi kereta den yang malap2 coz tak hantar service...Bengkel yang selalu p service tu senin baru bukak..so, amik langkah berani den bawakkan jugak!tak service2...hah..memang menempah padah.

18/9/2010 yang malang  tak berapa baik untuk den je la...
dalam kul 9am den gerak dari rumah..sorang2. Berenti isi minyak "full" pastu pecut lawan dengan kereta Triton area Batu 10-Simpang Gambang..hehe. Den masuk Caltex die hon..haha. yang penting den menang..Yess!=). Gembira kejap je la ni.

Achik dgn As da sampai, amik diorang. Then, teruskan perjalanan..masuk LPT. Temperature time ni maintain ag la..sempadan Temerloh die wat hal. Makin naik,naik lagi...haiii hati den x sedap dah. awat ni?? Masuk R&R Temerloh den rileks kan kete jap. Pastu teruskan sampai la kat Genting Sempah area jam 11.45am sebab temperature makin tinggi lagi.. Pastu den angkat la bonet depan kete tu..datang pulak laki pakai baju Proton tanyakan ada pape ke?..hehe, den naik segan la, jawab pun ala kadar je.. takde pape lah..panas je ni..diorang offerkan diri nak tolong tengok.. Diorang ni rupanya standby kat area situ if ada kereta Proton yang prob diorang akan tolong kira PROTON I-CARE la ni..ooo baru den tau.

ni ha proton i-care..nampak depan tu kete den..hehe
cantik pnye snap,siap ada jalur gemilang=)

Kebetulan yang turun tu Ketua die bahagian Pantai Timur dengan Orang yang incharge bahagian service dr HQ. tengok2 rupanya salur hos radiator problem..mak aih ko...dah tertanggal getah kat dalam tu..da nampak jaringnya, itu la yang menyumbatkan lagi salur air..laaa patut pun naik tinggi sangat. Haiyya.  

Pastu diorang mintak izin nak tukar, da memang xleh jalan jauh ni dik", kate sorang mamat ni. den pikir nak sampai TM je..dah alang2 die offer nak repair, den pasrahkan je la diorang wat pape, bab ni memang den x pnah belajo lg,takat cek minyak hitam,isi air,isi myak,cek minyak brek tu je yang den tahu..huhu..den yang lurus bendul (time ni je la) terima je la die nak tukar..untuk keselamatan den dgn kawan2 gak.hehe. Staff die ni p la cari spare-part utk ganti. Area situ xdek.diorang pg sampai Bentong.. Aduuhh puas plak la den tunggu. Dekat sejam setengah gak tunggu situ.. aaah pembaziran masa. Sabar2, demi keselamatan.

Dah settle semua argh leganya den.. teruskan la p'jalanan. Pecut lagi..sampai Tol Jalan Duta kul 3pm tepat..ok den set pukul 4pm sampai TM.. Sampai area Rawang temperature naik lagi...argh, jiwa kacau dibuatnya..B'pegang pada kata2 mamat proton yang da baiki tu "boleh sampai Aloq Staq ni" den x amik peduli la dengan temperature..ahh biar la ko naik..meter x betul kot...den wat telaah sendiri..

Lepas je Exit Bukit Tagar lagi 14km lagi nak sampai TM pun.."pommmmm"(lebih kurag camni la bunyinya)...pastu berdecit2...berasap, air kuar..den gabra..b'henti tepi, brek set P, tutup enjin..Risau meletoooop!..Turun la kami ni bertiga..bukak bonet depan tu..hah amik nak kau hos satu lagi plak yang meletup..berasap2 sekali. Alamak...apa den nak buat ni..tengah pusing2 dalam dua minit, datang mamat ni..

"Nape dik"? tanye mamat ni. Sanggup dia seberang jalan tanyakan masalah kete.
"ada salur pecah", jawab den.
"temperature tinggi ke?, ni mesti Gasket(ntah die sebut) problem ni...", mamat tu sambung. " tengok minyak hitam kuar..Betul la ni..


tersadai ko..minyak hitam da kuar..
Den yang tak tahu pape diam je la..memang tak belajar bab gasket2 ni.. Basket tau la..hehe.
Pastu die offer nak tolong tarikkan sampai bengkel die..bengkel die kat TM.argh leganye. patut pun pantas dan tangkas..pomen rupanya. Die call anak buah die suh tarik kereta..tak x boleh langsung..tarik je la.

Tunggu pulak dalam setengah jam nak ke sampai trak tunda tu..kereta, lori, bas laju2 lalu..den naik risau plak. Lepas trak da sampai,  angkut la kete den ni..kami tibai duk dalam kete trak semua..takut.haha..terasa berkeduk2 naik, cam kete kuda. Serius!=)....


bersedia untuk berlepassss..hehe

17 September, 2010

Badai Kasih

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah baru balik makan dari rumah Pc Jabbar. Menyeluk makang gulai ayam kampung=)...syukur atas rezeki arini..walau pedas..tapi berpinggan2 tambah.keh3

Alhamdulillah juga, petang tadi pas asar dapat ziarah sahabat walaupun sorang. Malam tadi mesej tanya khabar dia...rupanya dia pulang beraya dengan famili angkat di Kuantan. So, pagi tadi da set nak jumpa die...rindu **** =D...teman yang kehidupannya penuh luka tapi yang paling tabik ketabahannya dan semangat yang lahir mengalir dalam dirinya serta senyuman yang sentiasa terukir indah.. Sungguh! hatinya kental hadapi segalanya, payah nak tengok dia menangis. Yang menagisnya den... aduuh.sungguh jiwaku tidak kuat hadapi seperti apa yang telah temanku lalui. Setelah jumpa rumah dicari, salam, peluk...kami pun borak panjang..masa begitu pantas berlalu. Segala kisahnya membuatkanku rela menitiskan airmata walaupun cuba tahan dari keluar...kelopak mataku tidak mampu lagi membendung empangan jernih yang bersedia memecahkan dindingnya....B'derai jua..

Temanku, Simpatiku berbakul2..tapi apakan daya, daku hanya mampu berkata2 untukmu, mendengar segala luahan hatimu, ku tidak mampu berhadapan dengan mereka..Andai aku dapat memperbetulkan keadaan dan melihatmu bahagia bersama mereka.. Ya Allah, itu yang ku mohon. Ku sangkakan kau bahagia setelah bersama keluarga kandungmu...tapi kau tidak mampu lagi mengecapi nikmat itu...Sungguh besar ujian serta dugaan buatmu..

Tersebut al-kisahnya teman den ni sebenarnya terpisah dari keluarga kandung sejak lahir, dibesarkan oleh keluarga angkat di Kuantan & pernah jua menginap di Rumah Kebajikan juga. Camne boleh kenal?
ok,den kenal die semasa same2 belajar diploma dulu. kami sebilik masa sem 1.waktu muda2 dulu...(skrg tak muda sangat da)...hehe. Sebilik 4 orang. Dari situlah den tahu kisahnya satu persatu...

& hingga kinilah den selalu mengambil berat tentang teman den ni...tup2 dia jumpa keluarga kandungnya...hasil usaha minta alamat dari JPN. Itu pun syarat b'bagai2 nak dapatkan alamat..tapi teman den tak pernah kecewa, putus asa..dia gagahkan jua cari sampai dapat. Tau2 famili kandung ni tinggal kat KL. Teman den pegi sane cari & alhamdulillah sekarang tinggal dengan keluarga kandung. Tapi panas yang sangka ke petang tidak berpanjangan...

Dugaan Allah bertamu lagi buat teman..satu persatu ujian menguji keimanan.

1. Penerimaan ibubapa/adik2 kandung. Dah jumpa mak ayah ni pun terpaksa menginap di hotel selama beberapa hari. Risau diketahui oleh adik2 yang lain. Kalau korang terfikir x?...{sila jawab} mesti excited nak kenalkan kakak yang dah lama terpisah dari keluarga pada adik2 yang lain...tapi tidak pada teman den. Susahnya nak bahagia.

2. Saudara-mara. teman den cakap kalau hujung minggu diorang balik kampung, x pernah nak ajak balik sekali. teman den pernah juga luahkan apa yang terbuku di hati mohon kepastian...tapi jawapan tetap masa "perlukan masa untuk beritahu"...sampai bila????da nak dekat setahun dah.
3. Jiran sekeliling.

Kehadirannya seolah sebagai orang asing, setiap pertanyaan orang yang datang dijawab "anak buah" oleh  ayah misalnya... Bila sedara nak datang, maka berkemas2lah di hantar ke rumah 1 lagi, kalau jiran datang, menyoroklah dalam bilik duk diam2..x boleh keluar. Korang boleh bayangkan x? Bacalah dengan hati yang lapang, den cerita bukan untuk mengaibkan...tapi sebagai pengajaran kepada makhluk Allah yang punyai akal dan perasaan. Mengerti nikmat kasih sayang yang Allah berikan cukup sempurna.....

Mengapa ibu ayah tidak dapat berterus terang?dalam tempoh hampir setahun masih berahsia..Mengapa??ya Allah...sampai bila mereka perlu diberikan masa, dan sampai bila teman den perlu pendamkan rasa yang m'buku di jiwa dengan sikap famili kandung...walau si adik2 kandung sentiasa mesej pinta teman den pulang ke KL, tapi mereka tidak mengerti perasaan teman den...=(. Ok bila raya pula, akan pulang ke kampung tidak pula si ayah mengajak sekali pulang kenal sedara mara. Mengapa harus begitu? kalau raya sebelum ni si ayah pulang bersama anak2 lain untuk raya kemudian pulang pula ke KL untuk ambil si ibu dan pulang semula ke kampung bersama anak lain...mengapa tidak dibawa sekali teman den??. Bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan teman den awal2 lagi mintak izin pulang raya ke Kuantan, dari si ayah ulang alik nak amik mak dan adik2 yang lain. Ibarat macam teman den ni menyusahkan mereka untuk pulang ke kampung.

Teman den juga manusia seperti kita kawan2..ingin rasa disayangi keluarga sendiri, kenal mengenali saudara mara..tapi nikmat itu tidak kesampaian buat masa sekarang.. Apa yang den harapkan .."moga terbukalah pintu hati si ibu ayah teman den untuk berlaku adil. insan itu zuriatmu jua, insan yang lahir dari benihmu. bukan insan lain. pedih hatiku memikirkan sikap manusia yang pelbagai. 

Banyak lagi...tapi cukuplah ini secebis cerita dari insan penuh payah untuk bahagia. Kuat hatimu sahabatku, seteguh karang di laut.eh macam familiar je ayat tadi...huhu. Along tahu **** kuat, kuat sangat untuk semua ini. **** banyakkan berdoa agar dilembutkan hati ibu ayah untuk beri peluang pada **** mengecapi bahagia.


16 September, 2010

Kembali kepada FITRAH

dengan lafaz Bismillah ku mengorak aliran kata yang mengalir dari lubuk rasa...
Alhamdulillah...sesawang kembali aktif setelah pulun raya habisan.
Syukur atas nyawa yang dipinjamkan ini...ameen.

Korang ape khabar ek?mesti dalam mood raye lagi kan..hepi dengan sanak saudara. Ntah la, bagi diri ini tak terasa pape yang istimewa raya kali ini..yang istimewa tanggal ** Sept 2010 je kot...

Tahniah Mr.him telah menyambut ulangtahun kelahiran. Tahniah2...itupun mampu wish je.renunglah kepada fitrah..Moga kehadiran kita disambut mesra, pemergian kita nanti dirasa kehilangan yang amat b'bekas..berjasa pada orang lain. Taburkan budi selagi mampu.Tak mampu melakar sajak indah lagi tika ini buatmu Mr.him...sori. Kepala sarat dengan asiggment yang sengaja tinggal di TM. Bila dah free ni, mula menyesal tak bawak balik..cari nahas sendiri..erm.

Arini pun dah masuk raya ke-6, cerita kat TV tak usah cerita la..memang m'khayalkan...citer hantu,lawak ntah pape. cter sedih tgu iklan raya la..nak mengalir gak airmata tengok iklan Finas..t'ketar2 tangan ayah nak masukkan butang baju..fuuh..b'bekas di hati..mampu ke aku nanti m'harungi semua itu. Panjangkan umurku ya Allah...

Den plak macam orang mati laki..t'peruk duk dalam rumah tak kuar2 langsung..ziarah pun tak..rasa teruk sangat diri ni raya tahun ni..ape nak jadi pun xtau..hanya duk dapur jadi tukang masak,makan & 'chubby'kan badan..haha. Thanks pada sape2 yang datang makan tu..sedap x?haha...=D

Dah alang2 cter pasal raya ni kan...den pun nak share la raya den sekeluarga. Mood raye ala kadar je..baju mak sponsor sehari sebelum raya..hihi..thanks my beloved mum..love u so much.Apa yang leh cakap sebelum raya den ni busy macam dah jadi mak orang...den kene bawak adik2 pegi Terus Maju kat Taman Tas tu survey seluar raya..sejam gak kat citu pilihkan untuk adik2..umair plak ikut..bising mulut die b'celoteh..haha. Saiz seluar untuk Aufa plak takde...arggggh die tibai je seluar jeans walau den keras2 kate jangan amik seluar jeans...takde pilihan!  ermmm sabar..atleast den da belajar layan karenah bakal si anak nanti bila ade jodoh dengan Mr.him nanti=).....Biiznillah.

Ayyad pulak wat perangai nak stokin jugak pas kakak(Adah) pilih stokin..die menyorok ceruk mana ntah..den pusing2 x jumpa..pastu die mintak nak selipar..argggh den dengan rela hati merelakan die pilih sendiri dari die menjeruk rasa dengan den..biarkan la..masih kecik.da besar2 nanti die faham la..da selesai uruskan diorang..petang den dgn mak ke bandar  pulak..selesaikan urusan hal tukar nama akaun Tabung haji, wat spek mata kosa...(bertambah jumlah adik yang pakai spek mata)...gambar bawah, Pastu borong lagi baju raya bebudak ni kat Ekonomi sebelah Ainon Hayati tu..perggh b'pasang2 baju..abeh gak la dlm RM1,200 utk baju raya saje seramai 12orang..Betul tak mak??

tengah adik kosa dgn spek mata baru=)

*****************************************
okeh...alkisah raya pertama..

pagi2 an kami sudah bangun,den tibai tdo awal malam raya..yelah esoknya nak drive jauh.kul 4am den da bagun..gosok baju raya.haha...pastu lelap semula..siap2 dan bagai lagi,makan semua da masuk barang dalam avanza+pajero...ok2 tgu jap... snap gambar famili
my famili



ni pun x cukup..da 3 orang duk Mesir..selagi x abis belajo,mmg raya xkan ckup la bilangannya=D...semua da berganjak dewasa...okeh..Then,dalam kul 8 gerak la ke Neram 1.Ayah da janji dengan orang sane utk Khutbah Raya..so,seme ikut ke sana la.pastu raya kat rumah orang2 situ 3 rumah, pastu terus gerak ke Tranung ikut Jalan Jabor.. Sampai2 dalam zohor kat umah Tokde Ajil.
ni la kat rumah Tokde Ajil..thanks mak sponsor baju raya..hehe
pas sejam setengah duk kat sini gerak ke tranung dan beraya sakan la kami anak beranak...itu jelah dapat di share..mcm biasa la...da balik setahun sekali sekali jumpa tumpah la airmata...aduuh den lemah bab ni ='(...

Nasi dagang mesti mende wajib bila balik..x sedar 3x menambah makan..hehe.teruk betul.xpe lah..rezeki jangan ditolak kan..kan2?..hehe

Raya ke-2 pulak

sambung pegi beraya,kat umah abg.Joe destinasi pertama...pastu melawat tanah ayah kat sane..ayah da ckp sape nak duk sane...semua diam m'bisu..tanah da ade..tgu buat rumah je..hehe.den x brani nak jawab,ntah posting tang mane pun den xtau. Ni ha gambonya
ayah nak anak2 tau kat mane tempatnye..

Then, pegi umah Ust. Man,cikgu ayah dulu time belajar di SMKA Tok Jiring...balik rehat,tdo..petang destinasi seterusnya Kg. Raja,rumah Tauke Maduria, Pak Ya. Adik ipar mak..kebetulan die buat jamuan dan semua tok, tokki adik2 mak ade kat sane..
saat bahagia kita....Alhamdulillah

Pas beraya, kami gerak ke rumah Tok su,Pak sedara mak..esoknya kak Aja nak nikah& kenduri. Kak Aja ni pendakwa raya di Mahkamah KL, Jalan Duta. Orangnya kecik molek je...comel=D... Sampai2 tlg la ape yang patut..ptg paun pandan wat bunga rampai, tengok kak Yam siapkan hantaran, ptg bawang,macam2 la..seronok wat ramai2..meriah=).. tdo kul 4 pagi dgn pengantin..pakaikan inai. Yang paling x tahan, den tibai tdo atas katil pengantin, bakal pengantin tdo bawah sebab berinai..hihi.kenangan betul. Manis2....=)

Raya ke-3

Kami semua sibuk uruskan kenduri dari mula hinggalah ke pukul 4 petang...lalu mintak izin untuk pulang. kami nak kejar masa sebb nak pulang ke kuantan plak. esoknya Ecah kne daftar masuk wad. Dugaan raya. Dalam kul 6 gak la gerak ke Kuantan pas siap2 kemas barang semua. Sampai kat Batu 6...ahhh jammed teruk..ayah buat plan sndri, den follow belakang pajero..memang kerja luar biasa la ayah wat..den yang x hafal jalan tganu ni menurut je la belakang..melintang jalan pun melintang la kita, nak ikutkan jammed memang lambat sampai..huhu. Ayah memang hebat,masuk dalam ceruk2 kampung2 last2 sampai Padang Midin. den, kalau p semula memang x ingat dah...Failed!

So, dipendekkan cter, berenti rehat di R&R Dungun area kul 7.30pm. Penuh orang, tapi yg x best tandas die kunci..katenyer xde air..orang lain da t'desak p belakang bangunan..&*%#@* ahh kotor!yeeek. as siap solat terus jalan pulang jmpe restoran ade toilet. kami semua lepas hajat kat c2..pastu ayah p mnum dl..den teruskan p'jlnn. Penatnya drive sorang2 memang x usah cter la...mata kuyu pun kne bukak beso2 lawan cahaya lampu kete yang macam2 pesen..sabo je la. 

Kali ni dugaan datang lagi...diuji dengan lampu pajero malap...ayah suh patah balik...den patah balik coz lampu kete da memang x hdup langsung..sah bateri pnye pasal ni...den teka je..Pas prob tu settle kami tinggalkan pajero di rumah kawan ayah,so dengan pecah rekodnya kami naik 14orang dalam avanza..hahahahaha...kl ingat memang lawak!semua jd baik...diam je.serius!den pun bawak pelahan je,meter pun naik 60@70km/sejam. Alhamdulillah kul 11 lebih selamat sampai rumah...haaaa syukur
********************************************

Sambutlah dengan rasa rendah diri syukur sebagaimana kita mengenal dunia ...kembali kepada Fitrah..bagaimana keadaan asal kita itulah kita..bukan membongkak, mencari salah manusia lain, meninggi diri, melihat semua orang lain salah, rasa diri hebat..jauhkanlah semua sifat itu.

Kadang2 bila duduk dalam jamaah, sifat itu makin menebal dalam diri..yelah semua nak mengaku wadah masing2 hebat, banyak berjasa..sanggup dah buat macam2,x puas hati la..ckit je cubaan Allah nak uji pada hamba die,nak tengok kita tangani masalah ini cam mane.So, fikirkanlah mana kaca mana permata,mana besi mana kayu, mana span mana berus sabut..haha baik punya perumpamaan..=D

ok itu jelah
yang baik amik
yang x elok... Maafkan den.
salam permisi

09 September, 2010

Kelmarin, semalam dan hari ini...

salam alaik...salam akhir ramadhan..esok raya..Alhamdulillah.
di kesempatan masa yang t'luang ini...den amik masa nak menaip la jap..mak ade ni...temankan sambil lipat kain=)...hehe

oklah kenapa kelmarin ,semalam dan arini??ye...kerana kelmarin semalam dan arini banyak memberi kesan pada den walaupun hari ini belum menjengah maghrib lagi...banyak buat den t'pikir, merenung, dll tentang kehidupan yang dipinjamkan ini..yang pasti menambahkan pengalaman yang berharga buat diri den ni. Alhamdulillah...

05 September, 2010

Meneruskan sisa kehidupan

Salam alaik...
salam penghujung Ramadhan...suasana sayu dengan tirisan hujan saban waktu seakan menangisi pemergian Ramadhan Kareem..aturan waktu telah ditetapkan oleh Maha Kuasa..sebagai hamba kita patut bersyukur dengan nikmat usia yang setia b'nyawa hingga kini. Indah bukan, dapat menikmati kehidupan sehingga saat kini dan b'depan dengan cabaran yang mungkin membina kematangan diri kita menuju dewasa. Subhanallah.

Saat jemari menari di ruangan 'keyboard' ni,ku sudah berada di Baiti Jannati. Gembira,suka,riang...semua ada lah =) ..sape yang  tak hepi bila balik rumah...ye tak? bagi sesetengah orang mungkin sedih, coz t'paksa tinggalkan yang tersayang,yang dicintai di U, Kolej @ mane2 aje... tapi bagiku ia amat indah, mendekatkan diriku dengan karenah pelbagai ragam si kecil & adik2 yang menginjak dewasa. Pelbagai ragam,karenah,aksi yang kadang kala membuatkanku dan mak ayah tersengih, kadang2 nak naik marah, kadang2 takde pape perasaan...hehe.

Apa khabar la muaz di Makkah agaknya..mak dah menanyakan waktu di bumi Barakah..mak berkira2 muaz da gerak ke Makkah. Semua orang tertanya2kan mu Muaz...

muaz = kanan sekali..makin hensem=)

Syifa & Iffah, apa khabar korang ek?agak2 mesti berendam airmata syawal nanti coz terpaksa menahan diri untuk pulang..sabar dikku.
syifa' = Kanan sekali

Iffah kat shopping complex Cairo


Itulah kehidupan, makin kita langkah berjalan makin banyak keperitan dan ujian akan kita hadapi nanti. Itulah aturan yang Esa. Bukan untuk melemahkan iman kita..tapi nak tengok sejauh mana kita sebagai hamba ingat selalu kepada-Nya. Cakap memang mudah, tapi untuk melaksanakannya kadang kala begitu perit& tak Istiqamah. Masa susah ingat la Allah, bila senang lupa kenikmatan yang Allah berikan. Lantas payah mengucap syukur... Kitalah insan yang alpa. yang sering bermain dengan perasaan sendiri. Yang mudah dipermainkan nafsu syaitan..lantaran benteng iman yang kian goyah.

Itulah sedikit tazkirah peringatan bersama=)....siapa buat dia dapat....hehe

Al-kisah pulang ke kampung   rumah dengan p1 kali panjat puncak genting..Kalau ikutkan mak memang tak bagi fikirkan usia sayyarah yang menjangkau lewat usia.hehe. tua la sangat. tapi alhamdulillah still leh bawak balik myself & friend pahangian.... nak balik nanti fikir banyak kali juga nak lalu genting tu...tengok kereta penuh tersadai tepi jalan...cemass gak tengoknya.

Tapi yang best dan hepi sekali...bila da sampai umah kan, si umair dengan cerianya sambil makan nangka (k.long pun x mkn lagi nangka ayah tanam ni) sebut:

"Alonngg",(x pandai lagi sebut k.long)
ku hampiri..hulurkan tangan untuk salam, dia sambut..hulurkan pipi dekat muka die. die cium...hehe.
best la plak..rasa macam anak sendiri..ehhh sabo2=D

Haa sampai la ni la den berada di rumah habiskan sisa ramadhan yang b'bali beberapa hari lagi. Ikut perancangan raya pertama di Kuantan, then petang gerak ke terengganu (kg belah ayah), pastu gerak ke Setiu ( kg belah mak).. nanti den kawen xde da la balik2 kg belah mak ayah...raya kuantan-................ je la..hehe. ameeen,jodoh menyatukan kami=).

Oklah..mak nak sapu sampah.nak kne bangun dari tempat ini..nak teruskan kerja yang ayah da listkan untuk kami adik beradik, ayah da sembelih ayam 4ekor untuk buka puasa petang ni..tata.miss u all.

Salam penghujung Ramadhan...
26 Ramadhan 1431H