30 March, 2010

Buatmu mak..sempena yaum milad-47

Atmosfera lail pekat likat
Diulit belaian bayu sendu gelita
Detik hati dengan kurniaan nikmat
Mencurah seakan tidak disekat

Tiba sepasang mata menatap wajah
Pada potret usang di celah madah
Diusap manja penuh hemah
Dipeluk erat menghilangkan resah
Menyelinap tabah melingkari mahabbah

Mak,
Bukan permata ku dambakan
Bukan berlian ku harapkan
Cuma sekalung doa yang tidakkan terurai
Cuma ingatan yang tidakkan terburai
Selagi hayat ku masih tersadai
Dipersada alam tenang dan damai
Adakala jiwa diusik ombak membadai

Di daerah jauh ku terkapai-kapai
Memutar waktu penuh gemalai
Mengenang pengorbanan insan tanpa balasan
Insan mulia penuh suka-duka
Dipendam sengsara diluah ceria
Demi anak-anak tercinta..

Mak
Mawaddah kau hamparkan
Mahabbah kau titipkan
Pada insan yang ditimpa gundah
Pada murid yag dikelek masalah

Di sekolah kau berjasa
Di rumah kau meluah rasa
Bercerita penuh iktibar
Moga anak jadikan tugu
Melawan anasir mengganggu

Mak,
Saban waktu ku menghitung usia
Ku takut pada waktu yang tiba
Kian menjauhkan antara kita

Namun ku sungkur pada qada’
Ku percaya pada qadar
Sunnah Allah termaktub jelas
Redha pada suratan takdir


Janjiku,
Menggapai cita-cita yang diimpi
Realisasi harapan dihati
Penuhi hasratmu saban hari
Jadi insan terbaik di duniawi

Ucapan padamu tiada henti
Bibir terus menyebut
Hati terus mengingati
Pada jasamu yang tiada berpenghujung

Kak long sayang mak...



dya ehsani
1:17am
30/3/2010

18 March, 2010

Ayuh buktikan..

Alhamdulillah..hargai nikmat usia walau ditimpa sakit tanda ujian dalam melangsaikan amanah yang diserahkan..tugas hakiki yang pasti tidak dapat lari.Qada' qadar apa yang berlaku telah tertukis sejak azali..di luar jangkaan manusia..

B'hempas pulas siapkan kerja+asgmen yang bertimbun perkara biasa...nekad tanak ponteng pape klas sem ni x dpt ditunaikan jua..demi kem akademik bitara minda FB,so, tinggalkan ujian senamrobik..ramai tak caya diriku amik senamrobik.adik gelak, mak wat t'kejut..hehe.mungkin bg diorng t'gedik2, t'kinja sane sini.ooohhh tidaaak. Alhamdulillah skrg masih t'kawal,cuma..bab aurat je la.beselah...lain orang lain ragam. Moga sedar 1 hari nnti. yelah bak kata cik dayah: org awam faham ttup aurat tu pakai tdung je..lain t'dedah xpe..ish3.nauzubillah.

oklah nak cter kem yang pg 3hr baru ni...alhamdulillah byk ilmu dpt.dgn barisan panel yang mantap2..mmg x caya terpilih kne pg.da pg da dpt ilmu kene amanah la dgn taklifan yang diharapkan oleh FB.FB bukan buat saje2 je pgram ni tapi ade target 4 tullab FB kekalkan pointer yang 'tinggi' tu..tinggilah sangat!errmm.1st pg mmg tak rase pape,dgn keje yg banyak boleh plak kite pg kem. Untung kwn2 yg x pg dpt siapkan keje.jeles!

Jutaan tq pd FB atas pgrm yang manfaat ni. dari cara kenali personaliti sendiri sehinggalah skill target pointer yang diimpikan di ajar satu persatu..memang x t'kira prihatin FB pd anak2 didiknya..dgn manjakan bg makan 6x tu..kat umah pun x mewah mkn..hehe.rezeki2..syukur sangat2.Demam pun x terasa kat sane,balik barulah rase..mak aiihh tak laratnya... Hanya Allah yang tahu.Ok lah ni je yang dapat dikongsi.idea utk b'puitis belum hadir..demam m'bantutkan ideaku.

ni wajah2 b'tuah

pasang cadar sendiri..huhu

10 March, 2010

Sajak untuk Syafia


 Pagi yang hening ditemani suara merdu maher zain menyebabkan ku khayal melayan perasaan..namun urat2 otakku terus menerjah pada seseorang insan tidak berdosa..lalu terpacul di bibir mulusku..SYAFIA..

Hanya ini dapat ku nukilkan buatmu anak kecil..tiada daya kudratku membantumu hanya doaku sahaja mengiringi perjalananmu ke sana...



 
Tenang pagi dikocak resah
Fikiranku kian gelisah
Melihat ragam manusia yang punah
Kerna penangan nafsu amarah

Syafia,
Kau mangsa durjana,
Rakus menjilat memadam hati suci,
Pada simpati yang menyeri anugerah Illahi,
Mana belas ehsanmu wahai si rakus!

Pada insan sekecil yang tidak mengerti apa-apa,
Tetap mendiamkan diri menyembunyikan rahsia,
Kau mangsa, kau mangsa, mengapa engkau Syafia???
Empangan airmataku pecah
Membasahi lapangan pipi tanpa disedari
Kecewa dek sifat rakusmu yang menggila si rakus!!

Wahai si rakus!
Di mana kau labuhkan iman dalam dirimu,
Di mana kau abadikan ajaran agama dari kecil,
Di mana kau letakkan amanah menjaga anak tidak berdosa???

Si kecil perlukan dibelai,
Bukan di sepak terajang,
Bukan dibiar rasa keperitan kepedihan..

Ya Allah,
Sejukkan amarahku
Tenangkan jasadku
Sungguh ku kecewa dengan si rakus durjana
Memalit duka menghiris kalbuku pada Syafia..

Moga Jannah untukmu Syafia..




9.39am
10.3.10
dya ehsani..




09 March, 2010

Monolog sendiri

Ya Allah bala apa yang kau timpakan pada ummat2-Mu saat ini...

sedarlah jiwa2 yang layu,jauh dari simpang akhirat..

Cuaca panas sememangnya menguji jiwa..sepanas ketika ku berada di Makkah dulu tidak la sehangat ini.walau panas namun angin sesepoi bahasa tetap menyelak pipi mulus..tapi panas di sini, terbakar hati kemarahan yang meluap pada angkara durjana manusia..rakus memamah alam, kering meninggalkan tulang serta abu..kadang2 nikmat yang ada jarang disyukuri, azab yang datang cepat benar disedari..itulah manusia..alpa tika bahagia, mencari "Nur Tuhan" tika terseksa..

Kepulanganku disambut rumput yang menguning, angin diselimuti putih abu2 yang menyesakkan dada..sungguh ku terkelu, bala apakah ini.. Ya Rabbi, punahlah jiwa2 yang masih tidak mengerti..mengeluh sana sini..pancarkan sinar-Mu pada jiwa2 kehausan..limpahkan ketenangan, ajarkan kesyukuran..nikmat manakah yang kamu dustakan???

wahai jiwa2 yang jumud, bukakan pemikiranmu, positifkan akalmu, jangan sempitkan akalmu dengan termometer jahil, surutkan panas jahilmu dengan ilmu Illahi..agar meresap rasa khauf & taqwa pada naluri yang berkocak...

daaa~

07 March, 2010

6.3.10

salam
bertemu dalam arena bicara..hingga saat ini lopak mataku masih mengeras,,tak bisa di kendurkan..ku bahagia jalani saat hari semalam (6.3.10), benarlah kata pujangga semalam adalah kenangan,esok adalah harapan.. kenangan semalam moga membawa harapan yang bahagia dalam kehidupanku...

Ada hikmah kepulanganku..saat2 akhir b'tekad nak balik juga x pnah pun terpikir selama ni, walaupun  keje bertimbun2 serimbun pohon buah ceri(hah!da melalut)..sanggup lepaskan kerja.huwa2.. setelah bekejaran dari pagi ke senamrobik,then balik siap2 trus prepare balik umah..perjalanan byk habiskan masa dgn ydo je..memang letih seletih alam la..ade ke seletih alam??hehe.

Alhamdulillah selamat tiba 6.45pete..awal 15min.mmg packik tu pecut smpai kuantan, takut sey...tp sempat lg sengih kerang busuk time ku nak turun. Tiba di rumah, paling terharu,terus dipeluk oleh umair..dia sangka mak la minta disuap nasi,minta susu kot. .hehe.kot..huhu