29 October, 2010

Usrah



    Usrah adalah suatu perkataan yang tidak asing bagi majority gerakan Islam sedunia pasca kebangkitan Gerakan Ikhwanul Muslimin. Aplikasinya dipelbagaikan dan dianggap sebagai serendah-rendah sistem yang perlu ada di dalam sesuatu organisasi gerakan Islam baik apa sahaja bentuk dan wasilahnya. Hal ini perlu disedari akan peri pentingnya, dimana jatuh bangunnya gerakan adalah bergantung kepada faktor utama ini. Adalah suatu yang perlu bagi sesebuah gerakan melakukan proses taxonomy (pengkelasan) yang jelas dalam mengenalpasti marhalah, segmen ahli, jenis usrah yang sesuai mengikut perwakilan entity atau kelompok tertentu di dalam gerakan dakwah. Hari ini kita melihat terlalu banyak kepincangan dan salahlaku dalam proses pelaksanaannya apabila penterjemahan pelaksanaannya sering disalah ertikan, disorok fungsinya, dimomokkkan dengan beberapa dikotomi dan diberi imej yang lesu oleh si pembawa usrah itu sendiri. Salahlaku ini melibatkan kepada gerakan itu sendiri, para naqib dan para anak usrah yang terlibat.

Masalah-masalah yang timbul akibat permasalahan daripada usrah yang tidak berkesan

Jamaah kelihatan gah dan hebat pada mata umum tetapi lemah dari segi pillar, pasak dan tulang belakang jamaah. Penghasilan para petugas dan pemimpin yang separa masak serta tidak cukup pengetahuan, pengalaman dan proses didikan yang berguna kepadanya. Merencatkan pertumbuhan , perluasan system serta menyukarkan jamaah membina sistem pengurusan yang ampuh dan tersusun. Menyebabkan jamaah sukar menghasilkan sistem imunisasi dan pertahanan daripada serangan luaran, serangan isu, jenayah IT dan beberapa aspek yang mengurangkan tenaga jamaah. Menyebabkan jamaah menaggung amilin(petugas) yang kurang daya mampu membawa hala tuju jamaah mengikut acuan semasa yang waqii’y akibat sikap ahli yang dogmatic, pak angguk atau wala’ dengan nada yang tidak konstruktif. Menyukarkan jamaah mengubah imej, membawa halatuju baru kerana ahli hanya mendapat maklumat secara umum hanya melalui liqa’ umum, surat khabar jamaah, perkeliling yang terbatas kefahaman yang semestinya tidak membumi. Jamaah tidak akan dapat mengikat ahli melalui proses makro (liqa’ besar, muktamar) dengan menidakkan proses ikatan secara kecil-kecilan. Perlu diraikan sikap ahli yang cenderung kepada entity masing-masing (chauvinistic atau seolah-olah assobiyyah) sesama ahli bawahan. Mereka gemar mengutamakan kawasan, negeri dan mengutamakan rakan yang terdekat untuk diikat sebagai unit kerja berkesan jamaah. Masalah remeh jamaah yang bertahun lamanya tidak dapat diselesaikan dengan saksama.


Mengapa usrah gagal?


Usrah gagal kerana pelbagai sebab musabab yang perlu dirungkai secara kritikal untuk menyelesaikannya secara adil dan telus. Usrah yang gagal sering diberikan tanggungjawab kepada para ustaz, para naqib dan murabbi untuk diselesaikan dan di atas pundak merekalah segala masalah ini dilepaskan. Jamaah yang terlarut dengan proses organisasi komplikated (siasah hizbiyyah) yang rencam dan kompetitif ini mula melupakan tanggungjawab dan focus utama jamaah, melupakan proses pengkolonian (perluasan) jamaah adalah bermula melalui usrah. Usrah adalah teraju jamaah. Atas atau bawah memang perlu berusrah. Tinggi atau rendah mentalitinya perlu juga berusrah. Tiada kompromi atas hal ini. Inilah penegasan yang wajar ditekan pada setiap kali perhimpunan jamaah, dilihat pelaksanaan usrah dan pelaksanaan sistem peningkatan usrah sebagai suatu yang tinggi dan penting dalam jamaah. 

Espanol te queiro ahora!

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Arini bersamaan 29/10/10 berakhirlah derita dengan test, oral, assigment dan berbagai2 lagi kerja untuk sem 5 ni... semester 6 pula mula menunjukkan riak2 ketidaksabaran untuk muncul...ahhh bikin ku kian tidak senang...Berakhir ujian syafawi espan0l td..fuuuuhhh legenye...

So, now bengangkan kepala dengan add drop yang ntah la x tau nak cakap ape...semua serba tak kena.. Server down la, subjek yang nak di add xde, dengan jadual bertindih la...ni la ragam masam-masam manis belajo.. Jangan diingat semua senang macam kacang cap Tangan je...huhu. Ok dah stop jangan nak mengarut lebih2 nahdia!

Memang den tak sangka tadi mampu ber'komunikasi espan0l dengan baik sekali dengan senorita...mak aaaaiiih bapok laju die cakap, nasib den paham..ruginya tak rakam tadi..die suh kenalkan diri dalam espanol...perrrgh .Den pun cter la semua tentang diri, famili...hehe.

& yang paling lawak area sini.... "Tengo siete (7) hermanos y ocho (8) hermanas". dengan spontan soalan bertubi2 den dapat..haha...dah agak da..memang den kene punya. Senorita tanya anak ke berapa...den cakap la   "Uno" (1) lagi bertambah tercengang die...hehe

Senorita siap tanya berapa yang ada kat rumah dan berapa yang da kuar. Mak ayah berapa (soalan yang paling hot!)huhu, yang kecik umur berapa...haha...yang best den leh plak jawab dengan jayanya dengan bahasa spanish tu..haha.ajaib2.. Syukur pada-mu ya Allah...permudahkan urusanku.

Sampai sekarang la den asyik tersengih2 teringatkan riak wajah senorita. Kalau fikir die tanya tadi memang laju giler la die cakap...senorita memang terer habislah dengan bahasa espan0l ni.. den memang kagum dengan senorita Maryati Mohd Noor ni...Ella es simpatica y carinosa....happy sangat2 la belajar dengan die tau. Den harap ilmu yang dapat dengan Lengua ajnabiyyah ini bukan setakat semester ni je...
Estupendo!...hihi=)vVamos!,estudiante Espanol.

Pero macam pening2 dengan feel-feel die tau..sama cam Arabe gak sebenarnya kalau belajar... ada مذكر و مؤنث ade pembahagian mengikut wazan-wazan...eh senang cter...memang best la...memang den patut berterima kasih pada ust Saipol Barin coz beliau la suggest den amik subjek ni mase den tengah buntu nak pilih subjek pengayaan ni dulu tau..

So, den da terbaca dalam paper KOSMO arini :

Pelajar wajar pelajari pelbagai bahasa


... memang den setuju sangatlah perlunya kita kuasai banyak bahasa...mana tau rezeki den kat spanish kan...huhu.ni yang best ni.

 dan arini den boleh berlagak la ckit dengan adik2 den...haha..wehh

"KAKLONG DAH TAU 4 JENIS BAHASA"

opppppps!ok stop sesi berlagak...hehe.nak berlagak sekejap je..jangan lame2..x baik la.kan2???...angguk la,angguk la.betul kan?hehe...terima kasih anggukkan kepala...=)

tengo qui ir ahora.. yo soy ver televicion ahora....Vamos mis amigas!hehe..


25 October, 2010

Jaga diri baik-baik ye ayah...

ayah saya yang hensem=)

Ayah,
Saat ku lakarkan ini
pasti dirimu ditemani tetamu Allah
di bawah sinaran rahmat rumah Allah
dan desiran angin mahabbah membelai tubuhmu
mulutmu mesti kumat kamit membaca bait kitab


ku di sini,
lantaran tugas menimba ilmu
tak bisa melangkah pulang segera
bila warkah lisan kau sakit menyapa
saat kau di uji Allah
dengan kesakitan
ku terus tidak bisa di sisimu

Hanya doa syifa' bisa ku alunkan tiap masa
moga derita sakitmu berlalu
bisa berjasa pada ummah
membersih jiwa yang penuh zulummat

Kau tidak pernah pikir sakit untuk ummah
tapi kadang-kala rehat perlu untuk kebaikan diri
Moga warkahku ini 
boleh memujuk hatimu untuk rehatkan diri
tenangkan minda
memang pejuang agama tiada masa rehat
namun gusarku pada kesihatanmu lagi membuatku tidak keruan 
Kami semua sayang ayah
kan adik k.long semua???=)....
Usahlah kau titiskan airmata untuk kami...
Terlalu dalam kasihmu serta mak
pada kami semua.
Moga Jannah indah bergemerlapan buatmu ayah....



~Ternyata dalam perjalanan ini tidak semudah yang ku tafsirkan jalannya beribu lorongnya berliku~
~Ya Allah jadikan kami hamba yang bertaqwa memelihara setiap nikmat kau berikan~
~Moga syukur kan selamanya, janganlah kau biarkan kami alpa dengan godaan yang bisa membuat kami melupakan-Mu~


dya ehsani


Episod Kisah Cinta

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada di sini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

Kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah berduka 
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

Air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati 
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

Walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

22 October, 2010

Nikmat Umur

tangisan si kecil memecah sunyi
tiada lagi sepi menemani
sinar terang memenuhi ruang
lalu syukur dipanjatkan panjang
atas kelahiran insan tersayang

diazankan,diiqamatkan
di susui,di belai manja
di didik di asuh
dengan amarah terjaga
dengan ramah mesra
Lengkap sebuah keluarga bahagia

Membesar dewasa, di sadur kasih tidak terperi
dalam pelukan manja kasih ibubapa
Sambil gelak ketawa
Memeriahkan ruang kegelapan
yang sedia ada...

Namun bahagia itu cuma sementara...
di uji sakit tanda sayang Allah
melebihi segala-galanya...
Tanpa kita pinta, tanpa kita duga
Itu juga tanda rahmat dan kasihNya pada kita


Sabarlah duhai si sekeping hati
Tabahlah membawa diri
Jangan biar sedih menemani
Jauhkan pasangka durjana
yang bisa buatmu tidak tegar
yang boleh buatmu rapuh
di perjalanan dunia yang sementara

Tambahlah amalan
tingkatkan taqwa
lupakan perasaan cinta
yang terus menyakitkan


Kuatlah
pasakkan semangat
usahalah jadi terbaik
 hingga hujung nyawa usiamu
usah biar insan lain sedih keranamu
biarlah mereka hargaimu pabila tiba saat kehilanganmu

Usah minta simpati dunia
usah lalai dibuai rasa nestapa
bisa hancurkan hammasahmu di pertengahan

kuatlah wahai Nahdia
kuatlah wahai Mujahidah
kuatlah wahai Muslimah



p/s: sementara nyawa bersisa....


dya ehsani
10.13pm
22/10/2010

Hola!

Buenas tardes...
hehe..
yo en sepanol....Excelente!
Vamos a escuchar..Bien!...hihi


Estudio es espanol en es semestre. Memang happening la den..teruja pun ade. Bagi mengelakkan ada orang pening2 lalat den campur-campur la cakap ni...mudah cikit..hehe...kita kongsi2 ilmu ea=)

ok den kenalkan diri dlm spanish k=D

Nahdia: Hola! yo soy Nahdia. Como te llamas? (hai! nama saya Nahdia. Awak?
Miedya: Hola! Me llamo Miedya.    (hai nama saya Miedya)
Nahdia: Como Estas?  (how are you)
Miedya: Bien, y tu? (baik,awak?)
Nahdia: Muy bien tambien. De donde eres? (saya baik2 juga. Awak tinggal kat mane?)
Miedya: Soy de Mentakab, y tu? (saya tinggal di mentakab, awak pulak?
Nahdia: Soy de kuantan.. Cuantos anos tienes? (berapa umur awk?)
Miedya: Tengo venty tres (23) anos. y tu? (umur saya 23thun,awak?)
Nahdia: Ah si! yo tambien. (oh ya. sama la saya)
Miedya: bueno, mucho gusto.  (nice to meet u)
Nahdia: El placer es mio (me too)
Miedya: Hasta luego (semoga kita jumpa lagi)
Nahdia:hasta luego,hasta manana
Miedya: Adios (bye)

itulah sedikit sebanyak...nak kenalkan diri.
den bagi la contoh2 ayat ringkas yang den ingat:

Estoy mal!: sakit, tak sihat.
un poco mal: tak berapa sihat la.
echar de menos: miss u
ya basta!: sudah2..cukup2..
porla manana: esok pagi
como seva?: macam mana?
Que te pasa?: What happen?
te quiero  para siempre: i love u forever
Buenas noches!: good night!
Hasta pronto : kejap lagi jumpa ek.
me gusta cocinar: saya suka memasak
me gusta leer : saya suka baca buku
me gusta ver la television: saya suka tgk tv
tengo que ir ahora: saya nak pulang dulu.




Cukup la dulu tu..sebenarnya dari awal lg patut i share ilmu ni..seronok belajar bahasa yang kita tak tahu..lagi2 sepanyol ni negara hebat=)
sebenarnya teringin nak pergi sana. nak tengok kawasan Hambra.da tau bahasa ckit2 leh la communicate nnti kat sane..atas usaha je belajar sungguh2.kan2?
k lah...nak qailullah la jap..petang ni rest kat rumah je...penat suda~

hasta luego!
terima kasih=)


18 October, 2010

~Aku yang berdosa~

Aku yang berdosa
Ditutupi sinar cahaya
Yang bisa membukakan mata
Yang cerah disuluhi sinar agama
Namun jiwaku dipenuhi sengsara


Angkara dosa dunia
Yang kuabaikan
Yang ku biarkan
Bermaharajalela
Tanpa cakna
Bersarang dipelusuk jasad

Aku terus membelit dosa
Tanpa peduli hal agama
Pincang jauh menusuk sukma
Kelam dalam ombak zulummat dunia

Jiwaku meronta-ronta
Minta dijauhkan azab dunia
Jua akhirat yang menyiksa
Tanpa kira asal-usulnya

Ku pohon taufiq-Mu ya Allah
Bukakan hatiku dengan Hidayah
Besarkan sedarku dengan Rahmah
Limpahkan sanubariku dengan Maghfirah…

Aku yang berdosa
Lemah disisimu
Raih keampunan-Mu
Ampunilah daku….






dya ehsani
10.14am
18/10/2010
kamar sepi

15 October, 2010

riang ria suka suki

Alhamdulillah
Syukur lillah

Akhirnya diberi keringanan & kelapangan untukku terus mencoret kata, menconteng2 sesawang sepi ini. Tiada irama,tiada lagu,hanya huruf2 tanpa suara menemani kiri kanan kan2..huruf..
Ah..ber'balaghah' la plak..

yah, saat ini den sebenarnya dah berada di teratak Baiti Jannati...mane den x hepi nyer
Melarikan diri dari kesibukan yang menggila. Merehatkan diri sementara.
Ntah agaknya terlalu sibuk hingga nak baca Qu'ran banyak2 pun jadi terbantut...ah alasan!
Malas cakap malas!...tv boleh je ditonton..xdek pikir al-Qur'an pun time tu..tengggg~ kan dah kantoi..
oklah itu sekadar pembuka bicara sepi..
yeaa sepi petang ini..walaupun punyai 15 tapi tetap sunyi
tercari2 di manakah kalian semua?, Sedang buat apa?>ayat skema<..x tahaaaaan=)


oklah sekadar berbasi2 kata den nak share aktiviti yang sibuk sangat ni..walau sibuk tapi manfaat yang dapat....alhamdulillah amat baik sekali.

1) Kelas Talaqqi Khamis, Sabtu, Ahad..ni diwajibkan pada major AT49, tapi lame2 jadi sunat, harus plak...makin lama makin kurang plak yang hadir. Tapi alasan yang diorang buat memang xleh nak bangkang la...memang munasabah.bukan saje2 tanak pegi, walau kadang2 korang ada terpikir camtu kan.
2) Micro Teaching, ntah mimpi apa plak ustaz yang mengajar kami sem ni mintak buat latihan mengajar. Masing2 usung la bahan masing2 ke kelas bagi tunjukkan kehebatan pengajaran masing2...waaah mantap2 la kawan2 den ni..semua buktikan mampu buat yang terbaik..korang amat BAGUS!=)
3) Siapkan kertas kerja "kempen Keselamatan Jalan Raya".ini yang buat den pening..yang ni buat den kene kuat...itu sebab den kene mengadap mak ayah den dulu, mintak idea diorang...yelah diorang lagi lama dengan jalan raya ni..den baru 23tahun dengan jalan raya..hehe. So, i must take something with them..okeh!

Ok lah..den kene undur diri dulu dari depan laptop...adik den da bising2 hantarkan die pegi main Futsal!..macam tau2 je den nak balik ye...siap la ko!memang pandai amik kesempatan..ceh=D

take care...
miss u

p/s:pagi tadi umair bangun terus sebut....alongg.....terus mintak nak dukung..ahh! manjenye...=)

05 October, 2010

~Menggamit Rindu~

Salam alaik..
dah lame sepi sesawang m'hijau ni..tbe2 ade suara suh update blog ni..entah ape yg buatku turut ikut suara tu buka & taip.
yes!atleast x berhabuk kan dalam ni..eh...leh b'habuk ke dlm blog ni..ah!terpulang ikut fahaman masing2..
Alhamdulillah kehidupan kini beransur stabil dari kesibukan yang agak menggila sebelum ni..1st time dalam sejarah belajar secara formal 7ari seminggu beb..

Yup!walaupun kita mengalami proses pembelajaran dalam menambahkan fungsi akal dan perasaan disamping ilmu akhirat serta membina kematangan kita. Hari-hari kita belajar, mendalami satu persatu..hatta, putus cinta (clash) pun kita belajar..keh3..awat nahdia cakap bab clash ni??haha..ntah tbe2 je t'lintas time taip ni..

So, skang den da dalam normal, kereta den pun da normal..walau kadang2 x munasabah dengan bayaran tu..ah biarkan la,die tipu anak beranak makan rezeki haram..nauzubillah..malas da nak pikiq!

dan now..rindu ku bertaut pada rumah..pada tumbuhan yang menghijau, pada telatah si kecil,pada si dia, dia, dan dia...hehe

ermm...oh ya, sebut pada tumbuhan hijau, ape cter la pelam yang bergayut atas pokok ek..da masak ke skang..haha=)..
ni la pelam yang ayah tanam...=)


hehe..ayah, nak pecah rahsia,sebelum den balik TM lan, den ade tibai 11 biji dari atas pokok tu.lupa nak bgtau ayah..hehe.sori yah tau..=) wat ubat rindu..

tumbuhan2 ayah lain pun ade k.lg amik..mcm lengkuas,kunyit...den bawak utk tanam kat TM ni ha..kan den ikut ayah..suka tanam2..=) ayah,kan??=)

ha den nak show pokok lain la yg ade kat umah..serius rindu sgt2 dah nak balik rumah!

serai wangi makin lebat


pokok labu....


nangka sedap....manis


den x rase lg betik ayah


limau ni tak buah2 lg yah kan


da masak ke pisang ni yah?...erm x dapat makan


hehe mengkudu jadi perhiasan je yah kan,xde sape nak makan


ayah..yg ni pun den amik aritu dalam 15biji=)


daun pudina....ayah suh letak dalam teh..den x letak2 pun..nti den try ea=)


my favourite..sapu2 tenyeh kat muka..tapi aritu xdan nak buat...erm

yang ni la sempat den snap...yang lain banyak lagi..tunggu la den snap lain kali plak..ni pengubat rindu ada rumah yang kian menghijau..segar je bila kuar rumah..den akan balik jugak rumah, x kira! kelas talaqqi kan direkodkan..leh tgk video.Mak ayah tunggu k.long balik ea..miss u all so much. Banyak cter nak share dengan mak..

tata..