15 November, 2010

Erti Sebuah Material...Salam AidilAdha

Angin sepoi-sepoi irama hindustan berlaga di pipi....langit semakin mendung diratah awan gelap hitam pekat...terpana ku seketika pada pepatah: "Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Kala itu, hatiku yang sepi bernada memikir liang2 ruang kepompong dunia yang bakal menyambut AidilAdha...Sejarah terlakar ku pulang agak lewat ke kampung halaman meraikan hari mulia ini. Lantas apa perlu ku isi di sini luahan kasih hati pada maya pesona alam ruang yang tiada pengisian ini..Lalu ku atur biasa gerak jemari memulakan Erti Sebuah Material...buat mereka yang mengerti, tidak buta mata hati.

Tika ini terumbang ambing dalam "dimagh" ku pengorbanan suci seorang insan yang bergelar guru,cikgu-cekgi,ustaz/ah,teacher,maestra/o dan pelbagai jenis panggilan lagi buat insan suci ini... Apatah lagi ibubapa yang merupakan guru pertama dalam hidup. Pabila bicara soal pengorbanan; Siapakah yang sedar pengorbanan insan2 yang penuh jasa ini....(Noktah) 

Ku pasti lusa di ruang selesa jeriji kasih ayahanda bonda dikuak sementara melihat susuk sendi mereka di halaman desa...Pulang membawa material berharga, yang jua kadang-kala beras, barang dapur jua hiasan2 menarik buat mereka. Namun perasaan sayang adakah digaul juga dalam pemberian material mereka tersebut??. Kini, sekadar material menunjukkan erti sayang. Pabila si ibu ayah ambil....senyuman paling menawan pasti terpancar..


"Ingat jugak anak2 aku pada aku.Terima kasih".....

Pasti ayat itu yang biasa terbit dari bibir kasih seorang ibu & ayah. Biarlah sekadar kain pelikat dan juga kain batik pun. Realiti kini, material menjadi sandaran ungkapan sayang, peluk cium dakap ayah&ibu mungkin dianggap kuno. Lihatlah di mana-mana, tataplah di persinggahan mana, material menjadi satu kegilaan. Jika tidak diberikan mungkin tiada tanda sayang gamaknya... Mudah menilai sayang manusia. Di sisi Tuhan makhluk apakah kita dengan sifat sebegini??Material menjadi ukuran hawa nafsu. Makin mahal makin sayang...Aduuh..mudahnya cair dalam mainan dunia.

Dewasa ini, berapa ramaikah anak-anak sekarang yang bisa berkumpul pada malam sebelum raya bersama keluarga...bertakbir, berusrah & bermuhasabah bersama-sama, merungkai masalah keluarga @ isu2 semasa???saya pun kelu untuk menjawab...satu persoalan yang tidak bisa dirungkai melainkan melakukan bersama2 ahli keluarga.

Ayah ibu, ku tidak punya material berharga, yang ku ada hanya secebis doa, sehampar sayang yang tak bisa ku curah segala dalam sekelip mata...salam Aidiladha, salam pengorbanan kasih suci didikan kasih sayang buatku yang tiada hujungnya...Terima Kasih.

SALAM AIDILADHA
"tanyalah khabar jiran dan rakan2mu sebelum menanyakan tentang makanan" 

Moga dalam kesempatang (kesempatan) masa yang ada sama2 merenung diri ke arah lebih baik...tak salah kita menangis seorang diri kenangkan kurang@bertambah pahala kita. Iman seseorang sentiasa bertambah dan berkurang. jadi sama-sama upgrade lah iman kita. Bukan HP je kne up to date.. jangan samakan material dengan kasih sayang kita ye kawan2....peace no war!=)...

10 November, 2010

Rel Perjalanan Waktu

Rel itu adakala sepi
adakala sunyi sendiri
tapi bila si beban datang
menghadirkan merdu perjalanan yang mengasyikkan
namun,
ia hadir serta berlalu pergi
Tinggal aku sendiri lagi "ujar Rel"
Bila lagi si beban kan menapak diatasku??

Ku dipanahi hujan dan panas
namun ku tetap tegar disini
Rel Perjalanan waktu
Adakala buat aku sengsara
ditenggelami banjir dosa manusia
dibiar rosak angkara tangan durjana
yang mencacatkan aku

Rel perjalanan waktu
cukup mengajarku
menghargai saat yang berlalu
minit yang berlabuh
jam yang beruntung
Rel perjalanan waktu
ketabahannya, jasanya, kekuatannya,keteguhannya
Itulah pancaragam hidupku..

05 November, 2010

OPICK "Cukup Bagiku"



Manusia kadang-kala tidak merasa puas dengan apa yang ada
tamak, inginkan segala kesempurnaan
tapi rahmat Tuhan, dipandang sepi
yang dikejar kemewahan dunia, glamour..
apa penting semua itu???

03 November, 2010

Pertemuan ini Mengasyikkan!

Bismillah
.
.
.
Alhamdulillah

Biiznillah.. bersua kita bersama me"rest"kan mata mencuri masa membaca apa yang tertulis... Adat si bibir la pasti alasan kan terpancul jua jika blog suram sepi tanpa khabar berita. Begitu jua rindu si ibu/bapa pada anaknya yang "busy" tanpa ada masa untuk luangkan masa walau 3 minit bertanyakan khabar. den busy.yes..saya mengaku je..huhu. Mak ayah, Maaf...minggu lepas tak bertanya khabar langsung...

So, bagi meredakan rasa gundah di hati mak ayah den send la mesej;
Salam,pe kabo mak?da start cuti studyweek ni. Byk gak kne cver bace.k take care.kim salam sayang pd ayah=).
Moga mak baca dengan senyum tersimpul di raut wajah suci itu...kak long rindu pada mak.rindu sesangat. Namun jasad tak bisa pulang segera. Banyak lagi tugas perlu dilunaskan.Betul mak, Jadi pemimpin bukan mudah..jika tidak amanah dengan tanggungjawab dah lama den balik..huhu. Astaqfirullah.. أعوذبك من شياطين لعنة الله

Alhamdulillah busy yang wujud ni bukan melaghokan den, walau kekadang terbabas jugak lagho kat FB..(mengaku je)...hehe. yang penting setlekan dulu untuk program sem depan yang pasti tambah menguji jasad, mental, emosi den.. yang penting meliputi JERI la. Nobody can't perfect... Terimalah kelebihan&kekurangan diri sendiri dgn redha. Tak payah nak berubah seakan anjakan paradigma evolusi sensasi dan berbagai si si lagi..huhu.
Hasil kerja tangan den+maya minggu t'akhir blaja sem 5.
Kalendar "Frutas y Verduras en Espanol"
Bermula kisah....
Entah kekuatan dari mana setelah perbincangan dengan Pn. Yati (my beloved Felo) den rasa nak panjat je tangga tingkat 3 bangunan FBK. Mungkin sudah tertulis di Luh Mahfuz.. Asal niat bertemu Ust Anas. Namun kelibat kasut pun tiada di bilik memang takde la kan..kaki ringan melangkah ke kanan. Lampu terbuka..ye, si dia ada. Ustazah ada. So?.. dengan ketukan hemah, daun pintu bilik Dr.Essmat diselak sehingga nampakkan susuk tubuhnya, bertentang mata..meminta izin untuk masuk.. saat melangkah ku tarik nafas..Yess, pape berlaku ku kena redha.
Nahdia!!
Naam, ana ustazah......(ya, saya ustazah)

"Tangan berjabat, ku tundukkan kepala tanda hormat, walau itu bukan dipinta..pipi bertemu, pelukan bertaut....LAMA.....KIAN ERAT....lantas airmata menuruni basahi pipinya tersandar dibahuku... TERESAK2....ku tahan!ego..tak nak nangis...Ahhh, tewas..tumpah jua depannya".
ku dipersilakan duduk. Sepi seketika menyapu airmata...sama-sama SENYUM...bertanya khabar, berkongsi cerita terkini, tanya perkembangan belajar dan sedikit hal peribadi...hamir sejam bersamanya. Pukul 4 minta izin kuar. Perut den dah  macam2 bunyi...tak diisi dari pagi. Ustazah tanya seakan mengerti, Ustzh pelawa dinner (iftar) kat rumah die..tak boleh den ada date pukul 6. so janji la esok tengah hari...lunch sama-sama=).

Alkisah semalam,

Pagi den selesaikan tugas macam biasa.Then, pukul 1 tepat den call Ustazah, beliau pinta ke rumah. Cuaca mendung. Den pi la umah die.. Zohor, SOLAT.so, lunch la dengan die.. nak tau ape yang kami makan dan den tolong die sediakan LUNCH kami b'2=).....

bahan utama..den lupe nama die tapi ni ikan Ustzh bawak dr Mesir.

ni ha belah dua..macam ikan terubuk Malaysia..sejibik weh!


ni kira ulam la (tomatim,khiyar, dgn zaitun..yummy2.


ni khubz (roti arab)..best gler..patut syifa' suke makan..memang sedap=)
Itulah hidangan lunch kami...makan sambil suap2, borak2 dalam arab..best!...ya Allah.. dah lama tak cakap arab straight camni, atleast den praktikkan dgn ustzh. Banyak hikmah pertemuan mesra ini.

ikan belah ekor panggang tau, yg kepala tu tak masak pun..
den telan air liur je die tak masak..hehe.maybe da masak kot sblm bgkus (husnu zoon)
Cara makan die, amik roti tu,then amik ikan tu pastu letak dalam roti tu,kapitkan die & makan la.Timun, buah zaitun dengan tomato tu bukan letak sekali tau, tapi makan pas kunyah roti+ikan tu. Die bukan macam sandwich.den pegi tibai letak sekali.Ustzh kata: laa'...laaa' (bukan...bukan). Ok fine, cara den makan SALAH..haha=). Masin memang masin ikan die. Den tak sanggup sebenarnya nak makan yang tak masak tu, tapi ustzh sumbat jugak dalam mulut den, dengan rela hati den telan....Alhamdulillah smpai sekarang xde benda pelik berlaku...syukur!..
da siap makan...ni je yang tinggal.hehe, den makan timun paling banyak,nak balance dgn masin ikan tu.

ikan ustzh punya da hbis..den punya x hbis..kl hbiskan darah tinggi la den.
korang nmpk x tepi pinggan knn tu, ustzh makan tau.den x reti nk makan..
Siap makan...time untuk minum plak...Alhamdulillah merasa jugak ikan dari laut Arab. Walau simple sangat kami makan, tapi memang kenyang. Roti die sampai sekarang den terasa lagi weh..bau oat..memang sedap la=)...Thanks mama Essmat..hehe.Eh, lupe plak minuman tadi kan. Oleh kerana den tibai take pic curi2 so, ni je sempat snap...
kami minum teh Mesir letak daun pudina..best sgt2 x manis..balance la.
Yg dlm tupperware tu halwa(manisan) dr Mesir memang MANIS yg amat.
Kami minum tepi balkoni tau..cuaca plak mendung2..tengah kami minum tu..hujan..waaah romantik gler suasana die..Ustzh tadah tangan doa...ucap syukur...Bilalah den leh istiqamah macam die, cair ayat qur'an di bibir bila lihat kebesaran Allah, bila sedar kekurangan diri. Banyak den belajar dari die walau 1jam 1/2 di rumahnya...(Nikmat mana yang engkau dustakan?)....

Siap semua, kami gerak ke kampus...Ustzh pinta hantar ke Canselori. Den penuhi permintaan dan perpisahan kami di sana. So, mulai detik itu entah bila pula den akan bertemu dengannya. Moga pertemuan ini tidak sia-sia ya Allah..Anda pula bagaimana ye?Pertemuan apa yang antum rencanakan?

ku soal diri sendiri: Nikmat mana yang engkau dustakan?

Pertemuan ini mengasyikkan!ku syukuri saat manis ini.
Jazakillah khairan kathira....

Ameen.Segala terhenti di sini.