29 December, 2010

Part II

continue....


Baiklah sambung balik cter..
puas dapat horeyy sama2 dengan adik2 tengok bola tadi...hehe. Penutup tahun 2010 yang baik bagi Malaysia. Tahniah semua pemain dan coach Rajagopal.

ok seterusnya xtvt ziarah...yang plan dah lama tapi programnya bergerak last minute...petang jumaat tu leh je kemas2...terus gerak ke TM a.k.a Tanjong Malim. Kul 4pm gerak, sampai la dalam kul 8.15pm t'masuk dgn jammed lagi..yelah semua rebut nak balik kampung...cuti krismas kan=)
Sabak Bernam
KLCC
Umair umur 2 tahun da sampai KL ce ce(dalam bahasa pelat umair)....hehe. Itulah istimewanya yang manis2 yang berlaku. 

manis pahit cuti semester

Assalamualaikum...
aucaaak!:)

ape kabo korang blake?sihat dok??..ambe sihat je lenni...Alhamdulillah. Tinggal sisa den happy2 di rumah bersama famili tersayang..cuti ini sungguh berharga buat diri ini. Tika den melakarkan kata ini...sebenarnya diulit bahagia dengan telatah umair..hehehe...Umair2...memang kelakar habislah tengok dia. Umair ade kat sebelah ni dengar MP3 dengan die. Dari tadi mintak sumbat dalam telinga dia..haha...umair2..yang lebih bahagia:

"Ada sekor nyamuk gatal ni tengah gigit dahi umair yang tulus mulus tu...pastu den tepuk lah pd nyamuk tu, terjatuh la atas seluar die...tak mati lagi nyamuk tu, den tepuk la sampai mati...lalu terpacul dari bibir mulus umair " ya Allah".....;)..hehe...

Umair da pandai da nyanyi lagu InsyaAllah versi pelat die...best2,hihi.

oklah cukuplah celoteh hal umair...cter tentang den plak...ape yang den buat sepanjang cuti ni..ermmm. Besar maknanya tu..setiap masa sungguh berharga.Yup!..

Selepas berhempas pulas siapkan paperwork tu den terus pulang dan senyap x update blog da~~~~...Meleraikan rindu terpendam pada keluarga. Biarpun perjalanan hanya 5/6 jam untuk sampai ke rumah...tapi ibarat 5 tahun da tak jumpa famili...~my priority~

sampai je malam tu..borak dengan mak ayah..sedar2 umair pun terlena atas tangan ayah...hehe.anak ayah la katakan

lembutnya lengan ayh...hihi
balik tu jalankan tugas macam biasa jadi chef...yang suka habis semua makan sampai licin..x pernah membazir=).....Padahal semua lapar...musim hujan plak tu..musim bina badan...betul x Muaz??hehe. Selain tu den jugak kerja...walaupun boleh berkhidmat selama 1 minggu. Itu sudah cukup berharga. Nanti da kerja kene jual buku da tau la prosedurnya..camne nak contact dengan book supplier  & everything. Time ni jugak nak asah kemahiran math yang dah bertahun2 tinggal.Main kira2 hampir RM176.20 jugak la sorang pelajar kene beli if amik semua buku, ade yang tolak2 kira lain plak..main dengan angka ni kena lebih hati2..nanti salah buruk padahnya:)...
susun buku
Start Isnin hinggalah Jumaat main dengan duit & kalkulator je la..hari pertama memang x menang tangan nak layan..muka pun kena senyum je...=).Kene jaga kaunter darjah 5 dengan syahirah.
jualan hari ke-3:)
Seronok la time ni..terisi gak masa kosong. Dapat gak gaji..hehe, berbaloi2...=).yang penting is pengalaman.... macam kata sorang makcik dalam tv9 tu=). 

oh ya ahad sebelumnya tu, mak pegi KL.ada program kat sana. So plan la dengan p ndak& m ndak bawak adik2 pergi jalan. Lagipun m ndak baru pregnant. So, baby dalam perut tu meragam nak pegi pantai agaknya. Kami pun masak sedap2, lepas zohor kami pun gerak pi Pantai Balok. Umair dengan abg & kakaknya suka la dapat main air kat sane=)....den duk tepi je tengok diorang. Dah rasa pencen  x layak untuk mandi pantai;). Dapat hepikan adik2 dah cukup buat den bahagia. Dalam kul 4pm kami pun pulang...

suke sgt umair dapat makan=)
Alkisah lain pulak, mak ajak makan kat satar & otak2 area Tanjung Lumpur. Sambil2 mak bawak anak buah kesayangan mak sekali=)..k. waheda, syamila dengan adik die.
semngat kayah menyuap..keh3.
Tengah sedap2 makan ayah call tanya kat mane. Ajak pegi survey kambing ada orang tolong carikan untuk aqiqah. Ayah mintak tolong untuk drive..tak larat katanya. Pas agak penuh perut, den pun mintak izin balik dulu. Temankan ayah pulak. Den kena adil walaupun dengan mak ayah=). Lepas asar pi bukit goh pulak..

Selanjutnya pula..kisah den dalam rumah je plak, menyiapkan sisa baki kerja mak. Kesempatan yang ada boleh tolong2 mak tentang pengurusan subjek, meeting & ll. Nanti kat sekolah tak la kekok sangat. inilah pengalaman proses belajar yang kadang2 kita anggap remeh. tapi bila sampai masanya baru kita tahu ada untungnya kita tahu awal...


eh, siaran langsung bola la..nanti den sambung ea.

p/s: jangan lupa solat isyak!:)

tata











15 December, 2010

Penat Mahal vs Penat Murah

Penatnyeeee...
Nape?; sapa teman.
Da siap cantik-cantik, ada salah plak paperwork ni, banyak ragam plak yang di naknyer...Aduuh!; keluh den.
Sabarlah; pujuk teman.
:) ; balas den.


Macam tak biase plak kan buat paperwork. Padahal da berkurun pun. Bukan sekadar paperwork je. Adakala apa-apa perbuatan@ aktiviti @ apa-apa yang kita buat itu bermanfaat & buat kita penat tak terhingga sebenarnya terselit hikmah tersendiri. Penatlah sampai nak tercabut tulang pun, itupun ada nikmat yang paling indah pabila dikenangkan kembali. kalau den kira, Banjaran Titiwangsa itu den tak mampu, time naik itu pun dah give-up sampai terdetik dalam hati nak stop & patah balik. Tapi dengan kuasa Allah, siapa tahu kan, den dengan kawan2 semua berjaya sampai ke Raub. 

Eh, apa khabar ek inche pacat pacat pacat pacat??? (nak bagitau banyaknyer pacat atas sana)..hehe:). Kami semua sihat walafiat kerana inche2 semua telah keluarkan ntah berapa titis darah kotor kami..hihi. Kawan2 penat ea??senyum...=). Senyum seindah suria. Semua orang merasai penat. Selepas penat pasti ada keluhan terbit dari minda/naluri/mulut tu kan...

Kalau Allah nampakkan penat tu, mesti semua akan give-up. Takkan buat apa-apa yang payah & susah! Buat yang senang je kan??. Itu nama barakah yang Allah hilangkan dari pandangan mata buat hamba2Nya berfikir. Ia sebenarnya ujian untuk melihat tanda aras serta termometer amalan manusia sejauh mana berusaha dan terus berusaha. Chaaaiyook!! Jangan risau penat korang semua mahal tu dalam kehidupan sebelum berjumpa liang lahad...

Penat Murah??

Eh, sejak bila penat pun leh letak harga murah ke mahal ni. Mesti korang pun pelik kan..Ini den umpamakan kita penat buat benda yang sia-sia. Tak bertambah amalan kita kepadaNya.. Korang jangan tiru den cakap ni. Ini hanya perumpamaan yang terlintas di dimagh den. kalau difikirkan CONFIRM  penat murah lebih banyak dari penat mahal, right?? Penat2 bercintan, akhirnya tak ke mana, topup, masa, dating dah banyak bazir da~~~.. ya Allah jauhkan aku dari 'rasa' itu. Kalau bukan bercintan pun banyak lagi la hal lain..korang dah besar, pandai pikir baik buruk kan. So, bijaklah dalam menilai erti kehidupan masing-masing=)....

Apa yang boleh den kata;

penat ini mengajar
lelah ini berharga
tidak nampak di mata
tapi rasa di anggota sedia ada
ku rela tersungkur kepenatan
dari iman terus tersungkur 
tanpa bangkit!


"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." (Ali Imran : 200)...

Sabarlah duhai hati, penat ini sementara, mengajar kamu menjadi insan kuwwah! (kuat) hadapi hari yang terus mendatang.. Sabar Nahdia:)


p/s: zzzzzzzZZZZZZzzzzz!




14 December, 2010

Taubat


wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, izinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...


p/s: ya Allah...rahmatilah perjalanan pulangku, Andai maut kau takdirkan. Aku terima ya Allah.. Mati itu pasti....

12 December, 2010

Rindu Umair Lagi

kaklong rindukan umair la...
umair..oo umair...
apelah umair buat sekarang ek??...hehe
kalau x main dgn akk2 & abg2 die, mesti menyusu kan.
umair x malu dah beso nak susu mak lagi..huhu.
Kalau umair dah paham ape yang aku tulis ni..mampus aku kene marah dengan umair..hehe.Sorry dik...:

Tetiba je rasa hidung ni x maintain...seakan ade virus yang akan datang menyerang. Mintak jauhlah kene selesema.. Allahumma afini fi badani, fi basori, fi sam'iee...Ameen.

Umair nak tahu tak, masa umair dalam tarikh2 nak keluar dari perut mak dulu, umair lewat kuar dari tarikhnya tau. Tok perak pun ada kat kuantan, nak sambut umair tau. Ayah call k.long bagitau keadaan mak. Umair degil nak duk lama2 dalam perut mak. So, k.long pun ntah tergerak hati nak balik kesiankan mak, umair tanak kuar2 lagi=).... Tengah hari k.lg sanggup penat2 balik dari sukan terus pegi KL cari bas nak balik Kuantan. K.long tak balik rumah, terus pegi Hospital. Lewat petang k.long balik la nak rehat. Bermesra2 dengan akk & abg umair yang ada kat umah.

Malam umair nak kuar tu kan, ayah kejutkan k.long perlahan2..ayah cuit k.long. Terkejut gak k.long.... Ayanh cakap umair dah nak kuar. Tengok jam 12.30am. Walaupun penat tak hilang, k.long pun terus bangun temankan ayah pegi hospital tau!:)....

K.long dengan ayah pun tunggu la kat kusi2 yang ada depan bilik bersalin atau "Labour Room" tu...hehe. Bukan k.long dengan ayah je. Ada ramai kawan2 umair yang lahir sama dengan umair tau. Sabar je k.long dgn ayah tunggu tau. Ayah dah resah..lama sangat kul 2am xde pape lagi. Ayah masuk dalam bilik tu. K.long tunggu kat luar je...ermmm lamanya umair dalam bilik tu. camne la mak.

umair nak tahu, pukul 4am barulah ayah tolak troli baby keluar. Ayah panggil k.long tau.. Ya Allah.... comelnya, putih melepak, besarnya....tiba2 k.long nangis tau umair. Ntah kenapalah murah sangat airmata k.long masa tu. K.long pun tanyalah auntie nurse tu boy @ girl. Dia suh teka, k.Long cakap la girl. Dia kata BOY. Umair nak tau, ayah suka, hepi sangat2 masa tu. Tak pernah k.long tengok ayah hepi camtu tau. Ayah amik Umair azankan dalam ruangan yang boleh masuk area Labour Room tu.

2 tahun berlalu


Umair dah makin membesar, dah pandai cakap walaupun pelat, dah pandai merajuk, marah orang....hehe. Cute je semua tu k.long tengok. Umair dah ada karekter sendiri. Umair da tahu sebut 1-10 dalam arab. bangga betul k.long tau!. Ayah cakap umair suka ajuk orang cakap..memang betul. Umair besar nanati jangan lupakan k.long tau.hehe. k.long sayang umair sangat2.

Umair janganlah suka majuk lebih2 ek..hehe. Kecian mak penat2 umair buat perangai:). hehe k.long bosan + rindu ni umair sebab tu laju je jemari k.long ni berceloteh. Paling k.long suka, bila k.long sampai umah balik dari Perak umair cakap; kaaalonggg...hehe. cute je bunyinya tau. pastu umair pun wat2 la manja nak dukung la..macam2..haha. K.long tau umair nak umpan suh k.long bawak pergi Taman kan.hehe

Bermula alam imaginasi umair...:)

Jangan ganggu umair laa!!hehe
Tapi kan umair k.long tak suka la perangai Umair masa kita pergi rumah m ndak aritu. Umair dah sonok2 main dengan abg2 & akk2 dgn afnan & fatini. Umair mengamuk nak balik plak umah plal. K.long pujuk umair tdo umah m ndak tapi umair tendang2 k.long.. Aduuuuh sakitnya. Tak cukup dengan tendang umair cakar lengan k.long.. bertambah sakit lagi k.long tau. penat2 pun k.long bawak jugak umair balik tau. Yang geli hati dalam kete mak jugak umair dah terlelap..hehe. tersenyum je k.long tengok umair dah lelap. lain kali janganlah buat k.long mcm tu...sakit tau!...hehe

Oklah umair, K.long laparlah..nak masak dulu. Hah! ape? umair nak nata de coco??. Yelah2 nanti k.long belikan ea...=). k tata.

11 December, 2010

Kembara Jejak Mat Kilau...part III

haa..ok kita sambung balik ek..alhamdulillah saya dah kenyang makan meehun goreng yang k.ieyla & the geng masak khas raikan birthday bib. Bib ni S/U JMK UKLK kami. Bab surat2 semua refer dialah..hehe. Baiklah den teruskan cerita paling best dalam hidup den tahun 2010 ni..

hehe....bau getah kuat woo dalam trak ni..
Sebut pasal jakun tu kan ni ha den letak gambar ni..betapa jakun setelah kaki dah rasa nak terkehel..da rasa kat tengah2 lutut ni dah hilang bendalirnya..huhu. Bila dah naik trak ni alhamdulillah leganya kaki, tapi dugaan lain plak. Jalan yang kami lalu punyalah berselut. Hebat betul inche pemandu trak ni bawak..kami happy je:). Kami ingatkan naik trak ni nak sampai ke tempatnya dekat je..mak aihh rupanya jauh lagi. Pikir2 balik, kalau den jalan kaki lagi la tadi,sah tumbang da. Alhamdulillah jam 4pm kami  satu trak selamat sampai di LATA LEMBIK. Kawasan perkelahan di Raub. menarik namanya, tengok tempatnya taklah lembik, mungkin nisbah kepada orang yang sampai kat situ jadi lembik..hehe. Rehat tepi sungai tu, tarik nafas panjang2..ya Allah fikir bersyukurnya dapat tamatkan ekspedisi ni dengan jayanya. Tak kisah dah kaki sakit bagai nak rak ni. Gembira sebab berjaya jugak sampai. Bila dah sampai share2 la cerita dengan orang yang sampai awal.hehe dan ape lagi... masa ni lah nak spotcheck badan jika disinggahi lagi oleh inche pacat!=)

Setelah selesai urus diri mandi semua, kami dirikan khemah untuk rehat 1 malam kat citu...area jam 6pm, hujan sudah menjengah ke bumi. Hingga ke malam hujannya. Khemah2 kami semua basah lencun, air masuk dalam khemah. Malam tu jugak kami semua pindah ke rumah tinggal yang ada kat situ. Boleh plak pakcik2 RELA sumbangkan lagu2 karaoke. Makin lebat hujan makin kuat diorang nyanyi. Kami tumpang feeling jelah dengar lagu tu..huhu. Budak2 laki dah pilih surau tempat rehatkan badan. dah selesai urusan pindah-randah tu. Malam tu kamilumur ubat panas dulu kat kaki b4 tido. Bila dah tido x sedar pape da..sedar2 dah pagi subuh;)

Dugaan bangun pagi, nak jalan punyalah sakit yang amat! namun ade misi penting. Sebab diamanahkan bahagian protokol untuk majlis penutup. So, kene berkorbanlah rasa sakit tu. Berjalan pun ayu je jadinya..perlahan..haha. padahal kaki sakit sangat2.
Majlis Penutup
Istimewanya Yang berhormat Dato' Abdul Aziz bin Mat Kiram sudi hadir rasmikan majlis penutup ni...Ketua Kampung Kela pun hadir En. Abdul Wahab bin Ibrahim. Sambil rasmi sambil sampaikan hasrat kerajaan pada generasi muda..TQ YB, KKK Kela & wakil RELA Slim River@Sg. Langsing:)

Bila dah abis, kami pun bergambar kenang-kenangan dengan YB Dato' dan dif2 jemputan.
UKLK boleh!!
Inilah sedikit sebanyak ceritera alkisah Banjaran Titiwangsa den dengan rakan-rakan UKLK. Walaupun ada juga disertai oleh rakan-rakan dari  kolej kediaman lain. Nanti harap2, kami pun dapat join dalam program yang dianjurkan oleh kolej2 kediaman lain...hehe. Selesai urusan kemas2 barang & khemah, kami bergerak pulang..1st time jugak masuk pekan Raub dan pekan Bentong. Kisah den tamat disini.. Yang baik datangnya dari Allah, segala kekurangan adalah lupa & alpa diri den sendiri. Moga ekspedisi ini makin membawa erti kehidupan pada den dalam hidup2 seharian selagi den bernyawa ini. Sisa-sisa pengalaman ini walaupun kecil tapi jika kaitkan dengan bertambah & berkurangnya iman kita pasti membawa erti yang mendalam. Renung2kan...Selamat Beramal.


Akhir Kalam.. Assalamualaikum....Jumpa lagi:)





Kembara Jejak Mat Kilau @ Banjaran Titiwangsa ..part II


Ok...kita sambung cerita ea...da siap breakfast pagi dalam kul 6.45am, kami pun kemas khemah dan beratur la beramai2 kat padang sekolah tu...masuk group masing2..taklimat serba ckit. Then, kami buat warm up dulu coz stay lagi mase group A sbuk2 sumbat dalam lori:).

dapat bekal mknn (roti,nasi impit,serunding,air mineral)
Pastu time kami plak masuk lori..mak aiiih, den jatuh dalam lori tu..jalan x stabil..memang kecoh la kami dalam lori tu. Bila sampai tempat lori da xleh masuk..Maka bermulalah al-kisah mendaki Banjaran Titiwangsa tepat jam 8.00 am. Tengok alam sekekliling...sejuk mata memandang...Best sungguh! Alhamdulillah syukur sangat dapat join. Pengalaman yang paling berharga sepanjang usia 23 tahun ni:)....

Kalau dah mendaki namanya, so jalannya macam naik tangga la. Kekuatan kaki pada masa ni kena semaksimum boleh.. Den 2jam dah berjalan kaki dah mula rasa sakit..tapi time mendaki lagi masa ni..memang dugaan. Rasa give-up pun ada tengok kawan2 yang dah "cramp". Tapi cepat2 pujuk hati sendiri...'Nahdia kene kuat!'=)

Air 100 plus buat bekal tinggal separuh botol je lagi. Makan la coklat 'crispy' untuk bekalan tenaga. Bila makan coklat tu rasa makin semangat untuk melangkah. Tambah sejam lagi berjalan, lutut kanan dah rasa 'biol' sakit. So, berenti la jap amik knee support pakai belah kanan. Legalah ckit sakitnya. Sejam pastu lutut kiri plak. Aduh muda2 lagi da mengeluh sakit kaki...orang2 tua membanting tulang 4 kerat cari rezeki..den baru daki bukit dah mengeluh sana-sini..Astagfirullah. Bila dah tak tahan, mata pun melilau je cari kayu yang boleh dijadikan tongkat untuk berjalan..baru 23tahun dah bongkok 3.sabar je la=)... kalau tak buat makin sakit kaki ni..

kali telah tempuhi dalam 15 aliran sungai...memang best la..Bila duk atas puncak Banjaran Titiwangsa tu, asal jumpa air mesti tunggu lama2..sejuk sangat2 airnya.bersih plak tu, den amik letak dalam botol..bila minum manis betul airnya, jernih..barulah den tau sumber air asli macam ni rupanya..

Cukup 5jam berjalan kami sampai di Batu Hidang. Kira atas puncak bukit la ni...kat sini dia letak nama Gugur Kambing, itu yang den tak paham..kawasan die memang agak lapang. Cuaca sejuk memang terasa kat sini..Pakcik bas ada cter, orang dulu2 bawak haiwan ternakan lalu ikut kawasan ni la nak ke Perak. Kira den dah berada di atas puncak sempadan Perak-Pahang.. ya Allah bersyukurnya tak usah kata la...tak sangka sangat dapat ada atas ni=).



Kami teruskan perjalanan lagi sampai lah plak di Batu Gajah. Tempat ni dinamakan batu Gajah pasai ada satu batu besar menyerupai gajah. Kat batu tu ada pokok2 kecik tumbuh. Marshall tu pesan 'awak amik pokok2 dan baca selawat pastu tepuk2 kat betis lutut. Itu petua orang tua2 dulu untuk hilangkah lenguh.
Den tengah semangat amik pokok2 halus tu nak tepuk pada lutut:)
Rehat sekejap, minum2..jalan depan ckit je ada alur air. Alur air inilah pemisah sempadan Pahang dan Perak. Bila da melangkah alur air tu....suka la.DEN DAH ADE DI PAHANG....hehe area jam 12 lebih gak la.. Lepas tu ape lagi aktiviti die turun Banjaran Titiwangsa la plak..kekuatan kaki sekali lagi teruji masa ni. Memang dugaan. Pantang jumpa sungai kami berenti rehat tengok kaki. Pacat tak usah cter la memang banyak la dapatnya. Nasib dah biase dengan pacat. amik buang je la:)...walaupun ngeri tengok..warna hijau. Pacat ni sempat la sedut darah den kat tangan dua ekor plak tu. Kat kaki selamat!..haha. Orang lain kemain kene kat kaki den kene kat tangan. Sampai atas tudung pacat panjat. Nasib baik ada orang perasan..haha...Kenangan, tak lalui tak tau kan??=)

Bila dah sejam berjalan tiba2 dengar suara rintik dari langit..hujan renyai mula turun. Kami pun berenti la pakai baju hujan.. nanti demam sape yang susah=)...bukan mereka dan keluarga mereka, saya dengan  si dia la yang susah..haha nak berjiwang la plak..stop!.
time ni jalan b'4 je memang tawakkal je ikut trek yang dah ada.
Ok...Then, kami pun teruskan jalan singgah kat sungai amik peluang mandi manda jap...sambil buang2 inche pacat yang gatal ni..huhu.air jernih sangat2..sambil berendam den telan je air tu, x sangsi dah..memang pior punya air la orang kata...Bila dah agak lege cuaca, tak hujan kami tanggalkan baju hujan masuk dalam beg. warna menyerlah sangat. Takut nnti ada yang berkenan plak dengan baju hujan ni;)..


Lama jugak la berjalannya...tanya Marshall Pak Tam yang jalan sama kami.."pak tam , berapa jauh lagi??kami dah gelisah, rasa da banyak sungai yang dah lalu. tak jumpa lagi tempat kami mendarat nanti=)... "ala nak dekat dah; jawab Pak Tam. Brapa jauh Pak Tam tak sebut. mungkin tanak bagi kami 'pancit' tengah jalan  kalau cakap jauh lagi. dalam sejam lebih berjalan lagi...jumpa sungai yang terakhir dan kami lalui jalan kenderaan 4x4. Time ni legalah rasanya..nak sampai dah ni.. Tapi kaki makin sakit. 40 minit berjalan tak jumpa lagi tempat yang nak dituju.. Hati da gelisah, sambil jalan da tumbuk2 peha bagi kurangkan rasa sakit. Pegang kayu asyik jatuh je. Pak Tam dah bersuara die suh buang je kayu tu. den pegang lagi untuk menahan kaki yang sakit...lepas tu kayu tu boleh patah terbelah 2 huhu. so, dalam kaki sakit...kuatkan jugak la berjalannya. Pak Tam offer mintak bawakkan beg..TQ Pak Tam.
Laluan 4x4 ni jauh yang amat...sabor je la
tq pak tam bawakkan beg den:)
bila dah jauh berjalan tetiba dengor bunyi kenderaan berenjin..macam motor cros..nak amik kami ke..huhu. Pastu nampak Hilux. Gembiralah kami ada orang datang amik..kaki dah sakit weh..patutnya kat sungai terakhir dah ade Hilux tunggu. Bila takde, kami berjalan je lah. Kalau tau stay je kat sungai tu..huhu. Bila dah die suh naik..naik la kami macam orang jakun..haha=)...

Ok lah..laparlah..nak masak dulu...:) nanti sambung ea=)....tata




10 December, 2010

"Kembara Jejak Mat Kilau di Banjaran Titiwangsa"

Bismillahi nabda'....
Alhamdulillah3x

antum seme ape kabo?:)...den sihat cuma.....biase la sakit2 badan. Orang kata macam dalam pantang, jalan perlahan..nak angkat kaki, kne angkat 2belah tangan utk support. Den dalam menahan ke'cramp'an kaki, tapi tangan masih segar bugar untuk terus meniti lapangan keyboard ni satu persatu. `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’ ... InsyaAllah den share sedikit sebanyak pengalaman bermakna dalam meniti usia remaja menuju dewasa. kalau kita tak cuba kita tak tau..ye dak??So, this is 1st time my hiking experience ...tanpa preparation antibodi ntah banyak mane, x jogging, tak 'warm up',doa je moga Allah permudahkan urusan dan bantu diri ini.

7/12/2010
6.00 am
den bangun awal buat ape yang patut then terus kemas baju yang nak bawak..pilih2..so 4helai baju 3helai seluar den lipat comei2 susun dalam beg..Sebelum tu da tanya asfa barang2 keperluan wajib dibawa..kasut getah?sarung tangan?baju hujan?knee suport? den da pening..haaiish, x terpikir pun semua benda ni..So, agak2 da settle kemas pakaian & siapkan teks emcee & ucapan Adun + print siap2 den pun rest jap.
 10.30 am 
den kuar pekan TM. Jalan la mak minah sorang2 cari barang yang perlu.hehe.kekok plak sorang2 sebelum ni ade b'teman. Alaa dalam kubor sorang2 ape nak ditakutkan..kan..:). Bila da sampai kedai....laaa rupanya ade lagi geng tengah cari barang yang sama dengan den..so, pakat2 la memasing nak beli ape lagi & ape lagi kan..Makanan pun beli gak ckit untuk bekal..yang penting 100 plus.
knee support  RM14 + sarung tangan RM1.20(b'gantung tebal & nipis)

Kasut RM8.90 + baju hujan RM7
Ha inilah barang penting yang den beli..kasut ni memang bagus, kalau pakai sport shoes alamatnya hancurlah tengah hutan..kasut ni macam pernah tengok..teringat tokki & tok pakai bila pi menoreh getah:). Agak da cukup2 barang den balik la umah kemas2 masukkan barang yang baru beli...

2.30pm
Den pun pas bace doa keluar rumah, then terus ke kampus tunggu kat sane. Dalam kul 330 kami gerak ke ULu slim.1st time lalu kawasan sini, ade kawasan berkelah dan kolam air panas...laaa den tak tau pun..yang tau kolam air panas kat Sg. Klah, Sungkai je..Tahap panas die memang berasap kawasan tu..pakcik bas tu cakap 3km baru leh mandi air tu..panasss kot!.Kolam Air Panas Ulu Slim ni terletak di Kampung Ulu Slim & jaraknya dari pekan Slim River adalah hampir 16 kilometer la. Suhu air panas di kolam ini mencecah 104 ˚c tau. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini adalah merebus telur dan merendam kaki. Pakcik bas cakap dah ade orang asli meninggal kat kawasan air panas ni sebab mabuk. Masa den lalu xde orang pun kat situ tapi berasap tu memang ada...


Kolam air panas
Then, setelah melalui ceruk2 keindahan kampung yang tidak tercemar, sampailah di Pos Bersih, Ulu Slim.Kawasan orang asli. Kami tido dalam kawasan sekolah Pos Bersih. kami bina khemah. Malamnya ada taklimat dengan Polis dan taklimat berkenaan peraturan/ pantang larang oleh RELA Slim River. Ekspedisi kami ni dalam 70orang dan di escort oleh 14 anggota RELA:).Memang seronok!
Kat sekolah Pos Bersih...
Kami telah dipecahkan kepada 2group A&B, den group B dengan kekuatan seramai 19b& 14g. Dah siap semua,so time to sleep. Tido memang x sdor dunia, sebab sejuk je. cuaca pun ok tak hujan...kul 5am kami da bangun...;) excited la katakan..jakun pun ade ckit2..


sambung



p/s: bace doa sebelum tido. Kawal cara tidur anda semua;)






Perginya Ia

Pandang....indah
ambil...lihat dengan teliti
cantik...menarik...berkenan...
Bebitulah gambaran hati pada benda yang menjadi kesukaan

Tapi kini benda kesukaan sudah tidak berguna
satu persatu ujian datang padanya
seakan menguji
tidak jua mampu bertahan
Punah tanggal satu persatu
Hilang pada gambaran dunia



nanti ku carikan yang lain
pengubat rindu di kala sendu
moga hatimu terisi bila ia ada disisi selalu...

Salam rindu!

07 December, 2010

Menjemput Bidadari


Bidadari...
kehadirannya dirasai,
kedatangannya menguntum senyum,
membawa penuh ketenangan,
menzahirkan kebahagiaan
mengisi kekosongan hati

ku ingin jadi bidadari
terindah buatmu...
terbaik buat hatimu
seikhlas mungkin..
hanya jiwa kau betah merasainya
jemputlah bidadarimu ini ke dasar hatimu...

~dya ehsani~

06 December, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman....


Mesti korang da biase dengan lagu ni kan..haiii
Assalamualaikum buat teman2 bicara alam maya...:) tak sangka kan kite leh bertemu mata pada patah2 kata yang tertulis ini...Alhamdulillah nadiku masih bisa berdenyut hingga kini..saat awal muharram..Syahdunya tak terungkap teman2..indah sangat2..dalam renyai titisan hujan berlalunya 1431H..kini tiba 1432H..

Masa kian berlalu pergi..namun pengisian jasad rohaniah kita bagaimana ye teman2??...pasti ada sejenak waktu buat kita merenung keadaan diri sendiri.Pasti ada rasa bangga, menyesal & pelbagai badai jiwa yang melanda.....ingat2 kembali yang berlalu.Past is past..yang berlalu biarlah berlalu..bahagia, derita semua itu pengalaman yang berharga buat diri masing2 bagi sesiapa yang memikirkan hikmahnya..setiap yang berlaku ada asbab dan musababnya..Indah aturan Allah pada setiap hambanya.sabar ye teman2.

Teman2.. 
Allah tidak akan memikulkan hambanya ujian @ sesuatu yang tak terdaya oleh hamba2Nya. Sungguh. Sekalipun ia terjadi..ia adalah hikmah terbesar kerana dapat mendidik hati & jiwa sanubari kita supaya dekat (taqarrub) dengan-Nya.Indahnya...

Dah lama tak berceloteh ni..hehe.sejak start study week memang tinggalkan jap dunia blog..tumpukan pada yang lebih afdhal..alhamdulillah di kelapangan yang ada ini dapat berkongsi sedikit sebanyak kisah yang best2 kan..

ok, start dari perjalanan tadi..sebenarnya baru tiba dari Kuantan, balik bertemu keluarga paling ku sayang,bertemu sanak-saudara...suka sgt2,yang paling tak tahan kne usik la bl nak kwen..ahh xde soklan lain ke..den hanya m'cebik & say...:"lambat lagi la, org nak keje dulu...hehe:).

Papepun yang bahagia hujung2 tahun Hijri ni banyak berita gembira den dapat...suke3..syukur sangat2 tau. Den listkan la yang ingat ea..

1.Tahniah buat papa taufiq & mama nisah(member sekelas Irsyad) dapat baby girl...sonok3 (^V*)..i yang excited dpt tau girl tau..hehe

Hannah Mariam...comelnyerrr ;)
2. Tahniah buat mak tam & mak ndak yang baru pregnant untuk anak seterusnya..waaah bertambah sepupu2 comel k.long..suke tau...tak sabar nak tunggu diorang kuar.hehe. Generasi murabbi pejuang agama.InsyaAllah.

3. Tahniah buat my cousin & merangkap cucu pertama belah mak: Nur Farihah binti Ismail & pasangannya baru melangsungkan perkahwinan..meriah betulll... walau hujan renyai2 tapi ramai datang..semangat ukhwah terpateri...pgntin laki malu2 kucing..haha:)
semangat sangat qilah kipas abg ipar die..keh3..
4. Selamat sampai dari Melaka walau dugaan macam2 berlaku kat sana..dah lama tak pegi Melaka...best jugak la pas exam dapat jalan2 cuci mata, rehat minda kenang sejarah dulu2, asal tak lupa diri..nnti anak cucu tanya leh la jawab lagi kan..buat die tanya: "mama/nenek, makam Hang Jebat tang mana??"leh la den jawab coz den da tau..aduuh, sedih tengok makan Hang Jebat..terbiar ceruk di celah2 bangunan area Jonker Walk tu. sampai kat kota A Famosa tu panas terik..den da mengalah tanak naik atas sampai kubu die tu..penat..tengok dari bawah pun jadi la..p area Muzium Samudera, taman boya, Jonker Walk, rumah yang di-Pertua Melaka & mane ntah lagi..lupa da..tapi yg best jmpe tourist arab..ape lagi speaking arab la dengan die..hehe
Senyum melebar da time ni...
Banyak lagi la yang best2...sonok la..hepi je dalam sedih sebenarnya..hehe.xpe bukan senang nak senang kan..suke la datang sini..rakyat tempatan die pun ramah2 je..cina, india...senang nak berinteraksi tau..senyum je...suke2,tapi yang xleh respect ade sebahagian pemandu yang agak "kureng" (tidak beradab) la, jenis x reti nak bagi lampu isyarat masuk simpang..mane2 pegi pun camni la..agaknye diorang da biase kot..yelah tempat sendiri kan..x patut2.

Time yang tergoda2 saat lalu kat kedai souvenior la...aissh, menggugat keimanan sungguh..tapi alhamdulillah sempat didik hati sabor2...rembat keychain je..utk mknn2 tempatan ade gak..cencalok je x beli, coz da tengok yang hantar ke kedai2 tu orang cina.tak jadi la..kita kene jauhi syubhah kan..baik tinggal terus. 
aku bukan boya darat...please!!hehe
mak aiih kau, takut tengok sekor2 buaya kat sini. Lebih besor dari den..dah terbayang depan kandang boya jugak la..kalau la di "ngap" nye den mase tu..agaknyer time tu jgk depa telan..boya lebih besor dari den..takuuut..Al-kisah melaka berakhir di taman Buaya ni la..pastu terus balik TM lalu KL..cari nahas ko balik TM lalu KL..jammed gler la..sabor je la, didik keimanan sungguh.

caaak!sayalah umair manje...hihi
5. Umair da makin kecoh mulut die..selalu jadi translater dalam bahasa tersendiri..ayah cakap umair cakap bahase jepun..hehe.makin suke dengan telatah umair..umair2..mungkin pasni dah tak merasa ade adik kecik lagi..mak da cakap ni last.huhu..kalau boleh nak biskan mase dengan umair je...tapi k.long bz ckit la umair..leh bawak umair g jalan2 naik kete je.pegi taman (favourite umair)...Posing pun pandai..owg suh senyum die pegi telengkan kepala..haha...lawak la umair ni..
umair nak pegi cenduri..sape nak itot??kate umair dlm bahase pelat die..
hencem x saye???huhu.umair pasan!

6. Selesai jawab EXAM dengan jayanya..lega weh..ni baru exam dunia...exam dalam kubur nanti, kat padang Mahsyar nnti..mesti kita tak terpikir langsung kan. dalam bas tadi den sempat bace buku "Indahnya Syurga" hasil susunan Maznah Daud. Olahan isinya telah menitikkan airmataku tanpa sedar..ya Allah betapa aku masih kekurangan ilmu lagi tentang keindahan Syurga yang tiada taranya.. Jikalaulah remaja sekarang menghayati keindahan SYURGA ini...den pasti semua akan laksanakan perintah Allah & tinggalkan larangan, takkan ada orang buat jahat nakkan ganjaran Syurga yang tak tergambar indahnya di sana..

Pastu den sempat la pikir2 & berangan jap..ha'a la..betul, remaja sekarang tak didedahkan dengan ke mana kita selepas mati???. Sebolehnya mesti nak mengelak dari persoalan ni..yelah takut nanti hilang semangat untuk terus hidup, tak lakukan kewajipan lain da..mengadap tikar semayang je..ibadat je 24jam.. Ada kita fikir tak "Apakah yang Allah sediakan untuk hamba-Nya selepas kita mati nanti???". Moga renungan ini buat kita menjinakkan hati untuk ber"muhasabah".Selamat beramal..

ok la teman2...den pun perlu berehat.esok my 1st experience 4 hiking ni..orang berarak bawak sepanduk Maal Hijrah, den dengan teman2 UKLK akan berarak tadabbur alam mendaki Banjaran Titiwangsa untuk program Jejak Mat Kilau. Doakan keselamatan saya, rakan2 dan ummat Islam ye teman2...moga kita jadi ummat yang kuat dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.. 

Ameen...