14 March, 2012

Semangat kura-kura highway

Bismillah wal Hamdulillah.. 

Pagi dinihari dalam kesamaran mendung awan yang menutupi sinar mentari
dalam kesejukan suam2 kuku, setelah melepaskan lelah mengemas rumah
tangan den seakan laju mahu menaip di sini..
Izinkan den terus berbicara :)

Bermula dengan layaran FB, maka ini mutiara kasih den kutip pagi ini:

Kita ada blog,
kita gunakan dengan sebaiknya untuk mengumpulkan pahala.
Dari publicly cerita fasal ex boyfriend/girlfriend,
lebih baik publicly ceritakan akan kebesaran Allah SWT, dan pengalaman bermakna hidup sebagai hambaNya di atas muka bumi ini.
cc:Hilal Asyraf

Maka tulisan pun berubah..ok abaikan..teruskan bace tanpe segan (,") 
Dengan kata2 nilah buat den terpana,terpaku..ye betul adekala kita lebih suka membuka aib sendiri,mencari simpati,meluah tanpa rasa malu lantaran mengikut kata hati..tiada sapa yang boleh dipercayai...so,medan ini menjadi ruang membuka pekung didada..~~oh,nasihat utk diri sendiri dan semua yang mengilirkan bebola mata pada patah kata yang tertulis ini...
Akulah si kura-kura kekal berjalan menadah beban pelindung jasad :)
  
Semangat Kura-kura Highway? why? que pasa???
JIka sebelum ni kita bace dalam cerita dongeng zaman dulu2 kan,kura-kura ni dikelaskan dengan lembab,slow,lambat nak mampus & segala yang tak baik la senang kata...

Tapi,Jumaat last week buat den ubah pikiran pada si kura-kura. Comel ke busuk ke ape ke dengan haiwan ni den tak kisah..tapi semangat dia pada Jumaat lalu buat den nak menitis airmata & dalam perjalanan pulang ke Kuantan buat den tak tenang hanya kerana seekor kura-kura.. Ye! kura-kura. Seblom ni den terpaku dengan semangat beluncas,ulat gonggok atas jalan..kali ni kura-kura pula.


Sampai di Lebuhraya KL-Karak, mata den tertacap pada makhluk Allah yang comel ni, berjalan terkedek-kedek ingin melepasi laluan maut 3 line yang dipenuhi dengan deruman enjin pemangsa! Namun si kura-kura tidak mengalah.Ah! pemangsa bertayar 8 dihadapan..den yang terlebih over dalam pemangsa bertayar 4. Jangan pijakkkkkkkkkkkkkkkkk!!...  fuuh selamat kau kura-kura.

Padahal den tahu, pemilik pemangsa bertayar 8 tidak akan mendengar jeritan den..namun sekadar meluah rasa amarah atau kasihan den pun tak pasti. demi membela nasib si kura-kura highway. Berjuangnya si kura-kura cuba melintasi jalan tu..padahal ditengah highway tu kan ade penghadang!..Ok kura-kura bukan ada akal macam manusia dia mane tau..bukan macam manusia yang ada akal,dah disediakan jejambat/jejantas pun masih nak lalu jalan bawah penuh sesak kereta..pasu accident kena langgar. Mati....sape yang bodoh?sapa yang cerdik??..Fikir2 kan lah..Makan dalam punya bandingan!! =.=

Ok, tulisan dah lain lagi :p

Bayangkanlah sendiri bagaimana semangatnya si kura-kura tu nak melepasi misi visi dia nak lintas jalan tanpa sedari halangan penuh onak duri daripada pemangsa 2,4,8,10 tayar. bandingannya, kita sebagai khalifah yang terpilih lahir di muka bumi, mendiami ruang indah sementara ini sepatutnya lebih bertindak rasional dan lebih cerdik & lebih semangat dari si kura-kura dalam meneruskan perjuangan hidup. Adakala kita lemah dalam menempuh halangan menduga. Hanya airmata peneman jiwa,tanpa ubat rohani mengurus emosi, ada kala dengan jalan singkat, mudah saja mengalah dengan menambah beban dosa seperti bunuh diri,teguk arak dan sebagainya yang bertentangan dari landasan agama. Walaupun kita nampak si kura-kura seolah-olah ingin menempah maut sendiri dengan tindakan bodohnya,tapi layak sebab die bukan makhluk berakal.. Sedangkan kita ni manusia yang dikurniakan akal sempurna..Apa kita buat lantaran masalah serta dugaan hidup datang mencuit???
Singgah di R&R Temerloh buat den kenangkan kembali nasib si kura-kura. Selamat ke idak hanya Allah yang tahu. so, pada kita sebagai manusia konsep tawakkal itu yang penting..setelah kita berusaha melawan kepayahan dgn penuh kesabaran perlunya kita bertawakkal.

dari seekor kura-kura ini banyak den belajar erti hidup..terima kasih si kura-kura highway..

08 March, 2012

Hari Wanita Sedunia :)

Assalamualaikummm...
hai semua mata2 yang menatap
hati yang berbicara tanpa gerakan mulut...hehe

mesti korang x bace ni dengan gerakan mulut & mulut korang mesti x kumat-kamit pun kan & semua org keliling korang x dgor pun suara merduuu ~~awww korang tu kan..

udah2..awal2 dah nak mebebel :p
apee daaa~~~ sabor je la.

ok...
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Sejujurnya den xtau pun & tak pernah amik tahu pun hari wanita,hari remaja, hari kanak-kanak. pernah dengar tapi lupa..banyak benda lain nak ingat..itu pun kalau den ingat la ..kih3..ape punya olang laaa!!aiyyyya~~~

Sebenarnya dari pagi tadi den asyik memikir yang den ni masih remaja atau dah masuk kategori wanita mak2 orang ek?. umur makin naik..nak masuk 25 dah pun. Tapi den perasan la sekarang seakan menjadi ala-ala sopan gitu..kalau dulu rasa huha-huha lagi..keh3...Perasan!!.Adakah selagi seseorang tu x kahwin dia dianggap remaja??kalau umur 30, 40 pun x kawen lagi,so dia masih remaja la?? :)

Banyak sangat gelaran utk kaum hawa ni..ape beza ek antara wanita/perempuan. SELAMAT HARI PEREMPUAN. ermmm mungkin tak berapa nak sedap bila menyebut & panjang sangat kot..kih3 :D...aik sedap??ko penah rasa ke wanita/perempuan tu yang sesuka hati kata sedap??yummy3~~ :)

Walau apepun.bertuahlah duhai si manis yang bergelar wanita,perempuan,kaum hawa yang ORIGINAL perempuan k..bertuah3..kita memnag bertuah. Kita insan yang mudah nak tempah tempat di syurga jika kita sedar. Sepanjang pengalaman den jadi wanita memang rasa bahagia & best sangat.

Sapa tak seronok disayangi, dijaga lebih pada kaum adam...perhatian lebih dari mak ayah :) dan dapat perhatian lebih2 lagi dr famili angkat sampai jodoh pun depa nak carikan...bertuah kan??kui3.

banyak lagi la keistimewaan,
yang sempat den pikir time ni ialah:

1. Dapat warisan emas/perak/zhulian: Bukan den je la..korang pun mesti ada dapat kan..Dah x muat dengan mak ni, amik la pakai; so korang pun mesti senyum2 je amik kan :), Jaga elok2..jangan sampai hilang..itu ayat biasa la.kalau boleh nak wariskan pada anak cucu cicit cuit cuut dan segalanya...eh,ade ke cuut??cuut tu den yang reka2 jangan guna k..kikikiki :p

2. Masa risik/tunang/kawen: dapat duit hntrn & cincin,gelang/rantai & sebagainya la..

3. Dapat hadiah dari famili, kawan2, bf dan sedara-mara: kalau den kumpul hadiah2 yang kawan2,sedara,bf bagi memang banyak la..antara den penah dapat diari,perfume,buku (yang paling banyak),novel,MP3, handphone,tudung,handbag, baju dan yang lain da x ingat... :).

4. Dapat pahala: Dengar cakap suami,taat perintah Allah dan Rasul, dan segala amal kebaikan yang dilakukan ikhlas kerana Allah. Mati syahid ketika melahirkan anak dijanjikan syurga. bertuah kan jadi perempuan. Jaga aurat,jaga pergaulan,jaga mulut.. waduuh3..mudahnya jadi wanita :) pahala banyak berganda2.

5. Dihormati oleh kaum adam: Hal ini jika kaum adam itu bukan kategori rakus. Jika anda menghormati mereka. Maka automatik anda pun akan dihormati oleh mereka. Hormatilah suami,bakal suami & sesiapa sahaja kaum adam yang ada dalam hidup. Jangan terlalu ego :). Rendahkan jua egoku ya Allah..

Jadilah wanita yang hebat
daieah yang berguna
anak yang taat & berjasa