10 September, 2012

seram sejuk exam...

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua? khabare?waras?hehe..mulakan dengan nada jawa yang den blaja ckit2 kat cni..masih lagi bertatih-tatih untuk pandai.nak jadi pior jawa xde maknanya la kan..dah darah melayu tganung mengalir kuat dalam diri ni walaupun hakikatnya den lahir kat Selangor.huhu...

Alhamdulillah arini dah masuk berapa syawal ek?..ha teka2..sape jawab dapat choka-choki...kui3 :)
Arini dah 23 Syawal 1433H tau..sekejap je kan rasanya..Masa kalau dibazirkan memang rasa banyak.Bila buat keje mesti rasa sekejap je..koya banyak keje la konon...ceh!

Alhamdulillah jugak den ok hingga ke saat ni sihat sangat2, cuma dilanda gejala seram sejuk versi exam plak.Mana taknya budak yang nak exam...cikgunya yang risau duk mikir...

# Budak2 ni paham ke idak den mgajo?
# Budak2 ni hafal ke idak?
# Budak2 ni tau ke tdak cara menjawab?
# segala budak2 la.....

semuanya menghantui pemikiran den kala ini. Almaklumlah tahun ni silibus baru semuanya.Budak2 pun tak didedahkan lagi dengan bentuk soalan.Budak2 ni mau kena dipaksa dimarah baru nak dengar kata.kalau zaman dulu cukuplah mak ayah kata sekali je terus gerak. ni idak..Ntah ape sindrom landa sel2 dtubuh badan & fikiran tak tahulah sampai jadi "degil" budak2 ni. Kalau x berbunyi leteran x sah..ermmm..sabo jelah..nama pun budak.

ha kalau start mengomel tu x reti nak  berenti la 2...

Minggu lepas yang berlalu juga banyak ajar den onak duri kehidupan. Kadang-kala rasa terpencil, terpinggir, kadang-kala rasa bahagia sangat. Lebih2 lagi jika dapat bantu orang dalam kesusahan. Moga Allah permudahkan segala urusan umatNya...Ameen.

Bahagia bukan pada MATA, tetapi pada HATI :)

ok, ada manusia suka publish terang2 kemesraannya. tetapi hakikatnya hubungannya bermasalah. Jadi yang menunjukkan mesra2 sangat tu jangan terpedaya, terpesona sangatlah..bila dah timbul rasa benci tu ermm..paham2 jela..kalau x periuk belanga yang terbang, sudu,sudip kot!..hehe

Jadi sedarlah kebahagian bukan pada mata yang memandang dan orang puji berbunga2 bagai piring terbang tau...Kebahagiaan pada hati yang merasai,pada sanubari yang kental yang menjiwai,pada pasak diri yang menjadi tunjangnya :p


oklah den tanak berceloteh panjang pun..InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi :)


p/s:dah terbuai2 mengantuk..adeh!penangan ubat demam :D

01 September, 2012

celoteh cik long :)


Salam alaik..

Pe kabar semua..ya Allah dah lame x jmpe kan..kan..kan..

Itulah,orang tu macam bajet g oversea..bajet macam beranak kembar sampai dah x lalu nak update blog!...tolonglah!!!..

Hati dah lama meronta2 suh update..ni jari jemari halus tulus ni yang malas nak mengetik2 & menekan2 papan kekunci yang dah rabak se huruf.huhu

Dah lame x menulis panjang2..rasa kekok la plak.adoi..help me!! :)

Banyak citer nak share,tapi semua ibarat dah terpadam satu persatu dalam lipatan memori yang semakin terhad ini.

Bila dah terjah alam pekerjaan, ditambah dengan hal keluarga, hal2 lain pun diketepikan..kawan mane yang jmpe jmpe la..yang senyap sunyi tak tahulah kabo diorang.

Dalam versi celoteh tak sudah2 ni den nak melalut2 makan pulut jelah..yelah syawal pun tak habis lagi.memasing sibuk dengan open house & baraan raya lagi. Baraan?? Eh lupe plak..den dah duk kawasan jawe J….Baraan itu den terjemahkan ikut kamus sendiri sebagai rombongan la senang citer J.  

Alhamdulillah den dah bergelar guru secara rasmi pada 18/6/2012. Alkisahnya bukan dengan kerajaan lagi. Apply dengan JAIS. Kebetulan abis belajar 7/1/2012 secara officialnya. Then, bulan februari masa tengah mengerodek FB ni kuar iklan JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA (Permohonan GURU AZHARI JAIS). Download borang..isi2  then terus poslajukan ke alamat JAIS. Alhamdulillah rezeki anak tekak gamaknya bulan 4 time befday den die panggil interview and then bulan 6 secara rasmi suh pegi dftar kat JAIS Shah Alam. Maka dengan tanggungjawab den di hantar ke SAM Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor.

Den tak kekok sangat la area sini,sebelum ni dah kne “paksa” practical kawasan ni dulu. Jadi dah familiar la kata orang..keh3..bajet betul orang ni!fuuuh~~~. So far, Alhamdulillah semua ok, tiada masalah pape. Korang pun tau orang jawa macam mane kan..cukup makan, cukup segala bagai la duk sni. Kene pandai survive sendiri la..dah besar kan. Dah tak boleh harapkan orang lain, semua kne buat & fikir sendiri, lap airmata sendiri...semua sendiri la ok J.

Bila tubuh kecik ini menjengah alam kerja, ya Allah baru ku rasa apa yang mak, ayah,makcik2 den yang kebanyakannya jadi cikgu tu rasa. Patut mak balik penat2 mengeluh itu ini pasal budak. Akhirnya den boleh paham sendiri. Bila dah bekerja tanggungjawab lagi banyak. Semua berubah secara totally. Aktiviti kanak-kanak ribena dulu dah kena dikurangkan.Dah tak boleh melompat2,memanjat2 & sewaktu dengannya la.. J
Setelah 3 bulan, dah rasa biasa, dah makin memahami dan makin mengerti & makin terasa jugaklah perubahan pada diri. Makin pikir mana yang perlu diutamakan dulu. Kalau dulu kita pikir kawan yang lebih utama. Sekarang keluarga yang lebih utama. Kawan2 pun bukan ingat mana kat kita. Time kawen ingat la kat kita nak suh kita p kenduri kawen die. Pas kawen senyap beribu2 bahasa!opppppslaser jugak minah ni.Ahh tak kira nak cakap jugak J hik3..

Mak dah pesan..Jangan harap orang akan buat baik pada kita, tapi kita kena sentiasa buat baik pada orang tak kira masa. Jangan berkira… selebihnya serah pada Allah Taala. Payah kan nak didik hati jadi baik. Mesti ada je yang tak kena..hati ini masih perlu disuci murnikan lagi..

Eh,jap ape mimpi tetiba update blog setelah 5 bulan menyepi ni…
Itulah den nak kabo, den tengah menganyam menung & mimpi sorang2. Takde teman borok dalam bilik warden ni..den celoteh la kat cni.hik3 :)

Warden? Ha’a jadi warden..ape yang pelik plak..macam x biasa plak dengar :p Awal ramdhan secara rasminya duk di asrama jadi pembantu warden. Sekarang masih belajar2 lagi dengan jawatan baru ni. Den anggap semua yang baru ditempuhi secara proses untuk belajar & sumber pengalaman yang mencurah2. Jika kita x berhadapan dengannya, kita takkan tahu.

Sebenarnya baru je balik dari 2 buah open house rumah pengetua & guru / rakan sekerja la.Malam ni ada lagi.Insya Allah petang ni den pegi umah cikgu siti.pegi tolong2 die ckit. Esok ada lagi. haa..ini pengalaman baru jgak duk cni. Boleh kenal2 cikgu2 dgn anak beranak die.Rasanya baraan ni orang jawa je kot yang buat, Ada baraan lelaki, baraan perempuan.. Ermm bagus2 hidup bermasyarakat, ukhuwwah dierat.. Sesuka hati den je bagi falsafah,visi,misi yek!..huhu

Eh, lupe plak...den dah tukar status 30/7/2012 aritu. Bukan status single ke married tau!no..no..no...Alhamdulillah dah jadi Cik Long. (kena panggil cik long sebab ciklong nya single-mingle lagi uuuu)..hehe. dapat anak buah, perempuan. Ummu Najla al-Wafa'  binti Mohd Muadz namanya.. Anak adik no.2. Masih menanti akan lahir bulan ni anak adik no 4.Nanti dah lahir den citer la ek :)
ni Cik Long dgn Najla yang suka nangis ala manje2 gitu :)

Sambutan raya pun dah sudah..semua dah sudah..puasa 6 je yang belom start2 lagi ni..bila nak start tak tau la..moga ada ruang & masa utk puasa..InsyaAllah.Kl nak buat jangan bagi banyak alasan,kalau tak mmg takkan terbuatnya :D (ckp pd diri sendiri)



Oklah kengkawan setia dan setua dgn den ni..moga2 hari yang mendatang makin mengenalkan kita dengan kehidupan yang sederhana dan bersifat wasatiyyah. Jaga diri baik2..kalau rasa diri den ni ade buat salah maafkanlah..Diri ini rasa banyak sangat salah dengan orang lain ..Mohon maaf ye semua. 

Jumpe lagi :) 


p/s:~~~sonok dpt update blog~~