Akhirnya setelah abis pantang dunia praktikal den kembali giat rase nak berceloteh...malas dah nak tulis bab bersawang2 ni.memang terlebih sawang,labah2 pun dah 3 keturunan kot beranak..haha.
Korang seme pekabo?khabare?haha..den dah pandai ckp jawe ckit..
"wes mangan??"..hehe
"baraan" gejobos...dan mcm2 lagi la.sape yang terdengar pasti tersonyum simpul2 ala2 manje gitu..ewaaah3.hihi
Dalam dakapan sejuk penghujung ramadhan ni,den rase menggamit rindu pada sekolah yang baru den tinggalkan.SAMSHD...iulah nama singkatannya...rindu dengan telatah anak murid,rindu dengan gurauan dan cter2 cikgu2,rindu dengan gelak ustaz Anuar.haha...trademark yang sukar ditunggalkan.Kini, semua itu hanyalah kenangan dalam lipatan sejarah den berusia 24tahun..dah tua rupanya den ni..kah3...
SAMSHD
hampir 4 bulan den kat cni..mane x bertambah rase rindunya.kalau 1,2 bulan je den x kisah la kot.dah 4 bulan ibarat dah serasi sangat la dengan budak2 ni. Budak kelas yang den x ajar pun boleh ngam.just jaga exam je kot...Memang bukan satu kesalahan la campakkan den kat kawasan pantai berlumpur ni. Banyak den blaja benda baru.Keramahan warga2 nya x usah cakap la..sepatah kite cakap berpuluh2 patah die jawab dengan manis dan lemah mebut..alahaiiii:).
surau Raudhatul Syakirin yang makin comel:) |
Kalau den nak cter memang x abis la.Dugaan tetap ade dalam kemanisan tu.Tapi den anggap ujian la.mane manusia hidup sennag lenang tanpa cubaan.Smua itu mengajar erti kedewasaan dan kematangan yang lebih baik lg.betul x?. Budak pun stress apa lagi cikgu2. Dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam memberi bakti mencurah ilmu mentarbiyyah hati2 jiwa kecik menjadi besar dan bangga menjadi daie kecik sejak sekolah lagi..Semua menuntut pengorbanan. Taip2 ari sabtu kne datang sekolah,acara sekolah,kelas tambahan..Semua adat dunia pendidikan masa kini. Den ni bakal bergelar guru lebih terpanggil awal lagi supaya mentarbiyyah anak2 didik dengan lebih awal.sebelum mengajar tanyakan dulu hal ehwal semasa..Anak2 murid den ni bace x paper.tau x perkembangan dunia Islam. Ini yang patut diterapkan. Agar rohani dan jasad mereka cakna dengan dunia sekeliling. Tanya solat ke idak?yang ni den memang berlinang airmata nak cakap.
kita nak didik anak murid supaya bukan datang sekolah hanya bergelumang dengan buku dan latihan, balik sekolah buka mukabuku chat sane sini..hehe:) ~jangan terasa~!... banyak lagi unsur tarbiyyah perlu diterapkan dalam mase pengajaran.bagi mereka celik agama walaupun bersekolah agama. Budak2 akan jadi lebih berilmu & tertarik dengan pengajaran kite. Tak salah kalau ajar sains bace ayat2 al-Quran sebut kekuasaan Allah jadikan alam semesta,gunung-ganang, peredaran langit & bumi & sebagainya. Budak2 terdedah dengan pengetahuan yang lebih jitu.
Hanya ucapan tocei,syukran,terima kasih,arigato gozaimas den leh ucapkan dari hati yang luhur ni buat semua kerjasama cikgu2 dan anak murid2 comel2 semua. Macam2 den dapat secara free. Bukan diminta tapi semua jenis pemurah..suka berkongsi makanan banyak bagi,air kelapa macam2 lagi la den dapat. Beruntung weh...Ntah bila la den dapat ketemu semua orang 2 lagi.Sekolah pun siap bagi sijil dan plak kenangan gambar sekolah.Makin rindu weh... yang paling x tahan kne bagi ucapan last mengajar aritu..aiyooo2..den naik cuak la jgk.
nnti den cter plak tentang bebudak kelas yang den ajar.Seronok dengan diorang ni...banyak je cter:)
k wasalam...
salam penghujung ramadhan semoga puasa kita semua diterima oleh Allah SWT yang telah kita didik dalam madrasah Ramadhan ini. TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM.MINAL AIDIN WAL FAIZIN. KULLU A'M WA ANTUM BIKHAIR.