24 June, 2009

لماذا تعلم اللغة العربية؟

Assalamualaikum pembuka bicara.

" Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya."(Surah Yusuf: 2)


Sahabat yg kukasihi,
Al-Qur'an sebagai petunjuk telah diturunkan dlm bahasa arab. Bahasa itu jualah yang menjadi bahasa penghuni Syurga. Bukan bahasa yg kita tuturkan sekarang ni. Berita dunia pendidikan hari ni di Msia SPM hanya boleh diambil 10 subjek melainkan pelajar aliran sains agama serta diwajibkan lulus bahasa inggeris. Erm.. Kenapa bahasa Inggeris? kenapa tak Pendidikan Islam@Pendidikan Moral bagi SJK(C/T)&SMK. Ini mendapat reaksi banyak pihak. Saya tidak memperlekehkan bahasa Inggeris ttpi Kementerian perlu mengkaji dahulu sebelum melakukan sacara drastik, bagaimana dengan pelajar luar bandar ?? jangan anaktirikan mereka. Jangan ulangi kesilapan PPSMI. Dalam menentukan subjek yg wajib lulus, seakan ada pihak melupakan bahasa yang paling indah.. Bahasa Arab.

Temanku,
Kata Imam Syafie, Allah SWT telah menfardhukan ke atas semua umat Islam mempelajari bahasa arab kerana Al-Qur'an diturunkan dlm bahasa tersebut & kita menjalani ibadat dlm bahasa itu juga. Orang yang mempelajari dan mengajarkan bahasa arab disukai oleh Rasulullah SAW serta diberikan ganjaran pahala yang besar. Kata fuqaha' mazhab Hanafi;

" Bahasa arab mempunyai kelebihan ke atas semua bahasa kerana ia adalah bahasa penghuni syurga,Sesiapa yang mempelajari@mengajarkannya kpd orang lain akan diberikan ganjaran pahala."

Sabda Rasulullah SAW:

"Cintailah Bahasa arab kerana 3 perkara;

1. Kerana saya seorang arab

2. al-Qur'an diturunkan dlm bahasa arab

3. Percakapan ahli syurga adlh dlm bahasa arab. (Imam Sayuti dlm جامع الصغير)


Jadi,marilah kita pakat belajar b.arab ramai2. jika punyai azam yang tinggi,pasti boleh kuasai bahasa Syurga ini,Rasulullah bersabda lagi:

"Barangsiapa yang menepuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah SWT akan permudahkannya satu jalan menuju ke syurga."

Sahabat pembaca, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...Fikirkan kebaikan,tinggalkan keburukan.Sekian.

Suapan ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم


الحَسُودُ لا يَسُودُ

Orang dengki takkan berjaya

أوَّلُ الغَضَبِ جُنونٌ وَأخِرُهُ نَدَمٌ

Awal kemarahan adalah gila dan akhirnya adalah kecewa

المَرءُ توَّاقٌ إلى مَالمَ يَنَلْ
Manusia sangat bersemangat untuk mendapatkan apa yang belum tercapai


22 June, 2009

Tarbiyyah...sejauh mana penghayatannya?.

Perkara ini asyik terjengah2 pd fikiranku mgu lepas..arini lagi kuat minta dibicarakan.akhirnya dgn semangat luhurkan jua menulis..andai ada intipati yg tak kene harap dmaafkan.

Melihatkan gejala sosial dlm institusi pendidikan sekarang melibatkan pelajar terlintas dibenakku..apakah kesilapan yang wujud dlm proses pengasuhan,pengajaran pendidikan pada pelajar masa kini.rasanya yang peting dalam selesaikan perkara ini ialah tarbiyyah. Apa itu tarbiyyah?

Pengertian Tarbiyyah
~Tarbiyyah ialah suatu kaedah / method terbaik
~ Yang digunakan untuk bergaul dengan tabiat semula jadi manusia
~ Samaada secara langsung iaitu dengan kata-kata
~ Ataupun tidak langsung iaitu dengan tauladan
~ Berpandukan manhaj dan wasilah yang tertentu
~ Dengan tujuan memperbaharui kualiti jati diri manusia ke arah yang lebih baik
*Petikan Pengenalan Konsep Tarbiyyah Islamiyyah (thaqafah daieah)*

Tidak dpt dinafikan,proses tarbiyyah di zaman modenisasi ini lebih perlukan ketajaman akal dan ketulusan hati dlm m'didik jiwa2 bernyawa. Lain insan lain citarasa,lain pendirian,lain tanggapan hatta bentuk jasad ada yg sama namun cap jari tetap berbeza. Hebat kekuasaan Allah SWT. Subhanallah.

Dalam hal ini, pendidik perlu bersikap proaktif dlm mencanangkan manhaj ini. Pendidik tidak boleh bersikap lesu dan tumpukan pada pelajaran yang terikat dgn sukatannya sahaja. Remaja&pelajar yang ada sekarang mentaliti mereka kadang kala tidak terjangka oleh pemikiran kita. Bermula dari gerak langkah,pergaulan, pemakaian, dan sebagainya..semua perlu dilentur dgn penuh hemah agar jiwa2 bernyawa dapat menerima tarbiyyah tanpa rasa memberontak di kemudian hari. Jika hari ini berbelas2 ribu pelajar ponteng kelas dgn selambanya..bagaimana jiwa2 bernyawa ini pada masa akan datang,hidup dalam bumi Allah tapi melupakan segala suruhanNya dan membawa kehidupan sekular dalam keluarga, berjinak,berternak lalu berteraburlah jiwa2 yang penuh dgn nafsu dan rapuh tanpa kekuatan iman.Maharaja maksiat kian berkuasa. Mahukah ini berlaku?

Teringat zaman persekolahan(sek agama) yang mana pelajar perempuannya manis bertudung labuh,berstokin menutup aurat dari pandangan liar si rakus. Namun kini, adakah istiqamah itu terus menjadi amalan dihati agar terus dipatuhi?..tanya diri sendiri. Yang lelaki bangga dgn kopiah/songkok yg dilitupi saban waktu namun kini menjadi "teman tapi mesra" tika ke surau sahaja. Itupun jika kaki masih ingat pada rumah Allah. Walhal bukan ini sahaja,banyak lagi perkara2 jika dibandingkan time sekolah2 dulu serta kini kian berbeza. Sy tidak menafikan ia terjadi pada diriku sendiri. Berhujah ats pengalaman sendiri kdg kala mengingtkan diri agar lakukan perubhn. Walaupun tidak drastik, tp perlu diusahakan slow2 jika hati benar2 dpt menerima.

Kekuatan murabbi dlm hal ini perlu diambil kira,akhlak terpuji msti dipaparkan tanpa rasa berselindung hanya mahukan pujian. Penat lelah murabbi dlm membentuk insan kamil perlu dikenang. Hakikatnya jiwa2 bernyawa ini perlu sedar dan ambil berat hal ini.Tarbiyyah yang diterap perlu difahami,perlu diselongkar rahsianya,perlu ditanam ke jiwa2 bernyawa agar lahir hamba Allah yang beruntung..sedarlah sahabatku, sejauhmana penghayatan tarbiyyah yang diterima olehmu...

Panggilan itu memberi makna...

Masa pantas berlalu tanpa mengira apa yg berlaku,manusia yang alpa kian jauh melupakan PenciptaNya. yang terus sedar HAKIKAT KEHIDUPAN berjuang pulun-pulun meraih maghfirah yang Esa.. Adat bergelar hamba Allah SWT jangan dibuai alunan nafsu yg datang tanpa disangka. Masih terngiang sahutan azan Masjidil Haram tertusuk di kalbu. tempat yg menggamit hatiku agar terus b'kunjung lagi. nantikan kehadiranku lagi Ya Allah..daku masih belum amintainkan keadaan walaupun hampir 1mgu da blik..jadi "guard" plak malam2 intai orang tido...bestnyer. Pas subuh barulah mata ni kian layu...layu dan akhirnya zzzzzzz =).. dugaan betul. makteh yah call tanyekan perkara yang sama. jadi bukan diriku seorang yang mengalaminya..hehe.

dalam menghabiskan sisa waktu dirumah dgn xtvt biase(kemas,mmsk,jmur+angkt kain) datang la utusan yg ditunggu2. Sebelum ni baunye hnya dapat dicium tepi jalan aje, akhirnya ibarat hadiah dari putera kayangan "Raja buah" berada di depan mata.hehe

Apa lagi, makan la dgn kemuatan perut yg termampu. Syukran k sarimah bg durian ni..macam tau2 je ada orang t'tunggu2.hehe. Alhamdulillah syukur atas kurniaan rezekiMu yang tidak putus2. Terbyg pula bagaimana pula manusia yang tak pernah b'syukur dgn nikmat yg diberikan & bagaimana pula insan yang kebuluran makanan lantaran pelbagai dugaan yg melanda dunia ruang hidup mereka.Jadikanlah aku hamba yang selalu mengingatiMu Ya Allah..

Syukur,syukur,syukur Ya Allah
Syukur Alhamdulillah..(petikan dr Raihan)

Dlm time ttggu jg, sampai utusan yg tak dijangka..panggilan temuda SPA. tapi diriku hanya mampu menatap shj surat 2,ape2 pun kene habiskan pengajian di UPSI dl...baru pk "ALAM KERJA"


tgu 3thn lg nak bis blaja..br dpt consider..huhu

18 June, 2009

semanis kenangan berteduh di pasak hati

Kenangan yang tak terucap oleh kata2..yang tak bpeluang pegi lagi ke tanah suci,tanam la azam & tekad yang tinggi utk pg ke sana waktu muda ni.korang akan rasa ape yang saya rasa.. percayalah. Setiap derap melangkah basah bibir mengingati Allah. ditepi2 jalan mesti ada signboard zikir2 harian.kl la kat msia ada msti org takut nak buat jahat& perkara mungkar.Syukur dgn segala anugerah nikmat usia yang masih bisa bernyawa. sebak hati saat hujung jari kaki melangkah masuk Masjidil Nabawi & Masjidil Haram. Umat Islam seluruh dunia berhimpun di 1 tempat menunaikan tgjwb, kemampuan bbahasa arab dpt la ramai kwn antaranya ibuk hajjah endang dari sumatera,zahraa dr turki, saaya dr iran, syamini(lawyer) dr pakistan, hanaa dr mesir,nadia dr syria(bl sebut je nama sy pun nadia die trus dakap peluk cium,tak sgka jmpe org yg sama nama katanya) terasa ukhuwwah yang dekat sekali. banyak kali die puji2.org arab mmg kuat puji kalau sape yg pandai ckp arab.lagi fatima dr london,ada yg x smpat tanye nama dr madinah,istanbul & bahrain. Org msia mmg ramai la,jmpe dato hashim(Presiden Kipsas) tgh shopping dgn cucu die agknye..hehe
Moga amal ibadahku diterima oleh Allah SWT.

Selamat kembali..

salam alayk semua pendeta layar maya

alhamdulillah selamat tiba malaysia pukul 2.15pm malaysia bertolak dari Dubai pkl 3.15am.
Semua perjalanan dipermudahkan dengan izinNya dan diharapkan amalan yang dilaburkan diterima oleh Allah SWT. Walaupun perginya 65orang, namun Allah maha menyayangi hamba2Nya, ditarik nyawa seorang daripada group kami, tinggallah 64 orang. takziah buat cikgu Azura, ibunya pergi ketika kami ke Masjidil Haram menunaikan solat subuh. Baru sekejap bermesra bergelak ketawa dengan Opah. Namun takdir Allah siapa bisa menolak Opah meninggal dalam keadaan ihram(masih belum sempat buat tawaf&sai'e&btahallul).saat yang dimuliakan &dianggap mati syahid. Alhamdulillah rezeki Opah yang tak terjangka oleh kami. Apabila berada di sana, mmg terasa tanak balik, seronok dapat beribadah dan lupakan hal2 dunia sementara, insaf, kerdil,lemah dan macam rasa pabila melihat kaabah, mengalir si jernih membasahi bumi..tak jangka umur 22tahun dapat jejak kaki ke Mekkah. Syukran ayah sponsor kak long wat umrah=)

Ada rezeki nak pegi lagi..nanti sy masukkan gambar ye.

03 June, 2009

~seakan memahami~

10:56am (3/6/09)


Salam alayk, semoga kalian dlm keadaan sihat belaka=)

Semalam sempat p jalan umah k Nor(Mlmh Norhashimah Yusuf) kt Inderapura Sempurna. Kira tawaf jugak nak cari umah. tanye org pun di jawab"x tau la dik,cube tgok fasa 2 sane"..haha. Kelakar btul. Tapi best gak dpt tau keadaan kat sane.luas jgk tempatnye macam perumahan Sg. Isap. Dgn tekad cari la sendiri lorong 59 no.16, nasib jumpe jgk.. Tembam sgt ammar azizi,suka tengok,baru 3bln.

ammar azizi wif me...hehe

Menghitung detik2 yg akan ditinggalkan sementara tanah air tcinta ini,moga semuanya berada dibawah inayah Allah. Umair pula seakan merasai akan pemergianku buat smntara.. umair da 3 hari demam dgn sakit mata lagi..kecian plak ku lihat keadaannya.

Harini ragamnya lebih manja, nak d dukung, bertempek je (x leh rengang) dgnku.. ni smpt la snap gambar die tgh main2 td

02 June, 2009

Pesanan ibu mithali

3:31pm (2/6/09)

Assalamualaikum semua..

sihat? alhamdulillah pagi tadi da kmas barang semua,tgl skit je lg x beres. Bajuku&ayah yg nak pakai esok pun da gosok.. sementara ada masa terluang,kak long ambil masa la jap melakar kata sambil d temani mak tercinta kat sebelah ni=)

Mak tgh lipat kain pun sempat lagi bg nasihat2 berguna padaku..Syukran mak,kak long sayang sangat pada mak. Antara pesanan mak padaku ialah:

1) Tolong kawan mak kat sane..die bwk mak die,tlg la ape yg patut.
2) Sampai sane wat la solat dhuha, hajat, istikharah dll.
3) Time subuh pegi la sblm subuh,jgn time azan br nak pegi.
4) Keutamaan kat sane adalah ibadah,iktikaf, bc al-Qur'an byk2.
5) Kl orang ramai time nak kuar tgu la,jgn berasak2.
6) Kasut letak dalam plastik, pastu letak la kat bhgn2 kat mane, ingat la tempat letak 2.
7) Bc doa2 pd kad yang mak bg 2.
8) Yg biasiswa KPM 2,doa la dpn Multazam,mdh-mdhn dpt.
9) K.long duk la sebilik dgn kawan mak.
10) Biasenye org doa nak dpt jodoh kat Jabal Rahmah(ni yang paling suke dgr=) hehe

ni la antaranya kata2 mutiara berharga dari ibuku.., syukran mak bg idea untuk k.long menulis arini ibuku(Pn Khadijah binti Abbdullah) & ayah


wadaan..