24 June, 2009

لماذا تعلم اللغة العربية؟

Assalamualaikum pembuka bicara.

" Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya."(Surah Yusuf: 2)


Sahabat yg kukasihi,
Al-Qur'an sebagai petunjuk telah diturunkan dlm bahasa arab. Bahasa itu jualah yang menjadi bahasa penghuni Syurga. Bukan bahasa yg kita tuturkan sekarang ni. Berita dunia pendidikan hari ni di Msia SPM hanya boleh diambil 10 subjek melainkan pelajar aliran sains agama serta diwajibkan lulus bahasa inggeris. Erm.. Kenapa bahasa Inggeris? kenapa tak Pendidikan Islam@Pendidikan Moral bagi SJK(C/T)&SMK. Ini mendapat reaksi banyak pihak. Saya tidak memperlekehkan bahasa Inggeris ttpi Kementerian perlu mengkaji dahulu sebelum melakukan sacara drastik, bagaimana dengan pelajar luar bandar ?? jangan anaktirikan mereka. Jangan ulangi kesilapan PPSMI. Dalam menentukan subjek yg wajib lulus, seakan ada pihak melupakan bahasa yang paling indah.. Bahasa Arab.

Temanku,
Kata Imam Syafie, Allah SWT telah menfardhukan ke atas semua umat Islam mempelajari bahasa arab kerana Al-Qur'an diturunkan dlm bahasa tersebut & kita menjalani ibadat dlm bahasa itu juga. Orang yang mempelajari dan mengajarkan bahasa arab disukai oleh Rasulullah SAW serta diberikan ganjaran pahala yang besar. Kata fuqaha' mazhab Hanafi;

" Bahasa arab mempunyai kelebihan ke atas semua bahasa kerana ia adalah bahasa penghuni syurga,Sesiapa yang mempelajari@mengajarkannya kpd orang lain akan diberikan ganjaran pahala."

Sabda Rasulullah SAW:

"Cintailah Bahasa arab kerana 3 perkara;

1. Kerana saya seorang arab

2. al-Qur'an diturunkan dlm bahasa arab

3. Percakapan ahli syurga adlh dlm bahasa arab. (Imam Sayuti dlm جامع الصغير)


Jadi,marilah kita pakat belajar b.arab ramai2. jika punyai azam yang tinggi,pasti boleh kuasai bahasa Syurga ini,Rasulullah bersabda lagi:

"Barangsiapa yang menepuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah SWT akan permudahkannya satu jalan menuju ke syurga."

Sahabat pembaca, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...Fikirkan kebaikan,tinggalkan keburukan.Sekian.

No comments: