Perkara ini asyik terjengah2 pd fikiranku mgu lepas..arini lagi kuat minta dibicarakan.akhirnya dgn semangat luhurkan jua menulis..andai ada intipati yg tak kene harap dmaafkan.
Melihatkan gejala sosial dlm institusi pendidikan sekarang melibatkan pelajar terlintas dibenakku..apakah kesilapan yang wujud dlm proses pengasuhan,pengajaran pendidikan pada pelajar masa kini.rasanya yang peting dalam selesaikan perkara ini ialah tarbiyyah. Apa itu tarbiyyah?
Pengertian Tarbiyyah
~Tarbiyyah ialah suatu kaedah / method terbaik
~ Yang digunakan untuk bergaul dengan tabiat semula jadi manusia
~ Samaada secara langsung iaitu dengan kata-kata
~ Ataupun tidak langsung iaitu dengan tauladan
~ Berpandukan manhaj dan wasilah yang tertentu
~ Dengan tujuan memperbaharui kualiti jati diri manusia ke arah yang lebih baik
*Petikan Pengenalan Konsep Tarbiyyah Islamiyyah (thaqafah daieah)*
Tidak dpt dinafikan,proses tarbiyyah di zaman modenisasi ini lebih perlukan ketajaman akal dan ketulusan hati dlm m'didik jiwa2 bernyawa. Lain insan lain citarasa,lain pendirian,lain tanggapan hatta bentuk jasad ada yg sama namun cap jari tetap berbeza. Hebat kekuasaan Allah SWT. Subhanallah.
Dalam hal ini, pendidik perlu bersikap proaktif dlm mencanangkan manhaj ini. Pendidik tidak boleh bersikap lesu dan tumpukan pada pelajaran yang terikat dgn sukatannya sahaja. Remaja&pelajar yang ada sekarang mentaliti mereka kadang kala tidak terjangka oleh pemikiran kita. Bermula dari gerak langkah,pergaulan, pemakaian, dan sebagainya..semua perlu dilentur dgn penuh hemah agar jiwa2 bernyawa dapat menerima tarbiyyah tanpa rasa memberontak di kemudian hari. Jika hari ini berbelas2 ribu pelajar ponteng kelas dgn selambanya..bagaimana jiwa2 bernyawa ini pada masa akan datang,hidup dalam bumi Allah tapi melupakan segala suruhanNya dan membawa kehidupan sekular dalam keluarga, berjinak,berternak lalu berteraburlah jiwa2 yang penuh dgn nafsu dan rapuh tanpa kekuatan iman.Maharaja maksiat kian berkuasa. Mahukah ini berlaku?
Teringat zaman persekolahan(sek agama) yang mana pelajar perempuannya manis bertudung labuh,berstokin menutup aurat dari pandangan liar si rakus. Namun kini, adakah istiqamah itu terus menjadi amalan dihati agar terus dipatuhi?..tanya diri sendiri. Yang lelaki bangga dgn kopiah/songkok yg dilitupi saban waktu namun kini menjadi "teman tapi mesra" tika ke surau sahaja. Itupun jika kaki masih ingat pada rumah Allah. Walhal bukan ini sahaja,banyak lagi perkara2 jika dibandingkan time sekolah2 dulu serta kini kian berbeza. Sy tidak menafikan ia terjadi pada diriku sendiri. Berhujah ats pengalaman sendiri kdg kala mengingtkan diri agar lakukan perubhn. Walaupun tidak drastik, tp perlu diusahakan slow2 jika hati benar2 dpt menerima.
Kekuatan murabbi dlm hal ini perlu diambil kira,akhlak terpuji msti dipaparkan tanpa rasa berselindung hanya mahukan pujian. Penat lelah murabbi dlm membentuk insan kamil perlu dikenang. Hakikatnya jiwa2 bernyawa ini perlu sedar dan ambil berat hal ini.Tarbiyyah yang diterap perlu difahami,perlu diselongkar rahsianya,perlu ditanam ke jiwa2 bernyawa agar lahir hamba Allah yang beruntung..sedarlah sahabatku, sejauhmana penghayatan tarbiyyah yang diterima olehmu...
No comments:
Post a Comment