12 August, 2009

Selamat Bergraduasi Graduan UPSI

Tahniah pada senior2 yang berjaya menghabiskan pengajian dan bakal bergelar pendidik bestari. ni antara saranan Canselor UPSI..

Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI), Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun mahu UPSI yang sudah melahirkan ramai graduan dalam bidang pendidikan terus mengekalkan kualiti di samping mengejar kuantiti.Baginda bertitah, kualiti penting supaya setiap setiap graduan yang dihasilkan UPSI benar-benar layak dan tidak diragui majikan. Sesebuah universiti menjadi hebat bukan kerana rupa bentuk bangunannya tetapi kerana keberkesanan dan keberhasilan modal insan yang mengajar, mentadbir, menggerak dan memimpin universiti itu.

"Beta ingin menasihatkan bakal guru yang memiliki ijazah pertama supaya terus belajar walaupun sesudah bekerja. Jangan kita bersikap berpuas hati dengan ijazah pertama saja. "Beta berharap Fakulti Pascasiswazah UPSI dapat diperkembangkan dari segi kemudahan dan tenaga pengajar yang berpengalaman untuk menerima lebih ramai guru berijazah untuk mengikuti program sarjana dan PhD.

= ini saranan yang perlu ku sahut..(MASTER,PH.D) InsyaAllah jika ada rezeki dan diberi keizinan oleh insan yang memahami..tapi kene tunggu 5tahun da bis kontrak dgn KPM.. KPM patut timbangkan balik syarat ni. Manusia patut belajar hingga hujung nyawa..erm

No comments: