20 November, 2011

Kerjaya baru: Pengurus jenazah,anda sanggup??

Assalam qabla kalam..
Assalamualaikum wbt...

Ape kabau semua?..(betul ke loghat nogori tu?)..hik3..suke hati den jek ea tulis macam tu. Tapi kita suka tulis ikut suka hati kan.macam den..den mengaku jek..ape nak hipokrit kan.kan3 ^___^
Den memang x pandai nak ber ayat-ayat skema melainkan tulis penulisan ilmiah. Dalam penulisan ilmiah memang banyak benda kita kena amik tahu dan do it by prosedur..Haa jangan bagi den jadi skema beb..Geli ah..haha~~~~..wokeh.

Arini dalam sendu mendung awan berlalu pergi..lalu menutupi kecerahan kesiangan hari den mula rasa nak menulis..padahal tengah taip tesis..tetibe den teringin nak bukak pakcik blogger ni. pakcik blogger dah tanya bila nak update diari awak tu..jangan biar berhabuk lagi..cepat2 update.. ^ haa..begitulah ilusi perbualan pakcik blogger dengan den^..haha. Poyo's!!

Alhamdulillah arini hati den amat terkesan dengan rancangan wanita yang tidak asing lagi "Nona". Dalam rancangan Nona arini den belajar perkara yang dah lama dan biasa tapi diri den amik sikap acuh tak acuh dalam memahami dan mempelajarinya. Walaupun den mengaku ia memang amatlah penting bagi den dan menjadi fardhu kifayah bagi semua umat Islam. bab ape kalau bukan pengurusan jenazah.

Tanyalah siapa-siapa pun waktu kecik hatta besar la ni pun sape berani nak cakap yang dia bercita-cita ingin menjadi pengurus jenazah. Ada??tak kan?. Yang ada saya nak jadik ustazah, saya nak jadi doktor bedah, saya nak jadi peguam..kerjaya yang hebat2, yang banyak duit, kan sekarang zaman material..kalau sebut pengurus jenazah pasti akan disambut dengan gelak ketawa (hahahaha..pengurus jenazah!!!) atau perasaan takut... (eiiii dia suka kawan dengan mayat). 


Tapi sampai bila kita nak benakkan kepala otak kita tentang hal ni. Bila terjadi kematian dalam kalangan ahli keluarga. Kita hanya bertindak sebagai pemerhati dan pembaca surah yasin. Bila lagi kita yang sama-sama menguruskan, memandikan, mengafankan..kenapa perlu takut untuk semua tu?? Kita semua akan melalui jugak fasa kematian. Jenazah kita nanti pun tak kita ketahui siapa yang akan uruskan.

Uruf di Malaysia sekarang, apa yang kita lihat jenazah banyak diuruskan oleh golongan pakcik makcik/orang lebih dewasa. Kenapa tidak kita yang muda??yang kudrat masih segar bugar penuh bertenaga.. Golongan muda ape je buatnya?? berhibur, berfacebook?/berchatting??.. Ya Allah banyak beri kesedaran pada diri den sebenarnya. Walaupun dah belajar cara pengurusan jenazah dulu masa diploma.. Tapi yelah belajar tapi tak amalkan, ilmu tu kita akan lupa. den pun lupa..seriously!!!

Kalau tanya kain kapan untuk jenazah lelaki @ perempuan sekalipun pasti tergagap anak muda akan jawab sekarang.. itu baru lapisan kain kapan. Belum bab2 lain dalam uruskan jenazah.. Ya Allah..kurangnya ilmu hamba-Mu seorang ini...

Paling memberi kesan jugak pada den kata-kata pengurus jenazah wanita JAWI yang menguruskan jenazah wanita mangsa HIV yang tidak dituntut. menurutnya: "Golongan muda hari ini tidak mengambil berat mengenai pengurusan jenazah, dan lebih rela melihat jenazah ibubapa diuruskan oleh orang lain, sedangkan semasa kita kecik, ibubapa kitalah yang memandikan kita," kata kak Ruszeta. Den telan ayaq liur dengarnya. Betul...terkena kat hidung den sendiri. Den la antara orangnya.. Tak amik berat pun hal pengurusan jenazah ni. Sebab kita hanya dikekelingi dengan kegembiraan, adakala hati penuh lalai sampai lupakan hal yang penting dalam Islam..

Jika hari ini kita sibuk berebut mengisi borang jawatan yang class,ade pangkat MAster,PHD, sibuk mencari kerja kosong, hantar resume ke syarikat, universiti, sekolah, kilang sana-sini. siapa yang berani nak mohon kerjaya sebagai pengurus jenazah???. yang den pasti tak payah ade Master & PHD pun untuk mempelajarinya. Jangan sampai satu masa nati kita perlu import orang lain dari daerah/negeri berbeza semata-mata uruskan jenazah ahli keluarga kita...Nauzubillah min zalik.


Den rasa perlunya golongan muda tak kira siapa, den, anda pembaca dan sesiapa sahaja harus sedar dan adakan kempen dalam masyarakat Islam bahawa 1 keluarga perlu ada seorang pakar pengurus jenazah. Anda mahu?anda sanggup sahut kerjaya baru ini??sama-sama fikirkan.

^___^: sama-sama kita sedar & do it.

No comments: