18 January, 2011

Salah Anggap terhadap Usrah

Bismillah Wal Hamdulillah

Akhirnya dengan ruang masa yang terikat hati ini terpanggil untuk mencoret serba sedikit mengenai tajuk di atas. Tajuk ini atas kesedaran setelah lama tidak b'usrah sebenarnya. Ada sahaja halangan dan dugaan yang tiba jika panggilan usrah menjelma. Bukan untuk menolak, tetapi taklifan atas amanah yang diberikan harus jua ditunaikan. Tidak sanggup untuk ditinggalkan tanpa persoalan. Bila dah jadi tanggungjawab/amanah, kita WAJIB laksanakan. Bukan macam coklat "chipmore" kejap ada kejap xde. Kan? Sekarang chipmore dah macam versi baru keluar. Cukup dulu hal chipmore:)

Ditemani titisan jernih dari langit yang terbuka, idea seakan mencurah2 pinta diluah, maka yang tertulis ini yang telah terzahir di kamar minda kala ini. Andai ada salah silap dari segi susunan ayat dan sebagainya maafkan den k. Kejar masa....

Ok, berbalik kepada tajuk yang dihamparkan.....Apa yang den leh kata ialah dewasa kini semakin ramai anak muda yang seakan menjauhkan diri dengan USRAH. Seperti mana posting den sebelum ni ada ceritakan mengenai USRAH ni. Korang seme cari la ye..den pun x ingat letak kat mane...tapi ada la. Harini nak cakapnya mengenai salah anggap golongan remaja @ mahasiswa mengenai Usrah.

1. Usrah untuk orang alim-alim je.
Akak, saya ni pakai tudung pendek je, stokin tak pakai. Boleh ke saya join usrah ni...
BOLEH...
Akak, keluarga saya tak pernah ada pun yang join usrah, saya takutlah.......
ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA DIK
Akak, saya tak lancar baca Qur'an. Saya malulah, nanti kena gelak.......
ADIK NAK MALU KAT DUNIA KE KAT AKHIRAT??

dan pelbagai versi lagi alasan yang akan wujud bila dikaitkan dengan usrah untuk golongan alim-alim sahaja. Inilah mentaliti remaja masih diburu rasa takut, malu pada makhluk ciptaan Allah bukan pada Allah. Mana jiwa kehambaan melalui solat dan ibadah sebagainya andai menjadikan makhluk ciptaan sebagai tempat takut, malu dan sebagainya. Ini bukan soal alim @ tak alim, tapi kita sama-sama terapkan rasa ingin berubah dan mendalami agama dengan baik, dengan usrah dapat membantu kita semua. InsyaAllah.Carilah senior @ ustaz/zah yang boleh membimbing kita. Buangkan rasa takut, malu untuk mempelajari ilmu-Nya. Penting sekali ialah niat. Tetapkan niat untuk membuat perkara baik. Allah menilai setiap perlakuan manusia serta niat yang termaktub pada sanubari manusia.

sekadar hiasan

2.Orang yang bukan aliran agama je wajib usrah ni
Time usrah: Nama saya~~~~~,siswi Sains sem 7
Nama saya.........,siswi Fizik sem 6
Nama saya ;;;;;;;;;;,siswi Pendidikan Awal Kanak-Kanak sem 1

So?, siswi Pendidikan Islam mana? Siswi Bahasa Arab mana?Siswi Usuluddin mana?Siswi Qur'an Sunnah mana?. Dunia kian menyerlahkan 'keterbalikan'nya. Orang yang seharusnya menjadi rantai perjuangan sudah terlajak ilmu agama hingga terkurung dalam sangkar penjara ilmu yang melimpah lantas tidak bisa untuk di share  kongsi dengan orang lain. Tiada masa. Ilmu yang ada sudah cukup untuk diri sendiri. Dari darjah satu dah belajar, ape nak usrah2 lagi!. Lagipun cakap benda yang sama je bab agama bab Thaharah, korban, Haji, Aqiqah. Tak syok laa....kan? Itulah alasan yang paling popular dalam kalangan remaja masa kini. Sebenarnya lingkup usrah itu lebih daripada itu, bukan hanya berkisar hal fiqh2 serta aqidah tapi semua dalam bidang agama serta akademik. 

 Remaja yang dari golongon agama pun kian melonjakkan kepelikan yang ketara. Jadi tidak hairanlah tudung labuh melutupi dada yang dulu menjadi perisai jati diri, kini ibarat terbakar di bakar lilin dan semakin mengecil.Andai dapat dilabuhkan menutupi aset berharga itu. Alangkah baiknya....kan kawan2??. Den tak kata orang lain....Diri den pun cukup payah untuk istiqamah dalam hal ini sampai sekarang. Tudung labuh bukan syarat. Islam itu bersifat anjal, fleksibel tak menyusahkan. Jangan kita "jumud"kan fahaman jika tak benar2 memahami. 

Bukalah minda wahai jiwa2 yang mengaku merdeka tapi masih terjajah minda dek nafsu menggila dunia. Apabila kita belajar, kita harus kongsi ilmu tersebut, tak kiralah ilmu ukhrawi dan duniawi. Asalkan bermanfaat. Melalui usrahlah sedikit sebanyak dapat share ilmu2 tersebut. InsyaAllah.

bersambung


13 January, 2011

Pengalaman is Experience:)

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Bersua, bertemu pada patah kata yang terlakar....
Assalamualaikum kawan2...

Korang semua ape kabo?sihat dok?kome sihat je..bz2 tu ade la. Bese la, adat la tu...belajar kan. Semua tu pengalaman, kan. Masih dalam proses kematangan  diri yang terasa masih kanak-kanak ribena ni=). Erm hari2 yang berlalu ini terasa sungguh bererti. Seakan mainan je putaran waktu itu bergerak dan beralih ke waktu serta hari lain. Aturan Illahi.

Banyak jugak nak share minggu2 awal ni. dengan meeting, dengan program...memang banyak nak fikir. Time ni x leh tension2..kene lapangkan fikiran & banyakkan bersabar:) Rindu kat Umair la...last pic dengan umair time bila ek..nak cari la jap ea...haaa da jumpa=)

Alhamdulillah di awal pertemuan semester 2 ni juga dah ada xtvt yang diadakan. Suke sangat duk bawah UKLK..Best=). Badan pun rasa macam tambah berat je..murah rezeki:)
Dah alang2 ni nak cter pengalaman pegi Karangkraf=)....Hepi sangat.

kami gerak dalam kul 11.30 la dari UPSI. Perjalanan ambil masa dalam 2jam tepat la ke sana. So, den tau la jugak jalan mudah nak ke Shah Alam. Exit kat Subang=).. Sebelum ni tau ikut jalan Guthrie je. Tol la banyak bila lalu ctu...

mood lari.nanti la den sambung semula..k nak tido dulu.

01 January, 2011

2011, so what?

Salam alaik semua....

Sebut tahun baru je memasing dah terpikir yang baru2 je smua. Benda baru, kata2 baru,,, boleh kata yang up 2 date la semua...sesuai dengan peredaran zaman la katakan. Ok...cakap banyak pun tak guna kan..yang penting setiap yang kita cakap tu HARUS DILAKSANAKAN!...itu yang paling PENTING tau!.


Den tak mengharapkan banyak sangat, cukuplah den berharap tahun 2011 ini lebih mengajar den mengenal erti matang yang sebenar. Bakal menjengah 24 tahun. Macam tak percaya la plak. Rasa macam dalam kepompong kanak-kanak Ribena lagi..Kawan2 den yang lain dah kelek anak pun,den??hehe:). Rasa tak bersedia lagi untuk semua itu. Kalau dulu bila sampai tahun baru mesti terkeluar azam ni, bukan pada den je, pada korang jugak la:):

1. Jadi anak soleh
2. Tak tinggal solat
3. Berbakti pada kedua ibubapa

kan2?betul tak?? :)


Ia adalah benda lazim la orang kata. Ia bukan azam bagi den tapi 1 KEMESTIAN yang harus dilaksanakan dan dipikul oleh setiap insan selagi bergelar HAMBA ALLAH & ANAK KEPADA IBUBAPA=).

Dunia ni ibarat roda je orang kata, den mengiyakan jugak kadang2..kita akan berdepan dan tempuhi benda yang sama nenek moyang kita lalui. Cuma keadaan yang berbeza. Zaman dewasa, tua, cuma masa akan bergerak dan kita tak tahu umur kita sehingga saat berapa?. Mampu mencapai  usia 30?40?. Sekarang den banyak menilai kehidupan. Apa makna semua tu ek?? Orang lain boleh share & terus share segala yang terbuku di hati..tapi bagi den, ia seolah dah tak bererti bagi diri sendiri. Rasa lebih baik terpendam di lubuk hati...

Itulah ragam kehidupan sentiasa bermain dengan perasaan. kadangkala rasa seakan tuah bukan bermilik pada kita=)...sabar!..ini bukan masa kita...Allah Maha Adil :)


Oklah papepun diharapkan tahun baru yang bermula dengan musim sejuk ditemani titisan hujan rahmat ini terus memberikan segalanya yang terbaik.. Andai perkara yang tidak dijangkakan berlaku, itu semua menguji keimanan dan kesabaran den selaku hamba yang lemah kala ini. Lemah bukan bererti ku harus mendiamkan diri membiarkan tangan2 Israel insan dajal membahamku!!!

hadirnya 2011 diharapkan terus:

~Hadiahkan kesihatan yang baik buat den serta nikmat umur yang diberkati.
~Melakar ceria berpanjangan di tangkai hati bersama Inche saya.
~Menggalas tanggungjawab seadanya yang den mampu laksanakan.
~Hadirkan kesedaran buat diri bermuhasabah andai diri den terlalu leka.
~Teruskan usaha tamatkan pengajian dengan keputusan terbaik untuk masa depan.

& aku...

dan aku
kadang kala
terkapai-kapai lemas
dalam cinta palsu
dalam janji manis
dalam luahan kata-kata nista