18 June, 2011

Menuntut Ilmu Keibubapaan/Rumahtangga:)

Salam alaik....
pekabo kengkawan seme?sehat ke idok?hehe...
Den arini excited sgt2...
yelah arini menuntut ilmu yang paling best dalam hidup..(maybe)..teeeet.

Sape x bertuah kan pelajari ilmu baru.Walaupun dulu pernah amik kursus Pra-perkahwinan. Namun kali ni den topup lagi pengetahuan yang sedia ada dengan ilmu baru. Den sebenarnya excited dengan penceramahnya..die memang den nak jmpe lama dah. Alhamdulillah rezeki bertemu di Sabak Bernam.. Sape tak kenal Prof Madya Dr. Harlina Halizah bt Siraj. Orang hebat dalam dunia perubaan sakit Puan & Pakar motivasi rumahtangga. Kalau boleh nak rakam tau. Sangat bertuah, bermakna, dan berilmu semuanya....

Den pagi2 ari dah kuar, singgah makan dulu mane tau kan x ckup ke bekalan yang disediakan. Yelah den ni badan kecik tapi tong 'besar'.huhu.Setelah separa kenyang den chow la cari kelab rekreasi SB. Alhamdulillah jumpa.Allah mudahkan jalan mencari ilmu:)

Ini merupakan program khas Pembangunan Keluarga & Sosial iaitu "Keamanahan Dalam Berumahtangga". Apabila sudah diijabkabulkan maka terpikul amanah yang begitu besar sebenarnya. Bukan sekadar suka2..setuju?:)


Ok, apa yang den dapat memang memberi pengetahuan yang baik buat den dengan cara penyampaian Dr.Harlina yang bersahaja buat penonton x kering gusi..kami bukan saje2 gelak tapi bermanfaat. Alhamdulillah:)
low profile je orangnya...tapi hebat:)


Dengan dibuai angin air-cond yang menusuk sukma seakan tidak terasa sebenarnya.Okeh dear fren...
den akan kongsikan apa yang den dapat selama 5 jam pengisian program ni.

Nabda':

Ok, Dr. Harlina membawa slot bertajuk: KELUARGA & CABARAN SEMASA 

Ok...setiap orang ada misi & visi tersendiri, jabatan mahupun sekolah pun ada misi & visinya jugak..begitu jugak dengan keluarga sebenarnya. Setiap keluarga yang sakinah yang cemerlang juga mesti ada visi & misi. Apa yang nak dicapai..Ke mana arah tuju keluarga yang telah dibina.Bagaimana didikan pada anak2..semua itu kena fikir. Jadi untuk target semua itu kita mesti jadikan keluarga kita KELUARGA LIMA BINTANG.
Bukan takat hotel je ade 3,4,5 bintang..tapi dalam keluarga pun mesti diterapkan. Itu yang terbaik. Apa die keluarga 5 BINTANG??

1- Pemimpin Masyarakat = kita mesti mendidik anak2 hatta diri mak ayah sendiri menjadi pemimpin kepada masyarakat sekitar, menjadi tempat rujukan dan menjadi leader dalam satu2 perkara.
2- Pembuat keputusan = Mak ayah hatta anak2 sekalipun mesti bijak dalam membuat keputusan apa2 keadaan. bukan dipengaruhi oleh emosi dan sebagainya.
3- Pengurus = Pengurus apa?ok. ini lebih kepada masa, duit, emosi, dan kesihatan. Mesti pandai urus diri sendiri & yang telah disenaraikan tadi.
4- Penghubung = Ok, kita mesti ada hubungan ynag baik antara is3 anak2, jiran tetangga, masyarakat, rakan sekerja & sebagainya.
5-  Contoh teladan = ada 2 prinsip je...kita ni contoh terbaik @ terburuk dalam masyarakat. Itu je yang simple. Tapi Dr. Harlina ulas lagi panjang lebar pada kami:)
sweet memories dgn Prof madya Dr. Harlina Halizah Siraj:)


Ok ape itu keluarga?
ia terhasil setelah adanya ikatan perkahwinan antara L & P dan lahirnya zuriat2 hasil baka asli tulen dari is3 yang sah perkahwinannya.~den tambah2~. Sebab apa den kata hasil baka asli tulen. Korang pun tau sekarang ni. dunia remaja kita parah dengan kes pembuangan bayi dan keadaan menjadi lebih kalut ada yang buang, bakar,campak dari bangunan tinggi & sebagainya. Semuanya hasil daripada bukan baka asli tulen la 2.sebab 2 main buang2 je menutup aib malu yang telah dibuat. nauzubillah min zalik...

Ok, sebelum kahwin pun sebenarnya..kita perlu tahu & ada 5 keperluan serta keupayaan dalam membentuk keluarga.Apa yang 5 tu?ok....
1) Fizikal sihat
2)Kemampuan ekonomi
- Kewangan kukuh, boleh sara keluarga dengan baik, rezeki yang halal.
3)Kemampuan emosi
-Den lebih tekankan pada emosi la sebenarnya. Sebab masalah wanita di malaysia kebanyakan mengalami banyak KEMURUNGAN. Orang pempuan ni suka menjeruk perasaan. Nak orang laki memahami je setiap masa tapi tak belajar cara nak faham keadaan laki @ adakala laki jenis buat derk jeee dengan bini.itulah den leh kata. Bila dah kawen apa yang penting kne sama2 jaga emosi memasing. ok
4)Kelapangan masa
yang ni kita harus sediakan & wajib ada masa dengan suami/is3 @ anak2 suapaya boleh bina hubungan baik antara ahli keluarga. Bukan asyik sibuk bekerja je.
5) Sokongan sosial
           ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang penting lagi ialah mak bapak jangan sesekali gaduh depan anak2. Anak2 akan rasa tak selamat. Sebab sikap mak ayah yang sentiasa tertegang leher. Bila salah mintak maaf depan anak2, jelaskan depan mereka buat mereka rasa selamat ada ibubapa yang prihatin & bertanggungjawab. Anak2 akan tengok perangai mak ayah ni...die akan nilai.

Ok, lagi ialah hak2 anak-anak dalam Islam antaranya ialah hak untuk hidup (bukan dibuang, dibunuh dll. hak dapat ketulenan baka. Jangan sampai anak konpius die anak sape & dari keturunan mana, sebab(%$^&*(#@$$~ha korang sendiri tau kan??~..haaa...ni kes berat ni kawan2. Wanita yang solehah yang jaga kehormatan diri supaya terpelihara nasab keturunannya. Lagi hak untuk diberi nama yang baik. Yang sukati amik nama singkatan mak ayah pulak...ha ni ramai.nama berbelit2 2,3,4 nama tapi panggilnya gegurl je...boboi je..boy, adik la dll. Kena bangga la dengan nama 2.nama pun kne tau maksud.Bukan ikut sedap mulut menyebu je. 

Selain tu, hak disediakan keperluan asas, termasuk penyusuan ibu..Kalau boleh jarakkan la masa beranak dalam 2,3 tahun ke. Bagi peluang pada anak mengecapi kasih sayang dengan  sebaiknya. Hak dapatkan pendidikan agama...ni den nak ulas ckit,sebut dapatkan pendidikan agama bukan bermakna hantar sekolah agama je tapi mak ayah dulu yang jadi role-model pada anak2..mak ayah dulu yang mengaji/ baca qur'an depan anak2 kat rumah misalnya..ajar anak2 mengaji, bagitau tentang syurga neraka dosa pahala. Keutamaan pada ibubapa..guru2 di sekolah penyambung generasi memberi ilmu je...bukan bermakna hantar anak ke sekolah agama, mak ayah x perlu didik apa2. Pengetahuan akan buat semua akan jadi selamat. Kena beri ilmu sebanyak mungkin la.

Ok korang larat lagi ke nak bace ni:) 
den dah pedih mata ni..huhu.
Ok den kembali ke topik baru:

ISU & CABARAN SOSIAL INSTITUSI KEKELUARGAAN

Sekarang masalah yang makin menular ialah isu Lewat Kahwin dalam kalangan wanita2 bekerjaya. Ini isu sensitif la.prob nyer banyak gak la..punca2nya korang perah otak sendiri la pikir. kadang2 kala ada juga sengaja dilewatkan..mencari kesempurnaan hidup.Biasanya trend kahwin lewat ni bagi lelaki dalam kiraan umur 30 tahun. perempuan plak paling lewat umur 26 tahun. Den???huhu xleh nak jawab daa~~~teeet.
Sebenarnya umur 25 tahun umur yang dah matang untuk berkahwin. Ok...apa punca laki kahwin lewat...kebanyakannya bagi alasan (KEWANGAN). manakala pempuan plak bagi alasan (TAKDE CALON YANG SESUAI).

kadar perceraian sekarang pun makin meningkat, makin berlambak2 masalah & tuntutan perceraian di mahkamah. hampir 70% perceraian berlaku disebabkan ORANG KE-3 & 80% Selepas perceraian berkahwin dengan RAKAN SEKERJA. Sekarang ni lagilah isu laki orang main cinta dengan isteri orang cukup banyak. Jaga2 lah ye..kawal hati,kawal nafsu. Mesti pupuk kepercayaan  antara suami is3 supaya tak timbul isu ini dalam rumahtangga. Perceraian - kalau boleh dielakkan, elak la...carilah penyelesaian secara bersama. Moga2 kerukunan & keharmonian rumahtangga terpelihara bersama. Ameen:)

Keseluruhannya den leh kata semua baik/ok/jayyid & sebagainya la & ada jugak cabutan bertuah..tapi den dengan kawan x bertuah pun..huhu. hadiah utama beskal lagi 2:)

Ok...moga2 Allah limpahkan hati2 kita kesedaran & kebahagiaan selalu. salam sayang semua:)
tata...
wadaan:p














13 June, 2011

Hamza Namira ~ Dream with Me



Impian...
sebut je 'dream' den terpaku sebenarnya..mula2 mula berdetik dengan dream ni yang buat hati betul2 mengingati seseorang lagu i have a dream...mase English Camp.

Arini dream with me..InsyaAllah dream with me.. And also give me something special from this! Allahu Yusahhil....

sekolah sudah mula..

assalamualaikummm..
as-salam qobla kalam..
so,bagi salam dulu ye semua.
hatta nak sebut bismillah dulu pun bagi la salam dulu
sebab nabi SAW kata: as-salam qobla kalam


Kawan2 bua ape tu?den baru siap makan.masak sup ayam tadi. Alhamdulillah pegi sek tadi ok je..da masukkan markah dalam sistem, da muraja'ah kertas exam dengan studen sambil bagi tips2 cara jawab yang betul dan bagi tugasan pada studen unuk ari rabu & khamis. Best giler mengajar dan bagitau anak2 murid perkataan yang diorang x tahu...sonok!...

Kita jangan marah diorang x tau, tapi kita kena beri tunjuk ajar yang terbaik.dah memang diorang x tahu...paksa jugak jawab..diam sampai ke sudah la jawabnya...huhu. Langsung x berjawab plak nnti. las2 kita sendiri yang jawab..haha:).

Den suka budaya sekolah ni.pagi2 datang sekolah semua cikgu2 dalam bilik guru mesti bersalam-salaman:)...nice,akhlak yang terpuji telah diterapkan dalam kalangan guru2. Bab ramah x usah kata la.semua saling hormat-menghormati ibarat keluarga. Inilah rahmat walaupun dicampakkan x mintak pun tempat supaya dekat dgn lecturer pilihan..leh dapat markah lebih katanya..haha.pelik2. Anak murid pun leh bagi kerjasama terbaik,,yang kita cakap die buat, x membantah....hehe.dah tunjuk kuasa veto dalam kelas.

Apa yang penting..anak2 murid ni kita kne tarik perhatian die dulu.baru leh mulakan pelajaran. Contoh yang den buat kan...
1) Tanya khabar = ni memang biase sangat.
2) semalam berita apa yang best? = saje uji budak2 tau isu semasa @ x?
3) ustazah ade cter...korang nak dengar?? = umpan budak2..hehe. Korang bace je kisah2 nabi dan relatedkan dengan pelajaran korang. Takpun kalau ade budak degil ke.korang cter n bandingkan akhlak nabi dengan kita.jangan marah2 murid ni.marah2 budak lagi benci. Rarely, dengan contoh pun die dah boleh menilai. Guna didikan bermanfaat.okeh:p

takpun kan...korang buat2 lupa ayat Qur'an...suruh anak murid sambung ayat tersebut:) mudahkan??

09 June, 2011

Cuti..Cuti..Cuti..

salam alaik semua..
ketemu lagi kita dalam rancangannnnn...
hehe..buang tebiat*
dulu angan2 nak jadi pengacara tivi..
tapi hasrat tak jadi kenyataan lagi
InsyaAllah rasa nak try gak mohon.

Ha..korang bace entry lepas mesti pelik banyak ketinggalan huruf (t).nak jadikan alkisahnya huruf T den dah innalillah. Tercabut dari keyboard ni ha..ade tumor telah menyerang dengan rakus sehingga jadikan huruf T den telah terkepak & tertanggal dengan cutenyer...arrrgggh. Nak marah pun adik sendiri. *sabor* je la....So, kalau korang bacer2 ade huruf T yang tertinggal tu jangan buat pelik la ea:). kalau tulis karangan BM memang sah2 kne reject sebab banyak salah..aduhai~~~~nasib ko T.

Korang sihat tak?den bertambah2 sihat sekarang ni..huhu*sedap giler bina badan..bagai dipam2 rasanya. Alhamdulillah bahagia je balik rumah ni...bertambah rezeki:). Semua mak ayah bila anak2 balik bercuti @ balik dari U ke mesti excited bagi makan banyak2,masak sedap2..kan2:p. Die tau anak die x cukup makan agaknya..xpun stress banyak kerja. Itulah kasih sayang mak ayah yang kadang-kala kita terlepas pandang kawan2...kan??:) 
Ni tak,kadang-kala siap perli lagi. "Apa mak ni masak makanan macam ni nak bagi saya gemuk ke...". Ha itulah tandanya orang tak reti nak bersyukur!Kecik hati orang tua kita. tak baik kan. Anak soleh kena terima apa2 je rezeki dengan baik hatta ikan kering je pun. Jangan kita memperlekeh rezeki yang ada dan telah tersedia. Ingat tau kawan2:)

Oh ya,den x update cter start cuti,den nak share la ckit2:
28/5 : Alkisahnya den selamat tiba di rumah dlm keadaan selamat. Setelah mengharungi lebuhraya PLUS,KARAK & LPT. Den sampai je petang 2 terus p makan kenduri..best kot:)..hehe  makan:p
29/5:den kne jadi driver tak bergaji* = den mak dengan adik2 balik kampung ke tranung kiter. Sedara kawen:) so,rewang2 la ape yang patut.
30/5:time kenduri, duk dapur tolong ape yang patut. potong tembikai & lll:)..pengalaman baru.Then, terus balik Kuantan.
31/5:den kuar lagi dengan mak uruskan hal hantaran kawen & beli barang rumah. Taip senarai nama ke kedah coz naik bas, so bilangan xleh lebih la. Nasib den x kawen lagi.Leh la tolong2 ape yang patut.Kalau da kwen cian mak den kne buat sorang2..huhu.Idea cantik alasan tanak kwen konon..haha:p
1/6:kami dah siap packed barang2 semua. kami segerombolan bergerak la jam 9 malam dari kuantan. Dah malam memang x nmpak ape. So den tibai tidur je la.
2/6: Kami tiba dengan selama jam 9pagi. Terus ke homestay. Comey homestay die:)

so,kul 12 kami pun gerak la ke tempat kenduri & inilah gambarannya:



dan kami pun pulang dengan aman dan bahagia pada pukul 3 petang.Sampailah kami jam 12.45 malam.memang tidor x sedor2...Tq driver bus:)

& hari2 seterusnya den melepakkan diri kat rumah & menjadi driver terhormat:p dan masa cuti kian suntuk menampkakan bayangnya...

Bayang2 sekolah sudah bermain di minda..pepohon di kuburan jua mesti sudah melambai2 jua.hehe..Mana taknya,ari2 p sekolah den lalu 2 buah kuburan. moga kental jasad den berhadapan dengan karenah anak murid. Selamat menghabiskan cuti..Cuti itu NIKMAT:)..hihi ~m'dalam maksud~ 

TAKE CARE
MISS U ALL
WADAAN:)









03 June, 2011

~Practical Time~

Yeeeeha...
yabedabedu..........
hehe..den dalam fasa hampir kuar kepompong kot sekarang.
Practikal adalah saat kita diuji.
Alhamdulillah den dengan member umah jugak dilah telah dicampakkan ke daerah Sabak Bernam, kawasan Sungai Besar, kampung Sungai Haji Dorani.

Sekolah yang telah diamanahkan ialah "SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI HAJI DORANI" (SAMSHD) di FB glamour dengan nama SAMDORANI.~korang search la sendiri~. 3 minggu dah praktikal den xtau lagi al-kisah nama kampung ni sungai haji dorani. Mungkin nama orang yang famous suatu masa dahulu. waallahua'lam:). Nanti den try2 tanya ckgu sek den ek.Oklah.

Den sekarang menumpang kasih di rumah sewa orang...owner cina umah 2 tingkat rm450.oklah duk b'4 kan.Tarif air dengan api area selangor ni pun murah.If bawah rm10 x payah bayar.suka sangat la den.duk perak mampos kene bayar jugak. Nikmat PR memerintah kot. Pasni kl BN memerintah x pasti la den..huhu. Leh plak TNB naikkan tarif letrik baru ni.x tau la den nak kabo ape kan.huhu~~.

time sambutan hari guru*kek 5biji* :)
So,alhamdulillah den dah masuk kelas mengajar ckit2. tibai cakap arab semua ternganga.tanyak paham x,memasing jawab ramai2 xpaham..hehe.so,kne campur la mengajar Arab-Melayu. terbayang jugak den,time mengajar nnti,time ustaz observe campur cakap melayu...leh plak die tibai cakap marfuuuuuuuuuuuuud.haha..xleh nak kata ape la. Apa yang den leh kata sonok la duk sekolah ni.ckgu ramah. xde masalah langsung. leh la tengok semangat ckgu muda dgn ckgu vetern mengajar camne.den memang suka tengok orang.duk sek ni tau la peel dan perangai ckgu2 camne:) nnti bila dah posting. x la terkejut sangat dengan budaya sekolah, budaya guru2, budaya pentadbir & sebangainya. 

Khidmat den di sekolah ni masih belum berakhir. so 2 minggu yang telah berlalu jaga exam je.sekarang cuti 2minggu. So, pasni mengajar mcm biase dan teruskan aktiviti2 sekolah yang masih belum terlaksana. Macam:
1.Hari Anugerah Kecemerlangan
2.Larian 1Sukan 1Murid ~ckgu2,parents2 budak pun kne berlari.
3.Sukan sekolah
4.dlll.

Itulah antara yang den ingat. Pencapaian sekolah dala aktiviti kokurikulum jugak sungguh hebat. memang den tabik spring la dengan pelajar2 & ckgu2 yang bertungkus lumus jayakan aktiviti pelajar. Semua semangat!! Sampai ke peringat kebangsaan dah. Korang jangan ingat sekolah SABK ni sekolah ala2 kampung je. Kikis la fahaman korang 2. Pilih2 sekolah yang hebat2 utk praktikal. Cam sek SBP,sek Sains,sek MRSM ke.Yelah mengajar sek pandai senang dr sek kampung..haaaaaaaaaa jauhkan la fikiran korang lagu tu na!. Den pernah ada pengalaman di sekolah SBP walaupun 4 minggu.mereka pun adakala terkontang-kanting dengan arab. Bahasa arab hanya subjek pilihan. Memang jauh beza suasana dan bi'ah die. Mereka lebih dididik dengan belajar2 & belajar. Rohani kurang. Sistem usrah tiada. Masing2 membatukan diri dengan buku. Hubungan dengan kawan2 lost. Fikirkan hal masing2 sahaja.itulah beza pada pandangan den dlm masa 3 minggu berbanding SBP dulu. Berbeza bukan bermakna tidak baik. Tapi penilaian manusia berbeza2. tahu mana yang baik serta yang boleh dijadikan sempadan.

Den tak kisah la ditempatkan kat mana2 pun. Asalkan den dapat berbakti, beri kefahaman, kemudahan dan perkongsian ilmu bukan melibatkan bahasa arab sahajaa tapi kefahaman agama.yang kita tadah dulu kita kuarkan dan beri balik pada anak didik. Kita bukan sahaja muallim tapi kitalah jua murabbi, muaddib kepada anak murid. Segala tingkah laku kia diperhati, pakaian kita diteliti, budi bahasa kita dicontohi. Sama2 kia menjadi generasi muallim yang berilmu, berakal lebih cerdik dari pelajar masa kini, dan beradab sesama guru yang lain.

Apabila seseorang telah memulakan tugas mengajar, sebenarnya telah tertulis satu tugas berat didalam dirinya. bukan setakat mengajar tetapi mengaitkan dengan unsur2 agama, takutkan Allah, umsur2 kasih sayang, nasihat-menasihati dan sebagainya. Bersediakah kita andai 1 minggu sahaja praktikal, seolah2 tiada daya untuk meneruskannya....sama-sama fikirkan. Mana keikhlasan kita sebenar dalam menggalas tanggungjwab Rasulullah ini. Sama-sama muhasabah diri. Koreksi potensi diri sendiri....

Sedangkan dalam Kalam Allah yang agung banyak menceritakan kelebihan seorang guru, yang sempat den kaji korang rujuklah ayat dalam:
1. surah at-Taubah:122.
2. surah ali-Imran:187.
3. surah as-Sajadah:33.
4. surah al-Nahl:125.
~Moga sama-sama beroleh manfaat~.

Rasulullah juga ada bersabda: 
maksudnya:
 "Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya".


Ameen.