27 October, 2009

Pemerkasaan J-QAF ke peringkat Sek.Men.

Alhamdulillah bertemu lagi dalam masa yang nyawa2 ikan sekarang ni..sbuk2 study masih diberi ruang utk berkongsi pandangan. Sempat daku menonton sidang dari Parlimen sebentar tadi dalam berita wilayah jam 1 d TV1..dan apa-apa yang menarik minat ku ialah bual bicara pengacara comel molek bermake-up tebal dgn Timbalan Menteri Pelajaran II: YB Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi.

Beliau telah mengulas mengenai pembelajaran subjek Bahasa Arab & pendidikan Islam serta Fardhu Ain pada peringkat sekolah rendah.. Menurut beliau:'Kerajaan kini telah merangka untuk memperluas lagi sukatan pembelajaran dengan memperkenalkannya ke peringkat sekolah menengah. Kaji selidik telah menunjukkan kadar pencapaian J-QAF pada peringkat sekolah rendah mencapai keputusan yang agak baik iaitu sebanyak 82.1% yang melibatkan 1.2 juta pelajar seluruh Malaysia. Kejayaan J-QAF pada peringkat sekolah rendah ini membuka ruang dan peluang yang serius dari pihak kerajaan supaya diperkembang ke sekolah menengah pula. Pelajar bukan hanya belajar dan membaca ilmu yang bakal dijawab dalam exam tetapi ada ilmu dan perlunya dihayati dalam kehidupan harian. Sebagai contoh yang diberi oleh YB Dr.Haji Mohd Puad bin Zarkashi ialah pelajar bukan sahaja belajar Aqidah,Akhlak dan Sirah tetapi perlu adanya praktikal melalui usrah dll (mantap betul Timb Menteri II ni) hehe..

ni mungkin selepas YB pergi melawat madaris Islam se-Malaysia(MUSLEH).4 ur in4mation, kami bekas pelajar SRI-SMI yang kini telah ada 22 buah cawangan d Malaysia telah dididik dan diasuh mengenali usrah semenjak darjah 4 lagi menerusi program Syabab dan Fatayat @ kini dikenali sebagai Kadet Remaja Sekolah. Kami telah diterap dengan subjek agama dari darjah 1.. akhlak,aqidah,fiqh,b.arab dll. darjah 4 sudah dilatih kawad, survival, usrah,jahitan,memasak dan BASED(seni pertahankan diri). Semua yang diharungi dulu cukup manis dan masih segar dalam ingatan serta mampu lagi untuk diceritakan 1 persatu..punye manisnye didikan muallim-muallimah(pgln guru bagu SRI-SMI) walaupun gaji skit, tapi demi melihat kami ditarbiah dalam suasana yang fully islamic ditatang kami bagai minyak yang penuh. Sungguh tak terucap bila ingatkan pengorbanan mereka. Syukran Jazilan ilaikum..

sekolahku yang memberi penuh inspirasi masa depan


Pada peringkat men, lagi tambah survival dalam syabab&fatayat(badan Beruniform sek SRI-SMI) ada kursus kenaikan pangkat Komander Muda dan Komander. Alhamdulillah daku berjaya menamatkannye di tingkatan 3. f3 da dapat Komander..selepas berdayung kayak hampir 2jam, berkhemah tepi sungai, meredah hutan kelapa sawit berjam2 untuk cari jalan pulang dgn 1 kompas..ya Allah..memang menguji mental fizikal..anugerah kekuatan itulah yang menghidupkan semangat diri ni terus sabar dan tabah dalam hadapi mehnah hidup. So, pada yang ingin ketahui lebih lanjut leh la lawati SRI-SMI di negeri2 anda melainkan Sabah Swk yang masih belum ada di sana.

antaranya: SRI-SMI al-Amin(Selangor,KL,Terengganu)
SRI-SMI al-Hidayah (Perak, Johor)
SRI-SMI al-Irsyad (kuantan,Balok, Pahang)
SRI-SMI al-Saidiyyah (N9)
SRI-SMI al-Islah (Kedah)
SRI-SMI Hira (Selangor)
Aman (Kelantan) dll lagi.



Apa yang ingin dikongsikan ini merupakan 1 cadangan yang amat bagus,so ape lagi tullab AT49..kita semua bakal menjadi guru J-QAF peringkat menengah la nanti..bersediakah anda?Jawapan di hujung jari anda...Fikir2 kan.

Renung2kan.. Selamat beramal..daa

No comments: