17 September, 2010

Badai Kasih

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah baru balik makan dari rumah Pc Jabbar. Menyeluk makang gulai ayam kampung=)...syukur atas rezeki arini..walau pedas..tapi berpinggan2 tambah.keh3

Alhamdulillah juga, petang tadi pas asar dapat ziarah sahabat walaupun sorang. Malam tadi mesej tanya khabar dia...rupanya dia pulang beraya dengan famili angkat di Kuantan. So, pagi tadi da set nak jumpa die...rindu **** =D...teman yang kehidupannya penuh luka tapi yang paling tabik ketabahannya dan semangat yang lahir mengalir dalam dirinya serta senyuman yang sentiasa terukir indah.. Sungguh! hatinya kental hadapi segalanya, payah nak tengok dia menangis. Yang menagisnya den... aduuh.sungguh jiwaku tidak kuat hadapi seperti apa yang telah temanku lalui. Setelah jumpa rumah dicari, salam, peluk...kami pun borak panjang..masa begitu pantas berlalu. Segala kisahnya membuatkanku rela menitiskan airmata walaupun cuba tahan dari keluar...kelopak mataku tidak mampu lagi membendung empangan jernih yang bersedia memecahkan dindingnya....B'derai jua..

Temanku, Simpatiku berbakul2..tapi apakan daya, daku hanya mampu berkata2 untukmu, mendengar segala luahan hatimu, ku tidak mampu berhadapan dengan mereka..Andai aku dapat memperbetulkan keadaan dan melihatmu bahagia bersama mereka.. Ya Allah, itu yang ku mohon. Ku sangkakan kau bahagia setelah bersama keluarga kandungmu...tapi kau tidak mampu lagi mengecapi nikmat itu...Sungguh besar ujian serta dugaan buatmu..

Tersebut al-kisahnya teman den ni sebenarnya terpisah dari keluarga kandung sejak lahir, dibesarkan oleh keluarga angkat di Kuantan & pernah jua menginap di Rumah Kebajikan juga. Camne boleh kenal?
ok,den kenal die semasa same2 belajar diploma dulu. kami sebilik masa sem 1.waktu muda2 dulu...(skrg tak muda sangat da)...hehe. Sebilik 4 orang. Dari situlah den tahu kisahnya satu persatu...

& hingga kinilah den selalu mengambil berat tentang teman den ni...tup2 dia jumpa keluarga kandungnya...hasil usaha minta alamat dari JPN. Itu pun syarat b'bagai2 nak dapatkan alamat..tapi teman den tak pernah kecewa, putus asa..dia gagahkan jua cari sampai dapat. Tau2 famili kandung ni tinggal kat KL. Teman den pegi sane cari & alhamdulillah sekarang tinggal dengan keluarga kandung. Tapi panas yang sangka ke petang tidak berpanjangan...

Dugaan Allah bertamu lagi buat teman..satu persatu ujian menguji keimanan.

1. Penerimaan ibubapa/adik2 kandung. Dah jumpa mak ayah ni pun terpaksa menginap di hotel selama beberapa hari. Risau diketahui oleh adik2 yang lain. Kalau korang terfikir x?...{sila jawab} mesti excited nak kenalkan kakak yang dah lama terpisah dari keluarga pada adik2 yang lain...tapi tidak pada teman den. Susahnya nak bahagia.

2. Saudara-mara. teman den cakap kalau hujung minggu diorang balik kampung, x pernah nak ajak balik sekali. teman den pernah juga luahkan apa yang terbuku di hati mohon kepastian...tapi jawapan tetap masa "perlukan masa untuk beritahu"...sampai bila????da nak dekat setahun dah.
3. Jiran sekeliling.

Kehadirannya seolah sebagai orang asing, setiap pertanyaan orang yang datang dijawab "anak buah" oleh  ayah misalnya... Bila sedara nak datang, maka berkemas2lah di hantar ke rumah 1 lagi, kalau jiran datang, menyoroklah dalam bilik duk diam2..x boleh keluar. Korang boleh bayangkan x? Bacalah dengan hati yang lapang, den cerita bukan untuk mengaibkan...tapi sebagai pengajaran kepada makhluk Allah yang punyai akal dan perasaan. Mengerti nikmat kasih sayang yang Allah berikan cukup sempurna.....

Mengapa ibu ayah tidak dapat berterus terang?dalam tempoh hampir setahun masih berahsia..Mengapa??ya Allah...sampai bila mereka perlu diberikan masa, dan sampai bila teman den perlu pendamkan rasa yang m'buku di jiwa dengan sikap famili kandung...walau si adik2 kandung sentiasa mesej pinta teman den pulang ke KL, tapi mereka tidak mengerti perasaan teman den...=(. Ok bila raya pula, akan pulang ke kampung tidak pula si ayah mengajak sekali pulang kenal sedara mara. Mengapa harus begitu? kalau raya sebelum ni si ayah pulang bersama anak2 lain untuk raya kemudian pulang pula ke KL untuk ambil si ibu dan pulang semula ke kampung bersama anak lain...mengapa tidak dibawa sekali teman den??. Bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan teman den awal2 lagi mintak izin pulang raya ke Kuantan, dari si ayah ulang alik nak amik mak dan adik2 yang lain. Ibarat macam teman den ni menyusahkan mereka untuk pulang ke kampung.

Teman den juga manusia seperti kita kawan2..ingin rasa disayangi keluarga sendiri, kenal mengenali saudara mara..tapi nikmat itu tidak kesampaian buat masa sekarang.. Apa yang den harapkan .."moga terbukalah pintu hati si ibu ayah teman den untuk berlaku adil. insan itu zuriatmu jua, insan yang lahir dari benihmu. bukan insan lain. pedih hatiku memikirkan sikap manusia yang pelbagai. 

Banyak lagi...tapi cukuplah ini secebis cerita dari insan penuh payah untuk bahagia. Kuat hatimu sahabatku, seteguh karang di laut.eh macam familiar je ayat tadi...huhu. Along tahu **** kuat, kuat sangat untuk semua ini. **** banyakkan berdoa agar dilembutkan hati ibu ayah untuk beri peluang pada **** mengecapi bahagia.


No comments: