15 November, 2010

Erti Sebuah Material...Salam AidilAdha

Angin sepoi-sepoi irama hindustan berlaga di pipi....langit semakin mendung diratah awan gelap hitam pekat...terpana ku seketika pada pepatah: "Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Kala itu, hatiku yang sepi bernada memikir liang2 ruang kepompong dunia yang bakal menyambut AidilAdha...Sejarah terlakar ku pulang agak lewat ke kampung halaman meraikan hari mulia ini. Lantas apa perlu ku isi di sini luahan kasih hati pada maya pesona alam ruang yang tiada pengisian ini..Lalu ku atur biasa gerak jemari memulakan Erti Sebuah Material...buat mereka yang mengerti, tidak buta mata hati.

Tika ini terumbang ambing dalam "dimagh" ku pengorbanan suci seorang insan yang bergelar guru,cikgu-cekgi,ustaz/ah,teacher,maestra/o dan pelbagai jenis panggilan lagi buat insan suci ini... Apatah lagi ibubapa yang merupakan guru pertama dalam hidup. Pabila bicara soal pengorbanan; Siapakah yang sedar pengorbanan insan2 yang penuh jasa ini....(Noktah) 

Ku pasti lusa di ruang selesa jeriji kasih ayahanda bonda dikuak sementara melihat susuk sendi mereka di halaman desa...Pulang membawa material berharga, yang jua kadang-kala beras, barang dapur jua hiasan2 menarik buat mereka. Namun perasaan sayang adakah digaul juga dalam pemberian material mereka tersebut??. Kini, sekadar material menunjukkan erti sayang. Pabila si ibu ayah ambil....senyuman paling menawan pasti terpancar..


"Ingat jugak anak2 aku pada aku.Terima kasih".....

Pasti ayat itu yang biasa terbit dari bibir kasih seorang ibu & ayah. Biarlah sekadar kain pelikat dan juga kain batik pun. Realiti kini, material menjadi sandaran ungkapan sayang, peluk cium dakap ayah&ibu mungkin dianggap kuno. Lihatlah di mana-mana, tataplah di persinggahan mana, material menjadi satu kegilaan. Jika tidak diberikan mungkin tiada tanda sayang gamaknya... Mudah menilai sayang manusia. Di sisi Tuhan makhluk apakah kita dengan sifat sebegini??Material menjadi ukuran hawa nafsu. Makin mahal makin sayang...Aduuh..mudahnya cair dalam mainan dunia.

Dewasa ini, berapa ramaikah anak-anak sekarang yang bisa berkumpul pada malam sebelum raya bersama keluarga...bertakbir, berusrah & bermuhasabah bersama-sama, merungkai masalah keluarga @ isu2 semasa???saya pun kelu untuk menjawab...satu persoalan yang tidak bisa dirungkai melainkan melakukan bersama2 ahli keluarga.

Ayah ibu, ku tidak punya material berharga, yang ku ada hanya secebis doa, sehampar sayang yang tak bisa ku curah segala dalam sekelip mata...salam Aidiladha, salam pengorbanan kasih suci didikan kasih sayang buatku yang tiada hujungnya...Terima Kasih.

SALAM AIDILADHA
"tanyalah khabar jiran dan rakan2mu sebelum menanyakan tentang makanan" 

Moga dalam kesempatang (kesempatan) masa yang ada sama2 merenung diri ke arah lebih baik...tak salah kita menangis seorang diri kenangkan kurang@bertambah pahala kita. Iman seseorang sentiasa bertambah dan berkurang. jadi sama-sama upgrade lah iman kita. Bukan HP je kne up to date.. jangan samakan material dengan kasih sayang kita ye kawan2....peace no war!=)...

No comments: