25 February, 2011

Suka Duka Silih Berganti

"Apabila guruh berdentum lalu kilat memancar ke bumi, Ada pelangi indah yang tersembunyi menzahirkan jasad setelah hujan itu"....

Kawan2, den hepi sangat walaupun hati den sedih tau sebenarnya awal hari ini. Banyak dugaan den lalui.. Ya Allah moga ujian-Mu ini makin mendekatkan aku kepada-MU. Alhamdulillah amanah yang elah didesak oleh adinda2 t'chenta hal urusan kad jempuan kahwin dah selesai. Syukran Jazilan buat adik manis nurqaseh ramadhan yang tolong den. Den buntu semua mengadu pada den bila ayahanda mahukan semalam jugak..mau ak pening den. Den bicara suruh lewatkan sehari. Alhamdulillah....

Hasil kerja tangan si adik manis ni sungguh cantik. Memang den tak salah pilih designer la ni=)... Puas hati dengan hasil tangan & kreativiti die. Bila dah settle tu, leh pulak hp samsung kesayangan den rosak. Tiba-tiba mati pastu tak hidup2 da.. Innalillah. Time hampir pokai ni la die datang nak uji hati sanubari den ye;). 

Korang mesti ada alami pelbagai rencah asam garam kehidupan yang pelbagai rasa kan?. Ada manis ada pahit ada masam ada masin..Itu ibarat sudah tersurat sejak azali. Kita yang tidak mengetahui. Bila makin dewasa ni jiwa den makin cenderung kepada falsafah ckit. Entah berjangkit dari mana pun den tak tahu.huhu. Malam tadi pun macam best je bila dapat tahan mata sampai jam 2.30 pagi segar-bugar boleh mandi lagi walau roomate larang.hehe. Sorry suya....

Kita jangan cepat @ mudah menyalahkan orang lain atas kesusahan & kelemahan yang kita lalui. Anggaplah ia sebagai pembina semangat dan pembakar daya juang diri membaiki  memperbaiki diri ke arah kebaikan tanpa paksaan. Adakala kita perlu rasa susah agar kita hargai masa senang bila dalam kelapangan. Semua yang Allah jadikan ada hikmah tersendiri.

Den dapat hadiah arini....teng3
tQ awak ...hehe
Comei cute...ade arnab=). Oklah teman2. Jaga diri bebaik tau. tata

23 February, 2011

Lakaran Syahdu si Hati

fuuuuhhh....fuuuuuuh.....fuuuuuh
ya Allah... banyaknya sawang dalam ni..
ish2 blog sapa la ni.
dah buat tak pandai nak jaga..ish3...
hehe=p

salam kawan2. ape kabo?pe cter?
Masa terus berlalu dan perkara itu ini terus berlaku....
den beginilah Alhamdulillah dengan jasad yang ada terus juga mengorak langkah gagahkan jasad penuh pengabdian pada Illahi. Semoga amal yang terlaksana diterima Allah...Ameen.

Mood nak tulis2 ni dah kembali "segar". Dah alang2 den pun tengah rehat ni sebelum lagi bertambah busy den nak amik peluang la jugak coret2..sajak dah lama tinggal.otak dah jadi beku untuk karang sajak. cari sajak2 ayah dalam buku2 lama pun tak jumpa. Ayah memang kreatif...hehe. Sori yah, terkantoikan kat sini=)....

seakan termakbul doa awal tahun berikan den kebahagiaan yang berpanjangan.

Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah

Hingga saat den tulis ni tiada lagi yang buat den sedih atau terasa hati=).... Semua yang indah2. Tapi den manusia biasa layak diuji dengan apa jua dugaan. Dalam kejauhan ini juga den risaukan kesihatan ayah. Ayah selalu sakit tiba2..selalu demam. Batuk pun tak hilang lagi. Kesian ayah.

Den pula  seakan merasa telah menempuh alam yang di gelar menginjak dewasa. Seakan terasa ada perubahan yang kadang kala kita tak perasan sebenarnya dan adakala buat kita tertanya2..."Mengapa aku begini??",. Pernah kan?.

Sekarang den memang t'sangat2 gembira2... Walaupun den penat. Takpe, den tak kisah, tapi den puas dapat settlekan tanggungjawab selaku KAK LONG a.k.a. anak sulung la. Dalam kegembiraan ini memang den terbuai yang indah2 je..hehe. Demi adik2 den tercinta. Takpe la semua k.long sanggup buat. Tapi korang jangan buat2 lupa plak kat k.long bila dah tua nanti..hehe=) Awal betul pesan:).....  

Den bakal adik ipar??ye begitulah perancangan yang diatur sehingga kini. Moga perancangan ini dimakbulkan Allah. Bila?? insyaAllah bulan 4 ni.hehe=). Cepatnya. bistu den? langkah bendul la. Mintak apa?hah...kene mintak ape2 ke? den hairan????#$%!....

"Yelah adik yang kahwin dulu,orang kata langkah bendul kita boleh la mintak apa-apa",kata teman.

"La adik yang kahwin ape lak kite nak mintak lebih2, tak malu tul", jawab den.

"Eh, memang adat Melayu kan macam tu; balas kawan den tanda protes.

"Oooo, adat Melayu, den tak main la adat2 ni, den ikut cara Islam je. Memudahkan kedua belah pihak. Kahwin ini menyatukan antara dua bersaudara. Bukan menambah beban yang sedia ada. tak gitu";..den dah mengomel panjang.

Den sahut seruan mak ayah nak buat yang simple mungkin, takde meja makan pengantin, tak payah ada pelamin, tak payah nak mekap lebih2..hehe. SIMPLE IS SIMPLE. Suka pandangan mak ayah. Apa la den ni..dah lama tinggal blog terus bukak dengan cter kahwin..Hehe


Den dalam perasaan 'excited' ni. Padahal berlambak lagi citer lain nak share sebenarnya. Hal kawin jugak den leh citer dulu=)....sori. Nanti kad dah siap, den baru leh publish pada umum k untuk jemput korang semua. Selagi ayah tak cakap apa2 den tak berani la nak cakap lebih2..hehe.

04 February, 2011

Belajar Mengurus

Setelah sekian lama den sepikan diri dari alam maya blog ini,jeng3...
den muncul kembali dikala waktu senggang yang sudah ada terbentang ini
eh,gambar cincin ape lak atas ni??hehe.nak tau kene bace kisah selanjutnya.

Assalamualaikum..................
sape ade kat dalam?saya kat luar...:)
boleh masuk tak?=)


ha udah nak mengarut lebih2..dah lame x gurau2 kan.den pun RINDU..hehe. Mentang2 la dah masuk sem baru leh plak nak mnyepikan diri ek..pandai la!Oklah dalam masa yang berharga ini den nak share banyak benda.tapi pasal den la...bukan pasal orang lain la.den yang bikin ini punya  blog.So, sukati den la nak karang karangan berjela berapa panjang tanpa noktah!MUKTAMAD...hihi

eh,lupe lak...korang sihat x?
ha,korang tu ape? hek elle...buat2 tanya lak.
Ok...fine!..awak,awak,awak semua sihat x?
ha pueh hati??? :)


Bermula semester ini dengan ranjau nak onak duri yang menggila. Dengan jadual yang kelas start 8pagi berduyun-duyun seakan menghalang tido lenaku terus diulit hingga mentari tegak. Nasib... Tapi bagus gak. dah memang tugas belajar...so,jihad tu kene teruskan la,bukan buat Taik Mata lak!..Bulan Januari yang berlalu memang mnyerlahkan ke"busy"an den sebenarnya. Seakan nikmat udara yang dihirup ini sekadar separuh je dalam balang oksigen tu. Tindakan kena cepat. Hidup dalam kejar masa.Banyak sangat nak dilakukan. Adatlah insan berjuang, pikul amanah yang diberikan. Jika kita mampu ambil tanggungjawab berat, bermakna kita mampu. Penat lelah tu biasalah. Sapa tak pernah letih dalam hidup. Tapi jangan jadikan LEtih sebagai alasan untuk terus maLAS..o.k?ke da k.o bace perenggan p1 ni..hihiihi

Alhamdulillah juga, rezeki dengan UKLK ni bertambah2..Program yang dirancang pun diharap diperkenankan semua. Bila tengok program yang bersusun-susun tiap minggu terpikir den..
1. Bila masa study?
2.Bila masa buat assigment?
3.Bila masa nak balik kampung?
4.Bila masa nak enjoy?
5. Bila masa nak usrah?

ha dan makin banyak bila masa,bila masa akan keluar... haaaa

Inilah pentingnya Pengurusan Diri & Masa pada diri sendiri. Kita jangan biarkan diri kita dikuasai oleh orang lain. Orang disekeliling ini ibarat musuh(jangan termakan hasutan dengan gerak geri orang lain). Ha ape,contoh??. Ok, contohnya la kan..masuk bilik tengok kawan korang sedap kroooh tido. Eh, tak semena2 korang plak amik bantal sorong kelapa eh silap,kepala pada bantal tu. Padahal tadi beria-ria kata nak jemur baju la, cari buku la..ha itulah maksudnya. 

Senang cter camni la..korang kan makin besar(bukan badan membesar{tolong paham}), akhil baligh,tau beza mana baik mana buruk.. So, tolonglah.... jangan tak baik la kan korang nak wat perkara yang sia2, x berfaedah, x beri manfaat, tak berguna dan sewaktu dengannya. Pentingnya kesedaran kita perlu mencorak diri sendiri. Jangan bergantung harap pada orang lain. Minta tolong boleh. Tapi jangan sampai menyusahkan sahabat kita yang lain. Adakala kita tak sedar tau, tindak tanduk kita diperhatikan dan menjadi buah mulut orang berkata sana-sini.

Ok..Januari yang berlalu..eh jap feeling lagu januari disini. hehe:)

1. Program gotong-royong Masjid
dari sidang dapur.
den dapat tugas memasak..waah ape lagi excited la..time ni la makcik2 ni nak cari calon menantu kan..haha,pasan!.
2.Kempen keselamatan Jalan Raya. Ni program den yang handle. Penat lelah korban masa, airmata, tenaga, wang ringgit..nilah hasilnya yang termampu.
duk dengan orang hebat2..segan weh

3. Pertandingan Memancing. Lihat gambar di sini
4. Tahniah Sal & Shah.dua2 kawan KIPSAS dulu. Sudah sampai seruan nikah kalian berdua..hehe

5. Pergi Kedah. Hehe..yang ni best la..p meminang adik.bakal dapat adik ipar tak lama lagi.hehe sOnoK2... kalau dapat 2 sekaligus best gak..mane tau muaz pun nak kan??haha.jangan Maraaa!=)
ha,den bila??ala den tak kecoh2 hal kawen ni. Nanti sampai mase den bagitau la..ape susah2..hehe.kan2?Cincin kat atas tu kami punya keje la yang pilih dengan mak last minute p cari kat kedai=). Kami berkenan yang tu.comel..hehe. Moga manis nanti bila dah tersarung=)..hihihi
hayati kehidupan mr.padi =)
Itulah al-kisah Januari yang telah ditinggalkan. Entah pasni sempat lagi tak den nak berceloteh dalam blog ni. banyak xtvt yang disusun tiap2 minggu. Tugas hakiki den pun banyak...ilmu perlu dibajai,otak perlu sentiasa diperah untuk kekuatan daya tahan fikir. Moga akal yang telah dikurniakan ni dapat digunakan dengan sebaiknya.Ok SElamat Mengurus ye kawan2..

babai:)