23 February, 2011

Lakaran Syahdu si Hati

fuuuuhhh....fuuuuuuh.....fuuuuuh
ya Allah... banyaknya sawang dalam ni..
ish2 blog sapa la ni.
dah buat tak pandai nak jaga..ish3...
hehe=p

salam kawan2. ape kabo?pe cter?
Masa terus berlalu dan perkara itu ini terus berlaku....
den beginilah Alhamdulillah dengan jasad yang ada terus juga mengorak langkah gagahkan jasad penuh pengabdian pada Illahi. Semoga amal yang terlaksana diterima Allah...Ameen.

Mood nak tulis2 ni dah kembali "segar". Dah alang2 den pun tengah rehat ni sebelum lagi bertambah busy den nak amik peluang la jugak coret2..sajak dah lama tinggal.otak dah jadi beku untuk karang sajak. cari sajak2 ayah dalam buku2 lama pun tak jumpa. Ayah memang kreatif...hehe. Sori yah, terkantoikan kat sini=)....

seakan termakbul doa awal tahun berikan den kebahagiaan yang berpanjangan.

Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah

Hingga saat den tulis ni tiada lagi yang buat den sedih atau terasa hati=).... Semua yang indah2. Tapi den manusia biasa layak diuji dengan apa jua dugaan. Dalam kejauhan ini juga den risaukan kesihatan ayah. Ayah selalu sakit tiba2..selalu demam. Batuk pun tak hilang lagi. Kesian ayah.

Den pula  seakan merasa telah menempuh alam yang di gelar menginjak dewasa. Seakan terasa ada perubahan yang kadang kala kita tak perasan sebenarnya dan adakala buat kita tertanya2..."Mengapa aku begini??",. Pernah kan?.

Sekarang den memang t'sangat2 gembira2... Walaupun den penat. Takpe, den tak kisah, tapi den puas dapat settlekan tanggungjawab selaku KAK LONG a.k.a. anak sulung la. Dalam kegembiraan ini memang den terbuai yang indah2 je..hehe. Demi adik2 den tercinta. Takpe la semua k.long sanggup buat. Tapi korang jangan buat2 lupa plak kat k.long bila dah tua nanti..hehe=) Awal betul pesan:).....  

Den bakal adik ipar??ye begitulah perancangan yang diatur sehingga kini. Moga perancangan ini dimakbulkan Allah. Bila?? insyaAllah bulan 4 ni.hehe=). Cepatnya. bistu den? langkah bendul la. Mintak apa?hah...kene mintak ape2 ke? den hairan????#$%!....

"Yelah adik yang kahwin dulu,orang kata langkah bendul kita boleh la mintak apa-apa",kata teman.

"La adik yang kahwin ape lak kite nak mintak lebih2, tak malu tul", jawab den.

"Eh, memang adat Melayu kan macam tu; balas kawan den tanda protes.

"Oooo, adat Melayu, den tak main la adat2 ni, den ikut cara Islam je. Memudahkan kedua belah pihak. Kahwin ini menyatukan antara dua bersaudara. Bukan menambah beban yang sedia ada. tak gitu";..den dah mengomel panjang.

Den sahut seruan mak ayah nak buat yang simple mungkin, takde meja makan pengantin, tak payah ada pelamin, tak payah nak mekap lebih2..hehe. SIMPLE IS SIMPLE. Suka pandangan mak ayah. Apa la den ni..dah lama tinggal blog terus bukak dengan cter kahwin..Hehe


Den dalam perasaan 'excited' ni. Padahal berlambak lagi citer lain nak share sebenarnya. Hal kawin jugak den leh citer dulu=)....sori. Nanti kad dah siap, den baru leh publish pada umum k untuk jemput korang semua. Selagi ayah tak cakap apa2 den tak berani la nak cakap lebih2..hehe.
Oklah...tamat hal kawen2 bukak kisah den kat U ni..rasa dah tua jasad ni nak menadah kitab. Tapi yelah mengeluh banyak2 pun macam tak guna. Segala yang saya tulis ni jua Allah catatkan kira ikhlas ke tak. Jangan jejaskan pegangan Aqidah kita sudah!.


Alhamdulillah

Sem ni makin membusykan den dengan aktivii UKLK. berbaki lagi 3bulan den pegang jawatan dengan UKLK ni den berkhidmat setakat yang mampu la=).. Tak boleh lebih had dengan kudrat sendiri. Bermula awal januari lagi dah ade program dan semuanya diharap dapat mencapai objektif yang telah dirancangkan.

Bermula dengan:

-Lawatan Karangkraf.
-Gotong-Royong Masjid.
-Kempen Keselamatan Jalan Raya.
-Memancing 1Malaysia 1UPSI.
-Master of Checker (Dam Haji Manusia).

dan yang akan datang:

- Program Penyuburan Patriotisme TLDM~ Tak sabar nak naik lapal besar tu~..hehe
- Kejohanan Olahraga (KEJORA)
- Explorasi Alam Mergastua (EXAMs), Zoo Melaka.~Volunteer of Kandang Haiwan..Servis2...hehe. Pengalaman baru.
- Motivasi Sek Pengkalan Hulu, Grik.


yang x confirm lagi:

-Langkawi.
-Tanam Bakau.
-Motivasi Johor.

yang memang sah x jadi:

- Sarawak~ Praktikal la plak.
-Singapura ~ Masalah birokrasi.

Belajar lak??

Huh! Sekarang ibarat macam dikerumuni semut la kinayahnya nak cakap. Berlambak tak usah citer. tapi Alhamdulillah den tak pernah la hantar lewat dari tarikh yang ust nak. perlahan2 buat. jadi pemimpin kene pandai agihkan masa.kan???:). Apabila kita berjaya pimpin diri sendiri, benda lain pun jadi mudah kita nak handle. Bukan bila masalah datang, nak tarik muka 180 darjah. Senyap berjuta bahasa.ISHHH... lemas gak tengok orang camni.

1 lagi bagi den, Kita perlu ada budi bahasa bila nak mintak tolong dengan orang. Bukan lepas tangan mengarah je..den belajar sesuatu dari sini. Kadang2 den susah gak nak harapkan orang. Bila harapkan orang, orang tu x buat...ape korang rasa? SILA JAWAB DALAM HATI.

Oklah...den rasa sampai sini je nak mengomel..Belajarlah renung kehidupan sendiri, menghayati. Jangan nak compare kelemahan diri dengan orang lain dan Jangaan fikir kita je betul..ego tak bertempat. Apabila kita mudahkan kerja orang, Allah akan hantar pertolongan yang tanpa kita sedar. Ni tak bila suh tolong, lari menyorok kat belakang..teeeeeeeet! Sila jangan terasa;). Time hang, kan dah penat sebab kena buat sorang2..
So, Fikir2kan sama2. Bukan bila diri sendiri susah, sibuk cari pertolongan sana sini & bila hang free, hang meng'GHAIB'kan diri tak nak tolong. Allah Maha Adil kawan2....


p/s: Tahniah & Takziah pada calon2 MPP yang memenangi Pilihan Raya Kampus sesi 2011/2012.








No comments: