18 June, 2011

Menuntut Ilmu Keibubapaan/Rumahtangga:)

Salam alaik....
pekabo kengkawan seme?sehat ke idok?hehe...
Den arini excited sgt2...
yelah arini menuntut ilmu yang paling best dalam hidup..(maybe)..teeeet.

Sape x bertuah kan pelajari ilmu baru.Walaupun dulu pernah amik kursus Pra-perkahwinan. Namun kali ni den topup lagi pengetahuan yang sedia ada dengan ilmu baru. Den sebenarnya excited dengan penceramahnya..die memang den nak jmpe lama dah. Alhamdulillah rezeki bertemu di Sabak Bernam.. Sape tak kenal Prof Madya Dr. Harlina Halizah bt Siraj. Orang hebat dalam dunia perubaan sakit Puan & Pakar motivasi rumahtangga. Kalau boleh nak rakam tau. Sangat bertuah, bermakna, dan berilmu semuanya....

Den pagi2 ari dah kuar, singgah makan dulu mane tau kan x ckup ke bekalan yang disediakan. Yelah den ni badan kecik tapi tong 'besar'.huhu.Setelah separa kenyang den chow la cari kelab rekreasi SB. Alhamdulillah jumpa.Allah mudahkan jalan mencari ilmu:)

Ini merupakan program khas Pembangunan Keluarga & Sosial iaitu "Keamanahan Dalam Berumahtangga". Apabila sudah diijabkabulkan maka terpikul amanah yang begitu besar sebenarnya. Bukan sekadar suka2..setuju?:)


Ok, apa yang den dapat memang memberi pengetahuan yang baik buat den dengan cara penyampaian Dr.Harlina yang bersahaja buat penonton x kering gusi..kami bukan saje2 gelak tapi bermanfaat. Alhamdulillah:)
low profile je orangnya...tapi hebat:)


Dengan dibuai angin air-cond yang menusuk sukma seakan tidak terasa sebenarnya.Okeh dear fren...
den akan kongsikan apa yang den dapat selama 5 jam pengisian program ni.

Nabda':

Ok, Dr. Harlina membawa slot bertajuk: KELUARGA & CABARAN SEMASA 

Ok...setiap orang ada misi & visi tersendiri, jabatan mahupun sekolah pun ada misi & visinya jugak..begitu jugak dengan keluarga sebenarnya. Setiap keluarga yang sakinah yang cemerlang juga mesti ada visi & misi. Apa yang nak dicapai..Ke mana arah tuju keluarga yang telah dibina.Bagaimana didikan pada anak2..semua itu kena fikir. Jadi untuk target semua itu kita mesti jadikan keluarga kita KELUARGA LIMA BINTANG.
Bukan takat hotel je ade 3,4,5 bintang..tapi dalam keluarga pun mesti diterapkan. Itu yang terbaik. Apa die keluarga 5 BINTANG??

1- Pemimpin Masyarakat = kita mesti mendidik anak2 hatta diri mak ayah sendiri menjadi pemimpin kepada masyarakat sekitar, menjadi tempat rujukan dan menjadi leader dalam satu2 perkara.
2- Pembuat keputusan = Mak ayah hatta anak2 sekalipun mesti bijak dalam membuat keputusan apa2 keadaan. bukan dipengaruhi oleh emosi dan sebagainya.
3- Pengurus = Pengurus apa?ok. ini lebih kepada masa, duit, emosi, dan kesihatan. Mesti pandai urus diri sendiri & yang telah disenaraikan tadi.
4- Penghubung = Ok, kita mesti ada hubungan ynag baik antara is3 anak2, jiran tetangga, masyarakat, rakan sekerja & sebagainya.
5-  Contoh teladan = ada 2 prinsip je...kita ni contoh terbaik @ terburuk dalam masyarakat. Itu je yang simple. Tapi Dr. Harlina ulas lagi panjang lebar pada kami:)
sweet memories dgn Prof madya Dr. Harlina Halizah Siraj:)


Ok ape itu keluarga?
ia terhasil setelah adanya ikatan perkahwinan antara L & P dan lahirnya zuriat2 hasil baka asli tulen dari is3 yang sah perkahwinannya.~den tambah2~. Sebab apa den kata hasil baka asli tulen. Korang pun tau sekarang ni. dunia remaja kita parah dengan kes pembuangan bayi dan keadaan menjadi lebih kalut ada yang buang, bakar,campak dari bangunan tinggi & sebagainya. Semuanya hasil daripada bukan baka asli tulen la 2.sebab 2 main buang2 je menutup aib malu yang telah dibuat. nauzubillah min zalik...

Ok, sebelum kahwin pun sebenarnya..kita perlu tahu & ada 5 keperluan serta keupayaan dalam membentuk keluarga.Apa yang 5 tu?ok....
1) Fizikal sihat
2)Kemampuan ekonomi
- Kewangan kukuh, boleh sara keluarga dengan baik, rezeki yang halal.
3)Kemampuan emosi
-Den lebih tekankan pada emosi la sebenarnya. Sebab masalah wanita di malaysia kebanyakan mengalami banyak KEMURUNGAN. Orang pempuan ni suka menjeruk perasaan. Nak orang laki memahami je setiap masa tapi tak belajar cara nak faham keadaan laki @ adakala laki jenis buat derk jeee dengan bini.itulah den leh kata. Bila dah kawen apa yang penting kne sama2 jaga emosi memasing. ok
4)Kelapangan masa
yang ni kita harus sediakan & wajib ada masa dengan suami/is3 @ anak2 suapaya boleh bina hubungan baik antara ahli keluarga. Bukan asyik sibuk bekerja je.
5) Sokongan sosial
           ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang penting lagi ialah mak bapak jangan sesekali gaduh depan anak2. Anak2 akan rasa tak selamat. Sebab sikap mak ayah yang sentiasa tertegang leher. Bila salah mintak maaf depan anak2, jelaskan depan mereka buat mereka rasa selamat ada ibubapa yang prihatin & bertanggungjawab. Anak2 akan tengok perangai mak ayah ni...die akan nilai.

Ok, lagi ialah hak2 anak-anak dalam Islam antaranya ialah hak untuk hidup (bukan dibuang, dibunuh dll. hak dapat ketulenan baka. Jangan sampai anak konpius die anak sape & dari keturunan mana, sebab(%$^&*(#@$$~ha korang sendiri tau kan??~..haaa...ni kes berat ni kawan2. Wanita yang solehah yang jaga kehormatan diri supaya terpelihara nasab keturunannya. Lagi hak untuk diberi nama yang baik. Yang sukati amik nama singkatan mak ayah pulak...ha ni ramai.nama berbelit2 2,3,4 nama tapi panggilnya gegurl je...boboi je..boy, adik la dll. Kena bangga la dengan nama 2.nama pun kne tau maksud.Bukan ikut sedap mulut menyebu je. 

Selain tu, hak disediakan keperluan asas, termasuk penyusuan ibu..Kalau boleh jarakkan la masa beranak dalam 2,3 tahun ke. Bagi peluang pada anak mengecapi kasih sayang dengan  sebaiknya. Hak dapatkan pendidikan agama...ni den nak ulas ckit,sebut dapatkan pendidikan agama bukan bermakna hantar sekolah agama je tapi mak ayah dulu yang jadi role-model pada anak2..mak ayah dulu yang mengaji/ baca qur'an depan anak2 kat rumah misalnya..ajar anak2 mengaji, bagitau tentang syurga neraka dosa pahala. Keutamaan pada ibubapa..guru2 di sekolah penyambung generasi memberi ilmu je...bukan bermakna hantar anak ke sekolah agama, mak ayah x perlu didik apa2. Pengetahuan akan buat semua akan jadi selamat. Kena beri ilmu sebanyak mungkin la.

Ok korang larat lagi ke nak bace ni:) 
den dah pedih mata ni..huhu.
Ok den kembali ke topik baru:

ISU & CABARAN SOSIAL INSTITUSI KEKELUARGAAN

Sekarang masalah yang makin menular ialah isu Lewat Kahwin dalam kalangan wanita2 bekerjaya. Ini isu sensitif la.prob nyer banyak gak la..punca2nya korang perah otak sendiri la pikir. kadang2 kala ada juga sengaja dilewatkan..mencari kesempurnaan hidup.Biasanya trend kahwin lewat ni bagi lelaki dalam kiraan umur 30 tahun. perempuan plak paling lewat umur 26 tahun. Den???huhu xleh nak jawab daa~~~teeet.
Sebenarnya umur 25 tahun umur yang dah matang untuk berkahwin. Ok...apa punca laki kahwin lewat...kebanyakannya bagi alasan (KEWANGAN). manakala pempuan plak bagi alasan (TAKDE CALON YANG SESUAI).

kadar perceraian sekarang pun makin meningkat, makin berlambak2 masalah & tuntutan perceraian di mahkamah. hampir 70% perceraian berlaku disebabkan ORANG KE-3 & 80% Selepas perceraian berkahwin dengan RAKAN SEKERJA. Sekarang ni lagilah isu laki orang main cinta dengan isteri orang cukup banyak. Jaga2 lah ye..kawal hati,kawal nafsu. Mesti pupuk kepercayaan  antara suami is3 supaya tak timbul isu ini dalam rumahtangga. Perceraian - kalau boleh dielakkan, elak la...carilah penyelesaian secara bersama. Moga2 kerukunan & keharmonian rumahtangga terpelihara bersama. Ameen:)

Keseluruhannya den leh kata semua baik/ok/jayyid & sebagainya la & ada jugak cabutan bertuah..tapi den dengan kawan x bertuah pun..huhu. hadiah utama beskal lagi 2:)

Ok...moga2 Allah limpahkan hati2 kita kesedaran & kebahagiaan selalu. salam sayang semua:)
tata...
wadaan:p














No comments: