03 June, 2011

~Practical Time~

Yeeeeha...
yabedabedu..........
hehe..den dalam fasa hampir kuar kepompong kot sekarang.
Practikal adalah saat kita diuji.
Alhamdulillah den dengan member umah jugak dilah telah dicampakkan ke daerah Sabak Bernam, kawasan Sungai Besar, kampung Sungai Haji Dorani.

Sekolah yang telah diamanahkan ialah "SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI HAJI DORANI" (SAMSHD) di FB glamour dengan nama SAMDORANI.~korang search la sendiri~. 3 minggu dah praktikal den xtau lagi al-kisah nama kampung ni sungai haji dorani. Mungkin nama orang yang famous suatu masa dahulu. waallahua'lam:). Nanti den try2 tanya ckgu sek den ek.Oklah.

Den sekarang menumpang kasih di rumah sewa orang...owner cina umah 2 tingkat rm450.oklah duk b'4 kan.Tarif air dengan api area selangor ni pun murah.If bawah rm10 x payah bayar.suka sangat la den.duk perak mampos kene bayar jugak. Nikmat PR memerintah kot. Pasni kl BN memerintah x pasti la den..huhu. Leh plak TNB naikkan tarif letrik baru ni.x tau la den nak kabo ape kan.huhu~~.

time sambutan hari guru*kek 5biji* :)
So,alhamdulillah den dah masuk kelas mengajar ckit2. tibai cakap arab semua ternganga.tanyak paham x,memasing jawab ramai2 xpaham..hehe.so,kne campur la mengajar Arab-Melayu. terbayang jugak den,time mengajar nnti,time ustaz observe campur cakap melayu...leh plak die tibai cakap marfuuuuuuuuuuuuud.haha..xleh nak kata ape la. Apa yang den leh kata sonok la duk sekolah ni.ckgu ramah. xde masalah langsung. leh la tengok semangat ckgu muda dgn ckgu vetern mengajar camne.den memang suka tengok orang.duk sek ni tau la peel dan perangai ckgu2 camne:) nnti bila dah posting. x la terkejut sangat dengan budaya sekolah, budaya guru2, budaya pentadbir & sebangainya. 

Khidmat den di sekolah ni masih belum berakhir. so 2 minggu yang telah berlalu jaga exam je.sekarang cuti 2minggu. So, pasni mengajar mcm biase dan teruskan aktiviti2 sekolah yang masih belum terlaksana. Macam:
1.Hari Anugerah Kecemerlangan
2.Larian 1Sukan 1Murid ~ckgu2,parents2 budak pun kne berlari.
3.Sukan sekolah
4.dlll.

Itulah antara yang den ingat. Pencapaian sekolah dala aktiviti kokurikulum jugak sungguh hebat. memang den tabik spring la dengan pelajar2 & ckgu2 yang bertungkus lumus jayakan aktiviti pelajar. Semua semangat!! Sampai ke peringat kebangsaan dah. Korang jangan ingat sekolah SABK ni sekolah ala2 kampung je. Kikis la fahaman korang 2. Pilih2 sekolah yang hebat2 utk praktikal. Cam sek SBP,sek Sains,sek MRSM ke.Yelah mengajar sek pandai senang dr sek kampung..haaaaaaaaaa jauhkan la fikiran korang lagu tu na!. Den pernah ada pengalaman di sekolah SBP walaupun 4 minggu.mereka pun adakala terkontang-kanting dengan arab. Bahasa arab hanya subjek pilihan. Memang jauh beza suasana dan bi'ah die. Mereka lebih dididik dengan belajar2 & belajar. Rohani kurang. Sistem usrah tiada. Masing2 membatukan diri dengan buku. Hubungan dengan kawan2 lost. Fikirkan hal masing2 sahaja.itulah beza pada pandangan den dlm masa 3 minggu berbanding SBP dulu. Berbeza bukan bermakna tidak baik. Tapi penilaian manusia berbeza2. tahu mana yang baik serta yang boleh dijadikan sempadan.

Den tak kisah la ditempatkan kat mana2 pun. Asalkan den dapat berbakti, beri kefahaman, kemudahan dan perkongsian ilmu bukan melibatkan bahasa arab sahajaa tapi kefahaman agama.yang kita tadah dulu kita kuarkan dan beri balik pada anak didik. Kita bukan sahaja muallim tapi kitalah jua murabbi, muaddib kepada anak murid. Segala tingkah laku kia diperhati, pakaian kita diteliti, budi bahasa kita dicontohi. Sama2 kia menjadi generasi muallim yang berilmu, berakal lebih cerdik dari pelajar masa kini, dan beradab sesama guru yang lain.

Apabila seseorang telah memulakan tugas mengajar, sebenarnya telah tertulis satu tugas berat didalam dirinya. bukan setakat mengajar tetapi mengaitkan dengan unsur2 agama, takutkan Allah, umsur2 kasih sayang, nasihat-menasihati dan sebagainya. Bersediakah kita andai 1 minggu sahaja praktikal, seolah2 tiada daya untuk meneruskannya....sama-sama fikirkan. Mana keikhlasan kita sebenar dalam menggalas tanggungjwab Rasulullah ini. Sama-sama muhasabah diri. Koreksi potensi diri sendiri....

Sedangkan dalam Kalam Allah yang agung banyak menceritakan kelebihan seorang guru, yang sempat den kaji korang rujuklah ayat dalam:
1. surah at-Taubah:122.
2. surah ali-Imran:187.
3. surah as-Sajadah:33.
4. surah al-Nahl:125.
~Moga sama-sama beroleh manfaat~.

Rasulullah juga ada bersabda: 
maksudnya:
 "Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya".


Ameen.


No comments: