22 January, 2012

Payah tak jadi anak sulung?

Bismillah wal Hamdulillah :)


Alhamdulillah  (3x)

Assalamualaikum semua~~ khabare? waras ngak?? kalo ngak waras, wad dahlia HTAA ada kekosongan untuk diisi..hehe. (Korang nak tahu wad dahlia tu ape, pergi la survey kat HTAA :D )

Pagi ni cek  email, den didatangi email yang memberikan soalan yang agak skema bagi den untuk dijawab.. iyyyah. Den cuba jawab dengan skema jugak..tapi jika tidak menepati kehendak skema jawapan jangan marah ea..hehe.

Soalannya: 

Salam akak, ramainya adik beradik akak (15orang). Saya ada 5 orang adik beradik dan merupakan anak sulung. Bagaimana akak menjadi kakak kepada 14orang adik. Boleh kongsikan dengan saya peranan akak dan cara atasi apabila mereka bergaduh?. Adik-adik saya lelaki. Mereka selalu bergaduh. Geram saya!..Tolong bagi nasihat pada saya untuk kawal dan didik mereka. Terima kasih akak. (nurul)

bermula tarian jemaripena den....

Adik Nurul, (alamak skemanya, gaya motivator la plak...aduh!)...fokus2...
1st akak nak mohon maaf atas ketidakskemaan akak ni..akak x reti nak jawab secara skema. Serius!...Dalam blog ni bila akak taip je terus hilang skema tu..tapi akak harap jawapan akak betul la dan menepati citarasa jawapan Nurul..Maaf tau..hehe :) lain la kalau sewaktu ditemuduga @ melibatkan function yang skema, akak akan menjadi skema habis. Oppps! :)

Mulakan dengan bab: Sejarah Kehidupan

Alhamdulillah akak pun x sangka menjadi anak sulung. Bertuah kita, kita merupakan anak yang pertama mak lahirkan..Beruntungkan.. Kita mendapat kasih sayang paling awal daripada ibubapa berbanding adik2 kita. Bestkan?? (sila jawab best :) ) Tanamkan rasa syukur dalam diri. sewaktu kecil, akak lalui liku-liku hidup yang sama macam orang lain. Sewaktu akak lahir, mak ayah masih dalam pengajian di UKM. Teringat moyang akak ada pergi ke rumah sewa mak ayah datang jenguk akak masa lahir. Ini pun sebab ada gambar. Akak jadi tahulah. Moyang akak yang melayan mesra akak dulu telah kembali ke rahmatullah pada tarikh hari lahir akak yang ke 22 tak silap.... pastu dalam usia 2,3 tahun akak menetap di Pekan. Masa ni ayah bekerja di Pekan dan mak sambung pengajian amik Diploma Pendidikan di UTM. Akak tinggal dengan ayah je. Kemana pergi ayah akan bawa naik motor dan akak duk dalam raga motor & pegang handle motor..hehe cute kan :) (sila bayangkan). Kalau ayah ada kerja akak ditumpangkan di rumah kawan2 ayah sekitar Pekan. paling ingat rumah pc Amir main dengan kak Israq, Maryam dll. Sekarang dah xde rumah tu, yang ada cuma Stesen Petronas. Paling ingat jugak accident dengan ayah langgar belakang kereta tak silap. Alhamdulillah tak teruk sangat. Akak jugak banyak habiskan masa dengan makcik2, sedara2, kawan2 mak ayah yang jaga masa kecik. Teringat masa makcik nak pergi mana ntah naik kereta. Akak boleh kejar kereta tu kat jalan raya..haha.zaman kecik2 dulu..emosi lebihhhh :) ....cakap mcm skrg xdek emosi lak saya ni..haha.sabo je la. Banyak la kenangan dulu2. Semua terangkum dalam album je. 

Pastu yang akak ingat, bila dah besar ckit dalam usia 5 tahun akak sedar ada adik 4 orang, deret umur 4,3,2,1 tahun. Memang hyperactive ya Allah tak usah katalah, yang akak ingat jugak masa tu ayah ada belikan basikal, ada sebuah basikal tua. Petang-petang masa  cuaca baik, kami naik basikal pusing2 Padang Polo. Akak tinggal berhampiran dengan Istana Diraja Pahang. Ok nak cter la kan..ntah macam mana tengah2 gumbira mengayuh basikal, kaki adik akak ade termasuk dalam lidi roda basikal... (jangan bayangkan). Adik akak naik basikal dengan pakcik bukan dengan akak pun. Bila darah dah berkubang..kami baliklah rumah, kecohlah satu rumah dengan jeritan adik manja akak tu.hehe.saje malas mention nama adik mane satu..huhu. Pastu apa lagi, yang kena pukul sapa?adik akak tu?tentulah tak..Akak la yang kena. Sebab apa akak ingat peristiwa ini, sebab akak rasa inilah pertama kali akak mengerti apa itu  BERTANGGUNGJAWAB. Ya, kita ada tanggungjawab. Sebenarnya dari kecil patut disematkan perkara ini dalam jiwa anak sulung. Bila ada rasa dan sifat ini, kita akan sentiasa menjaga, menasihati, menegur dan apa2 yang berkaitan dengannya untuk kemaslahatan adik2 kita. kalau masa ni ditanyakan pada akak payah tak jadi anak sulung. Akak akan cakap ye...memang PAYAH!. Semua kesalahan adik2 kita tanggung. Kena rotan sape?anak sulung. Sebab apa? sebab tak jaga dan tak amanah dengan tanggungjawab yang diberikan. Kena marah sape? anak sulung. sebab apa? sebab tak ajar adik2 dll..

Hubungan kekeluargaan memang superb, time weekend ayah akan bawak pergi pantai, air terjun, sungai kami rehlah bersama2..Sebelum tido ayah dah cakap: Esok pukul 7 siap! siapa lambat tinggal!..kami semua bangun awal, solat dan memang dah siap untuk keluar. Excited!. Boleh katakan semua pantai area Pekan & Kuantan semua dah pergi jelajah. Before that, breakfast dulu kat mana2 kedai, time ni di ajar supaya share makanan antara adik2 walaupun ayah tanya sorang2 nak makan ape. Ayah dan mak ajak kuar time weekend nak ajar & asuh anak2 die hargai alam, dekatkan diri dengan Pencipta... 

Tapi itu dulu, kini.... setelah menginjak denai usia dewasa, berjalan dalam lumpur-lumpur dan batu kerikil penuh kepayahan, akak belajar sedikit demi sedikit. Diajar diasuh di samping bertambahnya bilangan adik2. Bila akak makin besar akak belajar erti BERDIKARI. Berdikari bagi istilah diri akak ialah kita buat tanpa mak ayah suruh....(tak terbayang berdiri atas kaki sendiri) Ye, itu berdikari. Tapi nama manusia adakala terasa jugak..asyik kita je..asyik2 k.long..asyik2 k.long... adik tu tak suruh pulak..Mesti ada rasa macam tu kan? (sila angguk laju2)..hehe :)
Memang akak rasa kehidupan akak penuh dengan berdikari. Dari kecik sampai la ni lah senang cito...Masa belajar kat Kelantan ayah pergi hantar je, lepas tu famili kawan ayah yang memang baik sangat2 iaitu PC Mazlan (skrg dah arwah) yang uruskan sesi pengajian akak kat sana. Masa cuti balik sendiri naik bas. Takde macam zaman sekarang, tiap kali balik asrama mak ayah hantar kalau boleh nak suruh mak ayah masuk dalam asrama sekali. Ini realiti. Adik2 akak best..adakala mak ayah hantar diorang banyak kali berbanding akak. belajar jauh katakan..hehe :). Time akak register U pun akak pergi dengan kawan ayah iaitu PC Tobroni. Masa ni ayah akak kat hospital. Mak pregnant. Akak dah beli tiket bas direct ke Tanjong Malim masa tu. Kebetulan kawan ayah dari Sabak Bernam ada ziarah ayah di HTAA. Dia pun pelawa akak pulang dengan dia dan tolong akak mendaftar di UPSI. Jadilah dia dan isterinya MC Mas "mak ayah" akak masa tu; hakikatnya hati akak menangis, jiwa akak sungguh terusik. Saat manis akak memasuki IPTA bukan dengan ibubapa sendiri walaupun mereka ada. Kita merancang, perancangan Allah lagi hebat. Lebih tersentuh dengan kawan-kawan dari jauh yang datang dengan mak ayah naik bas, sewa teksi untuk hantar anak ke menara gading. Akak kira beruntunglah jugak..Alhamdulillah. Boleh katakan, kehidupan akak daripada kecil sehingga dewasa lebih banyak dengan orang disekeliling mak ayah. Beruntunglah mereka yang mendapat  perhatian penuh daripada mak ayah. Tak bersyukur lagi tak tahulah.


Peranan??

Setiap manusia ada peranan tersendiri. Kita hidup atas muka bumi ni pun ade peranannya jugak (khalifah)..semua memainkan peranan. kitaran kehidupan. benda yang sama je bila difikirkan tapi tindakan kita yang berbeza2. Bagi akak, bagaimana mak ayah didik anak sulung tu, macam tulah yang die akan lakukan pada adik2nya. Didikan daripada ibubapa amat2 memainkan peranan terhadap anak sulung. Ni pendapat akak la. So, peranan akak terhadap adik2 yang boleh tahan nakalnya ni...

1) Marah apabila degil.  (Jujurnya budak ni..hehe)
Kita berhak amik alih tugas mak ayah pabila perlu. Ye, kita tak boleh biarkan mereka terus dengan kedegilan & kemanjaan melampau, kena ajar yang patut pada tempatnya. Bukan marah sampai dera2. marah yang membina. Tapi akak mengaku je adakala rotan, hanger, tangan, kaki ni selalu je singgah kat badan2 adik akak..motif: GERAM kuasa 500megabait!. haha. Ya, akak seorang yang GARANG! tanyalah adik2 akak tu..huhu. Sekarang je tak garang sangat, diorang dah makin besar, lebih pandai dari akak. Jadi sekarang adakala akak pakai teguran secara sindiran sinis. Bagi "makan dalam" sikit :) pukul2 dah tak jadi zaman millenium ni. Nanti kena dakwa bawah akta penderaan kanak-kanak2..huhu.

2) Bagi nasihat.
Kena berlagak jadi orang pandai la walaupun rasa tak mampu..hehe. Kita bagi nasihat supaya adik2 kita tak buat perkara salah yang sama buat kali ke-2 & seterusnya walaupun hakikatnya mereka memang suka buat orang geram. Jangan biarkan! lama2 naik "lemak" dah tak pakai segala kata2 kita. Kalau x mampu, mintak nasihat daripada orang yang lebih arif. Kadang2 teknik bagi nasihat kena betul jugak. Kita "tackle" dulu hati adik2 ni dengan something yang die suka. Lepas tu baru kita cakap 'slow2'. Contohnya: "Angah dah hensem, tapi gurau selalu kasar2 dgn acik..kan tak baik tu, nanti hilang kehenseman tu",haha..Ayat xleh blah. InsyaAllah, lama2 die boleh terima nasihat kita. Tapi kalau dah jenis keras kepala, keras hati memang balun je la tahap minimum!..Akak tengok contoh mak je, mak akak pun ade 14orang adik beradik. Ada masa mereka akan "call" mintak nasihat, pandangan & ape2 yang perlu. Kita pun tak mampu nak hidup sorang diri kan.

3) Bagi dorongan/dakwah/bimbing.
Adakala adik2 perlukan kita jugak. Zaman sekarang kita lihat ramai anak2 salahkan ibubapa atas kesibukan mereka dengan kerjaya dan mengabaikan anak2 menyebabkan mereka terdorong melakukan kejahaan & masalh disiplin dll (byk sangat masalah remaja). So, ada baiknya anak sulung amik alih tugas ini. Bagi dorongan dalam apa jua benda baik mahupun dalam pelajaran. Macam akak lebih utama dlm pelajaran. kalau adik ade yang amik exam, akak akan bawak die pegi beli buku latihan & so on la. Tapi bersyarat!..mesti sebelum tu ade target dapat skor berapa A dan sebagainya. Time masa berduit la tolong belikan, xde en.fulus boleh bagi dorongan dengan cara ajar dia yang mana x paham & bawak pegi jalan mane2 & bawak mknn siap2 dari rumah..hehe :)

4) Gembirakan hati mereka.

time ni menggembirakan hati pegi makan ikan bako :)
 Yang ni akak ade bersikap tidak adil sikit..(mengaku je). Ye, akak x mampu nak gembirakan 14 hati yang dekat dengan akak ni. 14 hati akak nak jaga, adakala ade yang ter 'miss' jugak la. Adakala akak bawak diorang pegi jalan2, pegi taman haiwan, pantai, taman permainan. Ada yang bagus dalam pelajaran akak belanja makan dan ade la bagi hadiah ape2 setakat yang mampu. Yang ni dah tentu duit biasiswa la jadi mangsa..hehe. Paling kurang 1 sem akak peruntukkan rm+++ untuk gembirakan hati adik2. Duit boleh dicari, kasih sayang adik2 susah nak ditafsirkan la. Walaupun diorang tak sayang @ hormat @ anggap kita ni anak sulung xpelah..nak buat mcm mana. kita ni pun bukan sempurna kan nak puaskan hati semua orang ~nada merajuk~ haha...

5) Role model buat adik2.
Sebaiknya selaku menjawat jawatan yang tidak disengajakan iaitu "anak sulung" ni kita merupakan qudwah buat mereka. Memang ada masa kita tak boleh nak jadi macam tu atas rasa rendah diri dan sebagainya. Atleast kita cuba. Baru adik2 akan nampak kehebatan diri kita selaku anak sulung. xde diorang nak pandang ekkkk je kat kita. Akak antara yang tak pandai dalam kalangan adik2. Result SPM tak gempak macam adik2 akak dapat 8A, 7A, 6A. Akak dapat 1A je pastu berderet2 kuntuman B dalam result slip tapi itu bukan penghalang untuk akak terus rasa rendah diri dengan adik2. Masing2 ada kelebihan masing2. Kita kne terima qada' qadar-Nya. Tapi kini akak boleh berbangga dengan adik2. Akak selalu dapat dean list, dapat anugerah, jadi exco MPP masa diploma, jadi exco masa kat U. Adakala kita hebat tapi kita tak explore. So, bila dah terserlah then adik2 dah nampak..dalam hati mereka akan tercalit walau sikit...."wah hebat jugak akak/abang aku ni" ~ tolong jangan riak :) ~ betul tak???. So, buat dan lakukanlah sesuatu yang boleh buat adik2 bangga dan bangga dan bangga adenya kita sebagai anak sulung ni. lama2 die akan cakap. Saya nak jadi macam kakak/ abang saya. dia hebat!. Itu sudah buat anda tersenyum panjang :)
anugerah pengarah program terbaik...auuuw~


6) Mengalah.
Sebenarnya nak letak mengalah ni no.1, tapi nak pujuk hati punya pasal letak yang last :)
Mengalah..ye mengalah . Cubalah mengalah walau seperit manapun. Mengalah dari segi perasaan dan segala-galanya lah senang citer. kalau boleh jangan cuba ungkit pun walau sedikit.(Istiqamah2)..mungkin ada hikmah perlunya kita mengalah tu. Bila kita mengalah adakala memberi kebaikan yang kadang-kala kita tak sedar. Sebab matahati tertutup dengan kemahuan yang tidak dipenuhi menyebabkan kita heret sehingga umur yang kita jejak sekarang. lantas terus menerus berdendam dengan adik2 sendiri sehingga sekarang. Oh! jauhkanlah perkara tersebut. Kalau akak memang banyak 'sejarah mengalah'. Tetapi, bila difikirkan sejarah mengalah tu rupanya ada manisnya..oh tidak ku sangka..hihihi. Mengalah bagi adik main mainan, main basikal, adik dapat macam2. Itu lumrah. Naluri akan sentiasa memikirkan ketidakadilan sentiasa dengan kita.. Padahal semua tu hasutan syaitan je..betul...Kalau kita jenis positif, takdenye nak jealous lebih2 walau dengan adik sendiri..right??
kawan2 seperjuangan time diploma dulu


Antara sejarah mengalah akak ialah selepas SPM. bila dah abis jalani PLKN terus pikirkan halauju masa depan. Masa tu dah rasa nak pergi belajar jauh2. Nak rasa hidup sendiri. Dah bagitau mak ayah ak masuk KUSZA. So, mintak la sepupu amikkan borang KUSZA (sekarang UNISZA). Dah isi penuh semangat ni. 1 hari ayah panggil, tanya macam2, nak amik kos ape, nak kerja ape dengan kos yang apply tu. Ok ayah dah mula psiko masa tu...pastu ayah dah bersuara, "kan KUSZA u sama je dengan KIPSAS. Pergi KIPSAS je la..nak watpe pegi jauh2",..ok fine..dah rase down gler masa tu!serius..KIPSAS tu 10 minit je dari rumah akak. Masa tu tak tahulah banyak mana bercucuran airmata x usah katalah. Mengalah punya pasal pergilah daftar kat KIPSAS tu pun dah tengah hari. Mak dari awal pagi dah berkata2,:" siap2lah nak pergi daftar". Akak buat keras je tanda protes..haha. Yelah impian nak pergi yang jauh..Alih2 10 minit je dari rumah..haha. Memang tak sangka. Berorientasilah dengan airmata...Pung pang pung pang..belajar 2 tahun 1/2 masa tu. Yang bestnya..petang2 boleh balik makan nasi kat rumah...haha... Walaupun dekat tapi takleh duk rumah kena stay kat asrama. Hikmah bila duk dekat. Itulah baiknya. Berjaya dengan diploma masa tu jugak la kerajaan Malaysia dah haramkan pelajar diploma pergi ke Mesir. Lepasan STAM je boleh..Oh sedih lagi menyapa diri.. Nape time akak habis diploma baru cakap hal ni.Oh dunia sungguh tak adil ku rasa. memujuk hati yang remuk padam apply la U dalam Malaysia je utk sambung degree. Maka, menjadi penghuni UPSI selama 4tahun setelah ujian MEDSI dan ditemuduga. Jadilah akak siswi ujikaji. Dalam situasi mengalah tu dah abis belajar pun sekarang..Tak sangkaaa :). Selepas ni episod mengalah versi lain plak...
memories mase dgn UKLK UPSI
Itulah antaranya peranan kita sebagai along2, kak long2 atau long2 walaupun tak tinggi2 dalam ketinggian adik beradik..hihi


Kita tak boleh nak kawal mereka 24 jam..tapi kita boleh amik berat, amik tahu, cakna kehidupan mereka. Sekarang kecanggihan teknologi macam2 ada..dari Mesir,UK, German, Korea ke Malaysia pun boleh bercakap nampak muka kan..hehe. tiada apa yang mustahil untuk kita selalu berhubung dan bina hubungan kekeluargaan yang erat antara adik2...

Didiklah mereka dengan mahabbah wa rahmah. Bukan dengan teriak dan marah2..InsyaAllah mudah bagi membuatkan hati2 mereka 'cair' dengan kasih sayang kita. Selalu doakan untuk adik2 kita semua..kalau boleh sebut nama, sebut nama mereka sau persatu. Jangan lupakan doa. Jika Rasulullah SAW boleh doakan untuk kita sebagai ummatnya setiap kali selepas solat, kenapa kita tak boleh doakan untuk adik2 kita kan. Itulah serba sedikit perkongsian boleh ditarikan atas papar biru ini..

Tak payah jadi anak sulung..berbahagialah hati2 pemilik anak sulung sekalian. Moga ada kebaikan buat kita yang selalu berkorban ini...Ameen.

......yang baik jadikan tauladan, ada ayat2 berunsur tak baik jangan ikut...tertulis tanpa sengaja.... 
Alhamdulillah..moga terjawab

wallahua'lam...wassalam


nahdia said: jadi x skema den??hehe




No comments: