09 January, 2012

Tanam motivasi dan keyakinan jadi GURU

How can i get my student to pay attention?
How can i get my student to atleast try?
How can i get my student to learn?

How how and how???.


Arini bersamaan tarikh di atas den nak try menulis secara ilmiah. Doakan la misi den berjaya. Jika ada yang merapu2 tu ibarat perasa dalam masakan la...kalau x letak tawar hebe orang ganung kata..hehe :)

Baiklah kembali kepada tajuk (aduh skema nyew~~haha)

Pupuk sifat motivasi, jadi orang yang sentiasa bersemangat & yakin. Jika dalam pasak diri seorang guru sering ada persoalan ini dan jawapannya "YA" secara confident. Oh bagus sungguh guru itu menggambarkan guru tersebut mempunyai daya motivasi yang tinggi, kerana guru tersebut mempunyai azam yang jitu serta iltizam yang tinggi untuk meningkatkan P&P kepada pelajar.

Sebenarnya, orang yang bekerja dimotivasikan oleh sesuatu yang akan mendorongnya bekerja & buat secara berkesan. Oh..kekoknya buat ayat skema :) try2... 
Sesetengah orang dimotivasikan dengan faktor gaji, pangkat, pujian pakwe,makwe rakan sekerja & seangkatan dengannya. Pendek kata motif seseorang itu menjalankan tanggungjawab atau bekerja ialah berbeza-beza. Betul kan?. ok...cuba tanya diri anda sendiri... Apa motif anda memilih kerjaya anda sekarang? Paksaan?terdesak daripada jadi penganggur? atau bla..bla..bla... kan? mudah kan... :)

Ok, sape mengaku sehingga sekarang dia tidak memikirkan motif memilih kerjaya yang dijawat sekarang?? :p
fikir2... Agaknya ada tak?. Yelah sekarang kan macam2.. belajar kat U bidang lain..last2 masuk kerjaya bidang lain. Itu namanya rezeki mengikut motif yang berbeza..haha. den da mula buat orang pening...teeet!.

Papepun, ada 4 kunci @ petua peningkatan motivasi guru yang berkesan iaitu :

1) Guru perlu rasa tercabar dengan apa yang mereka lakukan
Bab ni den rasa semua guru dah alami. Yelah sekarang guru selain mengajar dan mendidik, mereka juga ibarat kerani di sekolah diberi tugas sampingan. Kutip duit itu ini, buat senarai semak itu ini dan sebagainya.Pengalamannya mak den sendiri :) Memang den banyak belajar pengalaman menjadi guru dengan mak. Meeting dalam 2jam lebih perkara biasa :) Lepas ni den plak akan merasai semua tu walaupun dah rasa dalam latihan praktikal sebelum ni. Hatta, guru tadika @ nurseri pun merasai cabarannya. basuh kencing berak anak orang lain. Itulah tercabar :)  ~~Tolong jangan rasa geli~sekadar contoh~~. Den pun alami benda ni. Den da basuh lebih kurang 11orang kencing berak adik2 den sendiri.Tak kisah la aisssh. tercabar tu..hehe :)

2) Guru perlu memahami misi dan matlamat yang ditetapkan & berusaha untuk mencapai matlamat. 
Dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta Falsafah Pendidikan Guru (FPG) juga tertulis dan termaktub pelbagai misi dan visi serta matlamat hasrat yang ingin dicapai. Adalah baik bakal-bakal guru sedar akan perkara ini terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab mulia ini. Bukan sahaja perlu difahami serta dihayati tetapi perlu berusaha untuk memangkin dan mentarbiyyah Generasi Rabbani atau golongan modal insan (ayat 1Malaysia). Jika guru2 dapat menghayati perkara ini, tiada masalah yang akan timbul dalam mengikhlaskan diri menyampaikan ilmu serta mendidik pelajar.

3) Guru perlukan latihan dan berhadapan dengan cabaran baru.
Sekarang memang banyak kursus serta program-program yang dilakukan oleh KPM mahupun PPD dan JPN untuk pemantapan guru2. yang dah jadi guru tu mesti tahulah. Kursus induksi, bina insan, hatta Birotatanegara pun ade ~nggeeeh~~. tak termsuk2 kursus2 akademik, peperiksaan, gubalan soalan,teknik pengajaran dan sebagainyalah..Banyaaaak sangat. Cabaran baru??ermm betul, generasi modal insan harini berbeza dengan modal insan zaman dulu. Semakin berkembang era  teknologi dan melangkah ke arus pemodenan semakin lain sifat dan gaya pelajar. Itu cabaran. That why la kan ade je guru yang tak tahan dengan sikap murid zaman sekarang dan naik angin...Ada..bukan xde...kan3?? :) terbaru...yang projek rintis bagi guru mengajar 9jam..erkk 9jam..9jam di 4buah negeri. Pahang ada tu...hehe. mak aiiih ekaaaauuu...huhu. cabaran tu. Namun, setelah pelbagai reaksi daripada golongan pendidik dan sebagainya ia dibatalkan atas sebab nak elakkan kekeliruan serta menambah beban yang sedia ada. Nilah terjadi bila  golongan politik cuba buat sesuatu tanpa pikiaq..teeet!.

4)  Guru perlu melihat hasil dan kesan yang positif.
ye kena sentiasa fikir positif dengan hasil kerja yang dilakukan. Bila ade masalah ia perlu di checklist dan muhasabah balik ade yang kurang sane sini. Sememangnya fikiran negatif ni tidak baik mahupun pada rakan sekerja serta pada anak murid. Apabila mengajar positif, apabila mendidik juga perlu rasa positif. Hebatnya rasa postif tu hanya diri sendiri dapat rasai :) Pape pembaharuan dalam dunia pendidikan pun perlu dianggap positif. Positif yang bagaimana?? yang boleh bawa kebaikan antara guru dan pelajar. Itu harus disokong dan dipuji. 


Ok, korang boleh semak murabbi ulung sebagai pendidik iaitu Rasulullah SAW. Ini hasil pembacaan den dalam buku "40 Stategi Pendidikan Rasulullah" oleh Abd Fattah Abu Ghuddah. Buku ni boleh kata memang baguslah dijadikan panduan. Diselitkan hadis2 yang menerangkan sifat mendidik Rasulullah. den dah penat nak menulis. korang boleh dapatkan buku ni di mana-mana kedai buku untuk rujukan.
RM20
Apa yang den boleh kata buku ni menghuraikan tentang Rasululullah SAW sebagai seorang pendidik serta Method Pendidikan Rasulullah SAW. Lengkap dengan hadis2 yang membahas method dan stategi pendidikan Rasulullah dan memberi inspirasi kepada saper2 yang baca untuk perbaiki kelemahan diri dan tambahkan keyakinan dalam diri. Betapa peri pentingnya peranan Rasulullah SAW dalam proses pengembangan ilmu pengetahuan, maka seharusnya daripada cara dan sikap Baginda harus kita contohi :)

ok cukup kot 4 petua tu..banyak2 pun den bukan kaunselor..semua kat atas tu pandangan peribadi...k

wassalam :)

No comments: