18 December, 2009

Perbaharui azam

Perbaharui?kenapa perlu dibaharukan?macam roadtax/lesen pulak..sampai mase kene tukar.Update lg. Tengok al-kuliyyah petang tadi dgn maudu' azam' memperlihatkan kupasan yg cukup indah dari ust Zahazan& ust Radhi. Sy begitu t'tarik dgn p'soalan dr Hajah Ct yg menanyakan soalan bagaimana nak sedarkan golongan remaja pentingnya bertawakkal selepas b'azam. Jawapan dr Ust Radhi cukup menyentuh qalbi. Sememangnya sy akui kebanyakan golongan dewasa tidak nampak kebaikan yang di tonjolkan oleh remaja @ anak mereka sendiri, sebagai contoh: si anak ini rajin solat,cemerlang di sekolah, bagus pergaulan, rajin tolong mak ayah..tapi lambat bangun solat subuh.

Lalu si parents hanya nampak kesalahan anak ni lmbt bgun subuh..tapi kebaikan yg dilakukan si anak  banyak2 td seolah tidak wujud pd pndgn mata hati mereka. Maka di sini ada wujud konflik dalaman pd remaja.Mereka akan b'aggapan kebaikan yg banyak dilakukan tidak m'datangkan ape2 makna. Remaja perlu dihargai, ada masa perlu dipuji..Inilah cabaran m'didik rmaja zaman alaf baru..sungguh m'cabar. Begitu juga cabaran buatku m'didik adik2 ku sendiri. Pelbagai ragam & karenah kadang2 buat ku hilang pertimbangan pada mulut ni..Astagfirullah,Maafkan k.long ye adik2..

By the way,tanam& tuai la azam yg disemai itu,moga2 tumbuh sinar bahagia buat korang semua , Setelah b'azam pgg kukuh dgn azam &jgn lupakan Allah.. "Faiza 'azamta fatawakkal alallah innallaha yuhibbul mutawakkilin"   

Manusia dikurniakan akal fikran  untuk berfikir, tenaga untuk bekerja, dan  kemahuan serta perasaan untuk melakukan  sesuatu. Justeru itu mereka diberi kebebasan memilih  untuk melakukan sesuatu perkara tetapi masih tertakluk kepadaa kehendak / keizinan Allah

Jangan bergantung nasib dan taqdir, Semua manusia mesti berfikir, Supaya iman tidak tergelincir

wslm 




17 December, 2009

Coretan rasa

Alhamdulillah bisa ku celikkan mata lg nak menulis ni..ingat tanak bukak dah,seminggu yg berlalu b'hadapan dgn pelbagai tugasan sehinggakan pejamkan mata pun x lena.

12=pegi pekan, penuhi undangan walimah ex-Irsyad,mak ayah da x larat,so bwk la adik2 pg Pekan.sambil2 tu sgah tgok rumah lame yg ku diami dalam umur 3-5thun dl.Pegi2 tgl tapak rumah dgn tangga &tiang rumah je..sedihnyaa.kat rumah ni mcm2 peristiwa suka duka terpalit. Ku tinggalkan padang Polo dengan senyuman bermakna. Teringat wajah2 insan yang m'jagaku saban waktu tika mak smbung blaja amik dip. pendidikan. eksiden dgn ayah,lari kejar kete nak ikut makcik balik,syifa terjun dr tgkap n macm2 la=)....

  ni kat tapak rumah lama,tgk tu tangga dgn tiang je ade

 time balik singgah umah m ndak kat SBPI. Mkn aiskrim dgn nuget.rehat2..muaz pun t'lelap kat c2. pas asar gerak balik ke kuantan,singgah rumah t.su plak jumpe m.su baru smpai dr terengganu.Time cuti camnilah manfaatkan mase ziarah sanak saudara.t.su ajak makan,pas isyak baru kami balik rumah=)..o.t.w balik tu ade ckgu call tanye leh tlg ajarkan tntg IT tp x tau ape kebendanye...terfikir jugak,pandai ke aku nak wat nnti,mcm tinggi je kemahuannya,benda x tgk lg.hehe,so rancang jmpe Isnin la,ahad die ade kelas katenye..kelas ape?t'fikir jgk.

rumah t.su
13-14= jadi drebar pulang ke kampung,urgent..padahal da ada plan nak main bowling dgn teman2,xpe lah pentingkan family dl.maaf ye teman2.Tokki nak demam,kuat sgt buat kerja kot..tokki umur 70 pun masih larat lg pg ladang tgk lembu2 & sawit die..klong bangga dgn tokki,doakan k.lg pun kuat mcm tokki.Budak2 merengek nak mandi kolam..aduhai,nape la malasnye.bukan best pun.tp mak da mls dgr adik bising,mak suh bawak la..mak ade "meeting parlimen",xpe la bg privacy kat mak.hehe=)isnin..teringat plak janji dgn ckgu nak mtk tlg ajar IT tu,msj die ckp x balik kuantan lg,tunda selasa pg.btolak dr jengka pun kul 3,singgah panching selatan jguk sedara jauh belah mak. lewat jgk smpai umah dlm pukul 6.30ptg.ayah da xde..pg masjid

 suke dapat mandi kolam..k.lg tukang tgk je..

15= seperti yang dijanjikan ckgu tu smpai betul kul 8pg kat umah..so buat kat surau sekolah,tgk2 baru tau ckgu2 ni sambung degree OUM, kene buat asgment. kene gune powerpoint. Bace arahan belit2 jugak..ya Allah betul ke aku nak ajar diorng ni..t'tanya2 jugak,xpe chaiyok2..k.long serba boleh kan..hehe.bace2 & fahamkan so tau la,die suh wat 5(LIMA) ~t'beliak biji mata tgk ni~ rncgn pengajaran harian blainan subjek tapi menggunakan tema yg sama..(PENDEKATAN BERTEMA) ni gne powerpoint, untuk sek ren.Aduuuh..dalam hati da goyah ni nak ajar ke tak..byk tu.xpe la kte tolong org,InsyaAllah ilmu kte b'tambah..ajar la diorg sampai zohor, tapi x siap lg. da penat mintak sambung pas solat zohor.

Actually,hati teringat kat muaz nak ke KLIA kul 3,mak da bg list sape leh ikut,namaku t'senarai=), balik cerita pd mak keje x settle lg, mak mintak sambung esok la..berat hati gak nak bgtau ckgu2 ni. Dengan suara hati yg kuat all jgk mintak sambung esok,nasib baik diorg faham..alhamdulillah,leh g hantar muaz=) 3.30 gerak diiringi renyai hujan.sampai kat rumah P.ju jam 8malam. pastu dalam kul 10mlm  gerak ke klia,ramai org..baru tau tunggu org balik dari haji. so dalam kul 1145 tinggalkan muaz dgn geng die walaupun flight die kul 1pg.kami terus balik kuantan

                                    kat   klia




16= teruskan pgjrn pd ckgu2 yg minta bantuanku,plan dlm pkul 10pg,so buat alhamdulillah dalam pukul 3ptg siap complete skali dgn RPH.diorg ajak makan.pekene ikan patin,alhamdulillah sedap,leh tahan la.

Sedar x sedar da 17hb tinggal beberapa hari lg aku di rumah.sekejap mase b'lalu,amalanku??moga dredhai Allah sentiasa. Selama beberapa hari ni la aku lgsung x masak tgh hari, yg ada kat umah la jd mgsa=)hehe Sorry dear. arini ada tmujanji dgn mak plak,jd drebar mak ke bandar,hajatnye smalam tapi mintak tangguh nak settlekan keje dgn ckgu 2 dl,nasib mak memahami..tq mak. Ayah pun ikut..ayah jd bos duk kat belakang=)

1st place, pesuruhjaya sumpah,kwn ayah en. Zainal,mak nak settlekan hal Takaful.kat pjbt NSTP berduyun2 org beratur,ade ape ni..ayah pg risik rupanya nak amik tiket free untuk masuk ke bukit gambang resort&city..ya Allah.Kalaulah ini tiket untuk dgr ceramah,nasyid..agak2nye berduyun camni ke?astagfirullah...Sanggup walaupun tgh panas beratur.dunia2.ok abaikan. mengarut da ni. 2nd place, bank Islam&HSBC ada urusan kewangan,3rd Takaful, Lastly,pg makan kat SITIMAN..sedap=).
Itulah  perjalanan hidupku  yg sempat dirakam dalam memori..
itu je.wslm

10 December, 2009

Kelangsangan

Perlakuan langsang wujud dalam semua budaya. Kelangsangan merujuk kepada tindakan sengaja untuk menyakiti orang lain secara fizikal atau psikologi. Mungkin korang tak suka untuk menyakiti orang lain secara fizikal terhadap orang lain tetapi tindakan orang lain kdg2 memaksa kita m’jadi langsang.

Tindakan langsang mungkin berpunca drpd rase kecewa @ takut atau terpengaruh dengan tingkah laku orang lain. Kehilangan kasih sayang, kekurangan rasa dimanja oleh keluarga juga menyebabkan tingkah laku langsang (Dale,1997). Bagi remaja,perubahan fizikal mereka secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mudah rasa t’ganggu & seterusnya bertindak langsang. Remaja yang keliru & bimbang dgn perubahan pada zaman remaja akan mula mencabar & m’cari pendapat @ fahaman yg b’beza drpd parents mereka. Ini menunjukkan mereka bertingkah laku langsang.

Tapi usah khuatir, coz ia boleh ditangani dengan gabungan pendekatan fizikal, lisan & psikologi. Kanak2 yg langsang perlu dibelai,diusap,dimanja pada sentuhan belakang badannya dan gaya pujukan pun mestilah lembut. Tanyakan mereka apa yang terjadi & Bantu mereka untuk dapatkan penyelesaian & nasihatkan mereka agar b’sabar. Walaupun bukan mudah nak memujuk minta mereka b’sabar jikalau kita sndri kurang sabar, apa yg dapat di sini,di samping ajar anak bersabar tapi melatih ibu bapa sabar dgn karenah anak2.manis2 aturan yg Esa.Itu peringkat kanak2.

Bagi remaja pula, ia perlu penggabungan penggunaan ganjaran & hukuman. Nasihatkan mereka & beri mereka peluang untuk berfikir secara rasional dlm tempoh waktu yg
ditetapkan, dalam 10minit ke.pujuk mereka jika enggan selesaikan sendiri, bermakna mereka bersetuju untuk dikenakan tindakan disiplin oleh guru.

Jenis Langsang

direct -serangan b’sifat fizikal & lisan,-tumbuk mangsa,kuarkan kata2 kesat depan orang tu

indirect-Tindakan langsang yang sukar dikenal pasti,-menaruh dendam dalam diam

instrumental-Jadi langsang sbb nak dapatkan sesuatu ttpi takde niat nak sakiti hati org lain, -potong barisan, ambil mainan orang lain.

Hostile- Sengaja nak dera & sakiti hati orang lain,- ancam nak bunuh, cederakan @ putuskan hubungan

Proaktif-Tindakan langsang secara sengaja t’hadap orang lain cara untuk dapatkan sesuatu @ capai mtlmt t’tentu,-Sengaja sembunyikan buku kawan.

Reaktif- Jadi langsang sbgai suatu tindak balas t’hadap kekecewaan @ provokasi drpd orang lain,-balas dendam dgn menyakiti pelajar yg sembunyikan bukunya.

Fizikal -Ambik tindakan yang ada potensi untuk cederakan fizikal orang lain. -sepak @ tolak orang lain dengan tujuan untuk menjatuhkannya.

Hubungan- Ambik tindakan untuk m’beri kesan negatif kepada hubungan dgn orang lain. Menjeling @ tak b’cakap langsung dgn seseorg dgn tujuan nak sakiti hati kawan dia.
(rujukan:Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar,UPSI)

Itulah antara yg dapat dikongsikan, moga t'jawab la sedikit untuk persoalan yang diajukan..kome ni bukan amik jurusan kaunseling nak kupas byk2,hehe.kita share2 la ilmu yg ade kan.
Wassalam.

09 December, 2009

Happy Anniversary!

Alhamdulillah

Sedar tak sedar dah setahun genap usia CELCOM BROADBAND ku ini=).Mengimbau setahun yang lalu,ingat lagi masa tu ada PC fair kat Megamall.Pergi ditemani adik ammar kebetulan die cuti.Masa tu harga mahal lagi..mgecek2 dapat la rm299+byr bulan pertama 68=RM367. Melayang la duit RM367 pada en. Yew syarikat from Johor,tapi da prepare bawak RM400 time 2.ni pun duit lebihan PTPTN yang masih berbaki semester 1 dulu.Tak rugi berjimat...

Selama setahun ni banyak da my broadband b'jasa padaku & sahabat2 yang pinjam alat ni=).Banyak kenangan manis selama setahun menggunakannya.Mudahkanku cari bahan assigment,cek result exam (plg excited),cek biasiswa KPM(alhamdulillah dapat),tolong adik kosa mohon U(alhamdulillah now at UIA),update my blog,main YM dgn kawan2,cek email mak,my email,my friendster,facebook dll.hehe

Yang terakhir broadband ku berjasa ialah masa makan kat Pizza tg. malim,time tu baru pas daftar sbjek EDU3024,berebut2 nak coop kelas,yelah tanak dgn lecturer yg kedekut markah=),pas daftar perut da b'bunyi2,pas2 ada member plan makan pizza.so pg la pizza tg malim 2,itulah 1st time masuk..hehe.Ramai gak orang. ade pegawai mane ntah makan kat c2 dgn anak buah die,pastu ada kawan die kot call mintak submit kerja.yg bleh tau sebab die cakap 1 ruang pizza dengar..hehe.die tanye waiter yang hantar mknn ada wifi tak kat cni..pas2 waiter 2 bleh terpinga-pinga je jawab.mungkin pekerja baru kot.Dia da mengeluh,pastu dalam mase die nak basuh tangan lalu kat my table..lalu ku pun bersuara;encik nak gune internet ke?sy boleh pinjamkan broadband sy,dengan murah hati ku bersuara..ntah kuasa dari mane pinta ku menolong orang tersebut.Mungkin namaku yang ehsan kot..hehe.Lalu die pun mgucap syukur & terima kasih atas pelawaanku,bagi je la die gune my laptop+celcom broadband..katenye nak bukak email je.tak kisah la asal kerja die selesai.Sambil pegawai 2 buat kerja borak dengan anak buah die,ooo diorng ni dari JPS KL,kira pegawai la...diorg ni nak ke INSTUN ,ada kursus.Dah selesai die pulangkanlah,alhamdulillah ku b'syukur dapat bantu pegawai mase 2.itulah jasa paling bermakna..love u so much my broadband.hehe

Dah segenap setahun ni memang xde masalah cuma line kat tg.malim x berapa meluas lagi,kat kuantan ok je..Syukur pada-Mu ya Allah..moga my broadband terus berjasa seiring umurku yang kian menginjak tapak dewasa,terus menemani isi2 hatiku berbicara di kanvas kehidupan.Happy Anniversary my beloved broadband=)CELCOM ku setia bersamamu.hehe

08 December, 2009

disiplin..

Tingkah laku b’disiplin merujuk kepada tingkah laku mematuhi peraturan yang dikenakan sama ada secara suka rela atau ditetapkan oleh pihak berkuasa tanpa berbincang(Povey,1997). Tindakan disiplin yang bersifat ancaman dan hukuman yang keras akan memberi kesan untuk tempoh yang singkat sahaja. Nak membentuk tingkah laku berdisiplin yang berkesan boleh diraih jika persetujui oleh pihak yg t’babit & dilaksanakan secara tekal dalam suasana mahabbah. Penglibatan ibubapa dalam memberi peneguhan oleh keluarga & sekolah ke atas tingkah laku yang baik juga dapat memberikan sumbangan yang bermakna.

Ada masalah disiplin wujud berpunca daripada kecenderungan ibubapa @ guru untuk memberikan ganjaran atas tingkah laku yg salah. Tindakan ibubapa @ guru yg memujuk ketika remaja merajuk @ memberikan perhatian ketika mereka nakal merupakan suatu bentuk ganjaran yg disukai oleh remaja sebenarnya. Yelah ada back-up walaupun buat salah. Dalam kes inilah guru ibarat ditelan mati mak,diluah mati bapak sebenarnya,nak dipukul2, rotan2 nanti ibubapa datang bawak parang, kereta habis kene calar,tayar kereta guru pancit, nak saman guru & macam2 hal lg.

Contoh mudah=
Pelajar A usik pelajar B yang sedang menulis,
Pelajar A amik alat tulis & memang niat nak sakiti hati kawan die,
Cikgu pun mintak la Pelajar A pulangkan alat tulis pada pelajar B,
Cikgu bagi alat tulis yang lain kepada pelajar A.

Apa yang dapat lihat: Guru tersebut telah m’p’teguh tingkah laku pelajar A yg suka usik rakannya. Tetapi, memberikan ganjaran untuk tingkah laku yg salah ini akan menyebabkan pelajar A semakin nakal & mengada2.

Bagi atasi masalah dalam kelas, guru seharusnya b’usaha untuk mengenali pelajar secara individu & aplikasi garis panduan asas dalam kelas.Perhatian perlu diambil berat dalam hal;
- M’bina hubungan yg baik dgn pelajar di dalam & luar kelas. Guru yang bagus sebenarnya pandai berlawak jenaka dgn pelajar dalam batasan yg tertentu. Jangan la skema sangat, kene hidupkan suasana kelas dgn lebih harmoni.
- M’yediakan bahan pengajaran dgn t’susun agar p’libatan pelajar dapat diraih dengan sepenuhnya.
- Lontaran suara yang berkesan dalam tanyakan soalan serta beri arahan lisan yang jelas & tepat.
- Memantau sebarang pergerakan & aktiviti di dalam kelas.
- Libatkan pelajar dengan aktiviti yang mencabar & b’manfaat serta sesuai dgn tahap kefahaman pelajar.
- Mendahulukan penggunaan peneguhan positif untuk tingkah laku yang baik berbanding menggunakan hukuman untuk tingkah laku negatif.

Inilah sedikit sebanyak perkongsian tentang sambungan yang sebelum ni. Sambungan seterusnya akan mengupas tajuk kelangsangan.

07 December, 2009

Tambah ilmu

Hamdallah

Ketemu lagi kita,tidak mahu panjamgkan bicara..sekadar b'kongsi cter.disamping tadabbur al-quran sempat ku belek2 buku yang ada kat umah ni..alhamdulillah masih dalam proses menambah ilmu pada 3 buku. 2buku ilmiah tarbiah,1 novel,,hehe.novel memang tak boleh tinggal.
Memang tak jemu baca 2 buku ini,memangku perlukan kekuatan saat ini..buku inilah bisa menegarkan hammasah ku dalam lapangan yg ku pilih ni..terhimpun kupasan yang sungguh manis saat membacanya. novel karya ramlee ni plak mmg xleh tgal stiap kluaran..mesti bace.mengisahkan misteri sebuah villa yang tercipta tragis yang menyayat hati dan memamah nyawa2 insan lain.Bacalah bagi yang ada kesempatan.Melalui pembacaan menjelaskan ape yg jahil padaku.

MEMBACA SEBELUM ANDA DIBACAKAN YASIN=)

06 December, 2009

Conduct disorders

Petang redup membawa khabar duka dari jauh,diadu masalah membelenggu rona hati yang bahagia . Meniti title “remaja”…panjang perjalanannya,suka duka dilaluinya dan segalanya berhadapan onak duri.Itulah dugaan yang tak pernah kita jangka,anda pasti merasai saat pahit manis bergelar remaja.

Kecelaruan tingkah laku

Kecelaruan tingkah laku antara satu isu yang penting dalam perkembangan remaja. Saya akan bicarakan mengenai ‘conduct disorders’ (masalah salah laku),masalah disiplin & tingkah laku langsang dalam kalangan remaja. ‘conduct disorders’ ialah 1 kumpulan masalah tingkah laku yang biasa berlaku dalam kalangan remaja. Lihat sajelah masa kini pelbagai masalah yang terpampang di dada akhbar mengenai remaja akibat tingkah laku yang pelbagai ragam. Salah laku juga boleh dikatakan dengan tingkah laku langsang, suka menentang, mengamuk, tak nak patuh pada arahan dan peraturan. Apabila remaja yang terjebak dgn dunia salah laku ia akan berisiko menjadi antisocial apabila dewasa nanti.

Di sekolah mungkin ia dapat dikesan oleh guru, kerana masalah ini mempunyai kaitan rapat dengan alam persekolahan. Remaja yang bergelar pelajar ada juga yang terlibat dalam salah laku seperti kerap ponteng(makin menjadi2), tahap kemahiran lisan yang rendah(masalah komunikasi), tidak dapat menguasai kemahiran membaca,menulis,mengira (3M). Oleh sebab itu, keputusan akademik mereka kurang memuaskan dan merasakan sekolah suatu tekanan bagi remaja.

Remaja ini juga akan mempunyai kecenderungan untuk membuat tanggapan yang salah pada orang lain.Diorang sering menyangka yang orang lain mahu menyakiti & bertindak agresif terhadap mereka. Diorang juga akan bertindak langsang bukan sahaja pada manusia malah haiwan juga. Mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab,selalu bergaduh, rosakkan harta benda sekolah & langgar peraturan sekolah. Malah, rasa simpati makin mengurang dalam diri remaja serta lebih suka menyakiti orang lain. Itulah penangan dari kecelaruan tingkah laku dalam kalangan remaja.
Bukan itu sahaja, tetapi remaja yang bermasalah juga kurang kemahiran social dan kurang pandai untuk selesaikan masalah dengan berkesan. Mereka akan berhadapan dengan cara yang salah dalam menyelesaikan permasalahan mereka.Mungkin dgn cara yang kasar@ganas. Ini kerana bg mereka dengan menjadi langsang serta dominant sahaja yg dapat mengatasi masalah & kekecewaan mereka serta mereka mungkin akan mendapat pengiktirafan seperti yg diharapkan.

Tetapi,yang ambah pelik lagi, masalah ini hanya di sekolah,apabila mereka pulang ke rumah, secara automatic tingkah laku mereka tidak menimbulkan masalah kepada keluarga. Hal ini mungkin kurangnya sosialisi sewaktu kecil, kurang perhatian dr parents, bentuk pengasuhan time kecil @ didera secara fizikal.

Apa yang perlu ditekankan ialah pemulihan terhadap golongan2 ini.Ia tidak hanya perlu ditumpukan dalam bidang akademik sahaja. Sebaiknya, kombinasi berkembar program2 yg mesra remaja perlu diatur untuk membolehkan remaja ini mendapat kemahiran prososial. Rakan yang baik dr segi akhlak&tingkah laku boleh menjadi model@teladan. Pastinya, ibubapa perlu juga mengaktifkan peneguhan positif terhadap anak2 remaja mereka agar mereka boleh menerima dengan hati yang terbuka dengan apa yang dilecturekan. Ibubapa juga perlu memikirkan hukuman yang sewajarnya untuk menghapuskan tingkah laku buruk yang wujud pada anak2 mereka.

Gelora remaja memang mencabar,itu belum dilambung gelombang masalah2 yang bertimpa, serta tsunami yang neranapkan masa depan remaja dek perangai mereka..alangkah bahagia mendidik remaja bak ombak yang beralun menjejak pantai dengan lapisan2 nasihat & didikan yang berhemah..mudahnya. Segalanya terselit hikmah yg kita tidak ketahui, itulah cerita kehidupan.cerita kita.cerita untuk semua.

Moga bermanfaat.Bersambung....

02 December, 2009

Pic Nisah&Taufikh~Hawa&Yazid

Hamdallah..

Masih bernyawa hingga saat ini dipayungi dengan awanan sakinah yang abadi,diiringi titisan rahmat turun melimpah bumi,subur bumi yang kehausan.Syukur pada Allah Taala.Setelah dilema takde air 2hari,arini dapat menikmati dengan seadanya.. Syukran JBA baiki gak paip pecah depan simpang umah walaupun lambat..=)

Bila air xde baru sbuk nak jimat air..ni la amalan masyarakat dewasa ini.1rumah 1 kolah patut ada stiap rumah,tapi pastikan kolah t'jg jauh dr mara bahaya nyamuk aedes=. Tanpa nyamuk pun kita takkan rasa erti sakit digigit nyamuk..semua terpulang atas mulut kita yg merencana ayat yang terpacul dari mulut.."apelah nyamuk ni","jahanam punye nyamuk","aduuh sakitnye&gatalnya" itu mungkin antara keluhan digigit nyamuk..haha

Terbabas tajuk da ni..hehe,mentang2 kne ggt nyamuk banyak mongomel plak..Astagfirullah.sebenor2 nya nak letak pic nisah&psgn serta hawa&psgn.kome kl x melencong x sah..ish2 prgai ape la ni=.Ini la yg sempat amik dr cik jijah kite,k.long amik ye c jijah..jgn mare.Ntah knape murah sgt titisan jernih membasahi pipiku saat bertemu nisah..terharu sangat=)Hanya tuhan yang tahu segala isi hatiku.

coklat menjelaskan kematangan mereka..mudah-mudahan

Barakallah fikuma
Hawa&Yazid

Semoga Allah merahmati rumahtangga kalian..ameen