08 December, 2009

disiplin..

Tingkah laku b’disiplin merujuk kepada tingkah laku mematuhi peraturan yang dikenakan sama ada secara suka rela atau ditetapkan oleh pihak berkuasa tanpa berbincang(Povey,1997). Tindakan disiplin yang bersifat ancaman dan hukuman yang keras akan memberi kesan untuk tempoh yang singkat sahaja. Nak membentuk tingkah laku berdisiplin yang berkesan boleh diraih jika persetujui oleh pihak yg t’babit & dilaksanakan secara tekal dalam suasana mahabbah. Penglibatan ibubapa dalam memberi peneguhan oleh keluarga & sekolah ke atas tingkah laku yang baik juga dapat memberikan sumbangan yang bermakna.

Ada masalah disiplin wujud berpunca daripada kecenderungan ibubapa @ guru untuk memberikan ganjaran atas tingkah laku yg salah. Tindakan ibubapa @ guru yg memujuk ketika remaja merajuk @ memberikan perhatian ketika mereka nakal merupakan suatu bentuk ganjaran yg disukai oleh remaja sebenarnya. Yelah ada back-up walaupun buat salah. Dalam kes inilah guru ibarat ditelan mati mak,diluah mati bapak sebenarnya,nak dipukul2, rotan2 nanti ibubapa datang bawak parang, kereta habis kene calar,tayar kereta guru pancit, nak saman guru & macam2 hal lg.

Contoh mudah=
Pelajar A usik pelajar B yang sedang menulis,
Pelajar A amik alat tulis & memang niat nak sakiti hati kawan die,
Cikgu pun mintak la Pelajar A pulangkan alat tulis pada pelajar B,
Cikgu bagi alat tulis yang lain kepada pelajar A.

Apa yang dapat lihat: Guru tersebut telah m’p’teguh tingkah laku pelajar A yg suka usik rakannya. Tetapi, memberikan ganjaran untuk tingkah laku yg salah ini akan menyebabkan pelajar A semakin nakal & mengada2.

Bagi atasi masalah dalam kelas, guru seharusnya b’usaha untuk mengenali pelajar secara individu & aplikasi garis panduan asas dalam kelas.Perhatian perlu diambil berat dalam hal;
- M’bina hubungan yg baik dgn pelajar di dalam & luar kelas. Guru yang bagus sebenarnya pandai berlawak jenaka dgn pelajar dalam batasan yg tertentu. Jangan la skema sangat, kene hidupkan suasana kelas dgn lebih harmoni.
- M’yediakan bahan pengajaran dgn t’susun agar p’libatan pelajar dapat diraih dengan sepenuhnya.
- Lontaran suara yang berkesan dalam tanyakan soalan serta beri arahan lisan yang jelas & tepat.
- Memantau sebarang pergerakan & aktiviti di dalam kelas.
- Libatkan pelajar dengan aktiviti yang mencabar & b’manfaat serta sesuai dgn tahap kefahaman pelajar.
- Mendahulukan penggunaan peneguhan positif untuk tingkah laku yang baik berbanding menggunakan hukuman untuk tingkah laku negatif.

Inilah sedikit sebanyak perkongsian tentang sambungan yang sebelum ni. Sambungan seterusnya akan mengupas tajuk kelangsangan.

No comments: