26 December, 2009

Syukur atas kurniaan-MU

Hamdallah dapat lg den nak coret b'patah2 kata...actually demam nii,b'jangkit dgn si kecik kat umah,sampai ayah pun nak demam..hehe.kuat yah!ku tinggalkan teratak baiti jannati dalam pukul 9.30pg b'gerak menuju pengabdian ilmu di bumi anak kandung suluh budiman. Banyak berita gembira ku peroleh dalam keadaan tidak sihat ni. Kifarah dosa la ni..Isbiri ya qalbi.


 baiti jannati

Apa yang mahu dikongsikan ialah:
1- Tahniah sape2 dapat result exam mumtaz.
2-Tahniah Iffah akan ke Egypt.
3-Tahniah duit scholarship KPM da masuk
4- Terima kasih mak bantu langsaikan PTPTN.k.long sayang mak.
5-Gembira jugak dapat bantu mak berehkan keje.
6- Tahniah Amir (my cousin) dapat sambung SBPI Gopeng.

& banyak lagi berita2 gembira mengelilingiku semenjak akhir2 ini.Tersenyum je..pergilah jauh duka,jangan hampiri ku..hehe.Aku sangat2 bersyukur atas apa yang telah dikurniakan & dipermudahkan setelah aku berusaha sebaik mungkin untuk mengecapi erti hidup ini.Segala pengorbanan ku telah dibayar,terima kasih buat keluargaku yang banyak mendoakan.k.Long lemah tanpa kalian,ibarat pohon condong menanti rebah. Kalianlah peniup semangat membara agar terus bersinar di puncak alam.


Namun ku tidak harus leka dengan perjalanan yang masih panjang, ku masih terlalu mentah lagi,segala yang berlaku di depan mata penuh iktibar & hikmah harus dikaji sentiasa.kita perlukan pertolongan Allah, jangan lupakan-Nya. Buat teman2 selamat menghadapi semester baru(tak sabar nak abis), ragam baru, cerita baru, situasi baru, subjek baru, lecturer lama=) & segalanya hanya terpahat pada insan yang BERFIKIR...Fikirkanlah

No comments: