Petang redup membawa khabar duka dari jauh,diadu masalah membelenggu rona hati yang bahagia . Meniti title “remaja”…panjang perjalanannya,suka duka dilaluinya dan segalanya berhadapan onak duri.Itulah dugaan yang tak pernah kita jangka,anda pasti merasai saat pahit manis bergelar remaja.
Kecelaruan tingkah laku
Kecelaruan tingkah laku antara satu isu yang penting dalam perkembangan remaja. Saya akan bicarakan mengenai ‘conduct disorders’ (masalah salah laku),masalah disiplin & tingkah laku langsang dalam kalangan remaja. ‘conduct disorders’ ialah 1 kumpulan masalah tingkah laku yang biasa berlaku dalam kalangan remaja. Lihat sajelah masa kini pelbagai masalah yang terpampang di dada akhbar mengenai remaja akibat tingkah laku yang pelbagai ragam. Salah laku juga boleh dikatakan dengan tingkah laku langsang, suka menentang, mengamuk, tak nak patuh pada arahan dan peraturan. Apabila remaja yang terjebak dgn dunia salah laku ia akan berisiko menjadi antisocial apabila dewasa nanti.
Di sekolah mungkin ia dapat dikesan oleh guru, kerana masalah ini mempunyai kaitan rapat dengan alam persekolahan. Remaja yang bergelar pelajar ada juga yang terlibat dalam salah laku seperti kerap ponteng(makin menjadi2), tahap kemahiran lisan yang rendah(masalah komunikasi), tidak dapat menguasai kemahiran membaca,menulis,mengira (3M). Oleh sebab itu, keputusan akademik mereka kurang memuaskan dan merasakan sekolah suatu tekanan bagi remaja.
Remaja ini juga akan mempunyai kecenderungan untuk membuat tanggapan yang salah pada orang lain.Diorang sering menyangka yang orang lain mahu menyakiti & bertindak agresif terhadap mereka. Diorang juga akan bertindak langsang bukan sahaja pada manusia malah haiwan juga. Mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab,selalu bergaduh, rosakkan harta benda sekolah & langgar peraturan sekolah. Malah, rasa simpati makin mengurang dalam diri remaja serta lebih suka menyakiti orang lain. Itulah penangan dari kecelaruan tingkah laku dalam kalangan remaja.
Bukan itu sahaja, tetapi remaja yang bermasalah juga kurang kemahiran social dan kurang pandai untuk selesaikan masalah dengan berkesan. Mereka akan berhadapan dengan cara yang salah dalam menyelesaikan permasalahan mereka.Mungkin dgn cara yang kasar@ganas. Ini kerana bg mereka dengan menjadi langsang serta dominant sahaja yg dapat mengatasi masalah & kekecewaan mereka serta mereka mungkin akan mendapat pengiktirafan seperti yg diharapkan.
Tetapi,yang ambah pelik lagi, masalah ini hanya di sekolah,apabila mereka pulang ke rumah, secara automatic tingkah laku mereka tidak menimbulkan masalah kepada keluarga. Hal ini mungkin kurangnya sosialisi sewaktu kecil, kurang perhatian dr parents, bentuk pengasuhan time kecil @ didera secara fizikal.
Apa yang perlu ditekankan ialah pemulihan terhadap golongan2 ini.Ia tidak hanya perlu ditumpukan dalam bidang akademik sahaja. Sebaiknya, kombinasi berkembar program2 yg mesra remaja perlu diatur untuk membolehkan remaja ini mendapat kemahiran prososial. Rakan yang baik dr segi akhlak&tingkah laku boleh menjadi model@teladan. Pastinya, ibubapa perlu juga mengaktifkan peneguhan positif terhadap anak2 remaja mereka agar mereka boleh menerima dengan hati yang terbuka dengan apa yang dilecturekan. Ibubapa juga perlu memikirkan hukuman yang sewajarnya untuk menghapuskan tingkah laku buruk yang wujud pada anak2 mereka.
Gelora remaja memang mencabar,itu belum dilambung gelombang masalah2 yang bertimpa, serta tsunami yang neranapkan masa depan remaja dek perangai mereka..alangkah bahagia mendidik remaja bak ombak yang beralun menjejak pantai dengan lapisan2 nasihat & didikan yang berhemah..mudahnya. Segalanya terselit hikmah yg kita tidak ketahui, itulah cerita kehidupan.cerita kita.cerita untuk semua.
Moga bermanfaat.Bersambung....
No comments:
Post a Comment