30 October, 2009

Rindu tak diundang

Rasa dipelusuk dasar jiwa kalbu ku bertandang tanpa diundang..ya sungguh!rindukan kalian yag sekarang bertungkus-lumus berhadapan dengan corak perjalanan masing2.. pada yang meneruskan degree (fiza,saidah,syikin,nana,lenny,bakis) teruskan perjuangan kalian. Hanya iringan doa bersalut rindu mampu ku utuskan. Pada Ina, Epy,Ct, Ida yang sudah bergelumang dgn alam pekerjaan..doaku jua sabar &tabahlah harungi cabaran dunia pendidikan. Kamulah mata-mata murabbi yang mencelikkan minda dan hati anak bangsa. Buanglah rasa jemu, tolaklah rasa malas yang setia datang & pergi..Ukhuwwah kita bisa utuh selamanya. jangan lupakan daku..

luahan hati:
Nems -geng Taik-
KIPSAS 05-07

28 October, 2009

j-QAF di sekolah menengah pula-Kenyataan YB

KERAJAAN mengkaji kemungkinan program pengajaran Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (j-QAF) diperkenalkan di sekolah menengah sebagai langkah memperluaskan lagi pembelajaran bidang terbabit, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, setakat ini, prestasi murid yang mengikuti program j-QAF amat menggalakkan walaupun di kalangan kanak-kanak yang belum mencecah tahun enam.

“Data pencapaian seperti berikut, amali wuduk 98.97 peratus, amali solat bacaan 90.26 peratus, amali solat perlakuan 99.25 peratus, bahasa Arab 81.24 peratus dan jawi 89.87 peratus,” katanya, menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang bertanya mengenai langkah kerajaan dalam meluaskan pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah, di Dewan Rakyat, semalam.

“Peruntukan kewangan untuk bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab yang diagihkan Kementerian Pelajaran kepada Bahagian Perkembangan Kurikulum pada 2009 adalah sebanyak RM1.207 juta,” katanya
harian metro 28hb

27 October, 2009

عيد ميلاد سعيد ثرايا بنت سيسل( جوهرين) صديقتي المحبوبة

كل عام وأنت بألف خير

تقبل تحياتي واحترمي

إلى

ثرايا
27/10/2009

Pemerkasaan J-QAF ke peringkat Sek.Men.

Alhamdulillah bertemu lagi dalam masa yang nyawa2 ikan sekarang ni..sbuk2 study masih diberi ruang utk berkongsi pandangan. Sempat daku menonton sidang dari Parlimen sebentar tadi dalam berita wilayah jam 1 d TV1..dan apa-apa yang menarik minat ku ialah bual bicara pengacara comel molek bermake-up tebal dgn Timbalan Menteri Pelajaran II: YB Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi.

Beliau telah mengulas mengenai pembelajaran subjek Bahasa Arab & pendidikan Islam serta Fardhu Ain pada peringkat sekolah rendah.. Menurut beliau:'Kerajaan kini telah merangka untuk memperluas lagi sukatan pembelajaran dengan memperkenalkannya ke peringkat sekolah menengah. Kaji selidik telah menunjukkan kadar pencapaian J-QAF pada peringkat sekolah rendah mencapai keputusan yang agak baik iaitu sebanyak 82.1% yang melibatkan 1.2 juta pelajar seluruh Malaysia. Kejayaan J-QAF pada peringkat sekolah rendah ini membuka ruang dan peluang yang serius dari pihak kerajaan supaya diperkembang ke sekolah menengah pula. Pelajar bukan hanya belajar dan membaca ilmu yang bakal dijawab dalam exam tetapi ada ilmu dan perlunya dihayati dalam kehidupan harian. Sebagai contoh yang diberi oleh YB Dr.Haji Mohd Puad bin Zarkashi ialah pelajar bukan sahaja belajar Aqidah,Akhlak dan Sirah tetapi perlu adanya praktikal melalui usrah dll (mantap betul Timb Menteri II ni) hehe..

ni mungkin selepas YB pergi melawat madaris Islam se-Malaysia(MUSLEH).4 ur in4mation, kami bekas pelajar SRI-SMI yang kini telah ada 22 buah cawangan d Malaysia telah dididik dan diasuh mengenali usrah semenjak darjah 4 lagi menerusi program Syabab dan Fatayat @ kini dikenali sebagai Kadet Remaja Sekolah. Kami telah diterap dengan subjek agama dari darjah 1.. akhlak,aqidah,fiqh,b.arab dll. darjah 4 sudah dilatih kawad, survival, usrah,jahitan,memasak dan BASED(seni pertahankan diri). Semua yang diharungi dulu cukup manis dan masih segar dalam ingatan serta mampu lagi untuk diceritakan 1 persatu..punye manisnye didikan muallim-muallimah(pgln guru bagu SRI-SMI) walaupun gaji skit, tapi demi melihat kami ditarbiah dalam suasana yang fully islamic ditatang kami bagai minyak yang penuh. Sungguh tak terucap bila ingatkan pengorbanan mereka. Syukran Jazilan ilaikum..

sekolahku yang memberi penuh inspirasi masa depan


Pada peringkat men, lagi tambah survival dalam syabab&fatayat(badan Beruniform sek SRI-SMI) ada kursus kenaikan pangkat Komander Muda dan Komander. Alhamdulillah daku berjaya menamatkannye di tingkatan 3. f3 da dapat Komander..selepas berdayung kayak hampir 2jam, berkhemah tepi sungai, meredah hutan kelapa sawit berjam2 untuk cari jalan pulang dgn 1 kompas..ya Allah..memang menguji mental fizikal..anugerah kekuatan itulah yang menghidupkan semangat diri ni terus sabar dan tabah dalam hadapi mehnah hidup. So, pada yang ingin ketahui lebih lanjut leh la lawati SRI-SMI di negeri2 anda melainkan Sabah Swk yang masih belum ada di sana.

antaranya: SRI-SMI al-Amin(Selangor,KL,Terengganu)
SRI-SMI al-Hidayah (Perak, Johor)
SRI-SMI al-Irsyad (kuantan,Balok, Pahang)
SRI-SMI al-Saidiyyah (N9)
SRI-SMI al-Islah (Kedah)
SRI-SMI Hira (Selangor)
Aman (Kelantan) dll lagi.



Apa yang ingin dikongsikan ini merupakan 1 cadangan yang amat bagus,so ape lagi tullab AT49..kita semua bakal menjadi guru J-QAF peringkat menengah la nanti..bersediakah anda?Jawapan di hujung jari anda...Fikir2 kan.

Renung2kan.. Selamat beramal..daa

Salam najjah in imtihan

kepada semua penghuni maya fasl AT49

Maafkan kakanda kamu ni..
same2 la doa kita semua najjah in all subject sem 3 k
jangan tension2 markah ckit..dugaan
yang belum mohon ampun dgn beloved ustajah..pg la cepat2 ea..hehe
Nak nota leh datang umah amik..free je,photostat sndri la ea.
Akak doakan kita semua dapat best result
yg penting D.U.I.T

bangun tahajjudDOA


USAHA....chaiyok2




26 October, 2009

sePanas Hot Spring Sg.Klah

Hamdallah semalam sempurnakan lg ziarah dgn kwn2..borak pnye pasal lambat balik..kata2 bisa mengalpakan manusia..bahaya2.janji pukul 10 x dapat ditunaikan..coz terpaksa masak dulu.takkan nak p dgn tangan kosong,kan..ni yang mampu dikongsikan..

teman2 yang ikut(su,milah,ain,aishah)
sesi facial face alga kolam air panas..sanggup ke nak pakai ni..hehe

aaaaa...akhirnye tempek gak kat muke,bagus ni kulit muka jadi licin.. (en ____ kat belakang 2 la yg amikkan&beri penerangan..siap tanye mcm2 lg hal sejarah..nasib la ingat lg n dapat jawab..mmg IQ ku teruji)sambil sembang2 die selit soalan..
soalan die:1- ape kandungan dalam air panas.
kome jawab:sulfur..betuuuul.haha x sgka btul.
2. bab sejarah ni:tahun178o-an ape berlaku kat Perancis?
kome jawab: ermmm ape ek,mcm2 bantai..last2 ingat revolusi perindustrian
jawab la kat pakcik smart 2..haaa btullll..wah xsgkanya..huhu

bagus la pcik ni..walaupun blaja sampai t4 je,tp ilmu banyak. itu pentingnya berkawan dgn ramai orang..hebat p cik ni,die berkawan dgn pengarah2 geologi,metereolgi n sgala gg belakangnya..tahniah pakcik coz sedia uji minda ku..fuuuuh malu la kl x dapat jwb..siap pcik leh ckp awak blaja tinggi2 xtau sejarah xde gne..nak rod balik pandangan pakcik ni pun takut terasa..bukan pakcik..iman lagi penting pakcik..kesedaran pun same penting..itulah die pandangan masyarakat sekarang..sejarah3..

Yang penting jua, ku tidak melupakan sejarah asal-usulku..



diorg pun try(semangat k.aishah)..hehe

sape yang nak try silalah berkunjung ke sungai klah hot spring,Sungkai..macam2 kolam yang telah ditetapkan suhu ada.. semua meninggalkan rasa yang terucap..best. perjalanan pulang singgah umah mak angkat su di Felda Trolak Utara,terharu melihat rumah yang tersergam indah hasil sepakat anak-anak untuk mak ayah mereka,ekslusif,mewah tenang bila menjejakinya..Alhamdulillah pengorbanan mak ayah mereka membanting tulang dihargai oleh anak2 seramai 7orang...tak sangka ni rumah Felda, perabot pun leh tahan semua baru..macam kat KL rasanya..=)
dari luar umah

ni la yang leh dikongsikan bersama..nice 2 meet u again..salam

MEMORI MADAH BERDUKA SEORANG ADIK

ni daku ingin kongsikan bersama kalian bicara adik kesayangan 'ammar. K.long akur dgn bicaramu yang menyntuh kalbu.k.long nak kongsikan disini..Syukran


Alhamdulillah
, masih diberi ruang dan waktu untuk berkongsi serba sedikit ilmu di dada laman maya ini. Baru sahaja usai dari menghantar sepasang mempelai untuk menunaikan haji. Insya-Allah, moga dikurniakan haji yang mabrur, kerana hadis Nabi s.a.w. ada menyebut ; “ Haji yang mabrur tiada lain ganjaran baginya melainkan syurga”.

Seketika dalam perjalanan pulang, terdetik di hati keinginan untuk meluahkan rasa yang sudah lama di pendam. Perjalanan hidup yang bersimpang siur sebagai seorang hamba kepada-Nya, sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang adik kepada 2 orang kakak dan seorang abang, seorang abang kepada 6 orang adik perempuan dan 5 orang lelaki, dan insya-Allah sebagai seorang ‘zauj’ kepada bakal mempelai.

Artikel ini merupakan imbauan memori kisah hidup jua sedikit rentetan perjalanan ‘tarbiyah nafs’ selama berkelana di bumi Tuhan ini. Biarlah madah memori berduka ini dirungkai selama hidup masih menjadi teman, sebelum ajal menjelang tiba. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, Alhamdulillah, sudah memadai bagi diri saya ini. Syukur kerna diri dilatih agar ‘qana’ah’ dengan segala nikmat yang diberi. Pernah jua terdetik di hati agar hidup dihiasi dengan kemewahan, namun segera dilatih lisan ini agar melafazkan ‘istighfar’ mohon dijauhkan dari tipu daya dunia penuh prasangka.


Masih teringat, sepasang mempelai membesarkan diriku penuh dengan kasih sayang. Memulakan kehidupan rumah tangga penuh dengan duri dan onak dugaan. Hingga, bila dikenangkan kembali pasti berjejeran air mata mengalir membasahi pipi. Ayah, membanting jiwa mengubati keluh kesah masyarakat yang kian alpa pada Pencipta. Syukur dirimu dikurniakan jiwa yang kental, namun anakmu ini mengerti betapa peritnya jalan yang kau tempuhi. Engkau dibesarkan dalam kesempitan fana’ dunia, melangkah ke menara ilmu di dada kota, UKM. Alhamdulillah, jodoh telah mempertemukan engkau bersama Bonda yang kental jua jiwanya. Bagai bernafas di dalam sumur, perahu hidup di dayung bersama. Ayah sebagai ketua, ditemani Bonda sebagai teman da’wah seumur seusia.


Namun, bagaimanakah aku sebagai anakmu? Diberi kurnia untuk mengerti emosi jiwa dan luahan rasa hati kalian, membuatkan dada sesak dihimpit hiba. Masih teringat, ancaman manusia tanpa agama di jiwa kepadamu wahai Ayah. Ketika aku berusia masih senja. Aku yang masih senja menangis hiba dalam pelukan resah Bonda yang tercinta. Ayahanda, mana mungkin hati ini mampu bertahan melihat dirimu diperlaku sebegitu rupa. Dipukul manusia tanpa jiwa insan seusai sahaja keluar dari kereta pabila pulangnya dirimu dari ceramah, Engkau tabah . Hatimu tidak goyah dengan ranjau dakwah. Aku melihat dari jendela engkau diperlaku sebegitu rupa, ditemani esak tangis Bonda yang kian berduka. Aku berduka. Deria sebagai seorang anak menghalusi jiwa.


Bonda. Seketika, tika melihat wajahmu yang bersih ceria membuatku tersenyum gembira. Namun aku mengerti, tafsiran mimpi adalah fantasi bukanlah realiti. Tabahnya hatimu membesarkan anak-anak tanpa pernah mengeluh, apatah lagi berpaling muka dari tugas yang mulia ini. Kesibukanmu sebagai seorang guru jua ibu membuatkan ku cemburu dengan ketabahanmu. Pulang dari tugasanmu sebagai seorang guru, bertukar dimensimu sebagai seorang ibu pula. Terkadang malammu diulit bebanan tugasmu dalam masyarakat sebagai naqibah kepada mad’u. Seringkala terasa jemu melihat keletihanmu duhai ibu.

Ayahanda, bonda. Baru sedikit pengorbanan yang ku putarkan masa, namun sudah berdarah jiwa menahan derita sengasara. Diriku terdidik dengan sirah hidup kalian. Masa kecilku diisi dengan sedikit kenakalan. Maafkan aku kerna masih kurang mengerti. Bila usia meningkat dewasa, ku dipisahkan sementara menetap berkelana. Tika usia mencapai belasan tahun, ku dibiarkan bersama Al-Quran. Namun hanya dua tahun sahaja aku bertahan. Al-Quran baru sahaja separuh yang dihafal. Namun aku meminta keputusan yang akhirnya membuatkan ku sesal. Berpindah daerah jiwa, menetap hampir dengan kalian. Membuatkan hatiku damai. Tinggal bersama ahli keluarga yang ramai. Namun bukan itu yang aku mamai, tapi sebenarnya didikan dakwahmu yang ingin ku gapai.


Hidupku diatur dengan jadual waktu tugasan dakwahmu. Membuatkan aku terdidik sedikit demi sedikit walaupun dihambat waktu. Gelanggang dakwah ku redah, namun segalanya penuh parah. Hambatan waktu membuatkan aku lebih mengenali arena da’wah ini. Pelbagai imbauan kembali berputar bila aku melalui jalan hidupku sendiri. Membuatkan aku matang dengan masalah yang datang tanpa diundang. Tersenyum namun berduka.


Ketika di peringkat menengah, aku ditentang kerana wasilah yang kurang disenangi. Pahitnya masih terasa hingga kini. Namun tidak mengapa. Ku harapkan segalanya akan terbukti jua. Begitu jua pabila diriku menjejakkan diri di kampus, pelbagai karenah datang menghiba. Namun aku pasti. Untaian mutiara pasti akan kabur akhirnya. Ditohmah ibarat pendusta yang tidak akan diampunkan dosa. Terkadang membuatkanku terdampar sepi mengharapkan Ilahi.


Terkadang, manusia ingin kita mengikut jadual waktu hidupnya tanpa penuh prasangka. Mana mungkin akan terlaksana sekiranya ada kelompongan pada aturannya. Mana mungkin akan terlaksana jika tersalah neraca timbangannya. Ingin diikuti ibarat kerbau yang dicucukkan hidungnya, kemana dibawa pasti dituruti tanpa prasangka. Ingin dilapahkan dagingnya, sanggup dibiarkan kerana taat yang membabi buta. Nauzubillah. Moga untaian kiasan ini diambil iktibar. Tidak salah untuk diteguhkan pengajaran menggunakan wasilah amaran.

Sebaik-baik perkara ialah menyampaikan yang benar walau menderita terseksa. Kerana madunya bukan di dunia, tapi di akhirat sana.


Tersentak dari lamunan sementara. Namun aku pasti, segalanya realiti bukan fantasi.
Hari cuti masih berbaki. Alhamdulillah, beberapa buah masjid sudah diziarahi untuk dikongsi serba sedikit ilmu yang terisi dengan disampaikan kuliah. Walaupun dianggap kurang berjasa di kampus, tidak mengapalah. Biarlah serius di lapangan masyarakat realiti, bukannya terus bermimpi di alam fantasi rekaan sendiri. Ada insan yang sering berjasa disebabkan bumi yang dipijaknya. Berjasa di kampus, namun pabila pulang di kampung halamannya, menyepi berdiam diri. Taringnya hanya di kampus sahaja, dek kerana desakan jawatan atau tekanan daripada orang atasan. Tajam di dalam, tumpul di luar.


Inilah realiti. Bukan sahaja di tempat saya belajar, namun wabak ini kian membarah juga di Ipt-Ipt lain. Amat mendukacitakan. Begitu juga dengan prasarana-prasarana marhalah da’wah yang kian merudum. Pelbagai krisis yang timbul di dalam mana-mana pertubuhan. Namun sebagai insan yang amat dituntut untuk berlaku adil. Pukulan yang sama rata amatlah perlu dielak. Kemungkinan krisis ini disebabkan individu atau kelompok itu sendiri. Tuntasnya, bagi saya ini berlaku kerana hilangnya neraca pertimbangan yang sebenar begitu juga ditambah dengan krisis kurangnya kefahaman Islam yang Syumul dan murunah.


Mungkin untaian kata-kata saya begitu menusuk tajam di dalam sanubari individu tertentu. Namun sedarlah bahawa risalah ini sekadar risalah umum untuk semua yang sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Bukanlah orang Muslim itu sibuk dengan komentar terhadap bait lagu ‘muhasabah cinta’ sahaja, masih banyak lagi perkara yang perlu dikomentarkan. Baik dari sudut I’tiqad, mu’amalah dan juga aturan akhlaknya.


Segalanya saya serahkan pada Pencipta, tiada daya yang mampu untuk dilakukan melainkan berusaha sekadar termampu disamping berdoa pada-Nya. “ Wahai Tuhanku, Kau tunjukkanlah kebenaran itu sebagai suatu kebenaran dan berikanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan Engkau tunjukkanlah kepada kami bahawa kebatilan itu suatu yang batil, dan berikanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.”


Kata Imam Ahmad Ibn Hanbal :

إِذَا سَكَتَ الْعَالِمُ والْجَاهِلُ يَجْهَلْ فَمتى يَظْهَرَ الْحَقَّ

“ pabila orang alim berdiam diri, dan dibiarkan mereka yang jahil berterusan dengan kejahilan mereka, maka bilakah kebenaran akan terzahir?”


Wahai rijal, ayuh hayunkan langkah kalian! Sesungguhnya kalian adalah ‘jiilul nasril mansyud’, generasi yang diberi pertolongan dan jua yang terbimbing. Ayuh, bimbinglah diri kalian dengan kalimah ‘laa ilaaha illallah’. Kerna dengan kalimah itu sahaja yang akan menentukan kemuliaan hidup kalian.
Wassalam.

Editor,

Adinda ‘Abdullah ‘Ammar b. Mohd Shukry.

22 Oktober 2009

1:16 pm

24 October, 2009

Berlabuh nakhoda hati..

Alhamdulillah masih diberi peluang mengadap blog ni..mood k.o ni..bkn ape,letih drive masih terasa.. Akhirnya berlabuh pun nakhoda hatiku d Bagan Nakhoda Omar...hehe.ingat ke kat area ni xde tmpat best.Thanks pada kuaga angkat kesayanganku pc Tobroni,mc Mas(teringin nak panggil abi&ummi). Mbah dgn bik Nor pun ada..hepi dgn kalian.ada kekurgn pada nadia harap maafkan ea.. Tq jua kerana sudi sediakan makanan kesukaan nadia.Nadia rindukan keletah mus'ab(mu ab)..akk blik tika dirimu dalam dakapan lena,letih ye berjalan panjat batu,redah air..hehe
Hanya renungan mata pada gambar mampu tafsirkan segalanya..