21 January, 2010

Delusi seorang kakak

Hamdallah,masih bernyawa blog ni,
kehabisan bateri sebelum ni nak update lantaran byk sgt komitmen lain perlu diutamakan dahulu. Da ada orang bising x update blog, hehe. Huda prihatin ingatkan,terima kasih teman. Indah berukhuwwah ada insan yang saling ingat mengingatkan.Itulah sahabat,bukan asyik cari salah orang dan mengata yang ntah ape2,simpatiku turut terjengah pada sahabat yg difitnah..dugaan pancaroba dunia..apakan daya menahan.



balik membantu uruskan Iffah sempat join rehlah jassdiyyah kat taman bandar..sonok sgt, da lame x pusing tasik.turun 1kg,naiknye b'kg2 pas mkn..hehe.Hanya gambar meluah gelora kalbu....hepi3



Setelah selesai uruskan Iffah ingatkan tugasanku sudah beres, namun bertimpa2 ombak asigmen menbadai..huuuh,alam student itulah rencahnya.tak letak x sedap...Rinduku masih tertumpu pada si kecik umair,keletahnya makin lama makin geram nak ada anak sendiri,naluri insan.hehe.gatai naa.


Ape yang k.long harapkan adik2 k.long di perantauan dapat cakna ilmu dgn lebih mendalam.Manfaatkan sepenuhnya blaja di ngara orang. Jaga diri baik2 cayang semua (Muaz,Syifa,Iffah). Ammar pun da ada niat mahu ke sana.k.lOng??stay & habiskan degree dulu. Ada rezeki k.lg pg la nnti=)..melancong je la. Memikirkan perit jerih bonda mengasuh m'didik, tumpah airmataku..aku kalah pada buana kesedihan.lantas bergenang disepasang mata untaian jernih hadir tanpa rela. Apakan daya rasa di hati perlu dipendam demi melihat adik2 tersayang berkorban untuk gapai ilmu di bumi Barakah.

Daku disini pun hampir putus nyawa dibuatnya..sekali dapat asgmen berdebuk2..7sbjek 7 asgmen.Allahu Rabbi.mengeluh lagi. Itulah manusia,bila gembira ssah mengucap syukur,bila susah,resah,gelisah baru bibir lantar melontarkan kata.

Makin lama makin kuat harusku b'paksi,makin dekat perlu ku hampiri.Teringat kata ustazah"Kenapa kita menangis time solat tahajjud mlm2 tapi time solat fardhu kita tak alirkan airmata pun?? sedangkan solat tahajjud sunat je.ermmm ada kebenaran juga,If sy silap betulkan yee.

Rona hatiku dicarik lagi, ada teman setia meluah rasa. Membuat ku gundah gulana,macam2 b'main di fikiran. tidak mahu terikat ku masih bisa menutur kawan. time berkawan la paling indah,best,ingat time sek ren dl kalau gaduh time amik wudhu' msti main tarik2 skarf..hehe.lucu2 kngn darjah 1-3.


Dengan izin Allah juga,dgn nikmat usia yang dimanfaatkan Alhamdulillah,dapat juga ku b'sua muka dgn shbt da hampit 10tahun xjmpe Nabilah Wafiah Bt Abu Bakar. Time sek dl dapat gelaran tween dgn nbilah.Punyelah suka dapat jumpa hingga x btitik pun airmata,hanya dakapan bisa menjawab jiwa merindu..su kata hidung sama..hehe. Famili ramah macam dl,teringat muffin makcik,terasa kat mulut sampai sekarang. Nabilah x berubah sifat manjanya.Sempat terlentok dibahuku kat airport..Kcian nabilah=) Nabilah&nahdia seswai2..=) same2 sulung.tgjwb besar.

Inilah celotehku,inilah ihsasku,perjalananku masih panjang..semoga berjaya.

Tq Mie~dya bagi hadiah=)

ilalliqo'

05 January, 2010

Perjuangan belum selesai

Alhamdulillah masih b'nyawa..

Kepada sahabat2 yang menyambut ulangtahun pada bulan Jan ni,sy t'lebih dahulu ucapkan tahniah anda masih hidup hatta al-an. Syukur atas nikmat usia,segala pencapaian atas usaha korang semua selama hidup.semua inginkan yang terbaik,pastinya semua akan usaha secara mujahadah jadi yang terbaik,kan? Pedulikan ape orang kata,yg penting kita terus maju..tapi jangan la ego, anggap diri kita je betul tanpa dengar nasihat orang lain,right??

Alhamdulillah kini berada dalam zon selesa selepas bereskan urusan2 penting berkait jamiah( yuran,daftar madah wa halluma jarra), yang pasti program akan datang menuntut penuh komitmen  terhadap lughah,jangan mengeluh.Ini baru cubaan dunia,semua ini ada hikmah tersirat.7 madah termasuk ko-ku pasti berikan suasana baru, ragam baru. 1 minggu yang da berlalu menceritakan gambaran awal..awal2 da test..huhu,mantooop!tahniah Lughah.huhu

madah sem 4
1)Sarf al-mutaqaddim
2)Nahu al-mutaqaddim
3)Balaghah
4)Aplikasi terjemahan arab-melayu
5)Pengurusan Pembelajaran
6)Syariah dan kehidupan
7)Senamrobik...(",)

ni la die madahnye,nak tak nak kene truskan p'juangan dalam gelanggang ilmu ni,kita kne sentiasa hidupkan & kuasai ilmu baru,baru terserlah jahilnye kita ttg ilmu yang kita x tahu.yang pasti pas belajar kita tahu la,da x jahil la=)..kasar betul ayat..asiff. Perjuanganku belum selesai, banyak perlu ku fikirkan lagi..ilmu,famili,shbt2 & sebagainya sentiasa berlegar2 fi dimagh..

Moga redha Allah sentiasa bersamaku & sekalian mukmin..Ameen.

Buatmu dikku Iffah,selamat b'kemas utk perjuangan ilmu mu ila misr

31 December, 2009

Ceritera 2009

Bermula awal tahun sehinggalah kini macam2 kisah,citer yang berlaku,hamdallah tergerak juga hatiku untuk menjengah dunia blog ni walaupun ikutkan hati tanak terjebak dalam arena ni..Kuasa Tuhan tak bisa ku tolak, dengan bantuan Ammar ku usahakan jua( syukran dikku(",) hehe)

kalau da terjebak kene semangat la,jangan hangat2 tahi ayam je kan..so kene b'update sokmo la jawabnye(",) ni pun kurang. Rasanya tak banyak pun bahan berguna ilmiah yang dimasukkan, sekadar coretan ceritera diriku sepanjang hidup yang berlaku, sendiri punya blog sendiri bikin la kan?hehe. tak kisah la ape org kata..hang bikin la sendiri,komen2 plak,piirrrah!ooopps.. tapi ape yang happy sangat rasenya dapat ramai kawan2 baru, share opinion & so on la.ok la(",)

Di saat akhir tahun ni makin banyak kesenangan ku terima, namun ku harus b'syukur atas rezeki yang melimpah ruah ini. Kesenangan ni mudah2 han x jadikan aku leka dalam pelajaran,namun tugasku makin bertambah untuk maintainkan pointer agar tak terus menjunam untuk jaga status KPM ni..huhu,sendiri dapat sendiri tanggung la cik nahdia(",). sape tak kenaling terkejut dibuatnye punyelah banyak dapat.Terima Kasih KPM.sponsor scholarship =)...



paling manis(",)
 
paling manis ku rasakan akhirnya di usia 22 ni dapat jua ku daftar untuk tunaikan haji..Alhamdulillah syukur sangat ya Allah, lepas tunaikan umrah Jun lalu,hatiku meronta2 untuk cepat2 sahut seruan haji pula & akhirnya peluangku cerah, duit da cukup dalam tabung haji dan layak ku terus daftar la. Maaf mak ayah k.long daftar baru bgtau.. excited(",)hehe. Diberi rezeki dipanjangkan umur pada usia 42 tahun 2029 nanti sampailah turn ku..huhu=) tak sabarnye..da cukup duit awal pun lg bagus.nak pegi dgn sape ek???hehe,ntah!Makkah nantikan kehadiranku(",)...

Esok 2010 akan menjelma,tido celik mata dah dalam tahun 2010.Hidup lagi ke aku esok,lusa,tulat, minggu depan?? Moga2 segala amalanku diterima & dinilai dgn sebaiknya,semua hamba mengharapkan yang terbaik. Begitu jua diriku.Doa,doa & terus b'doa.senjataku..2009 ku tinggalkan dengan rela hati,dengan iringan airmata yang pasti yang pergi takkan kembali. Tok nyang k.long syg tok..Iffah bakal pergi tinggalkan mesia,makin ckit kuaga bahagiaku,ohhh sedih2, sungguh berat hatiku melepaskannya pergi,namun apakan daya,demi ilmu,pergilah dik...usiaku pula makin bertambah, makin bertambah ujian buatku,bertambah tgjwbku,bertambah segalanya dan ku lalui seorang diri tanpa bantuan sesiapa, ku harus b'dikari,belajar sendiri segalanya!yg penting ku harus matang,MATANG?? ape tuh?hehe. so, makin kuat ku harus berpaut pada-Mu Allah. Ku tak percayakan manusia yang hanya manis dibibir mulus tapi hati penuh noda hitam pekat likat!benci!!

Buat si "dia" & semua kawan2,sy sayang korang semua,sblm buat sesuatu fikirlah baik buruk!jangan bikin orang susah k. semoga kehadiran tahu baru lebih mengeratkan persahabatan,perkenalan & segala2nya antara kita.Indah bila ukhuwwah kerana Allah. Buat penghuni teratak no.19 rajin2 la korang ek..

eh sblm lupe..erm ade permintaan suh tulis azam kat cni,ermm ape ek?akhir tahun ni perasaan mcm x wujud ckit,kelabu,keliru & segala ke,ke la..azam ek.

#jadi kakak lebih prihatin(",)
# anak solehah,selalu b'doa('v')
#tak buat orang sakit hati, tak myusahkan org lain.
#mumtaz dlm pelajaran.

ni je la kot, nantilah nak berangan2 dulu.baru leh cakap,sekarang x smpat berangan lagi..bz sangat.haha,truk cik nahdia ni.k take care kwn2 sekalian(",) miss u all.kahwin jemput tau..hehe sempat lagi.k salam
GOODBYE
مع السلامة 

catatan akhir tahun 2009,
nAhdIa eHsaNi
9:20pm 31 disember

26 December, 2009

Syukur atas kurniaan-MU

Hamdallah dapat lg den nak coret b'patah2 kata...actually demam nii,b'jangkit dgn si kecik kat umah,sampai ayah pun nak demam..hehe.kuat yah!ku tinggalkan teratak baiti jannati dalam pukul 9.30pg b'gerak menuju pengabdian ilmu di bumi anak kandung suluh budiman. Banyak berita gembira ku peroleh dalam keadaan tidak sihat ni. Kifarah dosa la ni..Isbiri ya qalbi.


 baiti jannati

Apa yang mahu dikongsikan ialah:
1- Tahniah sape2 dapat result exam mumtaz.
2-Tahniah Iffah akan ke Egypt.
3-Tahniah duit scholarship KPM da masuk
4- Terima kasih mak bantu langsaikan PTPTN.k.long sayang mak.
5-Gembira jugak dapat bantu mak berehkan keje.
6- Tahniah Amir (my cousin) dapat sambung SBPI Gopeng.

& banyak lagi berita2 gembira mengelilingiku semenjak akhir2 ini.Tersenyum je..pergilah jauh duka,jangan hampiri ku..hehe.Aku sangat2 bersyukur atas apa yang telah dikurniakan & dipermudahkan setelah aku berusaha sebaik mungkin untuk mengecapi erti hidup ini.Segala pengorbanan ku telah dibayar,terima kasih buat keluargaku yang banyak mendoakan.k.Long lemah tanpa kalian,ibarat pohon condong menanti rebah. Kalianlah peniup semangat membara agar terus bersinar di puncak alam.


Namun ku tidak harus leka dengan perjalanan yang masih panjang, ku masih terlalu mentah lagi,segala yang berlaku di depan mata penuh iktibar & hikmah harus dikaji sentiasa.kita perlukan pertolongan Allah, jangan lupakan-Nya. Buat teman2 selamat menghadapi semester baru(tak sabar nak abis), ragam baru, cerita baru, situasi baru, subjek baru, lecturer lama=) & segalanya hanya terpahat pada insan yang BERFIKIR...Fikirkanlah

21 December, 2009

debunga kata berbicara

  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  • Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 
  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
  • Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
  • "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
  • "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

18 December, 2009

Perbaharui azam

Perbaharui?kenapa perlu dibaharukan?macam roadtax/lesen pulak..sampai mase kene tukar.Update lg. Tengok al-kuliyyah petang tadi dgn maudu' azam' memperlihatkan kupasan yg cukup indah dari ust Zahazan& ust Radhi. Sy begitu t'tarik dgn p'soalan dr Hajah Ct yg menanyakan soalan bagaimana nak sedarkan golongan remaja pentingnya bertawakkal selepas b'azam. Jawapan dr Ust Radhi cukup menyentuh qalbi. Sememangnya sy akui kebanyakan golongan dewasa tidak nampak kebaikan yang di tonjolkan oleh remaja @ anak mereka sendiri, sebagai contoh: si anak ini rajin solat,cemerlang di sekolah, bagus pergaulan, rajin tolong mak ayah..tapi lambat bangun solat subuh.

Lalu si parents hanya nampak kesalahan anak ni lmbt bgun subuh..tapi kebaikan yg dilakukan si anak  banyak2 td seolah tidak wujud pd pndgn mata hati mereka. Maka di sini ada wujud konflik dalaman pd remaja.Mereka akan b'aggapan kebaikan yg banyak dilakukan tidak m'datangkan ape2 makna. Remaja perlu dihargai, ada masa perlu dipuji..Inilah cabaran m'didik rmaja zaman alaf baru..sungguh m'cabar. Begitu juga cabaran buatku m'didik adik2 ku sendiri. Pelbagai ragam & karenah kadang2 buat ku hilang pertimbangan pada mulut ni..Astagfirullah,Maafkan k.long ye adik2..

By the way,tanam& tuai la azam yg disemai itu,moga2 tumbuh sinar bahagia buat korang semua , Setelah b'azam pgg kukuh dgn azam &jgn lupakan Allah.. "Faiza 'azamta fatawakkal alallah innallaha yuhibbul mutawakkilin"   

Manusia dikurniakan akal fikran  untuk berfikir, tenaga untuk bekerja, dan  kemahuan serta perasaan untuk melakukan  sesuatu. Justeru itu mereka diberi kebebasan memilih  untuk melakukan sesuatu perkara tetapi masih tertakluk kepadaa kehendak / keizinan Allah

Jangan bergantung nasib dan taqdir, Semua manusia mesti berfikir, Supaya iman tidak tergelincir

wslm 




17 December, 2009

Coretan rasa

Alhamdulillah bisa ku celikkan mata lg nak menulis ni..ingat tanak bukak dah,seminggu yg berlalu b'hadapan dgn pelbagai tugasan sehinggakan pejamkan mata pun x lena.

12=pegi pekan, penuhi undangan walimah ex-Irsyad,mak ayah da x larat,so bwk la adik2 pg Pekan.sambil2 tu sgah tgok rumah lame yg ku diami dalam umur 3-5thun dl.Pegi2 tgl tapak rumah dgn tangga &tiang rumah je..sedihnyaa.kat rumah ni mcm2 peristiwa suka duka terpalit. Ku tinggalkan padang Polo dengan senyuman bermakna. Teringat wajah2 insan yang m'jagaku saban waktu tika mak smbung blaja amik dip. pendidikan. eksiden dgn ayah,lari kejar kete nak ikut makcik balik,syifa terjun dr tgkap n macm2 la=)....

  ni kat tapak rumah lama,tgk tu tangga dgn tiang je ade

 time balik singgah umah m ndak kat SBPI. Mkn aiskrim dgn nuget.rehat2..muaz pun t'lelap kat c2. pas asar gerak balik ke kuantan,singgah rumah t.su plak jumpe m.su baru smpai dr terengganu.Time cuti camnilah manfaatkan mase ziarah sanak saudara.t.su ajak makan,pas isyak baru kami balik rumah=)..o.t.w balik tu ade ckgu call tanye leh tlg ajarkan tntg IT tp x tau ape kebendanye...terfikir jugak,pandai ke aku nak wat nnti,mcm tinggi je kemahuannya,benda x tgk lg.hehe,so rancang jmpe Isnin la,ahad die ade kelas katenye..kelas ape?t'fikir jgk.

rumah t.su
13-14= jadi drebar pulang ke kampung,urgent..padahal da ada plan nak main bowling dgn teman2,xpe lah pentingkan family dl.maaf ye teman2.Tokki nak demam,kuat sgt buat kerja kot..tokki umur 70 pun masih larat lg pg ladang tgk lembu2 & sawit die..klong bangga dgn tokki,doakan k.lg pun kuat mcm tokki.Budak2 merengek nak mandi kolam..aduhai,nape la malasnye.bukan best pun.tp mak da mls dgr adik bising,mak suh bawak la..mak ade "meeting parlimen",xpe la bg privacy kat mak.hehe=)isnin..teringat plak janji dgn ckgu nak mtk tlg ajar IT tu,msj die ckp x balik kuantan lg,tunda selasa pg.btolak dr jengka pun kul 3,singgah panching selatan jguk sedara jauh belah mak. lewat jgk smpai umah dlm pukul 6.30ptg.ayah da xde..pg masjid

 suke dapat mandi kolam..k.lg tukang tgk je..

15= seperti yang dijanjikan ckgu tu smpai betul kul 8pg kat umah..so buat kat surau sekolah,tgk2 baru tau ckgu2 ni sambung degree OUM, kene buat asgment. kene gune powerpoint. Bace arahan belit2 jugak..ya Allah betul ke aku nak ajar diorng ni..t'tanya2 jugak,xpe chaiyok2..k.long serba boleh kan..hehe.bace2 & fahamkan so tau la,die suh wat 5(LIMA) ~t'beliak biji mata tgk ni~ rncgn pengajaran harian blainan subjek tapi menggunakan tema yg sama..(PENDEKATAN BERTEMA) ni gne powerpoint, untuk sek ren.Aduuuh..dalam hati da goyah ni nak ajar ke tak..byk tu.xpe la kte tolong org,InsyaAllah ilmu kte b'tambah..ajar la diorg sampai zohor, tapi x siap lg. da penat mintak sambung pas solat zohor.

Actually,hati teringat kat muaz nak ke KLIA kul 3,mak da bg list sape leh ikut,namaku t'senarai=), balik cerita pd mak keje x settle lg, mak mintak sambung esok la..berat hati gak nak bgtau ckgu2 ni. Dengan suara hati yg kuat all jgk mintak sambung esok,nasib baik diorg faham..alhamdulillah,leh g hantar muaz=) 3.30 gerak diiringi renyai hujan.sampai kat rumah P.ju jam 8malam. pastu dalam kul 10mlm  gerak ke klia,ramai org..baru tau tunggu org balik dari haji. so dalam kul 1145 tinggalkan muaz dgn geng die walaupun flight die kul 1pg.kami terus balik kuantan

                                    kat   klia




16= teruskan pgjrn pd ckgu2 yg minta bantuanku,plan dlm pkul 10pg,so buat alhamdulillah dalam pukul 3ptg siap complete skali dgn RPH.diorg ajak makan.pekene ikan patin,alhamdulillah sedap,leh tahan la.

Sedar x sedar da 17hb tinggal beberapa hari lg aku di rumah.sekejap mase b'lalu,amalanku??moga dredhai Allah sentiasa. Selama beberapa hari ni la aku lgsung x masak tgh hari, yg ada kat umah la jd mgsa=)hehe Sorry dear. arini ada tmujanji dgn mak plak,jd drebar mak ke bandar,hajatnye smalam tapi mintak tangguh nak settlekan keje dgn ckgu 2 dl,nasib mak memahami..tq mak. Ayah pun ikut..ayah jd bos duk kat belakang=)

1st place, pesuruhjaya sumpah,kwn ayah en. Zainal,mak nak settlekan hal Takaful.kat pjbt NSTP berduyun2 org beratur,ade ape ni..ayah pg risik rupanya nak amik tiket free untuk masuk ke bukit gambang resort&city..ya Allah.Kalaulah ini tiket untuk dgr ceramah,nasyid..agak2nye berduyun camni ke?astagfirullah...Sanggup walaupun tgh panas beratur.dunia2.ok abaikan. mengarut da ni. 2nd place, bank Islam&HSBC ada urusan kewangan,3rd Takaful, Lastly,pg makan kat SITIMAN..sedap=).
Itulah  perjalanan hidupku  yg sempat dirakam dalam memori..
itu je.wslm

10 December, 2009

Kelangsangan

Perlakuan langsang wujud dalam semua budaya. Kelangsangan merujuk kepada tindakan sengaja untuk menyakiti orang lain secara fizikal atau psikologi. Mungkin korang tak suka untuk menyakiti orang lain secara fizikal terhadap orang lain tetapi tindakan orang lain kdg2 memaksa kita m’jadi langsang.

Tindakan langsang mungkin berpunca drpd rase kecewa @ takut atau terpengaruh dengan tingkah laku orang lain. Kehilangan kasih sayang, kekurangan rasa dimanja oleh keluarga juga menyebabkan tingkah laku langsang (Dale,1997). Bagi remaja,perubahan fizikal mereka secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mudah rasa t’ganggu & seterusnya bertindak langsang. Remaja yang keliru & bimbang dgn perubahan pada zaman remaja akan mula mencabar & m’cari pendapat @ fahaman yg b’beza drpd parents mereka. Ini menunjukkan mereka bertingkah laku langsang.

Tapi usah khuatir, coz ia boleh ditangani dengan gabungan pendekatan fizikal, lisan & psikologi. Kanak2 yg langsang perlu dibelai,diusap,dimanja pada sentuhan belakang badannya dan gaya pujukan pun mestilah lembut. Tanyakan mereka apa yang terjadi & Bantu mereka untuk dapatkan penyelesaian & nasihatkan mereka agar b’sabar. Walaupun bukan mudah nak memujuk minta mereka b’sabar jikalau kita sndri kurang sabar, apa yg dapat di sini,di samping ajar anak bersabar tapi melatih ibu bapa sabar dgn karenah anak2.manis2 aturan yg Esa.Itu peringkat kanak2.

Bagi remaja pula, ia perlu penggabungan penggunaan ganjaran & hukuman. Nasihatkan mereka & beri mereka peluang untuk berfikir secara rasional dlm tempoh waktu yg
ditetapkan, dalam 10minit ke.pujuk mereka jika enggan selesaikan sendiri, bermakna mereka bersetuju untuk dikenakan tindakan disiplin oleh guru.

Jenis Langsang

direct -serangan b’sifat fizikal & lisan,-tumbuk mangsa,kuarkan kata2 kesat depan orang tu

indirect-Tindakan langsang yang sukar dikenal pasti,-menaruh dendam dalam diam

instrumental-Jadi langsang sbb nak dapatkan sesuatu ttpi takde niat nak sakiti hati org lain, -potong barisan, ambil mainan orang lain.

Hostile- Sengaja nak dera & sakiti hati orang lain,- ancam nak bunuh, cederakan @ putuskan hubungan

Proaktif-Tindakan langsang secara sengaja t’hadap orang lain cara untuk dapatkan sesuatu @ capai mtlmt t’tentu,-Sengaja sembunyikan buku kawan.

Reaktif- Jadi langsang sbgai suatu tindak balas t’hadap kekecewaan @ provokasi drpd orang lain,-balas dendam dgn menyakiti pelajar yg sembunyikan bukunya.

Fizikal -Ambik tindakan yang ada potensi untuk cederakan fizikal orang lain. -sepak @ tolak orang lain dengan tujuan untuk menjatuhkannya.

Hubungan- Ambik tindakan untuk m’beri kesan negatif kepada hubungan dgn orang lain. Menjeling @ tak b’cakap langsung dgn seseorg dgn tujuan nak sakiti hati kawan dia.
(rujukan:Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar,UPSI)

Itulah antara yg dapat dikongsikan, moga t'jawab la sedikit untuk persoalan yang diajukan..kome ni bukan amik jurusan kaunseling nak kupas byk2,hehe.kita share2 la ilmu yg ade kan.
Wassalam.