29 October, 2010

Usrah



    Usrah adalah suatu perkataan yang tidak asing bagi majority gerakan Islam sedunia pasca kebangkitan Gerakan Ikhwanul Muslimin. Aplikasinya dipelbagaikan dan dianggap sebagai serendah-rendah sistem yang perlu ada di dalam sesuatu organisasi gerakan Islam baik apa sahaja bentuk dan wasilahnya. Hal ini perlu disedari akan peri pentingnya, dimana jatuh bangunnya gerakan adalah bergantung kepada faktor utama ini. Adalah suatu yang perlu bagi sesebuah gerakan melakukan proses taxonomy (pengkelasan) yang jelas dalam mengenalpasti marhalah, segmen ahli, jenis usrah yang sesuai mengikut perwakilan entity atau kelompok tertentu di dalam gerakan dakwah. Hari ini kita melihat terlalu banyak kepincangan dan salahlaku dalam proses pelaksanaannya apabila penterjemahan pelaksanaannya sering disalah ertikan, disorok fungsinya, dimomokkkan dengan beberapa dikotomi dan diberi imej yang lesu oleh si pembawa usrah itu sendiri. Salahlaku ini melibatkan kepada gerakan itu sendiri, para naqib dan para anak usrah yang terlibat.

Masalah-masalah yang timbul akibat permasalahan daripada usrah yang tidak berkesan

Jamaah kelihatan gah dan hebat pada mata umum tetapi lemah dari segi pillar, pasak dan tulang belakang jamaah. Penghasilan para petugas dan pemimpin yang separa masak serta tidak cukup pengetahuan, pengalaman dan proses didikan yang berguna kepadanya. Merencatkan pertumbuhan , perluasan system serta menyukarkan jamaah membina sistem pengurusan yang ampuh dan tersusun. Menyebabkan jamaah sukar menghasilkan sistem imunisasi dan pertahanan daripada serangan luaran, serangan isu, jenayah IT dan beberapa aspek yang mengurangkan tenaga jamaah. Menyebabkan jamaah menaggung amilin(petugas) yang kurang daya mampu membawa hala tuju jamaah mengikut acuan semasa yang waqii’y akibat sikap ahli yang dogmatic, pak angguk atau wala’ dengan nada yang tidak konstruktif. Menyukarkan jamaah mengubah imej, membawa halatuju baru kerana ahli hanya mendapat maklumat secara umum hanya melalui liqa’ umum, surat khabar jamaah, perkeliling yang terbatas kefahaman yang semestinya tidak membumi. Jamaah tidak akan dapat mengikat ahli melalui proses makro (liqa’ besar, muktamar) dengan menidakkan proses ikatan secara kecil-kecilan. Perlu diraikan sikap ahli yang cenderung kepada entity masing-masing (chauvinistic atau seolah-olah assobiyyah) sesama ahli bawahan. Mereka gemar mengutamakan kawasan, negeri dan mengutamakan rakan yang terdekat untuk diikat sebagai unit kerja berkesan jamaah. Masalah remeh jamaah yang bertahun lamanya tidak dapat diselesaikan dengan saksama.


Mengapa usrah gagal?


Usrah gagal kerana pelbagai sebab musabab yang perlu dirungkai secara kritikal untuk menyelesaikannya secara adil dan telus. Usrah yang gagal sering diberikan tanggungjawab kepada para ustaz, para naqib dan murabbi untuk diselesaikan dan di atas pundak merekalah segala masalah ini dilepaskan. Jamaah yang terlarut dengan proses organisasi komplikated (siasah hizbiyyah) yang rencam dan kompetitif ini mula melupakan tanggungjawab dan focus utama jamaah, melupakan proses pengkolonian (perluasan) jamaah adalah bermula melalui usrah. Usrah adalah teraju jamaah. Atas atau bawah memang perlu berusrah. Tinggi atau rendah mentalitinya perlu juga berusrah. Tiada kompromi atas hal ini. Inilah penegasan yang wajar ditekan pada setiap kali perhimpunan jamaah, dilihat pelaksanaan usrah dan pelaksanaan sistem peningkatan usrah sebagai suatu yang tinggi dan penting dalam jamaah. 

No comments: