16 May, 2009

buatmu golongan yang cintakan ilmu..

Kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

ِإنَّ مَثَلَ الْعُلَمَاءِ فِي الأَرْضِ كَمَثَلِ النُّجُومِ يُهْتَدَي بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ فَإِذَا انْطَمَسَتِ النُّجُومُ أَوْشَكَ أَنْ تَضِلَّ الْهُدَاةُ .

Maksudnya : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".(Anas bin Malik r.a.)

Pesan Saiyidina Ali Karramah Allahu Wajhah :

لَيْسَ الْجَمَالُ أَنْ تُزَيِّنَ بِأَثْوَابٍِ # إِنَّ الْجَمَالَ جَمَالُ الْعِلْمِ وَاْلأَدَبِ

لَيْسَ الْيَتِيْمُ من قَدْ مَاتَ وَالِدُهُ # إِنَّ الْيَتِيْمَ يَتِيْمُ الْعِلْمِ وَاْلأَدَبِ

Maksudnya : Bukan kecantikan itu menghiasi diri dan pakaian = sesungguhnya kecantikan itu menghiasi diri dengan ilmu dan adab. Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya = sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.

Manakala seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah :

"إِنَّمَا الأُمَمُ الأَخْلاَقُ مَا بَقِيَتْ فَإِنَّ هُمُ ذَهَبَتْ أَخْلاَقُهُمْ ذَهَبُوْا"

Maksudnya : " Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang "

Inilah yang dapat dikongsikan buat renungan bersama.


No comments: