"Ko ni asyik pakai baju hijau je,warna lain takde ke?";temanku Ayu membuka bicara
'eh ada la';jawabku. 'Hijau warna kesukaan Nabi Muhammad SAW tau'; ku menjawab penuh pasti. Warna hijau ni da sebati dari umurku 5thun lagi, Bermula di Pasti Al-Fatah. Pastu, di SRAI, Kuantan diwajibkan KO Syabab&Fatayat(pengalaman yang mengajarku erti survival), di SMAI pun sama dari komander muda sehingga penulis mendapat pangkat 'Komander' setelah melepasi hlgn berkayak dalam hujan, tdo kat tpi sungai, masuk ladang kelapa sawit cr bearing sendiri(mmg takleh dilupakan) tapi kini dikenali sebagai KRS, tapi masih still hijau bajunya.bagus2. dinding dalam umah pun cat hijau. Manalah penulis tak obses hijau.hehe
Selain itu, Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk
dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian. Baginda bersabda yg b'maksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim). Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi. itu la sampai terbawa2 dalam blog.bg shbt2 yg elergik warna hijau,maaf penulis ucapkan..Kite kne trma sesuatu yang asing dan jaga btsnnya..
Allah s.w.t. menciptakan alam ini berwarna. Warna mengajak kita memperhati gelagat alam dan memikirkan keajaibannya. Hati menyebut `Maha Suci Allah', apabila sesuatu keajaiban itu disingkap untuk kita saksikan. Alam ini mengkagumkan kita. Tidak hairan jika ada yang sanggup menghabiskan umurnya untuk mengkaji serangga sekecil semut. Penggunaan warna hijau menggambarkan satu perlambangan yang bersih, baru dan segar. Bumi ini dipenuhi kehijauan. Daun, sayuran dan pelbagai tumbuhan kebanyakannya mempunyai pigmen hijau. Di dalam al-Quran juga menyatakan syurga dan kehijauan di dalamnya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Kelihatan syurga itu hijau tua warnanya. (Ar-Rahman 55:64). Perumpamaan di dunia, warna hijau dianggap positif. Manusia Muslim mengambilnya sebagai simbol kepada keindahan, supaya ingat dan tidak lupa kepada keindahan besar di akhirat. Tetapi ini tidak bermaksud Islam hanya menganjurkan warna hijau. Sekali lagi warna adalah neutral. Mengapa seorang Muslim jarang menggunakan lambang warna api, merah mungkin boleh kita fahami.
Manusia Muslim berfikiran positif yang sentiasa ingin menjadi manusia yang baik dan memperoleh kebaikan sebenar, iaitu syurga. Dalam memilih lambang ia akan memilih yang positif. Islam sama sekali tidak mengharamkan penggunaan warna lain. Putih misalnya menjadi lambang kepada kesucian. Sebagai contoh, Malaikat Jibril berjumpa dengan Nabi s.a.w. berpakaian putih rapi dan ia dilihat oleh sahabat. Tidak timbul di sini persoalan warna yang boleh dan tidak boleh kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menggunakan pakaian yang ada warna, walaupun dalam banyak keadaan baginda s.a.w. gemar memakai warna putih. Warna amat perlu untuk mencapai tahap keindahan. Seni Islam mengutamakan aspek keindahan. Perkara ini jelas terlihat dalam hasil seni umat Islam yang berwarna warni tetapi harmoni.
Warna memainkan peranan yang amat kuat dalam memberi karakter dan identiti sesuatu perkara. Begitu juga pada diriku..kain baju raya warna hijau masih ttp cantik pemberian Muaz. Syukran adikku.
1 comment:
suke hijau gak!! suke katak hijau! (errr...)
Post a Comment