30 March, 2010

Buatmu mak..sempena yaum milad-47

Atmosfera lail pekat likat
Diulit belaian bayu sendu gelita
Detik hati dengan kurniaan nikmat
Mencurah seakan tidak disekat

Tiba sepasang mata menatap wajah
Pada potret usang di celah madah
Diusap manja penuh hemah
Dipeluk erat menghilangkan resah
Menyelinap tabah melingkari mahabbah

Mak,
Bukan permata ku dambakan
Bukan berlian ku harapkan
Cuma sekalung doa yang tidakkan terurai
Cuma ingatan yang tidakkan terburai
Selagi hayat ku masih tersadai
Dipersada alam tenang dan damai
Adakala jiwa diusik ombak membadai

Di daerah jauh ku terkapai-kapai
Memutar waktu penuh gemalai
Mengenang pengorbanan insan tanpa balasan
Insan mulia penuh suka-duka
Dipendam sengsara diluah ceria
Demi anak-anak tercinta..

Mak
Mawaddah kau hamparkan
Mahabbah kau titipkan
Pada insan yang ditimpa gundah
Pada murid yag dikelek masalah

Di sekolah kau berjasa
Di rumah kau meluah rasa
Bercerita penuh iktibar
Moga anak jadikan tugu
Melawan anasir mengganggu

Mak,
Saban waktu ku menghitung usia
Ku takut pada waktu yang tiba
Kian menjauhkan antara kita

Namun ku sungkur pada qada’
Ku percaya pada qadar
Sunnah Allah termaktub jelas
Redha pada suratan takdir


Janjiku,
Menggapai cita-cita yang diimpi
Realisasi harapan dihati
Penuhi hasratmu saban hari
Jadi insan terbaik di duniawi

Ucapan padamu tiada henti
Bibir terus menyebut
Hati terus mengingati
Pada jasamu yang tiada berpenghujung

Kak long sayang mak...



dya ehsani
1:17am
30/3/2010

No comments: