Pagi yang hening ditemani suara merdu maher zain menyebabkan ku khayal melayan perasaan..namun urat2 otakku terus menerjah pada seseorang insan tidak berdosa..lalu terpacul di bibir mulusku..SYAFIA..
Hanya ini dapat ku nukilkan buatmu anak kecil..tiada daya kudratku membantumu hanya doaku sahaja mengiringi perjalananmu ke sana...
Tenang pagi dikocak resah
Fikiranku kian gelisah
Melihat ragam manusia yang punah
Kerna penangan nafsu amarah
Syafia,
Kau mangsa durjana,
Rakus menjilat memadam hati suci,
Pada simpati yang menyeri anugerah Illahi,
Mana belas ehsanmu wahai si rakus!
Pada insan sekecil yang tidak mengerti apa-apa,
Tetap mendiamkan diri menyembunyikan rahsia,
Kau mangsa, kau mangsa, mengapa engkau Syafia???
Empangan airmataku pecah
Membasahi lapangan pipi tanpa disedari
Kecewa dek sifat rakusmu yang menggila si rakus!!
Wahai si rakus!
Di mana kau labuhkan iman dalam dirimu,
Di mana kau abadikan ajaran agama dari kecil,
Di mana kau letakkan amanah menjaga anak tidak berdosa???
Si kecil perlukan dibelai,
Bukan di sepak terajang,
Bukan dibiar rasa keperitan kepedihan..
Ya Allah,
Sejukkan amarahku
Tenangkan jasadku
Sungguh ku kecewa dengan si rakus durjana
Memalit duka menghiris kalbuku pada Syafia..
Moga Jannah untukmu Syafia..
9.39am
10.3.10
No comments:
Post a Comment