15 December, 2010

Penat Mahal vs Penat Murah

Penatnyeeee...
Nape?; sapa teman.
Da siap cantik-cantik, ada salah plak paperwork ni, banyak ragam plak yang di naknyer...Aduuh!; keluh den.
Sabarlah; pujuk teman.
:) ; balas den.


Macam tak biase plak kan buat paperwork. Padahal da berkurun pun. Bukan sekadar paperwork je. Adakala apa-apa perbuatan@ aktiviti @ apa-apa yang kita buat itu bermanfaat & buat kita penat tak terhingga sebenarnya terselit hikmah tersendiri. Penatlah sampai nak tercabut tulang pun, itupun ada nikmat yang paling indah pabila dikenangkan kembali. kalau den kira, Banjaran Titiwangsa itu den tak mampu, time naik itu pun dah give-up sampai terdetik dalam hati nak stop & patah balik. Tapi dengan kuasa Allah, siapa tahu kan, den dengan kawan2 semua berjaya sampai ke Raub. 

Eh, apa khabar ek inche pacat pacat pacat pacat??? (nak bagitau banyaknyer pacat atas sana)..hehe:). Kami semua sihat walafiat kerana inche2 semua telah keluarkan ntah berapa titis darah kotor kami..hihi. Kawan2 penat ea??senyum...=). Senyum seindah suria. Semua orang merasai penat. Selepas penat pasti ada keluhan terbit dari minda/naluri/mulut tu kan...

Kalau Allah nampakkan penat tu, mesti semua akan give-up. Takkan buat apa-apa yang payah & susah! Buat yang senang je kan??. Itu nama barakah yang Allah hilangkan dari pandangan mata buat hamba2Nya berfikir. Ia sebenarnya ujian untuk melihat tanda aras serta termometer amalan manusia sejauh mana berusaha dan terus berusaha. Chaaaiyook!! Jangan risau penat korang semua mahal tu dalam kehidupan sebelum berjumpa liang lahad...

Penat Murah??

Eh, sejak bila penat pun leh letak harga murah ke mahal ni. Mesti korang pun pelik kan..Ini den umpamakan kita penat buat benda yang sia-sia. Tak bertambah amalan kita kepadaNya.. Korang jangan tiru den cakap ni. Ini hanya perumpamaan yang terlintas di dimagh den. kalau difikirkan CONFIRM  penat murah lebih banyak dari penat mahal, right?? Penat2 bercintan, akhirnya tak ke mana, topup, masa, dating dah banyak bazir da~~~.. ya Allah jauhkan aku dari 'rasa' itu. Kalau bukan bercintan pun banyak lagi la hal lain..korang dah besar, pandai pikir baik buruk kan. So, bijaklah dalam menilai erti kehidupan masing-masing=)....

Apa yang boleh den kata;

penat ini mengajar
lelah ini berharga
tidak nampak di mata
tapi rasa di anggota sedia ada
ku rela tersungkur kepenatan
dari iman terus tersungkur 
tanpa bangkit!


"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." (Ali Imran : 200)...

Sabarlah duhai hati, penat ini sementara, mengajar kamu menjadi insan kuwwah! (kuat) hadapi hari yang terus mendatang.. Sabar Nahdia:)


p/s: zzzzzzzZZZZZZzzzzz!




No comments: