22 January, 2012

Payah tak jadi anak sulung?

Bismillah wal Hamdulillah :)


Alhamdulillah  (3x)

Assalamualaikum semua~~ khabare? waras ngak?? kalo ngak waras, wad dahlia HTAA ada kekosongan untuk diisi..hehe. (Korang nak tahu wad dahlia tu ape, pergi la survey kat HTAA :D )

Pagi ni cek  email, den didatangi email yang memberikan soalan yang agak skema bagi den untuk dijawab.. iyyyah. Den cuba jawab dengan skema jugak..tapi jika tidak menepati kehendak skema jawapan jangan marah ea..hehe.

Soalannya: 

Salam akak, ramainya adik beradik akak (15orang). Saya ada 5 orang adik beradik dan merupakan anak sulung. Bagaimana akak menjadi kakak kepada 14orang adik. Boleh kongsikan dengan saya peranan akak dan cara atasi apabila mereka bergaduh?. Adik-adik saya lelaki. Mereka selalu bergaduh. Geram saya!..Tolong bagi nasihat pada saya untuk kawal dan didik mereka. Terima kasih akak. (nurul)

bermula tarian jemaripena den....

Adik Nurul, (alamak skemanya, gaya motivator la plak...aduh!)...fokus2...
1st akak nak mohon maaf atas ketidakskemaan akak ni..akak x reti nak jawab secara skema. Serius!...Dalam blog ni bila akak taip je terus hilang skema tu..tapi akak harap jawapan akak betul la dan menepati citarasa jawapan Nurul..Maaf tau..hehe :) lain la kalau sewaktu ditemuduga @ melibatkan function yang skema, akak akan menjadi skema habis. Oppps! :)

Mulakan dengan bab: Sejarah Kehidupan

Alhamdulillah akak pun x sangka menjadi anak sulung. Bertuah kita, kita merupakan anak yang pertama mak lahirkan..Beruntungkan.. Kita mendapat kasih sayang paling awal daripada ibubapa berbanding adik2 kita. Bestkan?? (sila jawab best :) ) Tanamkan rasa syukur dalam diri. sewaktu kecil, akak lalui liku-liku hidup yang sama macam orang lain. Sewaktu akak lahir, mak ayah masih dalam pengajian di UKM. Teringat moyang akak ada pergi ke rumah sewa mak ayah datang jenguk akak masa lahir. Ini pun sebab ada gambar. Akak jadi tahulah. Moyang akak yang melayan mesra akak dulu telah kembali ke rahmatullah pada tarikh hari lahir akak yang ke 22 tak silap.... pastu dalam usia 2,3 tahun akak menetap di Pekan. Masa ni ayah bekerja di Pekan dan mak sambung pengajian amik Diploma Pendidikan di UTM. Akak tinggal dengan ayah je. Kemana pergi ayah akan bawa naik motor dan akak duk dalam raga motor & pegang handle motor..hehe cute kan :) (sila bayangkan). Kalau ayah ada kerja akak ditumpangkan di rumah kawan2 ayah sekitar Pekan. paling ingat rumah pc Amir main dengan kak Israq, Maryam dll. Sekarang dah xde rumah tu, yang ada cuma Stesen Petronas. Paling ingat jugak accident dengan ayah langgar belakang kereta tak silap. Alhamdulillah tak teruk sangat. Akak jugak banyak habiskan masa dengan makcik2, sedara2, kawan2 mak ayah yang jaga masa kecik. Teringat masa makcik nak pergi mana ntah naik kereta. Akak boleh kejar kereta tu kat jalan raya..haha.zaman kecik2 dulu..emosi lebihhhh :) ....cakap mcm skrg xdek emosi lak saya ni..haha.sabo je la. Banyak la kenangan dulu2. Semua terangkum dalam album je. 

Pastu yang akak ingat, bila dah besar ckit dalam usia 5 tahun akak sedar ada adik 4 orang, deret umur 4,3,2,1 tahun. Memang hyperactive ya Allah tak usah katalah, yang akak ingat jugak masa tu ayah ada belikan basikal, ada sebuah basikal tua. Petang-petang masa  cuaca baik, kami naik basikal pusing2 Padang Polo. Akak tinggal berhampiran dengan Istana Diraja Pahang. Ok nak cter la kan..ntah macam mana tengah2 gumbira mengayuh basikal, kaki adik akak ade termasuk dalam lidi roda basikal... (jangan bayangkan). Adik akak naik basikal dengan pakcik bukan dengan akak pun. Bila darah dah berkubang..kami baliklah rumah, kecohlah satu rumah dengan jeritan adik manja akak tu.hehe.saje malas mention nama adik mane satu..huhu. Pastu apa lagi, yang kena pukul sapa?adik akak tu?tentulah tak..Akak la yang kena. Sebab apa akak ingat peristiwa ini, sebab akak rasa inilah pertama kali akak mengerti apa itu  BERTANGGUNGJAWAB. Ya, kita ada tanggungjawab. Sebenarnya dari kecil patut disematkan perkara ini dalam jiwa anak sulung. Bila ada rasa dan sifat ini, kita akan sentiasa menjaga, menasihati, menegur dan apa2 yang berkaitan dengannya untuk kemaslahatan adik2 kita. kalau masa ni ditanyakan pada akak payah tak jadi anak sulung. Akak akan cakap ye...memang PAYAH!. Semua kesalahan adik2 kita tanggung. Kena rotan sape?anak sulung. Sebab apa? sebab tak jaga dan tak amanah dengan tanggungjawab yang diberikan. Kena marah sape? anak sulung. sebab apa? sebab tak ajar adik2 dll..

Hubungan kekeluargaan memang superb, time weekend ayah akan bawak pergi pantai, air terjun, sungai kami rehlah bersama2..Sebelum tido ayah dah cakap: Esok pukul 7 siap! siapa lambat tinggal!..kami semua bangun awal, solat dan memang dah siap untuk keluar. Excited!. Boleh katakan semua pantai area Pekan & Kuantan semua dah pergi jelajah. Before that, breakfast dulu kat mana2 kedai, time ni di ajar supaya share makanan antara adik2 walaupun ayah tanya sorang2 nak makan ape. Ayah dan mak ajak kuar time weekend nak ajar & asuh anak2 die hargai alam, dekatkan diri dengan Pencipta... 

Tapi itu dulu, kini.... setelah menginjak denai usia dewasa, berjalan dalam lumpur-lumpur dan batu kerikil penuh kepayahan, akak belajar sedikit demi sedikit. Diajar diasuh di samping bertambahnya bilangan adik2. Bila akak makin besar akak belajar erti BERDIKARI. Berdikari bagi istilah diri akak ialah kita buat tanpa mak ayah suruh....(tak terbayang berdiri atas kaki sendiri) Ye, itu berdikari. Tapi nama manusia adakala terasa jugak..asyik kita je..asyik2 k.long..asyik2 k.long... adik tu tak suruh pulak..Mesti ada rasa macam tu kan? (sila angguk laju2)..hehe :)
Memang akak rasa kehidupan akak penuh dengan berdikari. Dari kecik sampai la ni lah senang cito...Masa belajar kat Kelantan ayah pergi hantar je, lepas tu famili kawan ayah yang memang baik sangat2 iaitu PC Mazlan (skrg dah arwah) yang uruskan sesi pengajian akak kat sana. Masa cuti balik sendiri naik bas. Takde macam zaman sekarang, tiap kali balik asrama mak ayah hantar kalau boleh nak suruh mak ayah masuk dalam asrama sekali. Ini realiti. Adik2 akak best..adakala mak ayah hantar diorang banyak kali berbanding akak. belajar jauh katakan..hehe :). Time akak register U pun akak pergi dengan kawan ayah iaitu PC Tobroni. Masa ni ayah akak kat hospital. Mak pregnant. Akak dah beli tiket bas direct ke Tanjong Malim masa tu. Kebetulan kawan ayah dari Sabak Bernam ada ziarah ayah di HTAA. Dia pun pelawa akak pulang dengan dia dan tolong akak mendaftar di UPSI. Jadilah dia dan isterinya MC Mas "mak ayah" akak masa tu; hakikatnya hati akak menangis, jiwa akak sungguh terusik. Saat manis akak memasuki IPTA bukan dengan ibubapa sendiri walaupun mereka ada. Kita merancang, perancangan Allah lagi hebat. Lebih tersentuh dengan kawan-kawan dari jauh yang datang dengan mak ayah naik bas, sewa teksi untuk hantar anak ke menara gading. Akak kira beruntunglah jugak..Alhamdulillah. Boleh katakan, kehidupan akak daripada kecil sehingga dewasa lebih banyak dengan orang disekeliling mak ayah. Beruntunglah mereka yang mendapat  perhatian penuh daripada mak ayah. Tak bersyukur lagi tak tahulah.


Peranan??

Setiap manusia ada peranan tersendiri. Kita hidup atas muka bumi ni pun ade peranannya jugak (khalifah)..semua memainkan peranan. kitaran kehidupan. benda yang sama je bila difikirkan tapi tindakan kita yang berbeza2. Bagi akak, bagaimana mak ayah didik anak sulung tu, macam tulah yang die akan lakukan pada adik2nya. Didikan daripada ibubapa amat2 memainkan peranan terhadap anak sulung. Ni pendapat akak la. So, peranan akak terhadap adik2 yang boleh tahan nakalnya ni...

1) Marah apabila degil.  (Jujurnya budak ni..hehe)
Kita berhak amik alih tugas mak ayah pabila perlu. Ye, kita tak boleh biarkan mereka terus dengan kedegilan & kemanjaan melampau, kena ajar yang patut pada tempatnya. Bukan marah sampai dera2. marah yang membina. Tapi akak mengaku je adakala rotan, hanger, tangan, kaki ni selalu je singgah kat badan2 adik akak..motif: GERAM kuasa 500megabait!. haha. Ya, akak seorang yang GARANG! tanyalah adik2 akak tu..huhu. Sekarang je tak garang sangat, diorang dah makin besar, lebih pandai dari akak. Jadi sekarang adakala akak pakai teguran secara sindiran sinis. Bagi "makan dalam" sikit :) pukul2 dah tak jadi zaman millenium ni. Nanti kena dakwa bawah akta penderaan kanak-kanak2..huhu.

2) Bagi nasihat.
Kena berlagak jadi orang pandai la walaupun rasa tak mampu..hehe. Kita bagi nasihat supaya adik2 kita tak buat perkara salah yang sama buat kali ke-2 & seterusnya walaupun hakikatnya mereka memang suka buat orang geram. Jangan biarkan! lama2 naik "lemak" dah tak pakai segala kata2 kita. Kalau x mampu, mintak nasihat daripada orang yang lebih arif. Kadang2 teknik bagi nasihat kena betul jugak. Kita "tackle" dulu hati adik2 ni dengan something yang die suka. Lepas tu baru kita cakap 'slow2'. Contohnya: "Angah dah hensem, tapi gurau selalu kasar2 dgn acik..kan tak baik tu, nanti hilang kehenseman tu",haha..Ayat xleh blah. InsyaAllah, lama2 die boleh terima nasihat kita. Tapi kalau dah jenis keras kepala, keras hati memang balun je la tahap minimum!..Akak tengok contoh mak je, mak akak pun ade 14orang adik beradik. Ada masa mereka akan "call" mintak nasihat, pandangan & ape2 yang perlu. Kita pun tak mampu nak hidup sorang diri kan.

3) Bagi dorongan/dakwah/bimbing.
Adakala adik2 perlukan kita jugak. Zaman sekarang kita lihat ramai anak2 salahkan ibubapa atas kesibukan mereka dengan kerjaya dan mengabaikan anak2 menyebabkan mereka terdorong melakukan kejahaan & masalh disiplin dll (byk sangat masalah remaja). So, ada baiknya anak sulung amik alih tugas ini. Bagi dorongan dalam apa jua benda baik mahupun dalam pelajaran. Macam akak lebih utama dlm pelajaran. kalau adik ade yang amik exam, akak akan bawak die pegi beli buku latihan & so on la. Tapi bersyarat!..mesti sebelum tu ade target dapat skor berapa A dan sebagainya. Time masa berduit la tolong belikan, xde en.fulus boleh bagi dorongan dengan cara ajar dia yang mana x paham & bawak pegi jalan mane2 & bawak mknn siap2 dari rumah..hehe :)

4) Gembirakan hati mereka.

time ni menggembirakan hati pegi makan ikan bako :)
 Yang ni akak ade bersikap tidak adil sikit..(mengaku je). Ye, akak x mampu nak gembirakan 14 hati yang dekat dengan akak ni. 14 hati akak nak jaga, adakala ade yang ter 'miss' jugak la. Adakala akak bawak diorang pegi jalan2, pegi taman haiwan, pantai, taman permainan. Ada yang bagus dalam pelajaran akak belanja makan dan ade la bagi hadiah ape2 setakat yang mampu. Yang ni dah tentu duit biasiswa la jadi mangsa..hehe. Paling kurang 1 sem akak peruntukkan rm+++ untuk gembirakan hati adik2. Duit boleh dicari, kasih sayang adik2 susah nak ditafsirkan la. Walaupun diorang tak sayang @ hormat @ anggap kita ni anak sulung xpelah..nak buat mcm mana. kita ni pun bukan sempurna kan nak puaskan hati semua orang ~nada merajuk~ haha...

5) Role model buat adik2.
Sebaiknya selaku menjawat jawatan yang tidak disengajakan iaitu "anak sulung" ni kita merupakan qudwah buat mereka. Memang ada masa kita tak boleh nak jadi macam tu atas rasa rendah diri dan sebagainya. Atleast kita cuba. Baru adik2 akan nampak kehebatan diri kita selaku anak sulung. xde diorang nak pandang ekkkk je kat kita. Akak antara yang tak pandai dalam kalangan adik2. Result SPM tak gempak macam adik2 akak dapat 8A, 7A, 6A. Akak dapat 1A je pastu berderet2 kuntuman B dalam result slip tapi itu bukan penghalang untuk akak terus rasa rendah diri dengan adik2. Masing2 ada kelebihan masing2. Kita kne terima qada' qadar-Nya. Tapi kini akak boleh berbangga dengan adik2. Akak selalu dapat dean list, dapat anugerah, jadi exco MPP masa diploma, jadi exco masa kat U. Adakala kita hebat tapi kita tak explore. So, bila dah terserlah then adik2 dah nampak..dalam hati mereka akan tercalit walau sikit...."wah hebat jugak akak/abang aku ni" ~ tolong jangan riak :) ~ betul tak???. So, buat dan lakukanlah sesuatu yang boleh buat adik2 bangga dan bangga dan bangga adenya kita sebagai anak sulung ni. lama2 die akan cakap. Saya nak jadi macam kakak/ abang saya. dia hebat!. Itu sudah buat anda tersenyum panjang :)
anugerah pengarah program terbaik...auuuw~


6) Mengalah.
Sebenarnya nak letak mengalah ni no.1, tapi nak pujuk hati punya pasal letak yang last :)
Mengalah..ye mengalah . Cubalah mengalah walau seperit manapun. Mengalah dari segi perasaan dan segala-galanya lah senang citer. kalau boleh jangan cuba ungkit pun walau sedikit.(Istiqamah2)..mungkin ada hikmah perlunya kita mengalah tu. Bila kita mengalah adakala memberi kebaikan yang kadang-kala kita tak sedar. Sebab matahati tertutup dengan kemahuan yang tidak dipenuhi menyebabkan kita heret sehingga umur yang kita jejak sekarang. lantas terus menerus berdendam dengan adik2 sendiri sehingga sekarang. Oh! jauhkanlah perkara tersebut. Kalau akak memang banyak 'sejarah mengalah'. Tetapi, bila difikirkan sejarah mengalah tu rupanya ada manisnya..oh tidak ku sangka..hihihi. Mengalah bagi adik main mainan, main basikal, adik dapat macam2. Itu lumrah. Naluri akan sentiasa memikirkan ketidakadilan sentiasa dengan kita.. Padahal semua tu hasutan syaitan je..betul...Kalau kita jenis positif, takdenye nak jealous lebih2 walau dengan adik sendiri..right??
kawan2 seperjuangan time diploma dulu


Antara sejarah mengalah akak ialah selepas SPM. bila dah abis jalani PLKN terus pikirkan halauju masa depan. Masa tu dah rasa nak pergi belajar jauh2. Nak rasa hidup sendiri. Dah bagitau mak ayah ak masuk KUSZA. So, mintak la sepupu amikkan borang KUSZA (sekarang UNISZA). Dah isi penuh semangat ni. 1 hari ayah panggil, tanya macam2, nak amik kos ape, nak kerja ape dengan kos yang apply tu. Ok ayah dah mula psiko masa tu...pastu ayah dah bersuara, "kan KUSZA u sama je dengan KIPSAS. Pergi KIPSAS je la..nak watpe pegi jauh2",..ok fine..dah rase down gler masa tu!serius..KIPSAS tu 10 minit je dari rumah akak. Masa tu tak tahulah banyak mana bercucuran airmata x usah katalah. Mengalah punya pasal pergilah daftar kat KIPSAS tu pun dah tengah hari. Mak dari awal pagi dah berkata2,:" siap2lah nak pergi daftar". Akak buat keras je tanda protes..haha. Yelah impian nak pergi yang jauh..Alih2 10 minit je dari rumah..haha. Memang tak sangka. Berorientasilah dengan airmata...Pung pang pung pang..belajar 2 tahun 1/2 masa tu. Yang bestnya..petang2 boleh balik makan nasi kat rumah...haha... Walaupun dekat tapi takleh duk rumah kena stay kat asrama. Hikmah bila duk dekat. Itulah baiknya. Berjaya dengan diploma masa tu jugak la kerajaan Malaysia dah haramkan pelajar diploma pergi ke Mesir. Lepasan STAM je boleh..Oh sedih lagi menyapa diri.. Nape time akak habis diploma baru cakap hal ni.Oh dunia sungguh tak adil ku rasa. memujuk hati yang remuk padam apply la U dalam Malaysia je utk sambung degree. Maka, menjadi penghuni UPSI selama 4tahun setelah ujian MEDSI dan ditemuduga. Jadilah akak siswi ujikaji. Dalam situasi mengalah tu dah abis belajar pun sekarang..Tak sangkaaa :). Selepas ni episod mengalah versi lain plak...
memories mase dgn UKLK UPSI
Itulah antaranya peranan kita sebagai along2, kak long2 atau long2 walaupun tak tinggi2 dalam ketinggian adik beradik..hihi


Kita tak boleh nak kawal mereka 24 jam..tapi kita boleh amik berat, amik tahu, cakna kehidupan mereka. Sekarang kecanggihan teknologi macam2 ada..dari Mesir,UK, German, Korea ke Malaysia pun boleh bercakap nampak muka kan..hehe. tiada apa yang mustahil untuk kita selalu berhubung dan bina hubungan kekeluargaan yang erat antara adik2...

Didiklah mereka dengan mahabbah wa rahmah. Bukan dengan teriak dan marah2..InsyaAllah mudah bagi membuatkan hati2 mereka 'cair' dengan kasih sayang kita. Selalu doakan untuk adik2 kita semua..kalau boleh sebut nama, sebut nama mereka sau persatu. Jangan lupakan doa. Jika Rasulullah SAW boleh doakan untuk kita sebagai ummatnya setiap kali selepas solat, kenapa kita tak boleh doakan untuk adik2 kita kan. Itulah serba sedikit perkongsian boleh ditarikan atas papar biru ini..

Tak payah jadi anak sulung..berbahagialah hati2 pemilik anak sulung sekalian. Moga ada kebaikan buat kita yang selalu berkorban ini...Ameen.

......yang baik jadikan tauladan, ada ayat2 berunsur tak baik jangan ikut...tertulis tanpa sengaja.... 
Alhamdulillah..moga terjawab

wallahua'lam...wassalam


nahdia said: jadi x skema den??hehe




09 January, 2012

Tanam motivasi dan keyakinan jadi GURU

How can i get my student to pay attention?
How can i get my student to atleast try?
How can i get my student to learn?

How how and how???.


Arini bersamaan tarikh di atas den nak try menulis secara ilmiah. Doakan la misi den berjaya. Jika ada yang merapu2 tu ibarat perasa dalam masakan la...kalau x letak tawar hebe orang ganung kata..hehe :)

Baiklah kembali kepada tajuk (aduh skema nyew~~haha)

Pupuk sifat motivasi, jadi orang yang sentiasa bersemangat & yakin. Jika dalam pasak diri seorang guru sering ada persoalan ini dan jawapannya "YA" secara confident. Oh bagus sungguh guru itu menggambarkan guru tersebut mempunyai daya motivasi yang tinggi, kerana guru tersebut mempunyai azam yang jitu serta iltizam yang tinggi untuk meningkatkan P&P kepada pelajar.

Sebenarnya, orang yang bekerja dimotivasikan oleh sesuatu yang akan mendorongnya bekerja & buat secara berkesan. Oh..kekoknya buat ayat skema :) try2... 
Sesetengah orang dimotivasikan dengan faktor gaji, pangkat, pujian pakwe,makwe rakan sekerja & seangkatan dengannya. Pendek kata motif seseorang itu menjalankan tanggungjawab atau bekerja ialah berbeza-beza. Betul kan?. ok...cuba tanya diri anda sendiri... Apa motif anda memilih kerjaya anda sekarang? Paksaan?terdesak daripada jadi penganggur? atau bla..bla..bla... kan? mudah kan... :)

Ok, sape mengaku sehingga sekarang dia tidak memikirkan motif memilih kerjaya yang dijawat sekarang?? :p
fikir2... Agaknya ada tak?. Yelah sekarang kan macam2.. belajar kat U bidang lain..last2 masuk kerjaya bidang lain. Itu namanya rezeki mengikut motif yang berbeza..haha. den da mula buat orang pening...teeet!.

Papepun, ada 4 kunci @ petua peningkatan motivasi guru yang berkesan iaitu :

1) Guru perlu rasa tercabar dengan apa yang mereka lakukan
Bab ni den rasa semua guru dah alami. Yelah sekarang guru selain mengajar dan mendidik, mereka juga ibarat kerani di sekolah diberi tugas sampingan. Kutip duit itu ini, buat senarai semak itu ini dan sebagainya.Pengalamannya mak den sendiri :) Memang den banyak belajar pengalaman menjadi guru dengan mak. Meeting dalam 2jam lebih perkara biasa :) Lepas ni den plak akan merasai semua tu walaupun dah rasa dalam latihan praktikal sebelum ni. Hatta, guru tadika @ nurseri pun merasai cabarannya. basuh kencing berak anak orang lain. Itulah tercabar :)  ~~Tolong jangan rasa geli~sekadar contoh~~. Den pun alami benda ni. Den da basuh lebih kurang 11orang kencing berak adik2 den sendiri.Tak kisah la aisssh. tercabar tu..hehe :)

2) Guru perlu memahami misi dan matlamat yang ditetapkan & berusaha untuk mencapai matlamat. 
Dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta Falsafah Pendidikan Guru (FPG) juga tertulis dan termaktub pelbagai misi dan visi serta matlamat hasrat yang ingin dicapai. Adalah baik bakal-bakal guru sedar akan perkara ini terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab mulia ini. Bukan sahaja perlu difahami serta dihayati tetapi perlu berusaha untuk memangkin dan mentarbiyyah Generasi Rabbani atau golongan modal insan (ayat 1Malaysia). Jika guru2 dapat menghayati perkara ini, tiada masalah yang akan timbul dalam mengikhlaskan diri menyampaikan ilmu serta mendidik pelajar.

3) Guru perlukan latihan dan berhadapan dengan cabaran baru.
Sekarang memang banyak kursus serta program-program yang dilakukan oleh KPM mahupun PPD dan JPN untuk pemantapan guru2. yang dah jadi guru tu mesti tahulah. Kursus induksi, bina insan, hatta Birotatanegara pun ade ~nggeeeh~~. tak termsuk2 kursus2 akademik, peperiksaan, gubalan soalan,teknik pengajaran dan sebagainyalah..Banyaaaak sangat. Cabaran baru??ermm betul, generasi modal insan harini berbeza dengan modal insan zaman dulu. Semakin berkembang era  teknologi dan melangkah ke arus pemodenan semakin lain sifat dan gaya pelajar. Itu cabaran. That why la kan ade je guru yang tak tahan dengan sikap murid zaman sekarang dan naik angin...Ada..bukan xde...kan3?? :) terbaru...yang projek rintis bagi guru mengajar 9jam..erkk 9jam..9jam di 4buah negeri. Pahang ada tu...hehe. mak aiiih ekaaaauuu...huhu. cabaran tu. Namun, setelah pelbagai reaksi daripada golongan pendidik dan sebagainya ia dibatalkan atas sebab nak elakkan kekeliruan serta menambah beban yang sedia ada. Nilah terjadi bila  golongan politik cuba buat sesuatu tanpa pikiaq..teeet!.

4)  Guru perlu melihat hasil dan kesan yang positif.
ye kena sentiasa fikir positif dengan hasil kerja yang dilakukan. Bila ade masalah ia perlu di checklist dan muhasabah balik ade yang kurang sane sini. Sememangnya fikiran negatif ni tidak baik mahupun pada rakan sekerja serta pada anak murid. Apabila mengajar positif, apabila mendidik juga perlu rasa positif. Hebatnya rasa postif tu hanya diri sendiri dapat rasai :) Pape pembaharuan dalam dunia pendidikan pun perlu dianggap positif. Positif yang bagaimana?? yang boleh bawa kebaikan antara guru dan pelajar. Itu harus disokong dan dipuji. 


Ok, korang boleh semak murabbi ulung sebagai pendidik iaitu Rasulullah SAW. Ini hasil pembacaan den dalam buku "40 Stategi Pendidikan Rasulullah" oleh Abd Fattah Abu Ghuddah. Buku ni boleh kata memang baguslah dijadikan panduan. Diselitkan hadis2 yang menerangkan sifat mendidik Rasulullah. den dah penat nak menulis. korang boleh dapatkan buku ni di mana-mana kedai buku untuk rujukan.
RM20
Apa yang den boleh kata buku ni menghuraikan tentang Rasululullah SAW sebagai seorang pendidik serta Method Pendidikan Rasulullah SAW. Lengkap dengan hadis2 yang membahas method dan stategi pendidikan Rasulullah dan memberi inspirasi kepada saper2 yang baca untuk perbaiki kelemahan diri dan tambahkan keyakinan dalam diri. Betapa peri pentingnya peranan Rasulullah SAW dalam proses pengembangan ilmu pengetahuan, maka seharusnya daripada cara dan sikap Baginda harus kita contohi :)

ok cukup kot 4 petua tu..banyak2 pun den bukan kaunselor..semua kat atas tu pandangan peribadi...k

wassalam :)

08 January, 2012

Soalan cepumas perak dan gangsa

Bismillah wal Hamdulillah..


hehe..
hehe..

pehal ni sengih2. kot ye pun bagi la salam dulu nak masuk ....hehe

Assalamualaikum...aucaaak! :D ala comeynyer die..

aucaaak! Fizzah ooo fizzah....ala2 malu2 tutup muka plak die..hihihi manisnya senyuman die :)

aucaak Umair...pasan la tu orang sebut nama die..hehe.

Di saat redup melabuhkan diri di kesiangan hari, den pun sambil layan hindustan tv2 tetiba rasa nak tulis merapu2 sesuka hati. well dah hepi  sangat2 pun sejak dah bergelar graduan secara tak rasmi ni sebab tranksrip tak kuar lagi kan..graduan weh..graduan...graduan...udah2 la tu repeatnyer..hihi (^_^)

Nak cternya semalam bila dah abis tepat jam 11am.. ya Allah, rasa nak hembus nafas kuat2 cakap ALHAMDULILLAH. tapi dalam dewan exam &  muslimah kan..xkan den nak wat perangai loklak lagu tu..enggak manis seyh...hehe. Bahasa ape la den campur suka hati ni..sukatilah... :)

Alhamdulillah 3 paper yang den lalui, 2 paper buat den rasa nak pecah kepala..but, still maintain confident dgn jawapan sendiri. kita kena YAKIn...ye YAKIN.. ya qaf ya nun.. YAKin... :) 

Ni ada soklan2 mengada2 nak tanya.. sila jawab ye :)

1) Sila nyatakan perasaan anda bila dah abis blaja kat U?. {hambooih soklan(soalan)}..hehe

Perasaan? hehe.Tipulah kalau den kate x best & sedih kan..ni nak kabo(bagitau), Sengihnya rasa macam nak rabak mulut ni ha ekau...mengalahkan sengih macam kerang busuk orang kata.~~eh, jap.. imagine sengih kerang busuk macam mane??~ngeeeh~.Oh memang den xtau dan xde pengalaman dengan senyuman kerang busuk! ..banyak betul istilah pelik2 dalam kata lakaran jadian BM ni sebenarnya..huhu... sabor jelah. Nak melompat2 pun den rasa dah terlalu tua nak buat macam tu..huhu tak seswai(sesuai) la. Den nyatakan perasaan gembira dengan mengisi perut yang berbunyi ibarat lagu Rap & Soul + dgn lagu Rock kat Nasi Beriani Gam. Den makan 1 pinggan nasi beriani dengan ayam kampung +slice tembikai+ air teh o ais :) . Lapo punya pasal den x snap gambo papepun time tu. ~Alhamdulillah licin pinggan :p tak baik membazir..nak dapat suami soleh kan..hehe.


2) So, nyatakan perancangan anda selepas ni? ... 

Den dah plan macam2 seblom(sebelum) ni sebenarnya, tapi ada sumting(something) & den rasa perlu tangguhkan dulu ape yang den rancangkan..nama pun perancangan/ plan kan..tak semestinya semua akan jadi. Atas kehendak & gerak kerja dari diri kita sendiri sebenarnya. Semuanya memerlukan penelitian dan idea ynag selari dengan kemampuan diri. Jangan main terjah tanpa pikir penghujungnya.. Ada masa kita perlu berani ambil risiko..ada masa jangan sampai risiko membuatkan kita rasa "down".. Tapi itulah kehidupan. Kehidupan yang realiti dan kehidupan angan2 fantasi kita reka memang berbeza tau.. Ohh sungguh falsafahnya idea den berkata2..huhu. Ini dari perspektif diri den..korang plak mesti lain..jangan samakan tau :). Apa perancangannya biarlah rahsia dulu :) kawan2 den ade yang bakal bertunang, ade yang akan menamatkan zaman bujang :). Tahniah2.


3) Adakah anda akan mengingati tempat blajo selepas U anda dilanda kontroversi??

Ermmm..ni soklan yang buat den pikiaq banyak kali nak jawab. kalau cakap tak ingat, nanti cakap x kenang budi plak kan kerajaan bagi belajo. Ada jugak orang tak tau UPSi tu ape..kat mane..haha..Tapi masa isi online UPU dulu, pilihan course pendidikan mesti pilih no.1 dan no.2 je. kalau dah nama lekat kat situ, harapan memang cerah la dapat lepas lulus ujian MEDSI. Den pun tak sangka akan bergelar siswi pendidikan. Bila dah confirm dapat, bermula semester 1 sehinggalah sem 8 (4tahun) sememangnya den bergelar siswi ujikaji  repeat SISWI UJIKAJI ok. Den masuk tahun 2008 dengan pelbagai perubahan yang akan dilakukan oleh U dan den plak 1st batch untuk course Bahasa Arab. So tak salah la den cakap den siswi ujikaji U. Sememangnya hidup kita seharian pun mengharungi pelbagai ujikaji daya tahan, perasaan dan mcm2 lagi. Betul kan?. Den tak tahu hasil ujikaji dari pihak U apa yang diorang dapat..huhu

U hot 2012..hot dgn demo :p

Macam2 dugaan dan masalah la rasanya yang berlaku, tapi masalah tu tak buat den lemah semangat pun habiskan belajo dengan jayanya :) Tak payahlah listkan masalah dan kelemahan U den ni.. sape yang tahu nilailah sendiri. Yang pasti maaflah den takkan bagi da adik2 den blaja kat sini. Maaf sangat2. Biarlah den je yang rasa kepedihannya walaupun hati luka koyak rabak bila tahu hakikatnya. Den akui den mahasiswi lesu, pengecut... Jadi bila ada isu melibatkan semua mahasiswa pun semua diam je ikut je, takut diambil tindakan. .senang kata sami'na wa ato'na je la walaupun kadang-kala hak tidak dibela. 1 contoh je: sistem kewangan masa praktikal, tak telus, tiada kata sepakat antara U dgn KPM bagi mahasiswa tajaan, Alhamdulillah dapat duit atas belas ihsan KPM bagi untuk sara hidup & yuran walaupun x dapat penuh rm4500. Memang x adil bila pikir. tapi dah perancangan manusia memang selalu x sempurna. terima jelah keadaannya, jadi mangsa pun mangsa la. benda dah berlaku. Harap junior dapat bukak mata hal ni. jangan berulang lagi hal ni k :). Den xde semangat juang yang kuat macam Adam Adli..opppsss :p terlebih sudaa.. Apa den bleh kata den hepi sebab da bis blaja dan bukan sebab U den. U hanya nama. Produk dalam U tu yang tentukan segalanya.k eh..kata2 den kat atas ni ade unsur mengumpat ke?hehe. sori. Luahan perasaan. Sape suh tanya...teeet :D


4) Orang lain abis blaja ade yang nak bertunang & pikir hal kahwin, anda tak teringin ke?


cer wat kira2...
Hot nya soklan..haha. Adeeeh. tiada jawapan untuk soklan ini. xde markah kan??hihihi.
Ringkasnya pada pendapat peribadi den...Terpulang pada diri masing2. Naluri insan memang semua nakkan macam tu, tapi pikirkanlah kemampuan dan keadaan. Jika perlu dicepatkan baguslah, jika lambat pun tak salah kan. Dalam bab ni akan ada pandangan ikut agama & peribadi. nak elak fitnah la..bla.bla..bla.. dan mcm2 la. Bagi den, kalau kawen takkan nak harapkan duit yang belah laki bagi @ kewangan mak ayah kot untuk jadikan modal kenduri. Dah la dari kecik mak ayah duk bagi duit sampai besor sampai blaja ke U, kawen mintak lagi duit depa tanggung. Patutnya fikirlah juga kewangan dari sumber kita sendiri.  Maaf ini pandangan peribadi k. Den nak usaha sendiri. Nak rasa kepayahan mak ayah cari rezeki tanggung anak2. Selagi den takde sumber kewangan kukuh, den akan tangguhkan dulu. Tanak bebankan keluarga melainkan mereka nak bantu. So, jangan paksa & tanyakan den hal kawen lagi k!teeeet :) 
Sampai masa den kabo la!..Kalau kawen pun masih harapkan duit parent's...What's that!!! Lu pikirlah sendiri k. Rasanya itu jawapan selamat :p

soklan lain please....... :)   acece..cepat je tanya soklan lain..haha

5) dah berpunya ke belom?

Sudah! haha.. laju je jawab. den kepunyaan mak ayah den la...penat lelah diorang didik, asuh, tarbiyyah, bagi duit, bagi kasih sayang dan semuanyalah :). dah sampai mase den balas jasa mereka dulu walaupun tak dipinta. Tanamkan sifat orang berbudi kita berbahasa, orang mencurah bakti, kita balas jasa. Lagipun den hanya penghuni dhaif dalam dunia persinggahan ni.. sampai masa alam kubur menjadi tempat abadi seblom den dibangkitkan dan dihisab.. ya Allah, rahmatilah kehidupanku & keluargaku. Ampunkanlah kesalahan & dosa2ku yang ku lakukan tanpa sedar... Ameen. 


Cukuplah 5 soklan.. bagilah soklan yang ada hadiah choka-choki..bestlah nak jawab..hehe. ok maa salamah.. den sengih lagi ni..dah jadi graduan..~lalalala... hehe.


nahdia: esok malam nak p melantak steamboat kat Ampang.... Jommm :)




02 January, 2012

Ahlan Wasahlan Sanah 2012

Bismillah pembuka bicara...
Moga berkat dengan izin-Nya..

Assalamualaikum kengkawan semua....aucaaakk..dah lame x bersua kita kan..ala tomei2..mesti semua makin comel dan hensem gitu :)

kawan2..kita dah jejak tahun 2012 lah...Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nafas denyut nadi pada jasad kita ini..syukur sangat2.tahun ni den dah menginjak usia alam dewasa ni..25tahun..ha 25 tahun!!!..macam tak percaya pun ada, tapi inilah realitinya..~ pang..pang...) tampor muka kanan kiri bagi sedorrr ckit..hihi (^_^) 

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Maaflah baru sengaja mengambil peluang update blog (pengakuan berani mati~sengaja~))..sekarang tinggal satu lagi perjuangan bergelar siswi. InsyaAllah, andai jasad masih bernyawa lusa bersamaan 4/1/2012 den akan menghadapi paper pertama untuk final exam & final year ekaaaauuu.....huhu. Senangnya dalam hatii....hoooi~. Amboi2 hepi nampak..opkosss la, sape tak hepi, 4 tahun kau bergelar siswi, orang lain 3 tahun jek..terujalah bila dah nak habis :)

Ai nahdia....umur makin meningkat, takkan penulisan pun gaya macam budak kecik lagi kooowt!..huhu~(berdialog dengan diri sendiri)....BIARLAHHH!! asal kite hepi.kite suke macam ni..jadi diri sendiri..kan2? :)

Tahun ni den x berazam apa2 pun..kalau sebelum ni den azam macam2..terikut orang la kononnya, orang lain berazam sibuk nak berazam jugak..sudahnya tak ke mana pun.yang tercapai tu Alhamdulillah lah..yang tak tercapai tu ade kala buat den rasa....ermmm $%&*(%$ (argggh!!) .pasni den tanak berazam lebih2 just do it ape yang den mampu buat. Rasanya itu mungkin lebih berbaloi.. Memang kalau ikut pakar motivasi azam itu penting,tetapkan matlamat penting sebagai dorongan dalam hidup. tapi bila kita x dapat capai, kan itu sudah boleh men'down'kan diri kita sendiri. rasa rendaH  diri... Dari rasa rendah diri baik jangan berazam tapi bila nak buat something dalam hidup terus refer pada orang yang kita boleh beri pandangan & buat terus...wah2..betul ke idea den ni...tapi mesti akan ada orang cakap jugak AZAM  itu penting...

*en. AZAM  jangan perasan plak ek tulis nama kamu..~ngeeeh :)

Alhamdulillah juga, dengan izin-Nya,den berjaya siapkan tesis sebelum tarikh penghantaran pada mushrif. Hanya linangan airmata menghiasi persada pipi mulus dengan kata mushrif "Anti mumtazah". Dengan usaha dan daya bersengkang mata & tenaga mencari bahan disamping doa restu & semangat dari bonda dan ayahanda buat den terus semangat siapkan tesis tanpa rasa jemu & jelak sedikit pun.. terima kasih buat semua yang membantu secara langsung & tidak langsung dalam menyiapkan tesis setebal hampir 90 m/s tu in ARABIC. Memang tabah & jitu mushrif den betulkan kesalahan ayat & ejaan dan menyedapkan ayat dengan liuk lentok lughah yang sahih. Bukan senang nak senang..betul..nak padankan ayat dengan kaedah nahu & saraf yang betul memang mencabar. Apa2 pun den berjaya menghadamkannya dengan bantuan mushrif.jazakillah khairan kathira Dr. Abd. Muni'em Ahmad Muhammad al-Amin, min SuDAN..Alhamdulillah.

Kawan2, rasanya cukup ini dulu dipermulaan tahun baru 2012, kurangkan benda lagho, tingkatkan prestasi kerja, amal & bekalan diri untuk kehidupan akhirat jua.. InsyaAllah moga hati2 kita terus diketuk dengan nilai2 kebaikan dan meninggalkan kemungkaran  yang adakala kita terlena untuk menyedarinya...jadilah insan berguna pada keluarga, masyarakat, agama & negara. Maafkan saya jika ada salah silap. Sama2 doakan diberi kelapangan hati dalam menjawab soklan exam nnti.

final exam : 4/1/2012 = Analisis Teks dan Wacana Arab
                    6/1/2012 = Adab Rehlah.
                    7/1/2012 = Bahasa Arab untuk Pengajian Islam.

wish me of luck! :) ..oh sebelum terlupa den dapat sahabat baru..alhamdulillah ukhuwah fillah dari bumi Brunei darussalam..(Assalamu'alaikum. I'm Fizzah from Brunei Darussalam. Also an undergraduate at University Brunei Darussalam. I was googling something and suddenly, masuk kat blog akak. Alhamdulillah, sedikit sebanyak I learnt something from your blog and enjoy reading it hehe. I hope we can be friends so that we can exchange some ideas. Best sangat baca blog akak. Hope to know you better. and really hope we can meet one day, insha Allah. :)  jzkk buat sis Fizzah :)..i'm simple person..~maluuu~..hihi


from,
bakal bergelar graduan~~~(Poyos!!!)
hihihihi (^_^)

                  

20 November, 2011

Kerjaya baru: Pengurus jenazah,anda sanggup??

Assalam qabla kalam..
Assalamualaikum wbt...

Ape kabau semua?..(betul ke loghat nogori tu?)..hik3..suke hati den jek ea tulis macam tu. Tapi kita suka tulis ikut suka hati kan.macam den..den mengaku jek..ape nak hipokrit kan.kan3 ^___^
Den memang x pandai nak ber ayat-ayat skema melainkan tulis penulisan ilmiah. Dalam penulisan ilmiah memang banyak benda kita kena amik tahu dan do it by prosedur..Haa jangan bagi den jadi skema beb..Geli ah..haha~~~~..wokeh.

Arini dalam sendu mendung awan berlalu pergi..lalu menutupi kecerahan kesiangan hari den mula rasa nak menulis..padahal tengah taip tesis..tetibe den teringin nak bukak pakcik blogger ni. pakcik blogger dah tanya bila nak update diari awak tu..jangan biar berhabuk lagi..cepat2 update.. ^ haa..begitulah ilusi perbualan pakcik blogger dengan den^..haha. Poyo's!!

Alhamdulillah arini hati den amat terkesan dengan rancangan wanita yang tidak asing lagi "Nona". Dalam rancangan Nona arini den belajar perkara yang dah lama dan biasa tapi diri den amik sikap acuh tak acuh dalam memahami dan mempelajarinya. Walaupun den mengaku ia memang amatlah penting bagi den dan menjadi fardhu kifayah bagi semua umat Islam. bab ape kalau bukan pengurusan jenazah.

Tanyalah siapa-siapa pun waktu kecik hatta besar la ni pun sape berani nak cakap yang dia bercita-cita ingin menjadi pengurus jenazah. Ada??tak kan?. Yang ada saya nak jadik ustazah, saya nak jadi doktor bedah, saya nak jadi peguam..kerjaya yang hebat2, yang banyak duit, kan sekarang zaman material..kalau sebut pengurus jenazah pasti akan disambut dengan gelak ketawa (hahahaha..pengurus jenazah!!!) atau perasaan takut... (eiiii dia suka kawan dengan mayat). 


Tapi sampai bila kita nak benakkan kepala otak kita tentang hal ni. Bila terjadi kematian dalam kalangan ahli keluarga. Kita hanya bertindak sebagai pemerhati dan pembaca surah yasin. Bila lagi kita yang sama-sama menguruskan, memandikan, mengafankan..kenapa perlu takut untuk semua tu?? Kita semua akan melalui jugak fasa kematian. Jenazah kita nanti pun tak kita ketahui siapa yang akan uruskan.

Uruf di Malaysia sekarang, apa yang kita lihat jenazah banyak diuruskan oleh golongan pakcik makcik/orang lebih dewasa. Kenapa tidak kita yang muda??yang kudrat masih segar bugar penuh bertenaga.. Golongan muda ape je buatnya?? berhibur, berfacebook?/berchatting??.. Ya Allah banyak beri kesedaran pada diri den sebenarnya. Walaupun dah belajar cara pengurusan jenazah dulu masa diploma.. Tapi yelah belajar tapi tak amalkan, ilmu tu kita akan lupa. den pun lupa..seriously!!!

Kalau tanya kain kapan untuk jenazah lelaki @ perempuan sekalipun pasti tergagap anak muda akan jawab sekarang.. itu baru lapisan kain kapan. Belum bab2 lain dalam uruskan jenazah.. Ya Allah..kurangnya ilmu hamba-Mu seorang ini...

Paling memberi kesan jugak pada den kata-kata pengurus jenazah wanita JAWI yang menguruskan jenazah wanita mangsa HIV yang tidak dituntut. menurutnya: "Golongan muda hari ini tidak mengambil berat mengenai pengurusan jenazah, dan lebih rela melihat jenazah ibubapa diuruskan oleh orang lain, sedangkan semasa kita kecik, ibubapa kitalah yang memandikan kita," kata kak Ruszeta. Den telan ayaq liur dengarnya. Betul...terkena kat hidung den sendiri. Den la antara orangnya.. Tak amik berat pun hal pengurusan jenazah ni. Sebab kita hanya dikekelingi dengan kegembiraan, adakala hati penuh lalai sampai lupakan hal yang penting dalam Islam..

Jika hari ini kita sibuk berebut mengisi borang jawatan yang class,ade pangkat MAster,PHD, sibuk mencari kerja kosong, hantar resume ke syarikat, universiti, sekolah, kilang sana-sini. siapa yang berani nak mohon kerjaya sebagai pengurus jenazah???. yang den pasti tak payah ade Master & PHD pun untuk mempelajarinya. Jangan sampai satu masa nati kita perlu import orang lain dari daerah/negeri berbeza semata-mata uruskan jenazah ahli keluarga kita...Nauzubillah min zalik.


Den rasa perlunya golongan muda tak kira siapa, den, anda pembaca dan sesiapa sahaja harus sedar dan adakan kempen dalam masyarakat Islam bahawa 1 keluarga perlu ada seorang pakar pengurus jenazah. Anda mahu?anda sanggup sahut kerjaya baru ini??sama-sama fikirkan.

^___^: sama-sama kita sedar & do it.

08 November, 2011

Salam Aidil Adha 1432H

Aucakkkkkkkkkkkkk...hehe
Assalamualaikum...
sihat seme? buat mende la yek semua rakyat mesia arini??hehe.
yang korang mesti tgh mengadap blog den sambil eja sepatah demi patah ayat ni kan..haha.Selamat Membaca.

Rasanya masih dalam mood raya: Salam Aidil Adha. Semoga pengorbanan yang kita lakukan diredhai oleh Allah.

disebabkan den dah lame x berceloteh sambil menulis.amik la peluang ni.Den dah tulis hampir separuh sebelum ni..tapi nak buat macam mane den ni pun jenis pelupa tahap gaban jugok, boleh x tekan button save. hilang la seme.nasib ko la.sape suh x save..den pun senyum je la.dah salah sendiri kan:p. yang pasti yang den dah tulis den xkan ingat & tulis da..den bukak cter lain da la..

Ok,den bukak cter trus la sebelum den nak cter hal raya. den dah berjaya siapkan bab 2 tesis dengan 30pages..Pencapaian baik den berbanding tesis diploma dulu. Den kne buat yang lebih baik dari diploma dulu. den target nak siap sebelum disember menjelang..berjaya @ tak..kne tunggu den siapkan la.hehe....dah siap nnti den kabo seluruh isi alam.bukan niat bermegah..tapi den nak rase kepuasan bila siap tesis degree tu macam mane..haha.sabo je la.

Saat den tulis ni gak adalah malam last den bertapa kat rumah. Ntah den ada kesempatan nak pulang lagi atau tak selepas ni. kalau nak balik TM malam mesti tak berapa lena nak tido..yelah sape x resah kan..den memang dalam resah semua serba x kne.balik rumah pikir kerja yang berlambak. duk TM plak pikir macam mana la keadaan rumah & kesihatan ahli keluarga den..adik tengah demam, ayah x sihat perlu dialisis 3 kali 1minggu. Semua menuntut pengorbanan.~bak kata M.a.y: "Hidup memang macam tu". Ye..betul..hidup saya sentiasa diuji, sentiasa perlu bersabar walau adakala airmata menjadi teman..xpe..airmata yang dialirkan adalah penting untuk kesihatan mata ye tuan-puan..hehe.~macam la pakar sangat~~ :p

ntah sape snap..sambil sapu buat muke conpius..hehe
so, macam mane raya korang seme?den alhamdulillah berjaya lalui dengan jayanya sebagai tukang masak & tukang cleaner yang berhormat:)..~~pasannyerrr~ .1st time den merasa masak gulai daging kambing..dah tau pasni leh wat sendiri kan..memang piorrr la punya gulai kambing..tapi den dah hilang nikmat makan..den x makan daging kambing..den amik kuah daging kambing tu, den p potong2 daging lembu, den pun masak....pergggh mabless yummy3 sehingga licin kuah beb:p hehe. Time ni memang x ingat kerja & thesis dahhh..hehe. 

Bab makan xleh tinggal. Timbang balik ni mau sampai 55kg berat den ni ^_____^ ..
kalau last week boleh sampai 54.5kg, so tak mustahil la kan..dah la tinggi den yang cinonet ni hanya 153cm je..cukup2 je maintain.dah kira over tu. over tak over..janji den hepi je dengan kehidupan skrg walaupunnn...ha dah cukup..jangan cakap lebih2 nnti kantoi ^_^...hihi. Korang yang masih slim menyelim lagi tu bila nak ikut jejak langkah den..den nak tubuh kelab la macam ni..kelab kembang mengembang..haha. bayangkan lah mase tgh freshie dulu kan berat den cuma 45kg. Now, leh jangka dalam 55kg. 4tahun 10kg naik..Hebatt. Tapi den x sehebat muaz 2 tahun da naik 10kg..haha.ok stop gelak!..kurangkan gelak..senyum nampak gigi je:)B


Ok den gambarkan raya den dengan gambo dr kamera adik ipor den ni ha..kamera den dah lame hancuss..nak wat camne, rezeki kamera tu hidup x sampai setahun pun dr tarikh beli. jatuh lens failed xleh pakai da~~..kalau sendiri buat memang den x terasa..ni pasai orang lain buat den memang terasa hingga tulang sum-sum..seyess!!duit den nak beli kamera kne korbankan dulu bayar hutang ayah yang den pinjam masa praktikal dulu.den bayar dulu risau ajal datang jemput..Hutang dengan ptptn pun ade lagi dalam rm9750 yang sempat dapat dr ptptn sebelum dapat biasiswa KPM. Kena langsaikan jugak tu. tapi duit den bayor pd ayah rupanya ayah bagi duit tu pada adik beli motor plak..xpelah den x kisah..memang dah anak sulung kne selalu berkorban.berkorban&berkorban. Untung jadi anak tengah & bongsu. Anak sulung....ermm sendiri jawab la.^%^$(*... no idea.huhu


ok ...saksikanlaaaaa..haha
eeeyaah..pgg kuat2
untuk diagihkan...
Jelitawan yang menguruskan merangkap AJK korban..hihi


berehat la wehh..penat kot
den x sanggup nak letak keadaan lembu yang berdarah2 berkubang lana tu..kena ada sifat ehsan jugak..kalau nak tengok jugak,tengok kat fb ammar ni (link fb ammar)Papepun memang buat kerja terkejor2, makanan habis licin.puas hati masak bila orang makan habis. paling cepat habis gulai daging kambing. Bekas air tangan den dgn pc pian & teacher norizan..kepoh kami kat dapur:)
sesi cuci-cuci laa..

Inilah kegembiraan raya kami..Aidiladha 1432H. Alhamdulillah nadiku masih berdenyut & akalku masih berfungsi. Thank you Allah. Salam pengorbanan.

no title no theme...

Alhamdulillah den da jumpa balik yang den kate terpadam tu..bace je la.ade same kebetulan la tu..hihi

Aucaaaak...(sambil tekup muke) aucaaaak....hehe.ala-ala cutenyerrr die (korang yang bace la)..hihi.
Nampak x kite?nampak kan..kite tengah tenyum ni..hehe.

ape da aucak2...
Assalamualaikum...atok oo atok...hehe cute kan upin ipin bagi salam..den x reti nak tiru. Pitching & tempo lari terus..pegi ujibakat pun conpem bukak mulut je trus kne halau kuar..haha x sedaaaap. Pe kabo semua dayang2 pengawal2 jajahan takluk permaisuri???..hehe.Perasan!ceh... Ok..dari den terus melalut baik den celoteh je ape yang den rase terlintas kat benak jiwa sanubari den ni ha. 

ok Jom kita mulakan..Bismillah
dengan bunyi pap..pak..pap..bunyi tarian jemari den atas keyboard ni ha...den mulakan la citer..den da letak awal2 no title no theme..so ikut sukati den la nak cter pape yek..hehe.

Seblom tu den rase x terlambat lagi nak ucap selamat hari raya AidilAdha 1432H. Alhamdulillah..Allah masih bagi peluang buat den & readers(koya ramai) hidup lagi sampai saat semua  mata menatap pada blog den ni..syukur2..

Oklah..den dah siapkan bab 2 thesis.itu yang paling penting & utama sekarang..tengah pulun & perah oak pikir soklan kaji selidik plak...den target bulan 12 dah siap 4 chapter..Harap2 tercapai..sape usaha die bleh.sape malas die.....(hangpa jawab la sendiri)..den xde idea nak kabo..Ni baru degree ediucationnn~ikut gaye usop wilcha sebut~haha, belum lagi master,PHD. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan den dalam hal ini..Mushrif pun banyak membantu, bagi idea..cuma kena selalu jumpa die la..Die sentiasa bagi idea2 yang segar. Gambar die den xde simpan..nanti den share dengan korang ek..Orang Sudan..DR. MUN'IEM nama die:), jenis low profile. Tak pernah marah2 walaupun kitorg ni nakal & masih buat bising dalam kelas..teruk kan..Sampai sekarang den pun x paham..knape mesti kita nak bising2 & kepoh nak berborak bila lecturer ade dalam kelas~~haha..den tulis bajeeet den ni pendiam je dalam kelas..huahua..tapi adekala angin den dah tahap hampir nak meletus den lepas je cakap..oooo gege tehhh...huhu.

Bila kite cakap sah2 la kite ni nampak kurang ajar kan, tak bagi perhatian, sebab tu blaja pun tak pandai2..sebab banyak langgar pantang larang dalam belajar.. Nauzubillah la dari perkara2 lagho kan..Same2 perbaiki diri. Bila bila ustaz menyoal semua pakat diam beribu bahasa siap mangga mulut tu takut nak jawab..den la antaranya..haha. Tapi ade mase den jawab la gak..takkan nak diam jek..nanti tak pasal2 kne sound lagi: "Are you sick??" haha...sabo je la.


ok,then, den masih bertapa di rumah buat malam ni. Esok den dah kne berangkat pulang ke tanah ilmu & pengalaman bumi murah dengan ayaq ujan & kaya dengan ayaq panas..TM la mane lagi tempat den..huhu. Ntah dugaan ape buat den semester ni..mungkin Allah tahu yang terbaik buat diri den. semester ni dua program anjuran program AT49 den kne jadi Timbalan Pengarah. Bukan senang woo.senang jadi AJK bawahan la..seyes cakap..den ingat habis dengan UKLK dulu abis dah la kejenye. Nak tumpu pada tesis dan pelajaran je la..tapi x leh nak elak jugak...

ERmmm mungkin den stress disebabkan ni jugak den telah buat keputusan ynag mendadak bagi jiwa & hati perasaan orang lain. Kesian orang tu..Sori la awak..saya bukan sengaja. Adakala manusia tak boleh nak control emosi bila bercampur gaul dengan pelbagai versi cerita & gosip. Saya insan biasa...benda yang x patut den bangkitkan pun den boleh cakap..ok ni je.

cter lain plak..haaa ni den nak cter, selaku anak pertama a.k.a bakal maklong (x tau la bila kan:p) ni lah 1st time den jadi macam pakcik driver bas.dah adik2 den pun dah berjaya jejak kaki ke menara gading...den pun kne amik tanggungjawab pastikan semua dapat balik kampung bila cuti..tapi diorang dah beso,ade bini leh berdikari sendiri..Nilah kali pertama den balik dengan adik2. Sorang duk UM..sorang duk UIA.tapi den failed dengan jalan area Kerinchi..nak pakai GPS memang x mampu..(x reti sebenornya), so den suh ammar naik ketapi laju terus ke Hentian Putra (Gombak) la..Den pun buat2 berani pergi situ dengan kesibukan kereta warga kota yang x lekang dari tol dan jammed. den memang xleh duk Kolumpo...memang asyik berangin je den dibuatnya kalau sangkut dengan jammed. Gamoknya den kne prepare makanan @ letak peti ais dalam kete sebagai stok bekalan. Orang banyak angin ni susah...haha,Tapi kalau dah rezeki den kat kolumpo den terima je la. Asyik nyanyi lagu altimet je la..kuala lumpooooo..hihi .jangan jadi jumud sampai xleh nak terima perubahan.kan?3:p ala duk ceruk hutan pun kite kne usaha & buat yang terbaik. Jangan manjakan diri sangat itu x boleh ini x boleh..nanti orang boleh tau diri kite ni camne..asyik tunjukkan kelemahan & merungut jek..camne nak jadi cikgu ni..is3...

ok..cter pasal den plak..ntah nape semester ni gak den diuji. Penyakit den dtg balik. den ingat buat small operation & check-up dulu dah. ok jap nak berangan jap... teringat saat dia pegang tangan den dulu~..ok berenti berangan!!!huhu, tapi bleh dtg lagi..so, sampai lenni den kne mengadap tuan besar doktor pakar. Hampir tiap bulan den kne mengadap..yang x tahan darah den dah bape kali kne sedut. bukan sebelah kdg2 dua belah...Nak sihat punya pasal den relakan je la darah itu disedut. dah la yang kurang darah dah..asyik rendah je hemoglobin..ingat kata doktor" adik nadia, balik minum susu,makan kerang,hati ayam..blablabla..kasi darah bagi banyak lagi",...itulah ayat repeat dr doktor..kalau den x malu nak je den sambung ayat dktr tu..haha.memang same je..mcm hafal skrip..dah memang keje die kan.xpe la..den sbgai pesakit comel kne akur je la~comel ke?auw~~..haha

Tapi kan...den dapat rasa 1 perubahan beso la..memang buat den rase sangat2 la.Nape berat den makin bagai dipam2 ek..haha.ya Allah jujurnya budak ni..Tolonglah..haha...dari mula2 den masuk UPSI dulu dengan maintain 45kg. Last week den timbang naik dah sampai 54.5kg..ape yang den telan sejak akhir2 ni ek..huhu. xkan sebab tension den leh makan banyak sesuka hati..tapi den akan jawab YA. Bila den tension otomatik makanan akan sentiasa dicari:)...& duit pun cepat je lebur dek makanan. Beli makanan xpe..jangan beli benda mengarut dah..kan2. Kalau korang nak suggest cara nak slim balik ok gak..nnti tinggal kat komen,tapi jangan ckp makan suplemen itu ini..sorry to say la..bab mkn2 ubat ni den x istiqamah ckit la~lalala.

Ok,cter tentang penyakit plak..nak cter tentang ayah den plak.. Ayah k.long citer ek..ayah x kisah kan?. Boleh katakan selepas kenduri adik bulan 4 yang lepas ayah terus diuji dengan penyakit. Kesan sakit diabetes dah hampir15 tahun jgk la. Sekarang tunjuk kesan yang amat sangat. mata dah kabur, buah pinggang dah x berfungsi. tahun ni paling kerap masuk hospital..rase dah 4x ayah masuk hospital.betul x ayah?.dah buang dalam 15kg air kotor dari perut ayah..sekarang dah mule proses dialisis.sampai bila xtau la. Cara lain tukar buah pinggang. Den dah intai peluang buah pinggang den sesuai,den nak je derma. Tapi kos operation mahu dalam lebih rm30k kan?...mana den mampu. Den mampu doa den pun sihat,ayah sihat, semua sihat...


oklah, mak incik pak incik sekian..doakan yang terbaik buat saye ye..permudahkan segala urusan blaja & kerjaya saye. Jodoh biar dulu la..bagi saya x penting lagi..huhu. Doakan jugak buat umat Islam saudara mara kita di palestin, Somalia dan semua insan dalam kesusahan.Moga Allah kurangkan beban yang tidak mampu kita tanggung....Ameen.


siiru ala barakatillah..
wslm..
wadaan (bye2)

16 October, 2011

air mata

Meniti hari2 mendatang dengan airmata...
Kuatkan hatiku....
Tabahkan hatinya...

Airmata senjata wanita, disitu diluahnya kebahagiaan,kesedihan,kesakitan,kegembiraan dan apa jua yang telah termaktub di dasar hati..

Salam rindu...