18 January, 2011

Salah Anggap terhadap Usrah

Bismillah Wal Hamdulillah

Akhirnya dengan ruang masa yang terikat hati ini terpanggil untuk mencoret serba sedikit mengenai tajuk di atas. Tajuk ini atas kesedaran setelah lama tidak b'usrah sebenarnya. Ada sahaja halangan dan dugaan yang tiba jika panggilan usrah menjelma. Bukan untuk menolak, tetapi taklifan atas amanah yang diberikan harus jua ditunaikan. Tidak sanggup untuk ditinggalkan tanpa persoalan. Bila dah jadi tanggungjawab/amanah, kita WAJIB laksanakan. Bukan macam coklat "chipmore" kejap ada kejap xde. Kan? Sekarang chipmore dah macam versi baru keluar. Cukup dulu hal chipmore:)

Ditemani titisan jernih dari langit yang terbuka, idea seakan mencurah2 pinta diluah, maka yang tertulis ini yang telah terzahir di kamar minda kala ini. Andai ada salah silap dari segi susunan ayat dan sebagainya maafkan den k. Kejar masa....

Ok, berbalik kepada tajuk yang dihamparkan.....Apa yang den leh kata ialah dewasa kini semakin ramai anak muda yang seakan menjauhkan diri dengan USRAH. Seperti mana posting den sebelum ni ada ceritakan mengenai USRAH ni. Korang seme cari la ye..den pun x ingat letak kat mane...tapi ada la. Harini nak cakapnya mengenai salah anggap golongan remaja @ mahasiswa mengenai Usrah.

1. Usrah untuk orang alim-alim je.
Akak, saya ni pakai tudung pendek je, stokin tak pakai. Boleh ke saya join usrah ni...
BOLEH...
Akak, keluarga saya tak pernah ada pun yang join usrah, saya takutlah.......
ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA DIK
Akak, saya tak lancar baca Qur'an. Saya malulah, nanti kena gelak.......
ADIK NAK MALU KAT DUNIA KE KAT AKHIRAT??

dan pelbagai versi lagi alasan yang akan wujud bila dikaitkan dengan usrah untuk golongan alim-alim sahaja. Inilah mentaliti remaja masih diburu rasa takut, malu pada makhluk ciptaan Allah bukan pada Allah. Mana jiwa kehambaan melalui solat dan ibadah sebagainya andai menjadikan makhluk ciptaan sebagai tempat takut, malu dan sebagainya. Ini bukan soal alim @ tak alim, tapi kita sama-sama terapkan rasa ingin berubah dan mendalami agama dengan baik, dengan usrah dapat membantu kita semua. InsyaAllah.Carilah senior @ ustaz/zah yang boleh membimbing kita. Buangkan rasa takut, malu untuk mempelajari ilmu-Nya. Penting sekali ialah niat. Tetapkan niat untuk membuat perkara baik. Allah menilai setiap perlakuan manusia serta niat yang termaktub pada sanubari manusia.

sekadar hiasan

2.Orang yang bukan aliran agama je wajib usrah ni
Time usrah: Nama saya~~~~~,siswi Sains sem 7
Nama saya.........,siswi Fizik sem 6
Nama saya ;;;;;;;;;;,siswi Pendidikan Awal Kanak-Kanak sem 1

So?, siswi Pendidikan Islam mana? Siswi Bahasa Arab mana?Siswi Usuluddin mana?Siswi Qur'an Sunnah mana?. Dunia kian menyerlahkan 'keterbalikan'nya. Orang yang seharusnya menjadi rantai perjuangan sudah terlajak ilmu agama hingga terkurung dalam sangkar penjara ilmu yang melimpah lantas tidak bisa untuk di share  kongsi dengan orang lain. Tiada masa. Ilmu yang ada sudah cukup untuk diri sendiri. Dari darjah satu dah belajar, ape nak usrah2 lagi!. Lagipun cakap benda yang sama je bab agama bab Thaharah, korban, Haji, Aqiqah. Tak syok laa....kan? Itulah alasan yang paling popular dalam kalangan remaja masa kini. Sebenarnya lingkup usrah itu lebih daripada itu, bukan hanya berkisar hal fiqh2 serta aqidah tapi semua dalam bidang agama serta akademik. 

 Remaja yang dari golongon agama pun kian melonjakkan kepelikan yang ketara. Jadi tidak hairanlah tudung labuh melutupi dada yang dulu menjadi perisai jati diri, kini ibarat terbakar di bakar lilin dan semakin mengecil.Andai dapat dilabuhkan menutupi aset berharga itu. Alangkah baiknya....kan kawan2??. Den tak kata orang lain....Diri den pun cukup payah untuk istiqamah dalam hal ini sampai sekarang. Tudung labuh bukan syarat. Islam itu bersifat anjal, fleksibel tak menyusahkan. Jangan kita "jumud"kan fahaman jika tak benar2 memahami. 

Bukalah minda wahai jiwa2 yang mengaku merdeka tapi masih terjajah minda dek nafsu menggila dunia. Apabila kita belajar, kita harus kongsi ilmu tersebut, tak kiralah ilmu ukhrawi dan duniawi. Asalkan bermanfaat. Melalui usrahlah sedikit sebanyak dapat share ilmu2 tersebut. InsyaAllah.

bersambung


No comments: