11 July, 2010

bicara malam lalu....

salam pimpinan bitara...
khabare kawan2 alam maya....
udah lama tidak menjengah ke sini,tugasku lebih banyak pergerakan jasad dan akal..tidak hanya b'hadapan makhluk bisu ni..mujur ada speaker kuarkan bunyi...yeaaah!.

Banyak perkara telah b'laku dan ku lalui..namun biarlah ia t'semat dalam hati dan menambah epilog pengalamanku sendiri..memang setiap kali tempuhi perkara baru,episod pengalaman akan turut b'tambah...cuti yang bermanfaat bagiku...walau tak sempat menabur jasa utk bekerja...cukuplah sekadar menabur budi pada kuaga..membantu pd yang lebih memerlukan...iyee...kuaga amat penting bagiku, dalam lipatan memoriku..

terbaru baru sahaja selesai jalankan amanah dalam MINGGU SUAI KENAL (msk) sessi 2010/2011. ade gak yang kenal2 masuk UpC ni...yg best dpt kenalan baru akak2 DPLI...diorg ramai da kawen & ader baru pas pantang..masih menyusu anak.ape yang ku dapat semangat mereka dalam meneruskan pgjian amat dipuji walau t'paksa tinggalkan si kecil...~terharu~...hargai keringat suami sanggup datang tiap dua hari utk amik susu si kecil..besar pengorbanan suami..moga kebahagiaan sentiasa bersama mereka=)..

sebelum MSK join bengkel MSK dulu 2minggu..perancangan yang rapi telah dittpkan utk pastikan MSK b'jalan dgn lancar..tahniah pd k. Shaiha..yeaaah ANDA MAMPU..laki pempuan sekarang dah sama taraf dalam pimpinan.Pempuan pun hebat dalam organisasi..jangan disangkal!...

apa yang sedih tak dapat temani ayah yang x sihat beberapa hari..xpe lah,tgjwb ttp ditunaikan..tugas ttp tugas,nnti dipersoalkan oleh Allah x laksanakan amanah dengan sebaiknya.. pada sahabat2 yang kehilangan  ayah sepanjang cuti semester ini..kuatkan tekad dan azam untuk jadi insan yang cakna&sedar...doakan selalu utk arwah...yang pergi ttp pergi..kita bakal menyusul jua..cuma masa yang tidak pasti...

sekian...~jangan pertikai privacy ku~...

25 May, 2010

kembali ke landasan

Assalamualaikum..salam pembuka bicara
kembali bersua
setelah lama meneroka dunia
mengutip sisa ilmu penuh berjasa
didik dan latihku jadi insan berguna..
begitulah kehidupan
sehari2 dalam hidupku penuh dengan filem cereka
melakar pelbagai emosi yang menerpa...

hehe...memang banyak xtvt dan program yang x sempat nak lakar di sini lantaran ke "bzian" ku selama ni.ada masa dan ruang yang terluang ni amik la peluang coretkan..lagipun mmg tengah gatal tangan nak menaip pun..da lama tinggalkan ruang bicara ni..terasa rindu pula meluahkan rasa.

dari pas abis exam dapat bercuti 5ari pun kira 1 nikmat t'besar bersama famili,then,kembali ke taman ilmu UPSi dgn xtvt2 berikut:

-watikah perlantikan JMK.
-kem kepimpinan d kem lembah azween,hulu langat
-kursus JMK,bitarasiswa UPSI
-baktisiswa perdana De'dib grik perak


then,sekarang di kuantan melunaskan diri dalam rancangan orientasi sekolah (ROS),memberi persdiaan untuk tahu serba serbi mengenai pentadbiran sekolah..sekolah pilihan ialah SEKOLAH MENENGAN SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS),kuantan.Berkurung la saya selama 2 minggu di sini ditemani cik quyah..banyak nak setelkan kerja

pas dapat maklumat nak kene terjemahkan pulak dalam arab..huhu.cabaran,dugaan.
ini yang ku pilih,so kene harungi dengan penuh kesabaran la..moga kesabaranku ini membuahkan hasil yang baik=D

ameen..

11 April, 2010

Musafir Muda

 Alhamdulillah..b'update jua kamar indah ini..biar bagi pandangan mata musuh ia tidak b'makna apa2..
i'm at sweet home now..suke sgt2 dapat gagahkan diri drive pulang keseorangan.selagi solo ni,mmg tak b'teman la i.adat la insan b'juang.huhu

la ba'sa..Allah sntiasa b'sama kita..apa nak ditakutkan..papepun kepulanganku bukan sia2 sempat coretkan berbaris ayat untuk peringatan sendiri..sy share ni dengan korang yang sudi2 jengah ke cni..tq

-----------------------------------------------------------------------------------------------


sunyi melingkari diri..
yang ada cuma irama gesekan kereta tua
yang penuh berjasa pada tuannya
tiap masa,hingga hujung usianya
sekadar yang ada.

lalu persis muhasah tiba tanpa dijangka
1 persatu ku b'khayal jua
mengingatkan dosa,suka,duka
pada siapa?pada semua..
ntah siapa,tidak terkira..

musafir muda terasa sesak di dada
singgah di perhentian istirahah & ibadah
diadu rasa lemah
pada pencipta-Nya..Maha Esa.

Musafir muda tidak mengalah
teruskan usaha ke destinasi impian
penuh harapan dilingkari halangan
tidak dihirau badan kepenatan

Perjalanan itu tidak sia-sia
perjalanan itu tidak melekakan
andai kau hiasi dengan taqwa
andai kau rasa berTuhan
anai kau akur pada aturan Pencipta

Musafir muda kan tetap begitu
segala ujian ditepis berlagu
dengan hemah tangisan sendu
kan tumpah tanpa dipinta seperti selalu

Musafir muda itu..
meneruskan usaha sama putaran waktu
dengan gigih tanpa kecewa menyerbu
moga redha Allah sntiasa ada bersamaku
serta musafir muda yang sentiasa berkelana di bumi-Mu
-------------------------------------------------------------------------------------------


dya ehsani
lebuhraya PLUS
4.30
10/4/2010

30 March, 2010

Buatmu mak..sempena yaum milad-47

Atmosfera lail pekat likat
Diulit belaian bayu sendu gelita
Detik hati dengan kurniaan nikmat
Mencurah seakan tidak disekat

Tiba sepasang mata menatap wajah
Pada potret usang di celah madah
Diusap manja penuh hemah
Dipeluk erat menghilangkan resah
Menyelinap tabah melingkari mahabbah

Mak,
Bukan permata ku dambakan
Bukan berlian ku harapkan
Cuma sekalung doa yang tidakkan terurai
Cuma ingatan yang tidakkan terburai
Selagi hayat ku masih tersadai
Dipersada alam tenang dan damai
Adakala jiwa diusik ombak membadai

Di daerah jauh ku terkapai-kapai
Memutar waktu penuh gemalai
Mengenang pengorbanan insan tanpa balasan
Insan mulia penuh suka-duka
Dipendam sengsara diluah ceria
Demi anak-anak tercinta..

Mak
Mawaddah kau hamparkan
Mahabbah kau titipkan
Pada insan yang ditimpa gundah
Pada murid yag dikelek masalah

Di sekolah kau berjasa
Di rumah kau meluah rasa
Bercerita penuh iktibar
Moga anak jadikan tugu
Melawan anasir mengganggu

Mak,
Saban waktu ku menghitung usia
Ku takut pada waktu yang tiba
Kian menjauhkan antara kita

Namun ku sungkur pada qada’
Ku percaya pada qadar
Sunnah Allah termaktub jelas
Redha pada suratan takdir


Janjiku,
Menggapai cita-cita yang diimpi
Realisasi harapan dihati
Penuhi hasratmu saban hari
Jadi insan terbaik di duniawi

Ucapan padamu tiada henti
Bibir terus menyebut
Hati terus mengingati
Pada jasamu yang tiada berpenghujung

Kak long sayang mak...



dya ehsani
1:17am
30/3/2010

18 March, 2010

Ayuh buktikan..

Alhamdulillah..hargai nikmat usia walau ditimpa sakit tanda ujian dalam melangsaikan amanah yang diserahkan..tugas hakiki yang pasti tidak dapat lari.Qada' qadar apa yang berlaku telah tertukis sejak azali..di luar jangkaan manusia..

B'hempas pulas siapkan kerja+asgmen yang bertimbun perkara biasa...nekad tanak ponteng pape klas sem ni x dpt ditunaikan jua..demi kem akademik bitara minda FB,so, tinggalkan ujian senamrobik..ramai tak caya diriku amik senamrobik.adik gelak, mak wat t'kejut..hehe.mungkin bg diorng t'gedik2, t'kinja sane sini.ooohhh tidaaak. Alhamdulillah skrg masih t'kawal,cuma..bab aurat je la.beselah...lain orang lain ragam. Moga sedar 1 hari nnti. yelah bak kata cik dayah: org awam faham ttup aurat tu pakai tdung je..lain t'dedah xpe..ish3.nauzubillah.

oklah nak cter kem yang pg 3hr baru ni...alhamdulillah byk ilmu dpt.dgn barisan panel yang mantap2..mmg x caya terpilih kne pg.da pg da dpt ilmu kene amanah la dgn taklifan yang diharapkan oleh FB.FB bukan buat saje2 je pgram ni tapi ade target 4 tullab FB kekalkan pointer yang 'tinggi' tu..tinggilah sangat!errmm.1st pg mmg tak rase pape,dgn keje yg banyak boleh plak kite pg kem. Untung kwn2 yg x pg dpt siapkan keje.jeles!

Jutaan tq pd FB atas pgrm yang manfaat ni. dari cara kenali personaliti sendiri sehinggalah skill target pointer yang diimpikan di ajar satu persatu..memang x t'kira prihatin FB pd anak2 didiknya..dgn manjakan bg makan 6x tu..kat umah pun x mewah mkn..hehe.rezeki2..syukur sangat2.Demam pun x terasa kat sane,balik barulah rase..mak aiihh tak laratnya... Hanya Allah yang tahu.Ok lah ni je yang dapat dikongsi.idea utk b'puitis belum hadir..demam m'bantutkan ideaku.

ni wajah2 b'tuah

pasang cadar sendiri..huhu

10 March, 2010

Sajak untuk Syafia


 Pagi yang hening ditemani suara merdu maher zain menyebabkan ku khayal melayan perasaan..namun urat2 otakku terus menerjah pada seseorang insan tidak berdosa..lalu terpacul di bibir mulusku..SYAFIA..

Hanya ini dapat ku nukilkan buatmu anak kecil..tiada daya kudratku membantumu hanya doaku sahaja mengiringi perjalananmu ke sana...



 
Tenang pagi dikocak resah
Fikiranku kian gelisah
Melihat ragam manusia yang punah
Kerna penangan nafsu amarah

Syafia,
Kau mangsa durjana,
Rakus menjilat memadam hati suci,
Pada simpati yang menyeri anugerah Illahi,
Mana belas ehsanmu wahai si rakus!

Pada insan sekecil yang tidak mengerti apa-apa,
Tetap mendiamkan diri menyembunyikan rahsia,
Kau mangsa, kau mangsa, mengapa engkau Syafia???
Empangan airmataku pecah
Membasahi lapangan pipi tanpa disedari
Kecewa dek sifat rakusmu yang menggila si rakus!!

Wahai si rakus!
Di mana kau labuhkan iman dalam dirimu,
Di mana kau abadikan ajaran agama dari kecil,
Di mana kau letakkan amanah menjaga anak tidak berdosa???

Si kecil perlukan dibelai,
Bukan di sepak terajang,
Bukan dibiar rasa keperitan kepedihan..

Ya Allah,
Sejukkan amarahku
Tenangkan jasadku
Sungguh ku kecewa dengan si rakus durjana
Memalit duka menghiris kalbuku pada Syafia..

Moga Jannah untukmu Syafia..




9.39am
10.3.10
dya ehsani..




09 March, 2010

Monolog sendiri

Ya Allah bala apa yang kau timpakan pada ummat2-Mu saat ini...

sedarlah jiwa2 yang layu,jauh dari simpang akhirat..

Cuaca panas sememangnya menguji jiwa..sepanas ketika ku berada di Makkah dulu tidak la sehangat ini.walau panas namun angin sesepoi bahasa tetap menyelak pipi mulus..tapi panas di sini, terbakar hati kemarahan yang meluap pada angkara durjana manusia..rakus memamah alam, kering meninggalkan tulang serta abu..kadang2 nikmat yang ada jarang disyukuri, azab yang datang cepat benar disedari..itulah manusia..alpa tika bahagia, mencari "Nur Tuhan" tika terseksa..

Kepulanganku disambut rumput yang menguning, angin diselimuti putih abu2 yang menyesakkan dada..sungguh ku terkelu, bala apakah ini.. Ya Rabbi, punahlah jiwa2 yang masih tidak mengerti..mengeluh sana sini..pancarkan sinar-Mu pada jiwa2 kehausan..limpahkan ketenangan, ajarkan kesyukuran..nikmat manakah yang kamu dustakan???

wahai jiwa2 yang jumud, bukakan pemikiranmu, positifkan akalmu, jangan sempitkan akalmu dengan termometer jahil, surutkan panas jahilmu dengan ilmu Illahi..agar meresap rasa khauf & taqwa pada naluri yang berkocak...

daaa~

07 March, 2010

6.3.10

salam
bertemu dalam arena bicara..hingga saat ini lopak mataku masih mengeras,,tak bisa di kendurkan..ku bahagia jalani saat hari semalam (6.3.10), benarlah kata pujangga semalam adalah kenangan,esok adalah harapan.. kenangan semalam moga membawa harapan yang bahagia dalam kehidupanku...

Ada hikmah kepulanganku..saat2 akhir b'tekad nak balik juga x pnah pun terpikir selama ni, walaupun  keje bertimbun2 serimbun pohon buah ceri(hah!da melalut)..sanggup lepaskan kerja.huwa2.. setelah bekejaran dari pagi ke senamrobik,then balik siap2 trus prepare balik umah..perjalanan byk habiskan masa dgn ydo je..memang letih seletih alam la..ade ke seletih alam??hehe.

Alhamdulillah selamat tiba 6.45pete..awal 15min.mmg packik tu pecut smpai kuantan, takut sey...tp sempat lg sengih kerang busuk time ku nak turun. Tiba di rumah, paling terharu,terus dipeluk oleh umair..dia sangka mak la minta disuap nasi,minta susu kot. .hehe.kot..huhu