Teman,
dari bahagia penuh ceria
bergolak derita dilanda sengsara
angkara ku jua
menguji hati nan lara
minta dilepas tidak berdaya
Apa kekuatanku melawan takdir
apa dayaku jua mengelak nasib
dari bergunung dosa melebur
baik pergi tinggalkan mazmumah keji
Aku insan biasa adakala terleka
adakala ingin berkongsi rasa
adakala jauh tersasar dari jalan-Nya
adakala janji aku mungkirinya
dan segala-gala aku tersalah percaturan.
Aku insan hina serba-serbi sederhana
tak minta dikasihi tak pinta disayangi
melebihi cinta-Mu pada Allah
jauhi nafsu yang rakus bermaharajalela
Teman,
Salahkah aku?
meraikan kegembiraanmu
berkongsi kebahagiaanmu
setelah kau mengecapi sinar gemerlapan itu?
yang menghiasi ruang wajahmu
yang melingkari qalb mu
Aku di sini,masih ternanti2..
masih tercari2..bahagia sepertimu.
Maafkanku teman,
Andai ada janji ku mungkiri
niatku disalah tafsir
Ku akui salahku
ku terima silapku
Maafkan ku.
Tapi,
salahkah aku?
untuk berkongsi kebahagiaanmu.
Akan ku kunci lisan ini
untuk terus bicara denganmu
bukan kerana amarahku
tapi meredakan pasak hati yang bersalah padamu,
yang masih berbaki sekelumit kasih padamu,
apa dayaku,terus mencipta marahmu
membangkitkan ketidakpuasanmu
Maafkanku sekali lagi,
Andai janji itu aku mungkiri.
Ya Allah maafkan ku dan dirinya.
p/s:Moga jiwaku lebih kental harungi semua ini.
11.14am
No comments:
Post a Comment