19 November, 2009

Selamat Bercuti kawan2..

Hamdallah
Syukurku ke hadrat Illahi membenarkanku terus segar sihat dan bisa menapak di atas muka bumi-Mu ini..Seusai sudah melengkapkan exam sem ke-3 (paper EDU) dalam masa 25minit td..Alhamdulillah soalan mudah.Ku kuak muka pintu dewan exam,langkahku lemah diiringi titisan hujan membasahi bumi,fikiranku melayang2 memikirkan mesej ayah sampaikan pagi tadi menanyakan sudi menjadi 'Fasi' untuk program anjuran sekolah. Ku tahu harapannya menggunung walaupun ku punyai plan tersendiri menghabiskan sisa cuti.

plan time cuti;
1. 21/11-Walimah Anis (Anisah Nordin) dgn Shah (jodoh Irsyad).
2. 22/11-Walimah 'urus sepupu Dila.Dila kawan sek SANIAH anak 1.(jeles=)).
3. 29/11-Walimah 'urus Nisah (Nor Hanisah Md Ros) dgn Taufiq(jodoh Irsyad).
4. 3-6/12 -Debat Diraja (Arab) @ UM.
5. 7/12-Kenduri abang Hajar@Seremban.

yang ni adalah yang tertulis dalam diari,namun ku harus padamkan semua pada bulan Disember untuk beri peluang pada permintaan ayah tersayang=)selama 15 hari.

Salahku tak beritahu ayah dulu.Dengan penuh keyakinan ku menerima lamaran ayah untuk membantunya.Ku kira peluang juga untuk terus cungkil bakat dan yang paling suka kongsi ilmu dengan bakal peserta..Ilmu mematangkanku,ilmu membuka matahatiku,ilmu menjana diriku menjadi rasional,ilmu makin membuka pekung kejahilanku.
Perjalananku masih jauh, masih banyak ku perlu terokai,rasai dan segala2nya pasti akan ku lalui satu persatu.Harini hamdallah rezeki melimpah ruah..asyik makan,makan,makan. k.Aishah da tembam,diriku belum lg,jeles tgk ketembaman k.Ai.hehe jangan marah.
makan petang=)
makan malam=) tq muthiah belanja kami k.ai da tembam..jeles2=)

Buat semua teman seperjuangan AT49:
SELAMAT BERCUTI
SEMOGA MANFAATKAN MASA KALIAN DENGAN PERKARA KEBAIKAN
JANGAN LUPA TIME TO READ QUR'AN=)

InsyaAllah dikesempatan sisa perjalanan mengharapkan Redha Allah kita akan bertemu lagi semester akan datang..

No comments: