Dalam kesibukan ku cuba curi masa untuk kongsikan apa2 yang baik la utk pembaca.Arini ada berita yang sungguh buatku tersengih je..hehe antara percaya antara tidak sebenarnya..tapi ku cuba sengih juge,tapi tak la sampai sengih kerang busuk ea=).Mesti korang tau kan..sape yang bace paper arini tau la..=)
ok lah selamat menghayati berita ni dengan senyuman..jangan sedih2 ye sahabat2 teman perjuangan ku.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata tenaga pendidik terutama mereka yang belum berkeluarga sesuai mengisi kekosongan di kawasan itu selain membolehkan golongan terbabit mendapat pengalaman baru.
“Perkara ini sudah lama dibangkitkan iaitu menghantar guru berkhidmat di pedalaman bagi tempoh tertentu. Namun, saya rasakan kini tiba masanya perkara ini diperluaskan semula.“Perkara ini mungkin menyulitkan bagi guru yang sudah berumur dan berkeluarga kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar,” katanya, di sini, semalam. Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Kementerian Pelajaran mewajibkan guru ke pedalaman untuk tempoh tertentu bagi mengatasi kekurangan tenaga pengajar.
Hashim berkata, pihaknya yakin tindakan itu turut menguji kewibawaan guru selain bersedia dari segi mental dan fizikal jika dihantar ke kawasan terbabit.Sementara itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang turut menyokong yakin tindakan mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan di pedalaman.
Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian juga perlu mempertimbangkan khidmat di kawasan berkenaan sebagai syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat guru. “Guru yang diarahkan untuk berkhidmat di luar bandar dan pedalaman harus menerima tanggungjawab itu dengan hati terbuka kerana sumbangan mereka amat penting terutama memastikan murid dan pelajar di kawasan berkenaan menerima pendidikan yang secukupnya,” katanya.
Bila lagi kita nak rebut peluang keemasan ni, bila lagi nak teroka istimewanya tempat orang yang lain dari lain kan.Anggaplah ini hanya tugasan zaman moden. Jika Nabi Muhammad SAW boleh laksanakan tugas dengan penuh amanah terhadap ternakan kambingnya tika usia 15tahun dengan penuh kesabaran dan ketabahan, kenapa kita di usia 20-an tidak mampu untuk mencontohi sifat Nabi SAW kesayangan kita.Kesabarannya boleh kita contohi untuk kita berhadapan dengan ragam anak2 murid kita akan datang. Bukan nak samakan murid2 dengan kambing, tapi cuba implementasikan sifat peribadi Nabi SAW dengan kita di pasca millenium sekarang. Sekarang kemain merungut lagi bila dihantar ke pendalaman, tak selesa lah,tak boleh masuk geng la,macam2 dalil alasan keluar.
yang penting,cukupkan bekal buat diri sebanyak mungkin, jangan merasakan cukup dengan ilmu yang dapat dalam kelas,ada masa kuar la hadiri usrah, tazkirah, ceramah,qiam sebagai perencah sedap dalam nasi goreng.Faham?.Pupuklah hati kita taqarrub ilallah.Pabila hampiri-Nya InsyaAllah ketenangan akan hadir dengan sendirinya, tiada masa untuk kita merungut dan membebel tak tentu pasal serta menyalahkan pihak2 lain. Hargailah sifat Syukur. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. Bukan meminta2 tetapi tidak setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan.Baik yang kita lakukan, baik jugalah hasilnya. Menjadi cikgu akan jadi mudah jika kita menghayati kehidupan & share experience with them... Fikirkanlah teman.
Pengalaman mengajar selama 6bulan di Sek Irsyad dulu sudah dedahkan ku dengan ragam murid, teman sekerja, tanggungjawab & segala2nya. Manis jika kita ikhlaskan hati & tumpukan penuh perhatian pd murid dalam penyampian ilmu. Ingat tugas guru bukan hanya mengajar tapi lebih lagi dari tu..didik,asuh,nasihat, & segalanya. Murid akan lebih dihargai jika kita memahami mereka.Muallimah rindukan korang semua la terutama kanak2 riang darjah 6talhah,6maryam&6uwais,5zainab,3fatimah 2008.Walaupun sekolah taklah selawa sekolah kerajaan tapi ilmu yang diperoleh moga terus kukuh dalam diri.
Moga Allah panjangkan usiaku untuk terus mengecapi manis pahit dalam bidang perguruan & berkongsi idea dengan ayah majukan sekolah tercinta.Janji anakmu.. Rabbi yassir wala tuassir.
No comments:
Post a Comment