Entah apa harusku mulakan bicara.tangan laju menaip dari apa terlintas dari otak..huh..keluhan dilepaskan. Hatiku tersangkut di ranting kesibukan yang ada. Setelah telaah bait demi bait ayat dari blog ust saipol, perasaanku makin membara. Semangat, semoga ia tak hangat seketika cuma, bahkan terus menyala selamanya seperti kawah api di Kertih tu..tempat petroleum tu..haa dah2..kalau mengarut no.1,teeeeeet..stop!.
amik ckit petikan dari ust yang begitu sy respect(",)
Ustaz amat harapkan agar pelajar-pelajar major Arab UPSI yang merupakan FAUJUL AWWAL sekitar 37 orang dapat buat praktikal di sekolah-sekolah di negara Arab. Supaya mereka dapat merasakan bi'ah dan suasana Arab yang sebenarnya. Supaya mereka dapat memperkukuhkan lagi uslub bahasa arab mereka. Supaya mereka rasa yakin dengan diri sendiri sebelum masuk ke alam perguruan yang sebenarnya. Supaya mereka rasa tidak kesal belajar di UPSI berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Selalunya UPSI ini dilabelkan sebagai pilihan terakhir, dah kena lelong akhir sekali dah tak dapat ke mana-mana masuklah UPSI. Supaya tanggapan seperti ini tidak lagi berulang. Supaya selepas ini ramai masyarakat luar akan pandang betapa hebatnya UPSI. Supaya selepas ini kemasukan pelajar baru tidaklah sepi dan sunyi sahaja sehingga pelajar asal bahasa arab terpaksa ditukarkan major pendidikan Islam kerana jumlah yang terlalu sedikit.
Sungguh lidahku kelu,tapi hal ni buat kelapaku ligat.terfikir2 hasrat ust yang menggunung. sebelum ni pun ust da banyak bagi cadangan,tapi kami???.kemain semangat sekejap je, ibarat berlalunya wangian yang harum pada si pemakainya,kita lalu sebelah dapat la bau,setelah beredar da tak bau pape..Mana hammasah kita ya kawan2..mana idea kita yang kemain ligat dahulu??. Now, masing2 ada 1001 alasan dan dala'il mengenai kesibukan diri,hanya mengharapkan orang lain yang usahakan..kita ibarat menanti suap je...memang tak patut la.
Tengok pada tugasan yang dr.Esmatt serahkan la, dengan munazarah,khotobah,mahrajan,dll lagi..ni pun mengeluhnya kemain lagi.macam2 alasan..huh!susah2 minda dibaluti hal sendiri sahaja. tak lain tak bukan..asgmen la jd mangsa. "Eh tak boleh la,asgmen banyak".."tak payah buat la,asgmen pun tak siap lagi". "Nak buat jugak ke?asgmen kan da ada??".huwa2..banyak alasan weh..Kita perlu cuba berfikir luar kotak fikiran,arrange masa dgn lebih cerdik..insyaAllah mudah.Ayuh la sahabat2..jom kita sama2 buat, buktikan..kita boleh, ye kita boleh. cuma jangan banyak cakap..buat&laksanakan tu perlu.lebih afdhal.
Actually, mudah je.tapi kita lebih amik hal lebih mudah, abaikan je..lupakan je..ust2 kita da tolong semampu mereka,kita harus kerahkan otot2 & kerangka yang ada untuk lunaskan tugas kita,pelajar bukan hanya belajar. ada masa kita bertindak pengurus,juruaudit,ade mase jd kaunselor x tlatih,jd ustaz&ustazah,jd driver,ade mase jd RA (perkara yang tak sangka ku dapat laluinya) jangan kata kita amik BA xleh jd RA.sy boleh anda pun boleh..kita ada idea berbeza,idea yang berbeza ni buat kita makin mantap.(ni xleh ulas,ni benda siir)chaiyok2 sahabatku...
Jangan jadikan alasan sebagai penghalang,ust2 ada tugas tersendiri. Ada masa berfikirlah jauh ke depan,jangan berada di takuk mesia sahaja.Jom kita teroka dunia..pemergianku ke buat Umrah dulu pun da buka mata hatiku untuk nilai kehidupan.Dunia pendidikan amat luas buat insan yang sentiasa berfikir..jangan duk bawah "tupperware" je. ada mase duk la bwh periuk belanga,kuali ke kan..haa dah2.melencong lagi!.
..::semuanya di tangan kita sekarang::..
Moga segunung harapan ini tercapai...insyaAllah biiznillah.
No comments:
Post a Comment