khabare kwn2ku sekalian,alhamdulillah ziarah ke klate sudah sempurna perlaksanaannya,kini bz settlekan asiggment yang bertimbun..dalam duk cari2 rujukan terbukak la folder lame.last2 t'jumpa gak 1 file time blaja kat kipsas dulu.subjek ni sem kedua last..kebudayaan Islam..ustaz bagi pilihan nak karang ape..time tu tgh giler2 bace novel..so, terpikir la nak karang cerpen sendiri... maka terhasillah cerita kat bawah ni..tapi ni ade la ciplak2 ckit dari novel2 yg dibaca time tu..tapi idea sepenuhnya sendiri la..tak sangka juga.sebenarnya suka karang sajak,tapi ntah ke mane buku sajak hilang..sedih betul.sajak2 ni b'jangkit dgn ayah..ayah pandai karang sajak.dalam buku2 agama ayah pnye yang lame2 mesti t'selit sajak2..kira puitis gak la ayah rupenye..hehe..so bacelah..yang ade dalam ni takde kaitan antara hdup dan mati..
NUR KASIH HANAN
M |
asa beranjak tanpa Hanan sedar, sudah 2 tahun menjadi isteri kepada Mujahid. Tiba-tiba terlontar bicara menusuk kalbu “Terima kasih suamiku sayang”, lafaz Hanan dalam hati sambil mengusap-usap kandungan anak sulungnya dengan lembut. “Baby,baby jangan nakal-nakal tau!nak jadi anak soleh, kan ?”, bisik Hanan pada kandungannya sambil tersenyum penuh makna. Untaian doa yang sering dilafazkan tiap kali selepas solat dan waktu terluang tidak terlepas mengharapkan zuriat yang lahir menjadi penyejuk mata hati mereka sekeluarga. Penyambung generasi murabbi.
“Hanan”, laung Mujahid dari pintu. Hanan tersentak, “ Ya Allah suamiku sudah pulang”. Terkocoh-kocoh Hanan bangun membukakan pintu, lalu dicium tangan suami tercinta dengan penuh kasih sayang. Mujahid mengucup mesra dahi Hanan. “Maafkan Hanan bang, Hanan tak dengar pula abang bagi salam tadi. “ Hanan berangan apa tadi? Usik Mujahid sambil tersenyum. “ Abang ni, ada-ada je. Hanan kat dapur tadi. “Jom makan abang”, pelawa Hanan. “Ya Humaira’,abang nak solat dulu ye,abang tak sempat nak solat Isyak tadi kena siapkan artikel yang kawan abang MC hari ni”.
Hanan menuju ke dapur menyiapkan makanan untuk santapan suaminya. “Abi ummi, marilah makan sekali”. Hanan mempelawa ibu dan bapa mentuanya. Selepas 10 minit Mujahid turun untuk menjamu selera. “Hanan masak apa hari ini?tanya Mujahid. Hanan masak ikan singgang kesukaan abang, lagipun tadi Hanan dengan perbualan abi dengan ummi mereka pun dah lama tak makan lauk ikan singgang”, tutur Hanan. “Bagusnya isteriku, moga Allah melindungimu selalu Hanan”, terdetik sayu di sanubari Mujahid. Sungguh terharu dengan keprihatinan isterinya. Walaupun tidak dapat meluangkan masa bersama ,tetapi Mujahid merasakan Hanan merupakan insan terbaik buatnya walaupun baru 2 tahun setengah menganut agama Islam. Walaupun pada awalnya mendapat tentangan hebat daripada abi dan ummi dengan pilihan hatinya, namun Mujahid dapat mendidik Hanan dengan baik menurut acuan Islam sendiri. Pentingkan konsep aurat, hormat-menghormati, peranan isteri, dan sebagainya diterangkan dengan penuh hikmah, agar mudah difahami dan diterima dengan baik oleh Hanan.
Selesai makan sambil berborak dengan abi dan ummi di meja makan, Mujahid membantu Hanan mengemaskan meja makan dan membasuh pinggan. “Isteri abang rehatlah ye, tentu Hanan letih, kan ?.
“ Eh abang ni, ini kan tugas isteri. Walau penat macam mana pun tanggungjawab terhadap suami adalah penting. Hanan nak jadi isteri mithali”, luah Hanan sambil mencapai pinggan pada tangan suaminya. Mujahid bangga dengan kata-kata isterinya.
Mana Hanan tahu semua ini? Soal Mujahid pura-pura bertanya.
Hanan baca dalam buku “Tanggungjawab Isteri Solehah” yang abang hadiahkan pada Hanan dulu, abang dah lupa ye?. Fikiran Mujahid ligat megingat kembali buku tersebut. Lantas baru dia teringat hadiah ulangtahun perkahwinan yang dibelikan di kedai buku Hamid Bross Sdn Bhd tanggal 17 April tahun lepas. Mujahid tidak mampu membelikan hadiah yang mahal-mahal. Bertugas sebagai wartawan dalam arena televisyen ‘Islam Inside’ berapalah sangat dengan lulusan diploma bidang kewartawanan di Kolej Yayasan Melaka 5 tahun lalu.
Mujahid masih terngiang-ngiang tentang apa yang diperkatakan oleh bosnya di pejabat pagi tadi, Mujahid termenung panjang. Hanan menyusun langkah penuh cermat menghampiri suaminya lalu menyergah dari belakang, “ Haah! Terperanjat Mujahid dengan kelakuan isterinya. “Astagfirullah al-azim,isteri abang ni, terkejut abang tau”!. Hanan menutup mulut menahan tawa,takut didengari abi dan ummi. “Nasib baik tak ada ‘high attack’ tau! Kalau tak janda mudalah Hanan”,usik Mujahid pula. Wajah Hanan mula mencuka. Merajuk… alahai perasaan orang mengandung memang mudah tersentuh, umpama daun semalu disentuh hujung jari menguncuplah ia”, Mujahid berfalsafah dalam hati. Hanan duduk di birai katil,tidak ditatap langsung wajah suaminya. Mujahid dengan tenang memujuk Hanan.
Hanan terbuai dengan kata-kata indah dan nasihat Mujahid, hatinya rasa terpujuk. Bibir Hanan mula mengukir senyum, mendedahkan lesung pipit pada wajah gebunya.. “dirimu sungguh rupawan umpama Aisyah Humaira sayangku”, Mujahid meneruskan kata-katanya lagi. Hanan mengenggam erat tangan suaminya mengucapkan jazakillah khairan kathira. “Ucapan pujian itu selayaknya pada Allah abang,kan ? Hanan merendah diri. “Syukran ingatkan abang ya jauzati”, ujar Mujahid. “Apa sebenarnya yang merunsingkan dirimu ya jauzi? Hanan berbicara arab, mengaplikasikan kelas Bahasa Arab yang diikutinya pada hari Ahad bersama Ustaz Amilruddin di Dewan Orang Ramai Kampung Kurnia. Suasana kamar sepi sebentar..
“ Hanan…” satu suara merisik lembut di sisi Hanan.
Hanan memandang tepat pada wajah suaminya. Anak mata bertaut tanpa kerlip. “ Kenapa bang? Beritahulah Hanan. Abang ada masalah ke? Hanan sedia membantu abang”. Mujahid memandang perut Hanan yang menanti masa untuk beberapa minggu sahaja lagi akan keluarlah permata cahayanya bersama Hanan setelah dua tahun mendirikan rumahtangga. Ah, mengapa berat lidahku untukku khabarkan berita ini?.... Mujahid menarik nafas panjang. Terasa kerongkongnya begitu kesat sekali,malah,terasa dadanya bagaikan ada batu besar menghalang oksigen terus berlegar untuknya bernafas. Basmallah dimulakan lalu memulakan bicara sepahit hempedu itu.
“Begini isteriku, InsyaAllah abang akan dihantar ke Lubnan minggu hadapan dengan pasukan Aman Palestin untuk membuat liputan terkini mengenai perkembangan keadaan umat Islam Palestin di sana . Abang kena gantikan tempat kawan abang,isterinya terlantar di hospital sekarang,sakit kencing manis”, terang panjang lebar Mujahid pada Hanan.
“Ya Allah, betapa beratnya ujian-Mu terhadapku… Hanan mula gelisah,resah. Peluh mula memercik ke dahinya. Diseka lembut dengan tangan kanannya. Lalu,mengalihkan pandangan dari renungan mata suaminya yang menanti reaksi daripada Hanan.
Lama Hanan terdiam sebelum membalas perlahan. “Tak ada orang lain ke bang? Hanan kan tunggu masa aje ni, Hanan mahu abang di sisi Hanan tika Hanan lahirkan anak kita ni…”, mendatar suara Hanan. Jiwanya mula gundah. Hanan memang mengharapkan Mujahid berada di sampingnya menjadi peniup semangat bagi dirinya. Walaupun tahu itu merupakan pengorbanan yang besar buatnya, suamiku bukan pergi dengan sia-sia tetapi membawa misi mengkhabarkan pada rakyat Malaysia keadaan umat Islam Palestin. Itu antara dakwah dan jihad dalam terus menegakkan ad-Din yang tercinta. Mujahid memang tersepit. Antara misi dakwahnya dan keadaan isterinya sekarang menyebabkan beliau berat hati meninggalkan Hanan bersama abi dan ummi di rumah.
“Abi dan Ummi abang dah beritahu ke? Soal Hanan.
“Belum lagi sayang”, tenang Mujahid menjawab.
“Hanan izinkan tak abang pergi ke sana ? Mujahid mengharapkan jawapan.
“Dah lewat ni bang, kita tidur dulu ye, tiba-tiba Hanan terasa mengantuk. Hanan mencari alasan memendekkan bicara. Hatinya pedih, pilu bagai dihiris sembilu. Dikucup tangan suaminya memohon maaf, lalu terus merebahkan badan dan memejamkan mata tanpa menoleh lagi pada suaminya. Hati Mujahid diserbu serba salah. Terasa sayu hati bila dugaan sepahit ini turut dirasai pedih oleh Hanan. “Bersalahkah aku Ya Allah?”, Rayu Mujahid dalam hati.
Mujahid bingkas bangun menuju ke bilik air, berwudhu’ lalu menunaikan solat istikharah. Memohon petunjuk padaNya agar memberi jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya. Setelah menunaikan solat Istikharah dua rakaat, Mujahid menadah tangan penuh harap memohon doa “Ya Allah,kepada Engkaulah daku berserah diri, kepada Engkaulah daku bertawakkal,dengan Engkaulah daku beriman,kepada Engkau daku kembali dan terhadap Engkau aku menentangi juga kepada Engkau aku kembalikan kehakiman”.( Riwayat al-Bukhari,Muslim). Berderai airmata Mujahid, bergenang di tubir mata lalu tumpah jua melalui laluan pipi mukanya. Mujahid menahan sedu, dia meneruskan doanya.
“ Dengan nama Allah aku beriman, dengan Allah aku berpegang, dengan Allah aku bertawakkal, kepada Allah yang tidak ada sebarang kekuatan kecuali kekuatan Allah”. ( Ahmad). Hatinya berombak, dirinya menduga pasti jiwa Hanan bergelora dengan kesedihan dalam lena. Mujahid menyambung doanya lagi, yang dibacanya selalu tika dalam resah dan susah. “ Dengan nama Allah aku berlindung dengan kebesaran Allah serta kekuasaanNya daripada keburukan yang aku dapati dari keresahan ini.”( al-Tarmizi). Mujahid mengaminkan doanya dengan harapan keputusan yang diperolehnya esok adalah yang terbaik.
Hanan tidak tidur,dia mengerling dengan ekor mata dan mendengar bait doa si suaminya bacakan di penjuru kamar mereka. Air jernihnya mengalir jua, menuruni pipi gebu kemerah-merahan.
Keesokan harinya Hanan memulakan tugas seperti biasa, baginya peristiwa malam tadi ibarat petir yang memanah tangkai jantungnya. Hanan redha jika itu yang dimahukan oleh suaminya. Hanan tahu tugas sebagai wartawan memang banyak perkara yang tidak terjangka akan berlaku. Akhirnya diriku turut merasai apa yang isteri askar-askar Malaysia yang turut kehilangan suami ditinggalkan demi untuk mempertahankan negara. "Ya Allah kuatkanlah hatiku menempuh keadaan ini",pujuk hati Hanan.
Mujahid turun dari bilik menuju ke dapur untuk bersarapan pagi. Hatinya bertekad akan memberitahu abi dan umminya walaupun itu bukan kehendak dirinya. "Meninggalkan si isteri dalam keadaan genting begini, bukan kehendakku Ya Allah", detik hati kecil Mujahid. Suasana di meja makan sepi, akhirnya ummi memulakan bicara, "Mujahid, kamu ada apa-apa ke nak beritahu? Ummi tengok kamu gelisah je dari tadi….", soal ummi. Mujahid serba salah, lalu dengan hati yang rawan dia luahkan jua "begini ummi,abi saya kena dihantar bertugas ke Lubnan hujung minggu ni..
"Eh, kan Hanan tengah sarat tu,tinggal dua minggu lagi. Kamu tak kesiankan dia ke Mujahid!", protes ummi. "Mujahid tahu ummi, tapi ini atas arahan pentadbiran, kawan Mujahid isterinya sakit, jadi Mujahid kena gantikan", terang Mujahid dengan tenang. Dia tidak mahu sesekali mengangkat suara melebihi daripada abi dan umminya. Hanan angkat kaki menuju ke dapur. Dia tidak ingin mendengar perbualan suaminya bersama mentuanya. Hanan mengemas apa yang patut, membasuh pinggan dan menyusun pinggan di rak. "Hanan, abang pergi kerja dulu ye". Hanan terperanjat dengan kehadiran suaminya, dicium tangan suaminya sebagai tanda hormat. Mujahid mengucup dahi Hanan seperti biasa yang dilakukannya. "Hati-hati ye bang",Hanan bersuara. Mujahid tersenyum lalu keluar menuju ke tempat kerja.
Selesai mengemaskan rumah Hanan terbaring di sofa, dia keletihan. Ummi datang mengusap-usap kepalanya. Hanan terkejut, ummi hanya tersenyum melihat telatah Hanan. "Maafkan ummi buat Hanan terkejut", ummi memulakan bicara. "Eh takpe la ummi.Hanan bertutur tenang. Hanan,Mujahid dah beritahu ummi, apa pandangan Hanan?". Hanan mengeluh panjang. Dia benar-benar rasa tersepit dengan keadaan sekarang. Hanan diam tanpa sebarang jawapan. Dia berfikir panjang.
"Abang, Hanan izinkan abang pergi, Hanan kat sini abi dan ummi ada, abang pergilah ye", Hanan bersuara. Terkejut Mujahid dengan kata-kata isterinya. "Tapi… tanpa sempat menghabiskan kata-kata Hanan terus memintas kata-kata mujahid. "Tak mengapa bang, itukan tugas abang, kita sebagai hamba kena laksanakan amanah yang telah diberikan, betul tak?", sungguh bijak Hanan berkata-kata. Hanan tersenyum manis walaupun hatinya merintih sebak menahan duka, dia mahukan Mujahid disisinya dalam tempoh dua minggu ini. Mujhaid akur dengan kata-kata isterinya, "terima kasih Hanan, moga Allah selalu melindungi kita, Hanan memang isteri solehah, sabar dan tabah hadapi mehnah dan cabaran", pujuk Mujahid. Hanan menahan airmata di kelopak mata dari bergenang. Aku ingin jadi insan tabah!, tidak mudah kalah dengan air mata…",ronta hatinya.
"Khamis ni Mujahid akan bertolak abi,ummi, ummi tolong tengokkan Hanan ye",pesan Mujahid. Mujahid sebenarnya gusar meninggalkan isterinya yang menanti hari sahaja. "InsyaAllah, nak. Mujahid doa-doa lah Hanan dan kandungan selamat ye. Ummi pun tiap-tiap malam doa agar cucu ummi tu sihat walafiat tau,ummi tak sabar dah nak dukung baby, dah lama tak pegang..", ujar ummi sambil tertawa. Hanan hanya gelak dari dapur mendengar telatah ibu mertuanya. Hanan ke depan membawa sedulang air dan sepiring kuih donat yang dibuatnya sendiri. "Emm…sedapnya isteri abang buat", Mujahid mengusik. Merona merah muka ayunya…Hanan bersuara " tengok ummi, Mujahid selalu usik Hanan. Mereka tertawa bersama, Hanan merasa sunguh bahagia. Suasana di luar, senja berarak manja menutupi garangnya sang mentari.
"Hanan jaga diri baik-baik ye sayang, abang pergi tak lama pun, abang balik ni abang temankan Hanan dari hospital sampai anak kita besar ye", tutur Mujahid. Hanan berasa tenang dengan bicara suaminya, dia tersenyum. Wajahnya tak lekang dengan senyuman. Jarang menunjukkan wajah dukanya. Abang janji tau!", Hanan mahukan kepastian. "Ya abang janji sayangku, si Aisyah Humaira",ungkap Mujahid. Lembut menusuk sanubari Hanan.
Hari demi hari Hanan asyik dengan diarinya. Meluah rasa pada hujung penanya. Rindukan si suami yang jauh dari pandangan. Hanan menghabiskan masa dengan membaca kitab al-Qur'an pemberian Mujahid ketika nikah dahulu. Bagaimana keadaan Mujahid agaknya, "Ya Allah kau selamatkanlah suamiku, kau lindunginya dari malapetaka, kau kukuhkan imannya dalam mentaati-Mu. Sesungguhnya diriku amat menyayanginya sebagaimana Mujahid menyayangi-Mu. Hanan terlena tanpa sedar. Hatinya menyebut-yebut nama suaminya.
Azan zohor berkumandang, ummi mengejutkan Hanan." Eh ummi, dah zohor ke?",Soal Hanan. "Dah sayang, jom kita berjemaah bersama abi. Abi dah tunggu kat bilik solat. Hanan menuju ke bilik air. Tiba-tiba perutnya terasa sakit. Kalau ikutkan 'due' lagi 5 hari. "Ya Allah, kenapa ni? Kau selamatkanlah diriku dan anakku", rintih Hanan. Hanan terasanya kakinya kebas dia terjelepuk di lantai. Hanan menjerit memanggil ummi,suaranya seolah tersekat di halkum, dipegang perutnya mengharapkan zuriatnya selamat. Bibirnya sentiasa basah meniti nama Allah. Akhirnya dia pengsan. Darah memenuhi ruang bilik air. Abi dan ummi terkejut melihat keadaan Hanan. Mereka memanggil jiran supaya membantu mengangkat Hanan ke hospital. Ummi sungguh gelisah. Hatinya tidak tenang. Dia berdoa agar Hanan selamat. "Abi, macam mana ni? Mujahid tak balik lagi, saya risau la bang", luah ummi pada abi. "Sabarlah, Hanan cuma pengsan je, saya tengah bawa kereta ni,jangan cemaskan saya", ucap Abi. Mereka berdua dalam ketakutan.
Tiba di hospital, Hanan terus dikejarkan ke unit kecemasan, di sorongkan dan dipakaikan alat bantuan pernafasan. Doktor menasihatkan agar terus di bawa ke wad bersalin. Hanan mengalami tumpah darah yang kronik. Dia kekurangan darah dalam badan. Hanan tersedar, perutnya terasa begitu perit. Bibirnya sentiasa menyebut nama Mujahid. Ummi sebak melihat keadaan Hanan.
Lapangan terbang Abdul,Lubnan.
Suasana dalam Boeing M-672 sunyi sepi. Mujahid dalam perjalanan pulang ke Malaysia . Mujahid berharap Hanan dan kandungan dalam keadaan sihat. Mujahid merahsiakan kepulangannya. Dia ingin membuat kejutan kepada keluarganya. Kepulangannya ke tanah air kali ini pasti disambut gembira oleh Hanan dan orang tuanya.Tugasannya di Lubnan dapat diselesaikan sempurna dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Lubnan. Hatinya berbaur riang. Terbayang-bayang wajah isteri kesayangannya. Mujahid tersenyum sendiri. Tangannya mencongak berapa jam lagi akan sampai ke Malaysia . Abang rindukan dirimu Hanan", terbit luhur dari sanubari Mujahid.
Hospital Sepang, Selangor.
Hanan binti Abdullah Lee", panggil doktor." Ya Allah, sakit doktor. Hanan tidak dapat menahan kesakitan mengerang mengeluarkan zuriatnya. "Ya Allah berilah kekuatan padaku, Ya Allah. Kau selamatkanlah zuriatku, kau ambillah nyawaku. Bukan nyawa anakku",rintih Hanan dalam doanya. Ummi dan Abi gelisah di ruang legar menunggu. Abi, Mujahid tak balik lagi ke?,macam mana kita nak bagitahu dia ni bang?",Ummi benar-benar resah. Abi pun jadi tak tentu arah. Mujahid pun tidak pernah call semenjak berada di sana .
Perumahan Bandar Baru Salak Tinggi.
Hah, hospital? bila?,Mujahid terkejut apabila bertemu jiran sebelah rumahnya,Pak Cik Hassan. Mujahid pelik suasana rumah sunyi sepi. Dia mencapai kunci kereta lalu terus meluncur laju ke Hospital Sepang."Ya Allah, aku bakal bergelar ayah. Syukur ya Allah", hatinya gembira tanpa merasa sangsi walau sedikitpun. "terima kasih Ya Allah,terima kasih isteriku!, Mujahid berasa tidak sabar menatap wajah isteri dan anak sulungnya.
Setelah tiba di hospital Mujahid terus meluru ke wad bersalin tingkat 3. Abi dan ummi terkejut melihat Mujahid. "Kamu balik bila ,nak? Soal abi. "Bagaimana Hanan, ummi?. Dibiarkan soalan abi tak berjawab. " Hanan mengalami komplikasi mujahid, tekanan darah dia kurang. Hanan terjatuh di bilik air", jelas ummi satu persatu dalam sendu. Air matanya mengalir tanpa henti. Mujahid tergamam. Dia meluru ke wad bersalin dan ingin masuk bertemu dangan isterinya. Walaupun mendapat bantahan dari doktor,Mujahid terang dengan jelas keadaannya. Mujahid dibenarkan masuk, terus menuju ke katil Hanan.Mujahid terpaku seketika. Bergenang airmatanya melihat keadaan Hanan. Hanan terperanjat dengan kehadiran Mujahid, dipanggil dengan suara perlahan. "Abang.. abang, sini bang. Mujahid terjaga dari lamunan,disambut tangan isterinya lalu dikucup dengan penuh kasih sayang. "maafkan abang,sayang.Abang biarkan Hanan menderita seorang". "Tidak bang,Hanan bersyukur dengan kedatangan abang". Doktor melarang Hanan bercakap. Mujahid berasa seksa azabnya saat melahirkan anaknya. Dia berasa amat kerdil. Benar-benar terpegun dengan kekuatan wanita-wanita yang melahirkan anak. Sungguh kasihan melihat Hanan. Disapu peluh yang mengalir di dahi isterinya. "Kuatkan semangat isteriku sayang", ucap Mujahid.
"Maafkan Hanan bang, hanan tak larat dah bang", luah Hanan. "Jangan Hanan, Sesungguhnya Allah bersama-sama kita, zikir banyak-banyak, baca doa Syifa' selalu", Mujahid memujuk. Dalam beberapa minit Hanan berjaya melahirkan anak perempuan. "Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah. Mujahid mengucap syukur pada Allah, diambil anak suci itu lalu dilaungkan azan pada telinga kanan serta iqamah pada telinga kiri anaknya. Mujahid tidak mahu syaitan mendahuluinya.
Hanan mengucapkan syukur,dirinya berasa amat lemah, tidak mampu untuk mengangkat tangan sekalipun. Nafasnya turun naik, kerongkongnya terasa amat pedih. Mujahid merasa panik dengan keadaan isterinya, digenggam tangan Hanan seerat-eratnya. "Kenapa Hanan?", Tanya Mujahid. Mujahid segera memanggil doktor. Dia tidak sanggup kehilangan isterinya yang tercinta. "Abang,abang jaga anak kita baik-baik ye,abang asuh dan didik dia jadi anak solehah ye, Hanan minta maaf ye tak dapat temankan abang jaga anak kita", Hanan bisik perlahan. Apa yang Hanan merepek ni… Hanan selamat,anak kita pun dah selamat. Abi dan ummi masuk melihat keadaan Hanan. "Abi,ummi Hanan mohon maaf ye atas kesilapan Hanan".
Mujahid kaget, dia tidak percaya dengan kata-kata doktor bahawa isteri kesayangannya akan pergi meninggalkannya buat selamanya. Rupanya Hanan merahsiakan penyakitnya selama ini. "Kenapa Hanan tak beritahu abang selama ni?", terpancar bias kecewa dengan sikap isterinya." Hanan tak mahu abang risau dengan keadaan Hanan,bang". Hanan sayangkan abang. Abang banyak berkorban untuk Hanan. Hanya secalit Hanan balas. Hanan sanggup gadaikan nyawa demi kasih sayang Hanan pada Abang". Mujahid kehilangan kata-kata. Airmatanya mengalir tanpa henti. Hatinya benar-benar tersentuh dengan pengorbanan Hanan. Akhirnya Hanan menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dipangkuan Mujahid setelah mengucap dua kalimah syahadah.
Tanah Perkuburan Kampung Salak.
"Ya Allah,kau tempatkankah isteriku dikalangan orang-orang beriman, syurga yang Kau janjikan pada yang syahidah diwaktu melahirkan ummatMu. Moga kau makbulkan doa dan permintaanku ini Ya Allah. Mujahid meninggalkan tanah prkuburan dengan langkah lesu. Wajahnya muram. Abi dan ummi banyak sabarkan Mujahid hadapi dugaan ini. " sabar nak, ini merupakan kasih sayang Allah pada kita, di anugerahkan zuriat ini penyambung generasi insan seperti Hanan.Wanita terbaik,qudwah hasanah sepanjang zaman.
Hanan, abang akan pegang kata-kata Hanan, abang akan didik anak kita menjadi seperti dirimu,Hanan binti Abdullah Lee, menjadi seperti Saiditina Khadijah,Aisyah,Hajar, Zainab al-Ghazali. Teguh berjuang, sabar dengan ujian kehidupan, dan wanita contoh dalam rumahtangga. Abang beruntung mendapat isteri sepertimu ya Aisyah Humaira, Mujahidah Hanani nama pilihan abang untuk anak kita. Semoga semua diberkati Allah.
Amin…Nur Kasih Hanan.
Tinta pena islami:
Nahdia Ehsani binti Mohd Shukry
Bahasa Arab dan Tamadun Islam.
No comments:
Post a Comment